SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label 4 SYAWAL 2012. Show all posts
Showing posts with label 4 SYAWAL 2012. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

4 SYAWAL 2012... EPISOD: DINNER RAYA

Tak habis lagik beraya. Belah tengahari jadik 'rombongan Cik Kiah'. Belah petang lepak kat rumah mak je. Nak kumpul energy balik sebab malam kang nak sambung beraya lagi.

Hoyyeahhh...!!!

Kitorang nak beraya ke rumah mak mertua kakak. Dah pesan siap2 kat kakak, kalau setakat jamu kuih raya je baik toksah bagi kami datang. Paling2 pun, kena jamu nasik spesel. Ha3... Kejam2...

Terus kena sekeh dengan kakak aku. Adeh3...

~ Lepas kena sekeh pun muka bajet kiut lagik. Tiz Zaqyah celup kata ko! Ha3... Memang mintak kena sepak ke apakah nih?! ;P 

Mak mertua kakak jamu nasik, as requested. Ha3...

So, malam tu berdinner raya dengan nasik putih, asam pedas ikan siakap, ikan masak kicap, sayur campur seafood & apa ntah lagik... lupa la... Ada ruang lagik kot perut aku ni. Terus makan sampai 2 pinggan! Owh... apakah..??! ;P

~ Lepas makan nasik, makan kek coklat pulak. Minum kopi... Perrgghhh!!!

~ Suap Ziqah sekali. Eh, manjasnya!

~ Ziqah ni anak Uda. 1 & only... Nama penuh: Anis Haziqah. No. MyKid: ..... eh, over pulak! Hiks... 

Kalau korang tengok badan dia secara live, musti korang ingat dia tak cukup makan. Sebab kurus sesangat! Tapi, cer tengok pola pemakanan dia. Semua dia belasah! Faveret dia adalah petai. Bukan yang kita campur dalam sambal udang jadik sambal udang petai tuh. Tapi, yang raw, bebeh!

Slumberdek je dia telan.

Nasik penuh pinggan. Roti pun dia makan. Biskut lagik... Macam2lah masuk dalam mulut dia. Tapi, still tak gemuk2. Sebab sistem penghadaman dia pelik sikit. Makan3... lepas tu, buang3. Susah nak jadik lemak kot. Tu yang slim sesangat tuh!

Jeles ah kak tau! Sebab ah kak pun makan banyak jugak, membuang jugak. Tapi, maintain je bulat2... Uhuks3...

~ Sebenornya, aku yang ngengada request kat kakak nak desert bagai... Terus laju2 mak mertua kakak amikkan kek coklat. Terasa seperti tetamu kesayangan pulak. Hiks...

Eh, ke... tetamu menyusahkan? Ha3...

~ Aku saja je nak nyakat kakak. Malas ya ampon owh... mokcik tuh..! So, aku dera dia dengan merequest macam2, biar mak mertua dia dengor, lepas tu mak mertua dia pun suruh amikkan apa yang aku nak. Amekaw! La3...

Lagik sekali kena sekeh ngan kakak. Adeh3...

Hokayla... Insap la... Takmo dera2 dah... Tapi, tetiba my 'sayang' bersuara...

"Kak, buah2-an takde ke?"

Ha3... Tak dapek den nak nolong! ;P


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, September 11, 2012

4 SYAWAL 2012... EPISOD: ROMBONGAN CIK KIAH...

Dalam pukul 10 pagi, kami dah balik semula ke rumah mak. Ini la yang best bila dapat jodoh sekampung. Rumah mak kita dengan rumah mak dia tak berapa jauh sangat. Tak perlu susah2 nak bajet2 masa, nak serabut2 pikirkan jalan alternatif untuk elak jemm & duit tol pun tak payah prepare. Jimat, bebeh!

Even ko boleh ulang-alik hari ni di rumah mak sendirik, esok pulak dah di rumah mertua, lepas tu, patah balik ke rumah mak... bla3... Tak sempat panas bontot duduk dalam kereta, dah sampai. Macam magic! ;D

Jeles tak? Jeles tak? Heh3...

My 'sayang' kerja hari tu. Nak turun site TNB. Kalau ikut perancangan, kerja2 TNB akan dihold sampai lebih kurang seminggu beraya. Tapi, ada kebocoran terlampau pulak kat tangki air. Memang mintak kena repair cepat. Terpaksa jugaklah my 'sayang' bekerja di hari raya...

Family aku pulak plan nak join rombongan meminang untuk sepupu aku, Imie. Aku aci belasah je kata Imie tu sepupu aku. Padahal, salasilahnya sangkut kat mana pun aku tak reti nak explain. Kira aci je lah. ;P

~ Aku punya idea yang nak buat outdoor photoshoot, makcik ni pulak yang enterframe dulu. Cisss!

~ Carik port redup. Takut make-up cair. Ha3...

Sebenornya, aku dah boring menunggu Imie & family dia sampai. Sebab janjinya diorang yang akan datang ke rumah nenek then, baru ke Chenderong Balai, rumah bakal tunang Imie. Tunggu punya tunggu, diorang tak kunjung tiba. Bila call, rupa2nya diorang pulak gigih menunggu kitorang.

Isk3... rumah ko kat Changkat Jong. Apa kes pulak kami nak ke sana, lepas tu berpatah balik ke Chenderong Balai..?!! Nonsense kot...

Membebel2 kami kat diorang. Rasa macam nak suruh Imie bukak buku Geografi Tingkatan 3 je, tengok map. Amekaw!

~ Baru lepas membebel... He3...

~ Abang tak amik port! Lagik orang membebel, lagik khusyuk dia main game tablet! Isk3...

~ Gasak ko la, Imie oiii... nak sampai pukul berapa. Yang penting aku happy berphotoshoot. Plus, yang nak bertunang ko, bukan aku. La3...

~ Bawah pokok ceri pun aci jugak. ;P

~ Ampaian pun... Hiks...

~ Comel kan kami? Ahaks3...

Pukul berapa ntah baru Imie sampai. Takpe la... dimahapkan kot... Misunderstanding katanya kan... 

Aku, abang, kakak, mak & A_bern naik 1 kereta je. Naik kereta abang. My 'sayang' kan kerja. Abang Mie pulak beraya dengan kawan2 dia. Kak Aneem tak ikut sebab nak tolong Mama dia masak, sedara-mara Mama Kak Aneem nak datang rumah Mama dia.

Dah lama kami tak naik 1 kereta sama2. Ye la kan... memasing dah kahwin. Of cos la naik kereta dengan pasangan memasing. 

Best wooo...! Sebab dalam perjalanan nak ke rumah bakal tunang Imie, kami asik la bukak nostalgia dulu2, masa kami kecik2. Mana yang kelakor, kami gelak terbahak2. Mana yang syahdu2 tuh, rasa nak nangis pun ada. Moment betul! ;D

Ghalit sangat, sampai tak sedar dah sampai ke destinasi rupanya 'rombongan Cik Kiah'. Alamak! Perut dah berdangdutlah! Achaner tu..??! Hu3...


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google