SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, January 23, 2020

BERSYUKUR & 'JAGALAH' ALLAH

Kami nak melawat Kak Yong. Sejurus selepas kenduri doa selamat Mother selesai, kami gerak ke Kampung Gajah.

Panas terik betul semenjak 2 menjak ni. Sila minum air putih secukupnya, ye you ols..! 

Owh... lupa nak cerita. Kak Yong dah jadik budak asrama. Kak Yong dapat daftar masuk ke SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah, Kampung Gajah, Perak. Alhamdulillah... syukur... 

Apa yang terbaik untuk Kak Yong, Acu always support. Asalkan Kak Yong buat sesuatu yang baik tu dengan penuh minat, in shaa Allah... Kak Yong dapat capai apa yang Kak Yong idam2kan. ;)

~ Tapau lauk kenduri untuk Kak Yong. 

~ Nenek sanggup tak makan kat rumah semata2 nak makan sama2 dengan Kak Yong. Wow, ajaib betul penangan cucu ni kan?! He3...

~ Nak balik dah...

~ Take care, Kak Yong... 

Ramai jugak parents yang datang melawat. Teringat masa zaman Sis kat SM Sains Selangor dulu. Asal weekend je, tertunggu2 'kakak biru' (read: prefect) announce nama Sis. Kadang2 ada, memang happy. Tapi, selalunya rare la... Kuchiwa jugak sikit. Tapi, Sis paham akan kekangan family Sis. 

Transport yang ada cuma bas Transnasional & Intrakota. Kadang2, kesian jugak kat Mother, terpaksa jalan jauh nak sampai ke SM Sains Selangor sebab bas Intrakota tak masuk area Tasik Permaisuri tu. Korang google lah sendirik bab location, ek! Sis nak cerita detail, kompom ke laut pergi dia! Hu3...

Kewangan pun biasa2 je masa tu. Dipendekkan cerita, memang tak dapeklah Mother nak jenguk Sis every weekend. Jeles jugak la tengok mereka2 yang ada visitors every weekend. Tapi, taklah sampai tekanan atau kemurungan. Sis chill #WatLekWatPeace je. Sebab Sis dah di train untuk paham keadaan family. 

Apa2 pun, Sis tetap panjat kesyukuran. Sebab ada lagik mereka2 yang asal jauh & family sangat2 jarang dapat lawat atas pelbagai faktor yang lebih dasat dari Sis. 

Jadik, konsepnya kat sini, bersyukur tu sangat penting, ye guys. There's always rainbow after the rain... Yakin, percaya, redha & 'jagalah' Allah. Allah will grant u back. In shaa Allah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


TETAMU & TUAN RUMAH YANG HAPPY

Hari Ahad, Mother buat kenduri doa selamat. Sempena perjalanan umrah yang lancar. Alhamdulillah...

Pukul 11.00 pagi event bermula. 

~ Bon appetit.


~ Mother with Ustazah Saadiah.

Menu simple je. Menu makan tengah hari yang santai2. Aaa gitchew...

Nasik putih
Ayam sirsau
Sup sayur
Pecal
Siakap goreng
Sambal belacan
Tembikai
Air sirap

~ Selpie sebelum pulang.

~ Terima kasih, sudi datang... acik2 yang vogue semuanya. He3..

~ Terimalah selpie Sis yang acah2 di tepian sawah. He3...

Syukur sebab semuanya dipermudahkan... Tetamu happy, tuan rumah apatah lagi. Berganda2 happy nya. He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, January 22, 2020

Friday, January 17, 2020

PRIORITY ADALAH PERUT

#Throwback

Bila sejuk2, memang cepat nau perut berkeroncong. Mula la bergolek2 di atas katil sambil membayangkan makanan kegemaran. Merembes2 air liur, u ols..! Ha3...

Kanda ajak hi-tea di Lepak Corner. Sis onz je! Laju sarung shawl. Keromot2 pun takpe shawl tu. Kerana priority adalah perut. Ha3...

~ Selpie sedas.

~ Curry Mee x Beef Burger

~ Konsep stall santai yang menghidangkan kudapan ringan. Bukak dari jam 3.00 petang sampai 11.00 malam.

Lepak petang2 memang layannnnn...... Antara kau menjadik beku atau tak je la... Sebab serius sejuk! Curry Mee yang panas tu pun kau buleh sudu & telan laju2. 

~ Berjalan2 sekejap lepas hi-tea yang best itu. 



~ View malam cantek, weh! Terkesima Sis!


~ Tak boleh move on dengan tempat ni. Asik nak selpie kat situ je.

~ Lampu2 tu buat kita feeling2 romantic. Aaa gitchew..!


~ Singgah sekejap kat indoor pool. Kanda mintak Sis bersabor. Toksah buat perangai, terjun time2 tu jugak. Tunggu esok katanya... Macam paham2 je Sis dah mengelejat. Ha3...

Plus, kami nak dinner pulak kat Kembali Kitchen. Sebab dah lapor balik. Hu3...


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SEKETOL MR.DIY ITU

Pada suatu weekend yang damai tak berapa nak damai la... ;P

Bosan. Kanda kerja. So, roger2 Mother, ajak keluar. Mother onz je..! He3...

Destinasi diputuskan secara spontan. Ke MR.DIY. Dari ia wujud seketol kat Teluk Intan, sampailah dah bukak branch lagik seketol, tak pernah berkesempatan nak jejak. Asik lalu je bila balik kampung. 

Asal lalu je, toleh... Asal toleh je, lalu...

Haish, tak buleh jadik nih! Wajar disinggahi nih! Ha3...


~ Orang kata, MR.DIY ni 'sesuatu'. Nawaitu nak usha2 / survey2 je pun tapi, musti terjebak terbeli berbondong2. Orang kata la kan... Ha3... 

Perut berkeroncong, mintak diisi. Malas nak lunch jauh2. Pyorr Nasi Dulang je lah. Onz jugak especially time2 lapor. He3...

~ Menunggu hidangan sampai.

~ Set Ayam Goreng Chiang Mai x Set Talapia Bakar



Kenyanggggggggg......... Alhamdulillah...

Bila ntah nak pergi branch lagik 1 MR.DIY? Hmmm...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



MEMANG A LAH!

#Throwback

Sampailah kami ke Grand Ion Delemen Hotel...

Masih hujan renyai2. Berkabus. Sejuk dia, toksah ceritalah. Ketaq dagu, ketaq lutuit, baq hang! Tapi, best!

~ Tak nak check-in lagik. Sebab cantik sangat landskap dia. Selpie dululah.

~ 14 degrees

~ Acah2 teguh berdiri je Kanda tu, tak pakai sweater. Realitinya, lepas selpie, terkocoh2 larik carik lobby. Ha3...

~ Serius, weh! Sumpah, tak tipu! Landskap memang A!

~ Bangunan di sebalik kabus.


~ "... Seumpama... Rama2..." Ella, u ols..! Awwsss..!

~ Bridge untuk ke bilik kami.

1 Bedroom Suite, #6068.

Suite memang thorbahek. Ada living room yang berasingan dengan bilik, kitchen, balcony & attached bathroom. 

~ Ini living room. 


Ample space.
A separated living & sleeping area.
Balcony dengan view gunung-ganang yang memukau yakmat. Boleh nampak First World Hotel & lain2 penginapan.
L-shape leather couch + coffee table.
Flat screen tv. 
Cordless telephone.

~ Ini kitchen.

Kitchenette
Complimentary mineral water.
Electric kettle + mugs with complimentary tea bags & 3 in 1 coffee.

~ Ini bilik tidur.

King bed with comfy pillows & cushions yang maha banyak, tak kedekut.
A separated sleeping & living area.
View gunung-ganang yang memukau yakmat. Boleh nampak First World Hotel & lain2 penginapan.
Ensuite bathroom with separated shower & toilet area, towels tebal + toiletries.
Closet siap dengan bathrobes, complimentary slippers & hanger yang maha banyak, tak kedekut jugak.
Ironing facilities.
Air conditioner yang memang kami tak pakai pun sebab dah giler sejuk!
Flat screen tv.
Telefon.
Cermin #OOTD.



~ Lepak kat kerusi ni sambil layan view pun best jugak.

~ Rasa nak beli 1 #OOTD mirror nih.



Nikmat mana lagik yang kau nak dustakan?! Heh3...

Puas hati. ;D


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, January 15, 2020

Saturday, January 11, 2020

MENCARIK MAKAN, MENANTI SHUTTLE

#Throwback

Sempat jugaklah berpusing2 di sekitar Sky Avenue tu. Sekejap. Cuci2 mata sesambil menambahkan lenguh2 kaki. Hu3...

~ Bersama pasangan dating Sis. Ahaks...

Starving tahap tokleh bawak bincang. Medan Selera Resorts World Genting terus dituju. Nasib baik jumpa. Fuh, lega perut kami! Tak kemurungan. Ha3...

~ Nasi Briyani + Lamb Curry untuk Kanda & nasik goreng kampung untuk Sis. 

Excited giler jumpa nasik! Tak hirau apa dah. Tapi, maintain makan dengan sopan la... Ahaks...

Bab pricey toksah ceritalah. Standard lettew..! Genting kata ko! Layan je... Balik kang, barulah gigih menangis sedu-sedan di bucu katil secara berjemaah. Ha3... 

~ Kembali energetic. ;P

~ Lobby Resorts World.

Ada 2 cara nak ke Grand Ion Delemen Hotel:-

1. Kau drive lah apa2 jenis transport (bersesuaian) yang kau ada, naik sampai parking lot Grand Ion Delemen Hotel.

2. Kau malas drive / takde transport. Jadik, kau naiklah cable car dari Awana Skyway Station sampai ke Sky Avenue. Turun ke lobby Resorts World. Tunggu shuttle khas Grand Ion Delemen Hotel yang ada gambar burung. F.O.C. Tips: Kalau kau pergi time weekend / peak season, sila booking seat untuk shuttle tersebut directly dengan Grand Ion Delemen Hotel. Call buleh, via website (online) pun buleh. Kalau tak, nescaya merepotlah kau menunggu seat kosong.

~ Ini rupa shuttle tu. Sila beratur. Jangan gigih nak berebut2. Setiap orang dah ada seat mengikut masa yang ditetapkan. Sekolah tak habis, takpe. Asalkan kau behave secara intelek. Kalau sekolah sampai menara gading lapanploh tingkat sekali pun tapi, gigih jugak berebut2, tu namanya sengaja merendahkan martabat mental. Baik bakar je sijil2 menara gading yang kau dapat tu. 

Ooppsss!!! Mahap. Terbebel pulak. He3...

~ Takde nombor seat yang ditetapkan. Suka hatilah kau nak duduk celah mana. Asalkan jangan seat untuk berdua tapi, kau gigih duduk sorang2 sebab gigih letak bag kau yang sebabun tu, sudahlah. Once again, manner & behaviour are very2 applicable here. Guna otak. Jangan guna kepala lutut.

Hah, terbebel lagik Sis! Hu3...

Don't worry. Shuttle dia ok. Driver penuh manner & berhemah. Tak laju. Sedang2 je. Sesiapa yang gayat tu pun, buleh onz je naik shuttle ni. 

View toksah ceritalah. Cantik sangat. Dari terang membawak ke hujan renyai2 membawak ke kabus. Sejuk. Ketaq lutuit, weh! 

Hokaylah, sampai sini dulu. Sis nak bersiap. Nak pergi wedding. Makan kenduri, oiii..!!! Nanti free Sis sambung 'membebel' lagik naaa... ;P


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.EZ.A.F.F.E.N.D.Y ::



EKSA DI 10 JANUARI 2020

Semalam, ada EKSA. Pagi, meeting. Petang, EKSA. Uiks, busy betul bunyiknya kan..! He3...

Macam biasalah... EKSA ni kan ada pembahagian tugas. Memasing dah arif. Cukup waktu, semua ber-EKSA. 

~ Hang Lap & Hang Sapu. He3...

Disebabkan tak cukup 'pekerja EKSA', makanya memasing ada 2 tugas. Hang Lap merangkap Hang Habuk. Hang Sapu merangkap Hang Buang Sampah. 

Sis jadik Hang Sapu Luar & Hang Kebun. Haaa... tough kan tugasan Sis? Ha3...

~ Encik Boss turut membantu. Ringan tulang, volunteer jadik Hang Mop. Baguih! He3...

Owh... by the way, ini adalah Encik Boss baru. Mantan Cik Boss dah transfer ke SKM, Perak (Ipoh). Naik pangkat. 

Encik Boss baru ni dari SKM, Manjung. Single & maybe available. Ha3...

Semalam, cuaca panas terik membahang betul! Asik togok air je Sis. Dahaga. Kat tempat korang cuaca achaner, ek?


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google