SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, February 19, 2021

BENTO #SISCUBA

Sejak PKP & PKPB bersilih-ganti ni, jabatan Sis buat penggiliran bekerja. Maksudnya, bekerja di opis ikut jadual. Selebihnya, Work From Home (WFH) / Bekerja Dari Rumah (BDR). 

Bila tiba giliran Sis untuk Work From Office (WFO), Sis akan prepare Bento untuk lunch kecuali kalau mukim opis Sis jadik red zone. Makanya, takde bentolah sebab opis hour dipendekkan ke 8.30 pagi - 12 tengah hari.

Aaa gitchew..!

~ Bento #SisCuba pada suatu hari WFO.


Nasik putih
Roasted chicken breast
Ulam zuccini
Cili kicap
Grapes

Kategori #EatClean jugak la ni kan? Ahaks... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, February 13, 2021

DUGAAN TAHUN BAHARU CINA

Sehari sebelum Chinese New Year...

Sis work from office. Mukim Durian Sebatang, Daerah Hilir Perak dah tak red zone. So, office hour berubah dari 8.30 a.m - 12 p.m ke 8.30 a.m - 4 p.m. Sis cuba setelkan kerja2 yang sedikit menimbun. Terpaksa balik lewat. 

Kanda amik pukul 5.30 p.m. Kanda kata, nak carik kudapan petang, Apam Balik Malindo. Lepas tu, kami dating. Dalam kereta je... Takde pit stop pun. Sambil makan kudapan, sambil sembang2 mengeratkan hubungan. Eceh! ;P

On the way balik, baru nak masuk ke Lorong Bulan (lorong untuk ke housing area kami), dari kejauhan nampak asap hitam berkepul2. Takkanlah ada yang gigih buat pembakaran terbuka?! Macam pelik je... Kanda kata, asap kebakaran. Lokasi pulak macam kat area opis Sis. Terus Sis cemas!

  

~ Rupa2nya, kedai makan Chinese depan opis Sis yang terbakar. 

~ Api marak! Bomba tengah berusaha padamkan kebakaran.

Risau. Takut merebak ke bangunan lain. Sebelah kanan dia, ada kedai bot. Sebelah kiri ada tokong. 

Tak taulah apa kesudahan kes kebakaran ni. Hopefully, takde kemalangan jiwa. 

Malang tak berbau kan... Kepada owner kedai makan tu, harap tabah. Dugaan Tahun Baharu Cina.

Kalau puncanya disebabkan kecuaian, moga semua amik iktibar & jadikan pengajaran di masa hadapan.

Dan kepada Abam Bomba, terima kasih kerana punyai jiwa frontliners, sentiasa mendukung tanggungjawab yang diamanahkan...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



BERLARI2 ANAK

Perisytiharan 'new toys'... Eceh! ;P

Baru je berjinak2. Didorong oleh faktor kesedaran & kegemukan. Hu3...

Kakak & Abang pulak selalu ' kasik panas' dengan aktiviti kesihatan diorang. Kakak gigih dengan jogging, briskwalking & treadmill. Abang gigih dengan cycling. 1 family ada basikal memasing including Raisha.

Sis rasa tercabar! Kemudian, terdorong. Dan macam2 'ter' lagiklah. 

Dan akhirnya...... 


~ Taraaaaaa......

~ Pencapaian newbie.


~ Pencapaian newbie diperkasakan. Eceh! ;D


Dari briskwalking membawak ke berlari2 anak. Semput jugaklah, baq hang! Tapi, coach (read: Kakak) kata, "Don't give up! Yang penting konsisten. Nanti lama2 stamina tu dapat dipertingkatkan secara automatic je."

Berbekalkan tips & tiupan semangat tu, #SisCuba. 

Anak2 sedara siap hangkotkan penimbang, gigih suh Acu diorang timbang sebab nak kira BMI. Tak tau la nak rasa terharu ke... atau terkesima... atau terkilan?! Ha3...

So, kesimpulannya... dapatlah turun 3 kg. Ada 7 kg lagik perlu dinyahkan untuk capai ideal weight. Ini pun, kalau dapat capai, duduklah di 'atas pagar'. Takpe... kita target 7 kg tu je dulu. Tak payah nak dream big sangat. Ingat coach kata, yang penting konsisten, bukan angan2 Mat Jenin. 

3 kg yang berjaya dibuang tu, bukanlah semata2 depends on treadmill je, chu ols. Tapi, paling banyak contribute adalah pemakanan. Kalau nak kurus yang sihat, 80 % jaga pemakanan & 20 % senaman. Ini bukan Sis kata tapi, Google yang kata. #SisCuba follow.

Sis tukar kaedah memasak. Dari tumis-menumis & goreng-menggoreng ke rebus-merebus / panggang-memanggang. Tapi, kalau teringin sangat nak makanan yang ditumis2 / digoreng2, Sis gunakan Olive oil. Pastikan pilih Olive Oil yang sesuai iaitu Extra Light / Pure. Extra Virgin tak sesuai digunakan untuk tujuan memasak sebab bila dah kena heat, akan wujud reaction yang tukarkan khasiat kepada sesuatu yang lebih worst. Ini pun bukan Sis yang kata tapi, Google yang kata. ;D

Dan jangan lupa, suku2 separuh.

Doakan semoga Sis istiqomah, ye... ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google