SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, May 21, 2019

TINGGIIIIII......

#Throwback

Inilah yang aku maksudkan dengan 'berpoya2 menggeli2kan' tapak kaki di tempat tinggi... Yeahhh..!


~ KL Tower

Menapak dari parking lot ke KL Tower membuatkan kami sempot sekejap. Hnnsss2..!!! Rasa macam buat larian amal pulak. Haish, tak fit betul Kanda & Dinda ni tau! Tapi, tu pun tak insap2! Masih jugak gigih ber-food hunting. Hu3...

Kami amik pakej Observation Deck (Sky Deck + Kuala Lumpur Skyline View) + Blue Coral Aquarium. Harga tiket RM 70++/pax. Yang '++' tu tak ingat berapa exact rate nya. Sangat berbaloi.

Kau takkan sesat-barat. Kalau kau sejenis yang buta jalan tahap tokleh bawak bincang macam aku pun still in shaa Allah... tak sesat. Sebab staff akan guide dari lobby, masuk lift, sampailah kau cecah 300 meters above ground level (Sky Deck) & 276 meters above ground level (Kuala Lumpur Skyline View). 

Kami naik ke Sky Deck dulu. 

Sebab:- 

1. Nak elak queue panjang amik turn nak masuk dalam KL Tower Sky Box.
2. Nak elak dahi berkerut + sunburn sebab matahari of course mencanak kat langit kalau lambat naik.

~ Acah2 maintain je tu..! 

~ Dalam hati, dia punya debor, hanya Allah yang tau..! Ngeeeeeeeee.........

~ Tapi, kepuasannya maksima!

~ Walaupun tapak kaki masih geli2 bila tengok balik gambar2 ni. Ha3...

Ada 2 Sky Box. Rupa paras box tu sama je. Feel geli2 tapak kaki tu pun lebih kurang je. Yang membezakan adalah view kot...

~ Sementara queue tu, bolehlah selfie & wefie kat ledge yang dibenarkan. 

~ Aku syak, kalau malam lagik cun! Musti nampak lampu2 melimpah-ruah di sini sana.

~ Agak2 tapak kaki tak hilang geli lagik, boleh la try lepak kat Sky Cafe. 

~ Tengok view sambil layan Sky Cafe Blueberry Cheese Cake sambil berchinta. Eceh! Tapi, jangan lupa untuk layankan jugak 'harga2 yang ditawarkan'. Pastinya 'wow & terkesima'!!! Ha3...

~ Cantik

Kemudian, kami turun bawah sikit ke Kuala Lumpur Skyline View. Kat sini sejuk sebab air conditioned, berbumbung & berdinding kaca. 

Penat berjalan, boleh duduk kat bench yang disediakan sambil layan view & kerenah manusia. 

Tak pun, boleh shopping. Sebab banyak kiosk2 yang jual macam2 souvenir. Yang besar, yang kecik, yang cute, yang mahal, yang affordable... macam2 hado..!

~ Tak pun, kau boleh tiru aksi & aktiviti Kanda. Dia gigih meneropong kota metropolitan. Ha3...

~ Replika & info World Tallest Towers. Bacalah sampai lebam. Nak hafal pun aci je. Silakan... ;P

~ Pemandangan memukau dari Kuala Lumpur Skyline View.

~ Dinda tak nak kalah. Ha3...



Masa kau kat Sky Box, akan ada official photographer yang gigih snap gambar kau. Masa tu, kompom kau perasan yang kau artis fofular ngalahkan Justin Bieber. Tak pun, #KandaRemyIshak. Ha3... Nak jugak petik nama dia kan... ;D

Mohon control lah sikit keperasanan tu, ye. Sebab photographer tu nak jual gambar kau je kekdahnya... Dia edit kasik cun, jerawat batu & blackhead semua hilang sekelip mata. 

RM 100++, kau akan dapat gambar saiz 8R (kalau tak silap aku) sebanyak 2 keping (kau boleh pilih gambar mana yang nak dicetak), book frame yang ada lambang KL Tower & kad untuk akses semua gambar2 kau. 

Kad akses tu ada validity period. So, sebelum expired, kau download lah semua gambar2 kau tu & save untuk kenangan. Sebab lepas validity period expired, diorang akan delete gambar2 tu. Masa tu, kalau kau menangis melutut terjelepok pun diorang tak kose nak layan dah.

Kami terjebak. Sebab rasa macam berbaloi dengan RM 100++ yang kau 'invest'. Poket rabak tapi, macam aku cakap tadi, 'kepuasannya maksima'. Eceh! #SedapkanHati Ha3...

~ Misi berpoya2 menggeli2kan tapak kaki berjaya. Yeahhh...

Misi seterusnya adalah mendekati hidupan laut. ;D


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



4 comments:

Warisan Petani said...

wah posing macam pengantin baru.

zarul farhana said...

Uihh harga dia. .. Tapi berbaloi. ..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Warisan Petani,

b'kasih-sayang gitu..!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

zarul farhana,

yupp, b'baloi. sekali-sekala.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google