SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, April 21, 2018

RAKYAT SEJAHTERA BERSAMA KOPERASI

#Throwback

20 Mac 2018

Berlangsungnya HKN 2018 di Melaka International Trade Centre (MITC).

Aku masih batuk2. Demam dah kebah. Alhamdulillah...

Last minute jugaklah bagi keputusan nak join carpool dengan Geng Bas Sekolah (GBS) a.k.a opismate. Aku lepas 'saringan' Oppa, dengan syarat, minum plain water banyak2. Berdoa jugaklah sebelum pergi, mudah2-an everything will be fine & aku tak pengsan. Sebab kalau pengsan, jenuh GBS nak usung. 'Kenderaan berat', weh..! Ha3...

~ Rombongan Mokcik Bawang & Pokcik2 Bawang. Ha3...

Breakfast di Tanjung Malim. Kat Gerai Kak Nab merangkap gerai kepunyaan bonda Mr. Hafis. Maka dengan itu, Mr. Hafis telah bermurah hati menaja breakfast tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan. Ecewah!

Nasik goreng dia... sumpah sodap! Pedas berdesing, simple & tak oily. Citarasa ah kak sangat..! Gumbira perut. Ha3...

~ Landing timeeeeee...... Ha3...

Pejam, celik. Pejam, celik. Tido terbongkang, bangun balik. Finally... sampai di Bandaraya Bersejarah. Alhamdulillah...

~ Puteri Hang Li Po & Laksamana2nya masuk mengadap. Hiks...

Roger2 Aizah. Katanya... dah lama sampai. Dah jumpa, terus ajak lunch. Lapor giler! Chicken Grilled dari food truck. Bolehlah...

Laju2 makan, laju2 masuk main hall. Tak tahan. Panas lit2 berdengung dowh... kat luar. Dalam hall best. Air conditioned. Nyamannn...... Bajet puteri lilin sangat..! Ahaks...

~ Jumpa gendang, selfie 1 kali, pehh-liss..! ;D

~ Kat sini dah start sejuk sikit.

~ Terserempak dengan #KakakTiri. Selfie lagik.

~ Mengambil tempat. Eceh!

~ Ucapan aluan by YB Dato' Seri Hamzah Zainudin. Ucapan perasmian by YAB Dato' Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak. 

Tema tahun ni: Rakyat Sejahtera Bersama Koperasi

Mudah2-an... InshaaAllah... Aminnn...

~ Jejak kaseh..........................an katanya... He3...

Beli belacan Melaka kat RnR je. Takpelah... It's ok. Asalkan belacan. 

Flat wooo... sampai rumah. Bersihkan diri & terus terbongkang tido. Zzzzzzzzzzzzz..............


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, April 19, 2018

DARI DIA KITA DATANG...

Abah pesakit buah pinggang. Penyakit sampingan lain pun ada. Tekanan darah tinggi, diabetes, jantung & paru2. But, mainly kidney failure.

Abah buat treatment susulan di Pantai Hospital, Ipoh selepas Hospital Teluk Intan. Oppa & adik-beradiknya buat sistem giliran untuk bawak Abah ke sana.

~ Tiba turn kami.

~ Ruang menunggu bahagian luar.

~ Ini turn kami untuk minggu ke-3 Abah dialisis di Pantai Hospital.



Sistem badan Abah tunjuk respon positif Lepas 6 kali buat dialisis di Pantai Hospital. Alhamdulillah... dah berselera untuk makan. My MIL kata, dari 3 sudu dah jadik 1 senduk nasik. Minum susu Novasource (susu khas untuk pesakit buah pinggang) dengan jayanya, sampai perlu dicatu. He3... 

~ Abah 'ditransitkan' di rumah Huda.

Boleh berjalan pelan2 walaupun masih tetap perlu dibantu, dipimpin. At least, much better dari sebelum ni yang hanya depending on bantuan anak2 & wheel chair. Doa kami tak pernah putus, nak tengok Abah recover. Mudah2-an...

9 April 2018...

Kami balik kampung. Rumah mertuaku. Tido sana. Sebab keadaan Abah tak berapa bagus. Lemah semacam. Tak berapa nak makan. Minum pun sangat kurang. Nampak mengantuk (pejam mata) je. Glucometer detect, gula dalam darah tinggi. Walhal, Abah tak consume yang manis2. Tapi, bacaan tak konsisten. Maksudnya, dari 8 naik ke 21. Drastik kot..!

Bila dipanggil, Abah still respon. Tapi, aku & Oppa rasa something wrong somewhere. Abang Poi suruh refer ke Pantai Hospital. Tapi, My MIL refused. Tak sanggup nak tengok Abah go through prosedur2 yang nampak menyakitkan. Dia redha, katanya...

Kami bingung, serba-salah & dilema... Hu3...

10 April 2018...

Kami balik kampung & tido sana lagik. Kali ni, aku terkejut tengok condition Abah. Sangat3 lemah. Paling obvious, rentak pernafasan Abah. Lain. Lain macam sangat. Dada berombak, nafas berbunyik. Macam.... macam.... errr... tapi, aku tak sanggup nak sebut. Jadik terkedu. Hati menolak, nak terus pikir positif je. Tapi, mata & otak pikirkan yang sebaliknya...

Laju2 Oppa cek gula dalam darah Abah. 14, turun sikit dari 21. Makan tak nak. My MIL sudukan susu sebanyak 1 sudu teh pun Abah tak telan. 

Kami betul2 tak sedap hati. Kami nak war2kan kat anak2 & menantu2 Abah yang lain. My MIL berkeras tak setuju sebab risaukan diorang nak balik jauh2 malam2 buta. Oppa terpaksa 'fight', call Huda sebab dia yang paling dekat berbanding dengan yang lain. Aku pulak, curik2 WhatsApp Awa, mintak Awa sebarkan condition Abah.

Malam tu jugak Huda balik. Huda pujuk My MIL untuk bawak Abah ke Hospital Teluk Intan. Terpaksa call ambulans sebab kaki Abah tak boleh dibengkokkan. Sakit katanya...

Doktor terpaksa pengsankan Abah sebab nak masukkan antibiotik yang kuat. Risiko tetap ada. Doktor kata, condition Abah sangat kritikal. Kami redha... Doa yang baik2. 

11 April 2018...

Pukul 10.00 pagi, Abah kembali kepada Penciptanya... Innalilla hiwainna ilaihirojiun...

~ Dari Dia kita datang... Kepada Dia kita pulang... 

Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Yusoff bin Hussin...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google