SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, September 27, 2018

PELAKON UTAMA & EXTRA

Kami rancang 'filem pendek' sebagai kejutan. Story board nya cenggini...

SCENE #1

Abang war2kan aktiviti seterusnya adalah berjimba di luar. Kompom Mother akan masuk bilik untuk sarung tudung & bersiap2 sebab Mother sejenis punctual. 

SCENE #2

Kak Yong akan membontoti Mother, switch off lampu kasik gelap habis, kunci pintu & bagitau Mother pintu terkunci sambil menjerit2 mintak tolong.

SCENE #3

Kak Ngah tarik tombol pintu sambil jerit kat Oppa, mintak tolong sebab pintu tak boleh bukak. Bila Oppa cuba nak setelkan kes pintu terkunci, Kak Aneem & Abang angkut kek dari fridge ke hall, buat preparation yang sewajarnya.

SCENE #4

Aku play lagu 'Happy Birthday' once Oppa berjaya bukak pintu yang sebenarnya tak terkunci pun tu.

Yeah..! Kengkonon hebatlah 'filem pendek' kitorang tu. Natijahnya:-

SCENE #1: Done dengan jayanya.
SCENE #2: Separa berjaya sebab Kak Yong acting sekali lalu je. Tiada siaran ulangan masa tunggu Kak Ngah menjerit & Oppa sampai. Awkward gila! Ha3...
SCENE #3: Sama kes dengan Kak Yong, tiada siaran ulangan. Awkward jugak. Ha3...
SCENE #4: Berjaya tapi, kelam-kabut sebab tak prepare awal2. Jenuh nak godek2 galeri, carik lagu 'Happy Birthday'. Ha3...

~ Kek. Meriah giler cheese & cream cheese nya..!

~ Brownies. Ermmm... dappp...

~ 8 & 19 Julai...

~ Semoga birthday boy & girl dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik. Aminnn...

Sambil makan & celebrate, sambil gelak terbahak2 mengenangkan 'pelakon utama & extra' yang awkward tiada siaran ulangan tu. Ha3...

~ Always be my favourite... #MmuahCiked 

~ Perjimbaan diteruskan di Ipoh Parade. Layan bowling. Tournament antara family members. Konsep: Yang kalah pasti kena gelakkan kaw2! Ha3...

Kak Yong & Kak Ngah pun join bowling. Sukahati la achaner diorang nak golekkan bola. Asal bergolek. Walaupun hakikatnya, banyak ke longkang. Ha3... Gelak lagik..!!!

Dah gelak banyak sangat, perut pun lapor balik. Actually, lapor manja2. Sebab tak nak dah elok2 balik Kinta Riverfront Suites 1, ada yang buat aduan 'lapor'. 

~ Mencarik makan di Gerai Nasi Goreng Udang SSI Corner.

Alhamdulillah... Tido nyenyak kami malam tu. Sebab penat. Sebab kenyang. Yeahhh...


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, September 12, 2018

'TIPAH' SI #HANTUAIR NAIK HANTU

Kami check-in di Kinta Riverfront Suites 1. Pilihan ke-3. 

Pilihan pertama: H2H - Marine Home @ Majestic Ipoh. 
Pilihan ke-2: Octagon Dragon Guesthouse

Terpaksa ke pilihan ke-3 sebab katanya... kau wajib pakai swimming attire yang diwartakan kat pilihan pertama & ke-2. Yang acah2, buleh blah... kompom kena kick out dengan Pak Guard. Choiii..!!!

Ada jugak yang advise, redah jerrr... Tapi, kami tak konpiden. Maka kerana itulah terpaksa redha amik pilihan ke-3. Hu3...

~ Lepas check-in & solat, terus jadik 'Pandelela Rinong'. Tak menahan... Ha3...


~ #HantuAir ;D

Wajah nampak gumbira dengan fasiliti tersebut. Hakikatnya, ada sedikit ketidakpuasan hati. Tipah tertipu... gitu..! 

Kinta Riverfront Suites 1 ni adalah private unit. Maksudnya, takde kena-mengena dengan management Kinta Riverfront Hotel & Suites. Fakta ni, kami tak kesah sebab sedia maklum. Jelas. Takde unsur Tipah tertipu.

Fasiliti atau specifically pool yang diiklankan di Booking.com adalah pool Kinta Riverfront Hotel & Suites. Aku & Oppa konpiden yakin sebab kami pernah stay & swimming di pool tersebut. Pool yang cantik, moden & bersih. Inilah jugak faktor utama kami book pilihan ke-3.

Penuh semangat nak turun pool tapi, rasa macam lain. Jalannya lain, level pun lain. Sangat lain dari lokasi pool Kinta Riverfront Hotel & Suites yang aku pernah jejak dulu. Hati dah mula rasa tak best. Tapi, chill... Teruskan explore.

Finally, memang hampa, dukacita & bla3... yang sewaktu dengannya. 

1. Takde kids pool.
2. Tiles sekitar pool macam dah kena kokak.
3. Daun2 kering bersepah kat tepi pool. Macam takde maintainance. 
4. Bilik sauna yang diiklankan macam hampeh kondisinya.
5. Ada bau yang kurang menyenangkan di lorong sebelah pool, bahagian bawah. Pool ni level 2, kalau tak silap aku. Bau tu akan naik bila angin bertiup sepoi2 bahasa.

Kompom bukan pool Kinta Riverfront Hotel & Suites. Check it out entry ah kak ni untuk perbandingan.
Kompom bukan pool seperti yang diiklan / ditawarkan dalam Booking.com.
Kompom Tipah Tertipu!!

Lepas swimming, 'Tipah' tersebut meng-WhatsApp owner a.k.a manager Kinta Riverfront Suites 1, menyuarakan ketidakpuasan hati. 

'Tipah' puji dulu suites nya. Moden, bersih & sama seperti yang diwar2kan dalam Booking.com. 

'Tipah' cuma nak bebel pasal pool je. 'Tipah' tak serang, tidak jugak bermulut lancang. 'Tipah' cakap elok2, mohon explanation je. Memula, dia insist menegakkan benang yang basah-lencun. Bila 'Tipah' firm sikit, send gambar pool yang dia advertise, bagitau yang 'Tipah' pernah stay & berkubang di Kinta Riverfront Hotel & Suites suatu ketika dahulu, baru dia slow down & say 'SORRY'. 

Macam tu la... kalau dah salah, jangan diletak lilin kat benang tu semata2 nak ia tegak berdiri dongak ke langit. Admit & mintak mahap je... Lepas tu, amik iktibar, jangan tipu lagik. Habis cerita. 'Tipah' menang, dia pun sama menang.

'Tipah' bagi masa untuk dia remove gambar pool yang bukan pool sebenar tu dari Booking.com. Kalau dia enggan, 'Tipah' memang berhajat nak buat review jujur. Niat 'Tipah' 1 je, tak nak orang lain sama tertipu macam 'Tipah'. Mujur dia dah remove. Takde langsung gambar pool, either yang bukan sebenar or yang sebenar. Ok, bagus.

Amat mudah nak jadik jujur. Tapi, tak susah jugak nak jadik penipu. 


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



MELAYANG RINGGIT MALAYSIA

#Throwback 

Birthday celebration untuk Mother & Oppa. Oppa tau pasal celebrate birthday Mother je. Tang birthday dia, memang dia tak tau. Isteri beliau kengkonon nak surprise la kiranya... Hiks...

Mother memang tak tau langsung. Nak surprise kan Mother ni, senang je. Sebab Mother bukan ingat tarikh birthday dia. Hari kita wish kat beliau 'Happy Birthday' tu la yang dia notice itu adalah birthday dia. Contoh: Tahun 2017, kau wish bulan Jun, Mother aci accept je. Tetibe kang tahun 2018, kau wish bulan Julai, pun Mother accept jugak. Ha3...

Tarikh dan tempat nak celebrate dah ada. Cuma... tempat tu, yang secara spesifik, susah nau nak fix kan. Nak carik yang betul2 relaxing katanya...

~ BrUnch di Gerai Rosyadah, Tapah pada hari kejadian.

Vacation menghala ke Ipoh. Nak check-in, tak boleh lagik sebab belum tiba waktunya. Otak ligat mencarik tempat untuk berpoya2.

~ Finally, menebeng di AEON Mall Kinta City.

~ Acah2 tunggu train. He3...

~ Kalau bab selfie, bagi je tanpa was2 kat kitorang. Pose ke laut pon apa ada hal..?! Asal konpiden. Ha3...

~ Besor adik daripada abang. Abang makan super banyak. Tapi, metabolisme hebat sangat kot... Maintain slim. Ha3...

Sempatlah terbang melayang Ringgit Malaysia Acu, kena pau dengan anak2 sedara, beli novel, komik & buku kat Popular. Takpe... sekali-sekala... Tapi, eh... bukan dah berkala2 ke?! 

#KataAcuTersebutSambilUrutDada Hu3...


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, August 14, 2018

MEGALODON..??!

Oppa nak tengok cerita jaws. 

Cerita jaws, takpe. Boleh layankan... Tapi, kalau tengok jaws nya, kena pikir lapanbelasratus kali kot... Hu3...

~ The Meg

Not bad. Aku rasa nak kasik 3.5/5 bintang. 

Jason Statham, seperti biasa, memang tak pernah mengecewakan. Muka serius tahap gaban tapi, ada sense of humour. 

Errr... Megalodon tu memang wujud, ek?


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



'MENYERAP' NASIK

Perhimpunan Bulanan kali yang ke... tak ingat. Sebab banyak kali nau pergi kan... #StatementBerlagakRajin #Chiaaa3... Hiks...

Macam biasalah, semustinya carpool. Aku, Encik Fadzil, Eika & Hazrie. Encik Fadzil jadik pak supirnya... He3...

Kali ni punctual. Sebab dah kena sound manja2 dengan Cik Boss. Adeh3...

Belum start tapi, kerusi dah panas. Maksudnya, sampai awal lettew. ;P 

Perhimpunan Bulanan kali ni ada 2 agenda utama:-

1. Taklimat BSN
2. Farewell untuk Pegawai Ehwal Koperasi (PEK)

~ Muka terpaling garang & serius, acah2 dia sorang je la yang absorb intipati taklimat adalah...... ;P

~ 'Jiran.' Ha3...

~ #TeamSKMPerak bergambar kenangan dengan PEK, SKM, Perak.

~ Happy farewell, Kak Hawa..! 

Kak Hawa ni komited orangnya. Normally, di mana ada event, di situ ada Kak Hawa. Aku doakan, Kak Hawa berjaya dalam apa jugak yang diusahakan. Amin...



Banyak betul ah kak 'menyerap' nasik (menyerap, hokay... menyerap. Ha3...) pada hari tersebut. Lapor, noks..! Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, August 7, 2018

SEMOGA TERPAHAT & TERPAKU...

Musim koperasi buat AGM. Tapi, taklah se-pack masa lepas raya hari tu. Perrgghhh, berpoluh ah kak susun jadual! Hu3...

Paling latest, AGM Koperasi Kariah Surau Al-Huda Taman Pelangi Langkap Perak Berhad. Haaa... panjang kan nama koperasi ni?! Harap mahap sebab nama pendek merangkap akronim nan hado..! ;P

Hujan pagi tu. Oppa dah siap2 tunjukkan jalan sehari sebelum hari kejadian. Sambil drive, sambil perah otak, ingat 'map' Oppa... ingat landmark2 yang Oppa bagitau... Maklumlah... orang buta jalan tahap kronik macam ah kak ni memang sejenis complicated sikit, walaupun taklah jauh mana. Jalannya pun straight + kona sikit2 je. Hu3...

~ Alhamdulillah... Taklimat yang aku sampaikan berjalan lancar. Mudah2-an terpahat & terpaku di hati sanubari lubuk jiwa paling dalam koperasi. Heh3...

~ Terima kasih untuk buah2-an tempatan + import itu...

~ Mee goreng tu sodap. Rasa nak mintak tapau. Ha3... Behave, hokay.. behave!
~ Maka, MAT pun bermula...

~ Tugas ah kak selfie. Eh, silap! Pemerhati. ;P

Puas hati sebab dapat betulkan pemahaman koperasi. Mudah2-an istiqomah... Amin...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, August 6, 2018

NASIB MANUSIA PENCINTA MAKANAN

Sabtu lepas...

Aku & Oppa memenuhi undangan walimatul urus. Anak jiran kahwin. Macam dah lama je tak makan kenduri. Rindu pulak kat lauk-pauk orang kahwin.

~ Jalan kaki seiring sejalan je... sebab dekat. 

Tak cukup dengan makan kenduri, kami top up lagik dengan makanan lain. Cengginilah 'nasib badan' manusia2 pencinta makanan seperti kami... Ha3...

Dapat mee sup.
Dapat laksa.
Dapat air kelapa lemon yang aci sebijik2 tu.

O.M.G..! Giler tak heaven..!! Ha3... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



KIMCHI HALAL

Memenuhi undangan merangkap mewakili SKM ke Hari Koperasi Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan Berhad. Tumpang Cik Boss je, carpool. ;)

~ Berhimpun di dataran kejat.

~ Dah lama tak join perhimpunan sekolah. Perrgghhh, berpoluh den! 

~ Gimik perasmian guna drone wooo..! Cayalah..! ;D

~ Cenderahati untuk Cik Boss.

Koperasi Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan Berhad ni bagus. Cikgu & pensyarahnya aktif. Join pertandingan inovasi lah... pertandingan memanah lah... petanq bagai... Produk pun boleh tahan bagus & dekat di hati masyarakat. 

Contohnya macam, baja poo2 lembu. Dapat feedback memberangsangkan daripada pengguna. Organik. 

Paling latest, diorang tengah work hard on pembuatan palet makanan ayam organik. Mungkin akan dibawak masuk dalam pertandingan Young Entrepreneur Strive for Success (YESS). Good luck! Mudah2-an menang lagik. Amin...

Kimchi pun diorang buat tau! Kimchi halal katanya... Daebak2... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, August 3, 2018

PAM3... PAM6... PAM5... PAM6... PAM3...

Pam3... Pam6... Pam5... Pam6... Pam3...

Haaa... boleh imagine tak apakah mukadimah ah kak tu? Klu: Sejenis OST. ;P

Lepas tu, klu lagik: Movie Hollywood hebat ber-sequel2.
Dan klu lagik: Hero dia handsome baq hang & legend.
Lepas tu, klu lagik: Nama watak hero dia Ethan Hunt.

Ha3... Bagi klu macam nak bagi jawapan terus. 

~ Mission: Impossible Fallout

~ Kelakor jugak Encik Tom Cruise ni, sebenarnya. He3...

Latest movie date kami. Tak plan sangat pun... Saja... mengada2 sebab terjebak lepas tengok Tom Cruise, Henry Cavill & Simon Pegg dalam Running Man. Henry Cavill tu, haaa... mengundang sangat! Telinga dah rabak pun still... baaapak... hot! Ahaks3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, July 30, 2018

HARI JALAN2 CARIK MAKAN

Kesah Raja Buah lagik... ;)

Tapi, yang ni memang plan. Kengkonon nak makan durian kat Perak Agrotourism Resort (PATRO). Chill2 gitu...

Tapi, tak berapa nak chill sebab panas membahang. Berkerut2 dahi. Hu3...

~ Naik buggy untuk ke cafe, tempat durian berkumpul. Ha3...


~ Sementara tunggu Oppa register nak beli durian. PATRO kata wajib register sebab ada lucky draw katanya... Layannn...

~ Durian2 tersebut 'berkumpul' kat tepi tasik merangkap cafe ambience. Ada Durian Kampung & Musang King sahaja. Masa register, cakap siap2 nak durian apa, bawak resit ke sini then, 'penjaga durian' pilihkan ikut kilogram yang kita register. 

Musang King: RM 35/kg

~ Ah kak tak kesah sangat hal durian. Ah kak kesahkan selfie je. Ha3...

~ Tapau 2 bijik lagi Musang King yang harganya runtuh jadik RM 17/kg.

~ Balik takde buggy. Naik lori-tractor. Merasa la kau terhoyong-hayang. Nasib baik pak supirnya tak buat wheely. Ha3...

Hari tersebut adalah hari jalan2 carik makan. Lepas makan durian, pekena laksa pulak. Mother promote. Gerai kawan Mother.

~ Gerai Cik Liza. Ada laksa, sate, bihun sup & a few menu lain.

~ Superb laksa ni. Cengginiiiiii...... (read: thumbs up sign)..!! 

~ Dan yang terakhir sekali, dinner di restoran Pak Din, Kampung Bahagia.

1 hari yang penuh dengan makanan. Alhamdulillah... Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, July 20, 2018

IOI YANG GEBU-GEBAS

"Oh kome, deghoyan udah lughoh...
Lebih baik cepat pergi suloh...
Lambat sikit kome dapat habuk...
Kalau tido jawabnye tinggey pokok.."

Musim deghoyan, weh! 

Berita gumbira buat yang hantu durian. Kepada yang tak berapa nak hantu macam aku, berita ni ok je. Happy jugak. Tengok rezeki & nikmat Allah bagi. Excited jugak sebenarnya... tengok buah durian meriah kat atas pokok. Nice view.

Baru2 ni, pusing2 Teluk Intan dengan Oppa. Takde arah tujuan. Saja2 survey movie on showing kat MBO Cinema... saja2 pulak terlalu kat port2 tauke durian. 

Oppa singgah kat salah 1 port yang kawan dia suggest. Beli sebijik Durian IOI. 

~ Review: Fresh & gebu-gebas. Yang tak hantu durian pun terjebak sampai 4 ulas. 

Pelik. Apsal nama ia IOI, ek? 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




Saturday, April 21, 2018

RAKYAT SEJAHTERA BERSAMA KOPERASI

#Throwback

20 Mac 2018

Berlangsungnya HKN 2018 di Melaka International Trade Centre (MITC).

Aku masih batuk2. Demam dah kebah. Alhamdulillah...

Last minute jugaklah bagi keputusan nak join carpool dengan Geng Bas Sekolah (GBS) a.k.a opismate. Aku lepas 'saringan' Oppa, dengan syarat, minum plain water banyak2. Berdoa jugaklah sebelum pergi, mudah2-an everything will be fine & aku tak pengsan. Sebab kalau pengsan, jenuh GBS nak usung. 'Kenderaan berat', weh..! Ha3...

~ Rombongan Mokcik Bawang & Pokcik2 Bawang. Ha3...

Breakfast di Tanjung Malim. Kat Gerai Kak Nab merangkap gerai kepunyaan bonda Mr. Hafis. Maka dengan itu, Mr. Hafis telah bermurah hati menaja breakfast tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan. Ecewah!

Nasik goreng dia... sumpah sodap! Pedas berdesing, simple & tak oily. Citarasa ah kak sangat..! Gumbira perut. Ha3...

~ Landing timeeeeee...... Ha3...

Pejam, celik. Pejam, celik. Tido terbongkang, bangun balik. Finally... sampai di Bandaraya Bersejarah. Alhamdulillah...

~ Puteri Hang Li Po & Laksamana2nya masuk mengadap. Hiks...

Roger2 Aizah. Katanya... dah lama sampai. Dah jumpa, terus ajak lunch. Lapor giler! Chicken Grilled dari food truck. Bolehlah...

Laju2 makan, laju2 masuk main hall. Tak tahan. Panas lit2 berdengung dowh... kat luar. Dalam hall best. Air conditioned. Nyamannn...... Bajet puteri lilin sangat..! Ahaks...

~ Jumpa gendang, selfie 1 kali, pehh-liss..! ;D

~ Kat sini dah start sejuk sikit.

~ Terserempak dengan #KakakTiri. Selfie lagik.

~ Mengambil tempat. Eceh!

~ Ucapan aluan by YB Dato' Seri Hamzah Zainudin. Ucapan perasmian by YAB Dato' Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak. 

Tema tahun ni: Rakyat Sejahtera Bersama Koperasi

Mudah2-an... InshaaAllah... Aminnn...

~ Jejak kaseh..........................an katanya... He3...

Beli belacan Melaka kat RnR je. Takpelah... It's ok. Asalkan belacan. 

Flat wooo... sampai rumah. Bersihkan diri & terus terbongkang tido. Zzzzzzzzzzzzz..............


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google