SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PERHIMPUNAN BULANAN. Show all posts
Showing posts with label PERHIMPUNAN BULANAN. Show all posts

Tuesday, October 15, 2019

BERPANTUN PULAK LAH HAIII..!

Nama Sis naik lagik...

Emcee untuk Perhimpunan Bulanan + Majlis Farewell, Puan Rosidah Ramli, Timbalan Pengarah II, SKM, Perak. 

Terkesima jugak memula. Sebab tugas emcee ni konsep rotation. Turn Sis dah pernah sampai. Rotation pun tak habis pusingan lagik. Ingatkan, buleh la chill lebih lama. Tup2... terkono jugak buat ke sekian kalinya! 

Redah je la... Takkan nak menangis meratap kat bucu katil pulak kot. ;P

~ Emcee bersaiz cekodok. Ha3...

Setelkan Perhimpunan Bulanan dulu. Kemudian, continue dengan Majlis Farewell. 

Puan Rosidah Ramli akan bertugas ke HQ, SKM. Terima kasih atas segala jasa & budi yang dicurahkan sepanjang berada di SKM, Perak. Semoga Puan Rosidah Ramli sukses di tempat baru. ;)

~ Selesai tugas.

~ Lega... Selpie pun senang hati baq hang! Ha3...

Merdu bertingkah tidak terperi,
Tiupan semangat di segenap segi,
Mohon izin mengundur diri,
Salam muhibbah jumpa lagi...

Eceh! Berpantun pulak dia lah haiii..! Mementang kau emcee! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, August 21, 2019

MEMBAWAK KE PETANG...

Ini antara Perhimpunan Bulanan paling latest yang aku attend. Ada dress code sebab lepas Perhimpunan Bulanan ada majlis farewell untuk Tuan Timbalan Pengarah, SKM, Perak.

~ Team carpool hari kejadian.

Sepanjang perjalanan, aku tido. Giler mengantuk! Nasib baik ada 'co-pilot', Mr. Hafis. Boleh dijadikkan tukang sembang kepada Pak Supir of the day, Encik Fadzil.

Kami sampai on time. Alhamdulillah...

~ Selepas touch up untuk mengaburi muka bangun tido. Ha3...

~ Jejak kaseh dengan Nedy.

~ Sempat jugaklah bergambar kenangan dengan Tuan Timbalan Pengarah, SKM, Perak yang dah dinaikkan pangkat as Pengarah, SKM, Sarawak. 

Diselitkan jugak acara sambutan birthday staff. Potong kek berjemaah kekdahnya...

~ Acara yang menjadik faveret Sis. Orang lain yang sambut birthday, Sis yang gigih cedok brownies. Sedap, owh..! Ha3...

Membawak ke petang jugaklah agenda2 pada hari tersebut. Last sekali, tolong Eika angkut stok. Sempatlah 'mendera' bakal staff baru SKM, Hilir Perak. Heh3...

~ Ismaildanish namanya. Mintak tolong tolakkan troli stok sampai ke ground floor. Sementara tunggu Encik Fadzil amik kereta, sempatlah borak2 ice breaking dengan Ismaildanish. 

On the way balik, Sis tak tido tau! Berjaya tahan mata sampai ke rumah. Bangga2... ;D

Terima kasih, Pak Supir... ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, August 14, 2018

'MENYERAP' NASIK

Perhimpunan Bulanan kali yang ke... tak ingat. Sebab banyak kali nau pergi kan... #StatementBerlagakRajin #Chiaaa3... Hiks...

Macam biasalah, semustinya carpool. Aku, Encik Fadzil, Eika & Hazrie. Encik Fadzil jadik pak supirnya... He3...

Kali ni punctual. Sebab dah kena sound manja2 dengan Cik Boss. Adeh3...

Belum start tapi, kerusi dah panas. Maksudnya, sampai awal lettew. ;P 

Perhimpunan Bulanan kali ni ada 2 agenda utama:-

1. Taklimat BSN
2. Farewell untuk Pegawai Ehwal Koperasi (PEK)

~ Muka terpaling garang & serius, acah2 dia sorang je la yang absorb intipati taklimat adalah...... ;P

~ 'Jiran.' Ha3...

~ #TeamSKMPerak bergambar kenangan dengan PEK, SKM, Perak.

~ Happy farewell, Kak Hawa..! 

Kak Hawa ni komited orangnya. Normally, di mana ada event, di situ ada Kak Hawa. Aku doakan, Kak Hawa berjaya dalam apa jugak yang diusahakan. Amin...



Banyak betul ah kak 'menyerap' nasik (menyerap, hokay... menyerap. Ha3...) pada hari tersebut. Lapor, noks..! Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, February 28, 2016

SPACE DI SEGENAP PERUT

Encik Fadzil, Hazrie, Eika & aku, carpool ke SKM, Perak. Attend Perhimpunan Bulanan. 

Oppa tapaukan nasik lemak, jiran yang jual. Sodap! So far, tak pernah jemu lagik. 

Terkocoh2 aku suap nasik lemak sebab Encik Fadzil dah sampai. Dah hon2 & WhatsApp. Hu3...

Encik Fadzil, Hazrie & Eika tak breakfast lagik. Diorang ajak breakfast kat gerai Kilang Padi Sungai Manik. Aku on jerrr... Ada space lagik di segenap perut ni! Ha3...

~ Kueteow goreng & telur dadar. Simple tapi, sedap.

Alhamdulillah... selamat pergi & selamat kembali. 

Senang betul buat ending dia kan... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, April 16, 2012

HAPPY BIRTHDAYS KAWAN2...

Bulan ni adalah bulan April. Eh, macam korang tak tau pulak kan... He3...

Saja je... propaganza... ;P

Setiap bulan kot, memang ada opismate yang sambut birthday. Kalau tak kawan2 kat opis aku yang comel nih, maybe ada kat wilayah lain atau negeri mahu pun hq yang sambut birthday.

Macam bulan April, ada sorang opismate aku yang sambut birthday iaitu Cik Ros. Eh, silap! PUAN Roslah! ;P Seperti biasa, kalau ada function apa2 kat opis Ipoh (hq negeri), musti diorang akan celebrate sekali dengan mana2 staf yang sambut birthday bulan tuh.

Macam bulan ni ada Perhimpunan Bulanan. So, diorang kumpulkan staf2 yang lahir dalam bulan April then, celebrate ramai2 lepas Perhimpunan Bulanan. Begitulah kekdahnya...

~ Owh... sebelum apa2, aku nak wish selamat datang & selamat bertugas kepada Pengarah baru nih, Haji Saiful Bahri Haji Omar. Sebelum ni, Haji Saiful posting kat Sabah. Dalam gambar ni muka dia tak nampak sebab dia tengah ghalit tengok gambar2 yang diraikan birthday mereka. Tapi, sekali pandang memang sejibiklah macam PM kita, Tok Jib. Cara bercakap pun sama jugak. Bila dia datang buat lawatan ke opis aku tak lama dulu, terus rasa macam menerima lawatan kerja daripada Tok Jib. He3...

~ Barisan staf yang sambut birthday di bulan April. Happy birthday untuk korang..! ;)

Lepas Perhimpunan Bulanan & majlis sambutan birthday kawan2, bos2 ada meeting pasal pengurusan aset termasuklah bos ah kak kan... Hu3... Makanya, terpaksa la ah kak ngan Ros menebeng menghabiskan masa pergi window shopping. Heh! ;P Kami kan carpool... Nak tak nak, kena la tunggu bos habis meeting, baru boleh balik sama2. 

Well... ah kak memang tak boleh kot berwindow shopping. Asal niat nak window shopping je, musti tershopping jugak. Tak besor, kecik punya barang pun jadik. Tak mahal, murah pun aci jugak. Adeh3...

Aku tershopping brooch 2 bijik. Brooch yang pinkan tudung kat bawah dagu tu, haaa... Memula, macam lalu2 je kat kiosk jual brooch tuh. Tetiba terjeling2 pulak. Lepas tu, terstop & tangan ni gatal dok pilih2. Last2, terbeli! Ha3...

Cer teka kaler ape brooch2 tuh? ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google