SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, December 16, 2011

KARIPAP GIANT!!! KO ADO..??! ;P

Tempat kejadian adalah di Taman Intanova. Waktu kejadian pulak adalah sebelah petang lepas balik kerja. Baru lepas hujan time tuh. Biasa la kan... asal hujan jer perut nie mengada2! Asal mengada2 jer, hujan! Ha3...

Perut nie maukan sesuatu untuk kudapan petang. Tapi, takmo yang biasa2. Nak yang luar biasa/dalam bahasa saintifiknya, extra-ordinary.

Kalau kat area2 jalan pulang ke rumah tuh, confirm2 la yang biasa2 jer yang bakal dijumpai. Pisang goreng... cucur badak... laksa... mee rebus... seri muka... Owh... semuanya pun macam nehi3!!! Nak yang biasa makan tapi, pelik sikit. Hah! Amekaw! Mengada2 tahap melampau kot perut nih! Ngalahkan orang mengidam! Adeh3...

Tetiba kan... ting!!! Idea sudah mari! Petunjuk sudah datang! Ajak my 'sayang' beli karipap kat Taman Intanova. Yuppp!!! Karipap... Kedengorannya macam biasa bukan?! Tapi, tak... Sila rujuk gambar di bawah, ye anak2..! ;P

~ Karipap yang dimaksudkan. Giler giant saiz dia! Jap2, nak kasik close up sikit. Kalau tak close up, macam tak terbukti pulak yang ianya adalah bersaiz giant. ;P

~ Haaa... nampak tak? Nampak tak? Giant bukan?!

Aku makan sambil la3... dalam kereta sebab puas hati dapat memenuhi kehendak perut. Hiks...

Actually, dah quite some time jugak mengusha karipap giant nih dari kejauhan. Tapi, asal lalu kat stall dia jer, dah kenyang! Asal kenyang jer, lalu kat stall! ;P So, takde la nak berhenti membeli. Tetiba terbeli! Tu yang teruja lebih tuh! He3...

Amacam..??? Exta-ordinary tak kudapan petang ah kak? ;P


:: Like3, ek! ::

TIDO DALAM KESENTAPAN...

Lappy kesayangan ah kak dah jemm! Secara tetiba, hokay..! Takde signal2 langsung! Hu3...

Malam semalam, my 'sayang' surf internet. Sementara aku masak, adalah lebih afdal my 'sayang' temankan kat dapur sambil berinternet. Bukak website NIOSH, lepas tu download borang. Tetiba website tu hilang & keluar pulak ntahhapekejadahnyantah... idak la ah kak mengetahuinya pun! 

Owh... cemas ah kak, hokay! Rasa macam nak berenti memasak & pitam! Adeh3...

Tapi, mana mungkin..! Kena jugak siapkan menu2 yang dah separuh nak siap tuh then, terus godam2 sendirik aci hentam jer! Kalau godam2 terus elok, kira orait la kan... Tapi, kalau godam2 terus jahanam, siapa nak jawab tuh?!! Tsk3...

Petang semalam, terus hantar ke Tech Solution. Mamat Cina tu kata kena format balik. Nasib baik document2 especially gambar2 yang sebabun kat desktop tu boleh diback up. Kalau tak, mau menangis air mata darah ah kak tau! Uhuks3...

Sentap gak malam tadi sebab tak boleh nak mengauto-publishedkan entry untuk masa depan. Terus mintak my 'sayang' massage2kan bahu sambil layan movie G.I Joe. & belum sempat movie habis, dah tertido. Tido dalam kesentapan kata ko! Hu3...

Mamat Cina tu kata, hari nie boleh siap & once dah siap, dia akan call. Sekejap2 aku usha2 handphone... Kang lagik 10 minit aku usha2 lagik... Dah sawan handphone la pulak! Hadoiiyaiiinya pun..!!!

"Heyyy... Mamat Cina! Bila ko nak call aku nih? Penantian itu 
1 penyeksaan, hokay! Tsk3..."


:: Like3, ek! ::

Thursday, December 15, 2011

PEGAWAI DAH TERBAIK, STAF PULAK YANG HAMPEH!

Kesah Hospital Teluk Intan lagik... Takde siapa2 yang admitted. Just bawak mak attend appointment ngan Physiotheraphist kat Jabatan Fisioterapi.

Actually, bukan sengaja asik nak membebel2 jer pasal service kat Hospital Teluk Intan nih. Tapi, dah kenyataan... nak buat camne kan... Plus, kalau tak diluahkan kat blogungukechentaan nie rasa macam ada yang tak kena jer... Rasa terbeban gitu..! ;P

Ironinya... ecewah! Over plak bila masukkan bab2 'ironi' nih! He3...

~ 'Selamat Datang Ke Jabatan Fisioterapi'. Welcome greeting tu dah tip top dah! Nampak mesraaaaaa...... gitu kan... 

Hari tu mak ada temujanji senaman. Temujanji tu berjalan lancar. Tapi, ada 1 insiden yang buat aku rasa nak kata, 'Damn you!!!' kat Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP)yang pakai tudung oren yang nampak kepala sikit tuh yang dok kat kaunter tu, haaa..! Amekaw!!! Panjang betul description! Fuh!

Insidennya begini...

"Nyonya si polan (bukan nama sebenar. Seorang auntie 
berbangsa Cina)!"

'Nyonya si polan' pun terkocoh2 datang kat kaunter. Kesian sebab tulang belakang dia cam membengkok.

"Ini aaa... auntie punya tarikh temujanji sudah lepas 
tau! Bulan 9 last! Skang sudah bulan 12 maaa... Apa 
pasal datang skang? Mana boleh suka2 mau 
datang!"

Korang kena baca dengan gaya bengis macam filem ibu mertuaku tuh. Baru boleh feel... Plus, memang PKP tu bercakap dengan intonasi bengis!

Yang auntie tu pun explain la macam2... itu ini... begitu begini... Volume suara slow jer. Mungkin dia malu bila diherdik macam tu. Isk3...

Paling sadis, last2 si PKP tu boleh cakap gini...

"Mana boleh auntie suka2 datang... Tak taulah saya 
nak buat macam mana?! Auntie pergi tanya 
sendiriklah dengan pegawai kat belakang tuh!"

Terkocoh2 pulak auntie tu masuk dalam bilik exercise jumpa si pegawai. Luckily, si pegawai yang kebetulan datang ke kaunter kata, auntie tu memang takde spesific tarikh. Memang last appointment adalah bulan 9. Lepas tu, auntie boleh datang ikut kelapangan dia. Tapi, still kena datang cuma tak diberikan tarikh temujanji jer.

Pegawai pun boleh cakap sopan2, hokay..! Haish!

~ Terkulat2 la si PKP bila dengor explanation daripada pegawai. Boleh pulak si PKP pandang2 kat aku sambil senyum control2 ayu! Chaittt!!! Blah la, woi!!!

Aku yang jadik pemerhati dari jauh nie pun sentap tengok auntie tu kena herdik macam tu tau! Ko agak2 la kan... Cer bayangkan kalau auntie tu mak2 kita... mak ko jugak... Apa perasan ko bila mak ko kena herdik sebegitu rupa di depan orang-ramai? Cer citer... Cer citer...

Kot ye pun ada salah paham/memang kesilapan, tegur la baik2. Cakap lembut2. Mungkin sebab pelanggan kita tu dah tua... so lambat sikit pick upnya. Bawak2 bersabor, istighfar banyak2 ye Puan PKP..! 

Kata Jabatan Fisioterapi... kalau rasa2 tengah hangen 1 badan tu, bawak2 la bersenam... work out lite2 ke... Itu pun saya mau ajarkah? Coi!!!


:: Like3, ek! ::

MEE GORENG MAMAK KASANOVA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Kita masak mee pulak, jom! Mamak style..! La3... ;P

Bahan2:-

1 bungkus mee kuning (dicelur seketika & ditoskan)
2 keping tauhu
1 pokok sawi (dipotong)
1 cawan cili kisar
1 sudu besar sos tomato
1 biji telur ayam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
10 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
Minyak masak
Air masak
Garam
Kicap
Serbuk perasa

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur tauhu dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat & toskan. Tauhu dipotong dadu.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Tuangkan sedikit air masak.
4) Masukkan sos tomato. Kacau rata.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, gula & kicap.
6) Masukkan udang.
7) Masukkan sawi. Masak hingga sedikit layu.
8) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras sedikit, kacau hingga jadik telur hancur.
9) Masukkan mee kuning. Sebatikan. Masak seketika dengan api sederhana. Angkat & hidangkan dengan tauhu yang telah digoreng tadi.

~ Mee Goreng Mamak Kasanova. Versi takde cekodok nie sebab malas nak buat cekodoknya. Hu3...

Eh! Bukan 'mamak tu yang kasanova tau!' Tapi, saja jer gediks2 tambah tajuk lagu Stacy yang tengah kebabom skang nih! Don't get me wrong, please... & don't be a casanova, ye! ;P


:: Like3, ek! ::

KECEMASAN!!!

Minggu lepas, berhari2 ah kak cuti dari berblogging. Bukan takde cerita, banyakkkkk.... sangat cerita. Tapi, kan minggu lepas 
2 orang family members kembali ke rahmatullah... So, mood berblogging tu dah ke laut sekejap. Still terkejut kot...

Beberapa hari nie baru nak panas enjin balik. Makanya, banyak la entry2 tertangguh, ye! Harap maklum.

Macam entry nie, kejadiannya berlaku pada 2 Disember 2011. Tengahari, masa lunch hour, my 'sayang' cakap yang abah admitted kat wad kecemasan Hospital Teluk Intan sebab darah tinggi naik sampai 219!!! Memang tinggi sangat tuh! Silap haribulan boleh pitam & pengsan!

Gigih kami melawat abah kat wad kecemasan tuh. Abah kat Zon Separa Kritikal (Zon Kuning). Tak boleh tengok ramai2. 1 pelawat untuk satu2 masa. Terpaksa la aku lepak kat ruang menunggu. My 'sayang' masuk sorang2, hantarkan roti ngan air kat abah.

~ My 'sayang' kata, bacaan tekanan arah abah dah menurun ke 190. But, still tinggi jugak tuh. Kalau tak silap aku, yang normal adalah 130. Correct me if I'm wrong.

~ Sementara abah berehat kat Zon Kuning tuh, doktor suruh kitorang amik ubat kat farmasi hospital dulu. Senang! Nanti kalau abah dah ok & discharge, boleh terus balik bawak ubat sekali.

Nombor giliran amik ubat adalah 5129 which means kaunter 5. Bercerita pasal kaunter 5 nie kan, memang boleh pitam owh... nak menunggu turn walaupun 'nombor sekarang' adalah 5120. Kalau dicongak2, ada 8 orang jer lagik then baru nombor ubat abah. Tapi, kaunter 5 nie memang berchenta banyak la kan...

Tak tau apsal lembabbbb.... sangat? Dah la kaunter 5 nie macam khas untuk ubat patient yang kritikal/yang banyak penyakit. Means, sekali amik ubat, memang sebabun la kan... 

Nak carik ubat yang sebabun tu samadengan makan masa. Yesss! Fine! Aku paham... Tapi, yang ko boleh dok gelak2 sambil muka riang-ria tu apsal? Apa kes..??? Dari dok gelak2 riang-ria tu adalah lebih afdal kot kalau ko cepat2 carik ubat. Lepas opis hour kang ko nak gelak2 riang-ria tak hengat takde siapa kesah hokay..! Huh! Emo kejap ah kak!

Hokay, dah! Tu jer kot nak membebel! Hu3...

Eh! By the way, abah discharge pada hari yang sama. Alhamdulillah... Actually, tekanan darah abah naik mendadak sebab abah makan durian + ikan masin. So, lepas nie, memang kena pantang la kot. 


:: Like3, ek! ::

Wednesday, December 14, 2011

SAMBAL SARDIN KACANG BUNCIS UNTUKMU SELAMANYA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Kan aku dah kata... makanan lagik! Layan jer la keobsessan tuan tanah kedaung nie... Ngeh3...

Bahan2:-

1 tin sardin
1 cawan cili kisar
5-7 batang kacang buncis (dipotong)
1 keping asam keping
1 biji bawang besar (dihiris)
Minyak masak
Air masak
Garam
Gula

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk & cili kisar hingga pecah minyak.
2) Perasakan dengan asam keping, garam & sedikit gula.
3) Tuangkan sedikit air masak.
4) Masukkan sardin dengan sosnya sekali.
5) Masukkan kacang buncis. Masak seketika.
6) Masukkan bawang besar. Masak hingga bawang sedikit layu. Angkat & hidangkan.

~ Sambal Sardin Kacang Buncis Untukmu Selamanya. 'Untukmu Selamanya' samadengan tajuk lagu kumpulan Visa. Tetiba rasa nak feeling2 nostalgia pulak. He3...

Sambal sardin dah banyak kali buat. Sardin goreng belum pernah buat. Akan ku try jugak suatu hari nanti... Insyaallah... ;)


:: Like3, ek! ::

AIR TANGAN SEORANG IBU...

Kalau dah namanya air tangan mak, masak apa pun rasa sodap kan? Kadang2 sampai terkenang2 & termengidam2 nakkan masakan mak.

Katalah balik kampung di hari raya, harus si anak2 merequest macam2 masakan faveret kat mak.

"Mak... raya nie mak masakkan nasik impit ngan ayam sir sau, 
ek? Dah lama benor tak rasa!"

"Ummi... boleh tak masakkan nasik minyak ngan ayam masak 
merah? Termengidam nih!"

"Mama... nak lontong, please..! Dari minggu lepas dok mimpi 
makan lontong yang mama masak."

Owh... walau apa pun panggilan untuk seorang ibu, maksud tersiratnya tetap sama, nak makan masakan dari air tangan ibu2 kita.

~ Nie contoh masakan dari air tangan mak aku, ikan bawal cermin tumis cili padi. Simple tapi, boleh buat aku termimpi2 terkenang2 termengidam2 sampai sekarang & bila2 pun! 

Walaupun mak dah ajar cara2 nak masak tapi, macam sengaja jer masuk telinga kiri, keluar balik kat telinga kanan sebab konon2 takkan sama la dengan air tangan mak. & konon2 lain kali nak request lagik... & lagik... & lagik2... Pssttt2!!! Malas kekdahnya... Hiks...

Yang ibu2 kita nie pulak, bila dengor jer anak2 nak balik, lepas tu siap roger2 merequest macam2, awal2 pagi dah ke pasar, beli bahan2 nak masak. Kelentang-kelentung tanpa pembantu kat dapur. Tak pernah merungut! Sukahati lagik sebab anak2 nak balik, makan ramai2.

Tapi, apsal bila ibu2 datang ke rumah anak2, tetiba kata teringin nak makan itu... ini... konon2 nak rasa pulak air tangan si anak2, restoran & gerai2 makan jadik solutionnya! Kadang2 tu, siap cakap, 'Malas la nak masak hari nie mak/ummi/mama. Tapau 
jer lah!' 

Kecewa hati si ibu2... tapi, mungkin tak dizahirkan. Memahami kot dengan kesibukan melampau si anak2. Walhal kadang2 permintaan si ibu2 tu taklah seberapa sangat kalau nak dibandingkan dengan permintaan si anak2 yang macam2! Plus, si ibu nie sebenornya nakkan suasana kasih sayang harmoni tu jer bilamana si anak2 memasak sambil bertanya tentang resepi kat si ibu. Itu jer!

Permintaan yang sekecik tu pun kita (si anak2) susah nak tunaikan kan? Aku la tuh! Isk3... 

Renung2kan & selamat beramal ye, 'anak2'..! ;)


:: Like3, ek! ::

NASIK GORENG IKAN MASIN @ INTAN SELERA

Entry makan2 lagik... Biasa la kan... makanan dengan tuan tanah kedaung mana boleh dipisahkan! Sherashi Bershama gitu..! He3...

Masa nie on the way nak balik kampung. Dalam pukul 5 p.m macam tu la... Tetiba jer aku rasa lapor sebab tengahari tak lunch. Perut nie rasa sebu semacam! Dah petang baru dia nak lapor! Ngengada tau perut comel nih! Huh!

Aku request nak makan kat Intan Selera kat Taman Intanova. Best kot makan kat situ. Tak huru-hara sangat. Boleh makan dengan aman kekdahnya...

~ Duta Intan Selera... Eh, tak! Tipu sangat... He3...

~ Orang yang tekak & perutnya ngengada lebih tuh! Hu3...

We ols pilih menu yang sama, nasik goreng ikan masin + sup kosong + telur dadar. Hmmm... not bad la... Portion memang giler banyak! Tapi, ikan masin dia tak rasa sangatlah! Kurang kick di situ..! Lain kali kena cakap nak ikan masin extra kot... Hu3...

Restoran Intan Selera nie so far so good la jugak kan... Berada di kategori memuaskan la kiranya... Kadang2 jer cam 'tergelincir dari landasan'. Tapi, sikit jer la... ;P 

So, kalau korang 'tersesat-barat' kat Teluk Intan nie & tetiba rasa lapor, boleh la try terjah. Nak cerita lokasinya secara detail memang ah kak fail! Senang cerita, korang carik jer Kolej Komuniti Teluk Intan kat alamat nie:-

Lot 10-20, Persiaran Intanova
Taman Intanova
36000 Teluk Intan, Perak

Restoran Intan Selera tu memang tak jauh dari situ. Kalau dah jumpa Kolej Komuniti nie, korang jalan2 sikit aci pandang2 jeling2 pun dah boleh nampak board Intan Selera yang besor gedabak tuh. 

Sekian... Informasi ini dibawakan khas oleh http://asleez-asrolareleez.blogspot.com 

;P


:: Like3, ek! ::

MISI MENCARIK DURIAN

My 'sayang' ajak pergi kebun Along. Kebun merangkap dusun buah2-an kat area Degong nun. Nak mencarik durian katanya... Ah kak ok jer... ;D

~ Ganasnya muka nak pergi kebun! Scary, hokay! Huuu......

~ Walaupun ah kak ok jer bila my 'sayang' ajak pergi kebun tapi, yang sebenornya ah kak dok dalam kereta jer. Ya ampon la nak turun join menapak sekali. Memang tak kot... Kegelian melampau kat pa-alip-cha-alip-ta & yang sewaktu dengannya ... Tak boleh blah, owh..! Asal nampak jer nak melompat2! Siap loya2 nak termuntah2 lagik tuh! Hadoiiyaiiinya pun!!! Hu3...

~ Masa kami sampai, ada sorang pakcik tengah gigih kutip durian. Tu ha... yang aku buat anak panah tuh! Penuh 1 kereta sorong dengan durian. Memula, ingatkan pencopet durian! Rupa2nya, Along dah amanahkan kat pakcik tu untuk jaga kebun nie termasuk la hasil2 dia sekali. Ooo......

~ Sementara menunggu my 'sayang' ngan mak mengutip durian, aku pun sawan camera kejap sorang2 dalam kereta. He3...

~ Pakai baju kurung sebab baru balik dari kenduri. 

~ Opocot mak kau!!! ;P

Boringlah sawan camera sorang2 nih. Kalau ada Kak Yong ngan Baby, musti lagik gempak! Macam2 pose boleh terkeluar! He3...

Dipendekkan cerita, pakcik yang jaga kebun Along tu suruh kitorang amik jer durian yang dalam kereta sorong dia tuh. Owh... thank youlah wahai pakcik! ;P

Tak amik banyak mana pun. Cukup2 untuk sekali makan jer. Plus, my 'sayang' tu walaupun hantu durian tapi, bukannya tahan kalau bubuh durian kat bonet kereta. Membebel2 jer kata bau kuat la... apa la... Haish! Makan durian laju! Bau durian dalam kereta tak tahan pulak! Pelik!


:: Like3, ek! ::

Tuesday, December 13, 2011

ASAM PEDAS IKAN MERAH TENTANG DHIA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Let's check it out... apa yang ah kak masak? ;) Mukadimah terpendek kot sebab tak reti dah nak membebel apa?! Hu3...

Bahan2:-

3 ekor ikan merah (disiang & dicuci bersih)
1 batang serai (dibelah 2 tapi, jangan putus)
5-7 batang kacang buncis (dipotong)
3 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
1 biji tomato (dibelah 4)
5 helai daun limau purut
Air masak
Serbuk perasa
Garam
Gula
Minyak masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & serai hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3) Masukkan air masak secukupnya. Masak hingga mendidih.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, garam, gula & asam keping.
5) Masukkan daun limau purut.
6) Masukkan ikan merah. Masak dengan api kecil.
7) Masukkan kacang buncis & tomato. Biarkan seketika. Angkat & hidangkan.

~ Asam Pedas Ikan Merah Tentang Dhia.

~ Lauk2 bersama adalah ikan merah goreng, cili kicap & telur dadar. Terbaik, wok..! ;P

Nama resepi tu biasa la... memang over! Ha3...


:: Like3, ek! ::

TUMBANGNYA 2 EKOR LEMBU...

Weekend lepas adalah antara weekend yang hectic jugak kot... Memang tak lekat kat rumah langsung belah siang.

Sabtu, pergi kenduri kahwin kat Parit 9A. Lepas tu, terus balik rumah mertua sebab ada kenduri arwah belah malamnya. Sebagai menantu yang kiut lagik hebat, harus la tolong2 apa yang patut, ye tak? Ecewah! He3...

Pukul 11.30 p.m kitorang sampai rumah. Tak tido kat rumah mertua sebab tak plan kot. Even pagar rumah pun tak berlock. Nak tak nak, kena la balik jugak... Hu3...

Hari Ahad, pun ada kenduri lagik, kat rumah nenek sedara. Anak pompuan merangkap dua pupu aku kahwin. Kami sebaya tapi, tak rapat sangat kot. Kalau jumpa pun aci hye2 bye2 gitu jer la... Plus, maybe sebab kami dua2 pendiam. Macam aku nie jenis lambat mesra pulak tuh. Senyum2 jer lebih... Adeh3...

~ Pengantin tengah berarak. Pengantin pompuan tu la 2 pupu aku. Liya namanya. 

~ Selamat pengantin baru Liya & hubby... ;) Kiut pulak aku tengok pengantin lelaki tuh. He3... Orang kata, kalau isteri lagik tinggi dari suami, makanya murah rejeki, gitu! Owh... mudah2-an... Amin... ;)

~ Ah kak pakai purple hari tu. Dah lama rasanya tak pakai baju nie. Masa tengah geledah2 almari, terpandang kat baju nie. Terus iron & pakai pergi kenduri.


~ Mak & the geng yang tengah busy membungkuskan nasik + lauk-pauk untuk geng2 rewang yang bertungkus-lumus menjayakan kenduri especially dari segi penyediaan lauk-pauk la kan... Dah jadik macam tradisi kot. Sebagai menghargai jasa & keringat mereka2 tu semua.

~ Nenek pun tak kurang sibuk jugak. Ke sana ke mari... kejap2 bawak bakul la... kejap2 bawak besen la... Dasat2... ;P


~ Kalau korang terror, cer carik di manakah ah kak? ;P Clue: Yang paling sweet, kiut lagik sopan itulah ah kak! Ahaks3...

~ 1 of the geng rewang yang dah penat, tengah relax2.

Lauk kenduri hari tu memang terbaik, derrr..!!! Walaupun takde langsung kelibat ayam tapi, aku cukup2 rasa best! Totally berasaskan daging lembu sebab untuk kenduri nie, diorang tumbangkan lembu sampai 2 ekor! Maybe sebab Liya adalah anak bongsu merangkap paling last yang kahwin. That's why sampai 2 ekor lembu terkorban! Penutup kata ko! He3...

Ada sup tulang, daging masak kicap, pecal, ikan masin goreng ngan sambal kicap. Tang sup tulang, sambal kicap ngan ikan masin goreng yang paling tak menahan tuuu..!!! Pekena pulak dengan nasik panas2... perrgghhh..!!! Sorga betul! ;P

& aku makan dengan khusyuknya, takde masa nak toleh kiri-kanan. Berapa kilo pulak nak naik nie? Tsk3...


:: Like3, ek! ::

Monday, December 12, 2011

RASA MACAM NAK MASUK DALAM TVLAH!

Petang tadi, dah pekena Fish n Chips kat Wana Cafe. My 'sayang' biasa la... musti carik nasik punya! Nasik putih + ayam tumis cili kering. Ada jugak aku tumpang cuit2 sikit. Not bad... Tapi, oily sikit la...

Tujuan utama makan belah petang, konon2 sebab nak elak makan after pukul 7 p.m la... Tapi, baru pukul 9 p.m, memasing dah terbayang2 Maggi Kari Letup la... sandwich Nutella la... 

~ Credit to: pizzahut


Dan2 tu pulak iklan Ultimate Cheezy Bites Pizza Hut keluar kat tv. Humangaih!!! Terus meronta2 rasa nak masuk dalam tv nak menggrab pizza tersebut. Haish! Perut owh... perut..! Hu3...

My 'sayang' pun tergoda jugak! Terus laju2 dail number delivery Pizza Hut. Ding-dong ding-dong... dah settle! Tengah menunggu la nih! Cepat la sikit wahai si penghantar pizza..! Dah tak boleh blah dah nih! Uhuks3...

Korang dah rasa ke Ultimate Cheezy Bites Pizza Hut nih? Aku belum. Nie la baru nak rasa. Nanti aku review & kasik rating, ek? ;P


:: Like3, ek! ::

Saturday, December 10, 2011

SAMBAL UDANG OMBAK RINDU

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Kesah sedih Innalilla hiwainna ilai hirojiun tu, aku sambung secara selang-seli la, ek?! Sebab bila jari-jemari nie nak mula menaip, sambung kesah sedih tuh, hati nie terus jadik sebak. Perlukan kekuatan... Sebab tu aku selang-selikan dengan entry lain yang aku rasa lebih santai sikit...

Entry lain yang dimaksudkan, tak lain tak bukan, entry masak2 untuk KKBA.

Bahan2:-

10-15 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 cawan cili kisar
1 keping asam keping
1 sudu kicap
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air masak
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk perasa

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur udang dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng udang separuh masak. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Masukkan kicap & sedikit air. Kacau rata.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, asam keping, gula & sedikit garam (jika kurang masin).
5) Masukkan udang yang telah digoreng tadi.
6) Masukkan bawang besar. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Sambal Udang Ombak Rindu. Amekaw! Demam Ombak Rindu kata ko..! He3...

~ Dimakan bersama nasik putih panas, ikan tauhu goreng & sambal kicap. 

Selamat memasak lunch, ye..!!! ;)


:: Like3, ek! ::

INNALILLA HIWAINNA ILAI HIROJIUN...

Lama aku 'menghilang' kan? Tapi, kalau aku 'menghilang' dari blog nie, insyaallah... aku akan kembali jugak lagik. Berbeza dengan 'menghilang untuk selama2nya'...

Owh... sedih sangat bila nak bercerita pasal 'kehilangan' nie. Especially kalau bab2 kehilangan insan2 tersayang yang ada di sekeliling kita. 

Well... ada sebab aku bukak cerita pasal 'kehilangan' nih. Baru beberapa hari lepas, aku & my 'sayang' kehilangan orang2 yang kami sayang. Hari Ahad (malam) 4 Disember 2011, abang dapat call daripada Pak Ngah Sudin yang mengkhabarkan berita sedih. Mak Ngah meninggal dunia sebab sakit tua. 

Tergamam jugak bila dapat berita tuh. Ye la... selalu setiap kali raya, musti kitorang konvoi ke Taiping, ziarah Pak Ngah Sudin, Mak Ngah & Abang Asri. Tapi, tahun nie asik bertangguh nak ziarah diorang. Raya puasa tak ziarah sebab memasing turn balik rumah mertua. Raya haji pulak tak ziarah sebab cuti seciput jer. Plus, kakak pun tak dapat nak pergi sebab Abang Mie kerja.

Tiba2 dapat berita Mak Ngah dah takde. Takde rezeki nak jumpa Mak Ngah. Sedihnya... Kami cadang nak ziarah Pak Ngah hujung minggu nie. Insyaallah...

~ Arwah Mak Ngah dalam kenangan...

~ Gambar kenangan dengan arwah Mak Ngah... 

Al-fatihah... Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin...

Pagi Isnin, 5 Disember 2011... masa tu kat rumah mak, aku tengah bersiap2 nak pergi kerja. Tiba2 handphone my 'sayang' berbunyik. My 'sayang' takde sebab pergi beli breakfast kejap. Cepat2 aku jawab call tuh. 

"Hello! Kak Leez, Abang Mamat (panggilan my 'sayang' 
dalam family dia) mana? ..................... tolong ...... boleh 
tak .... bawak hospital? ................"

Yang '.....................' tu samadengan perkataan2 yang tak jelas sebab suara Bulat macam menggigil2 & putus2.

"Apa..??? Tak dengor la..."

Tiba2, my MIL pulak yang bercakap... sambil nangis2... Buat hati aku rasa tak tenteram!

"Mamat mana Mamat? Nie mak nie. Dadi dah takde... 
Dadi dah meninggal... Hu3..."

Aku speechless! Aku rasa kaku tak tau nak buat apa?! Aku rasa aku macam mimpi!!! 

Mak datang dekat, tanya hal sebenor. Aku kata, 'Mak... Dadi dah meninggal!'

Innalilla hiwainna ilai hirojiun... 


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::

Friday, December 2, 2011

SEBUAH 'KEHILANGAN'... AL FATIHAH...

Aku lupa nak blog pasal abang ipar kakak masuk hospital sebab kena stroke. Bukan totally lupa la... but, macam kekangan masa sikit.

Kalau tak silap aku, kejadian nie berlaku pada Khamis lepas. Abang Samad (abang ipar kakak) ada company supply & pasang canopy untuk majlis2 especially majlis kahwin. Kakak cakap Abang Samad tetiba jatuh pengsan masa tengah pasang canopy orang kahwin la... Terus masuk hospital & terus koma!

Doktor kata dia kena stroke & ada darah beku kat otak, sebab tu dia koma. Harapan pun memang tipis! Solution adalah pembedahan. Tapi, itu pun tak menjamin sangat sebab 50:50. Plus, doktor pun macam tak suggestkan buat pembedahan sangat sebab condition dia sangat kritikal.

If tak dibedah, hayatnya cuma dibantu oleh mesin jer. So, apa yang family diorang boleh buat adalah bacakan surah Yassin & berdoa semoga adanya keajaiban.

Pagi Sabtu, mak roger2 bagitau Abang Samad dah meninggal dunia. Innalilla hiwainna ilai hirojiu'n...

Belah malam, family mertua kakak buat kenduri arwah. Aku, my 'sayang', mak, Mak Yang & Mak Lang datang la malam tu...

~ Sempat la jumpa A_bern yang dah lama jugak aku tak jumpa. Amik gambar sendirik bajet cun habis la tuh! Chait!!!


~ Wah! Seriusnya muka aku! ;P 

~ Lepas bertahlil & baca doa, harus la ada makan2 kan... Apa lagik...?! Moh la kita 'alla humma barik lana, fi ma razaktana, wakina a'za bannar. Amin...' ;P

~ Mak Lang pun enterframe...

~ Malam tu, aku tak makan nasik. Aku makan bihun yang best dengan cucur udang yang marvellous nih! Sodap, weh..! Kakak ipar kakak yang buat. Tak tau nak kata macam mana?! Tapi, memang sodaplah! 

Sempat jugak la kakak bercerita tentang rahsia kesodapan cucur udang tuh. Katanya, kakak ipar dia rebus dulu udang tu & toskan. Air rebusan udang tadi tu lah yang dibancuhkan dengan adunan tepung. Means, bukan pakai air masak biasa la... Kekdahnya...

Lepas makan, kami mintak diri, nak balik. Terima kasihlah kepada kakak, abang Mie & mak mertua kakak yang jemput kami malam tu. 

Al-fatihah untuk Arwah Abang Samad... Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... & takziah untuk keluarga arwah... Semoga tabah menghadapi sebuah 'kehilangan yang dah ditakdirkan'... Amin...

Kehilangan orang yang kita sayang memang sesuatu yang memedihkan & perit untuk diterima kan? Tapi, siapalah kita untuk mempersoalkan qada' & qadar-Nya... Pasrah & redha... itulah yang sebaiknya... Hargailah orang yang tersayang selagik hayatnya dikandung badan... Insyaallah...


:: Like3, ek! ::

Thursday, December 1, 2011

PIN KEBAL MASTERCHEF..???

Ini cerita Sabtu lepas tau! Jangan tertipu pulak, ingat nie cerita hari nie. Biasa la... ah kak kan suka peram2 cerita kasik jadik antik + klasik sikit then, baru hegeh2 nak jaja. Sebab lagik antik + klasik lagik 'mahal' kot cerita tuh. Ha3... Falsafah ke falsampah nih? ;P

Alkesahnya... aku dok sorang2 kat rumah. My 'sayang' kerja. Memang bermalas2-an betul hari tuh! Dari pagi sampai ke pukul 3 p.m dok melepak depan tv. Sofa dikelilingi bantal2 musyuk samadengan teman terbaik kot. ;P

Pukul 3.30 p.m baru terkocoh2 nak memasak untuk lunch sebab perut dah berdondang sayang tak hengat! Bukak fridge, potong bawang, pergi D Rimbun AsLeez Garden (DRAG) kejap amik daun kunyit, then main masak2 sambil la4...

La4... tu samadengan menyanyi2 la. Eh! Nyanyi kat dapur nanti dapat suami tua, ek? Hiks... Ada aku kesah..??! Ha3...

~ Hasil selama 40 minit berada di dapur 'Masterchef'. Ecewah! ;P Kalau nak try masak lemak cili padi telur tu, resepi ada kat sini, ek! Cuma tukarkan bayam ngan carrot dengan zuccini. 

Nasik tu still lembik2 lagik tapi, aku dah kaut masuk dalam pinggan sebab dah kebulur tahap gaban! Lepas tu, tuang kuah telur masak lemak cili padi banyak2 sampai nasik tenggelam sikit. Bubuh kicap sikit. Makan pakai sudu. Perrgghhh..!!! Terbaik, toqqq..!!! Ngeh3...

Macam bubur tapi, memang taklah... Errr... kalau presentation cam dalam gambar tuh, korang rasa juri2 Masterchef Malaysia terkagum2 sambil kasik pin kebal Masterchef tak? Ahaks3...


:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google