SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label BIRTHDAY MAK. Show all posts
Showing posts with label BIRTHDAY MAK. Show all posts

Tuesday, October 15, 2019

WORDLESS WEDNESDAY #126: ... MENOLONG NENEK

~ ".. Semoga Allah menolong Nenek.."

Ucapan yang sentimental value nya paling mahal..! ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, September 20, 2019

LENA YANG DAMAI

#Throwback

Malam diputuskan untuk aktiviti bebas. Suka hatilah nak pergi mana. Nak merepot kat bilik sambil layan tv ke... Nak keluar ke town beli makanan ke... Atau nak menjamu selera kat The Rumbia Coffee House. Up to u, bebeh! ;P

Aku & Kanda decide untuk makan kat town. Yang lain semua join kecuali Abang, Kak Aneem & Raisha. 

~ Chalet waktu malam...

~ Rasa sayang pulak nak tinggalkan chalet. Eceh!

~ Depan lobby pun sempat selpie sekeping 2. He3...

~ Fountain tu cantik. Ada lampu warna-warni.

Town nampak macam pekan koboi. Tak happening & tak bingit waktu malam. Ada a few restoran yang bukak, mamak / masakan panas Thai. Kami pilih masakan panas Thai. 

Lepas dinner, singgah kedai serbaneka, beli junk food & mineral water. Bekal kat chalet, kot2 terlapor. ;P

~ Sebelum kembali ke chalet, sempat lagik, oiii..! Heh3...

~ Sis berbaju tido don't care..! 

Lena tido. Damai je. Takde hingar-bingar suara manusia berkaroks. Yang kedengaran, cuma bunyik cengkerik & unggas. Zzzzzzzzzz........ 


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, August 29, 2019

KEJUTAN YANG BERJAYA

#Throwback

AJK yang cemas kembali bersiaran... ;P

Abang roger2, katanya diorang dah selamat check-in. Backdrop decor pun dah siap. Hanya menanti ketibaan yang dirai. ;D

Abang & family standby kat chalet. Mother tak buleh tau pasal kewujudan diorang sebab awal2 lagik kami bagitau Mother yang Abang & family tak dapat join. Reason: Kak Yong nak study untuk UPSR. Ha3... Kak Yong jadik mangsa keadaan. ;D

Aku & Kanda masih dalam mode berlakon. Aku perlu acah2 pergi lobby untuk check in. Tapi, yang sebenarnya, aku jumpa Abang kat tepi chalet, nak amik kunci chalet Mother.

Kanda pulak perlu acah2 berpusing2 kat parking lot untuk carik parking yang terpaling sesuai. Ha3...

~ Bawak Mother masuk chalet, Abang & family ambush dari belakang &... tadaaaaaa...... inilah hasilnya..! 

~ Alhamdulillah... surprise berjaya.

~ Tanjat Mother kita, u ols..! He3...

~ Rasa happy sangat bila apa yang dirancang jadik kenyataan.

~ 'N.E.N.E.K.L.O.V.E'. Kreativiti anak2 sedara...

~ Yang dirai, our 1 & only Mother...

~ Dikelilingi kaseh & sayang... Ecewah!

~ Bebudak ni dah tak sabar nak gedebush dalam pool. Asik2, 'Acu, jom la... Acu, jom la...'

~ Happy birthday, Mother..! Sweet 17. Ha3...

~ Semoga Mother diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki & dikurniakan kebahagiaan di dunia serta akhirat. Aamiin...

~ Acara penyampaian hadiah dimulakan oleh Kak Yong.

~ Diikuti oleh Kak Ngah.

~ Seterusnya, Rifqi.

~ Tak lupa dari Rania.

~ Daripada Abang.

~ Dan diakhiri dengan Kak Aneem.

Aku & Kanda mohon K.I.V hadiah. Tak sempat nak beli. He3...

~ Selain dari kasih sayang, Mother juga dilimpahi hadiah2.

Semoga Mother happy sampai ke bulan, bintang & mentari... ;D

Lepas tu, ada acara jamuan. Menu seperti berikut:-

Nasik putih
Ayam sirsau cili padi
Ikan pelata masin goreng
Ulam timun
Kek red velvet
Air Revive 
Mineral water

Alhamdulillah... ;)

Baru la ada tenaga nak jadik Pandelela Rinong! He3...

*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, August 22, 2019

AJK YANG CEMAS!

#Throwback

Aku, Kakak & Abang plan untuk party kejutan birthday Mother. Medium perancangan: Group WhatsApp je. Maka bermulalah pembahagian tugas AJK2 penting di sebalik kejadian. 

AJK #1: Abang & Kak Aneem
Tugasan:-

1. Handle pemilihan venue.
2. Handle rooms reservation.
3. Surprise planner
4. Handle decor backdrop party.
5. Prepare beverages untuk party.

AJK #2: Aku & Kanda
Tugasan:-

1. Bendahari untuk segala fi sharing is caring.
2. Beli kek.
3. Prepare main course untuk party.
4. Beli belon & birthday whistle.
5. Berlakon depan Mother, seolah2 takkan ada apa2 yang berlaku & lengah2kan perjalanan ke party venue.

AJK #3: Kakak & Abang Mie
Tugasan:-

1. Buat sumbangan untuk fi sharing is caring.
2. Send video wish Happy Birthday kat Mother sebab diorang tak dapat join. Diorang ke Terengganu, amik A_bern yang dah habis study degree kat UiTM Chendering.

Kronologi kejutannya cenggini:-

1. Aku dan Kanda tempah kek kat Secret Recipe. Konsep: Tempah hari ni, amik esok & terus pass kat Abang untuk dibawak ke party venue. 
2. Abang & family gerak dulu ke party venue untuk prepare apa2 yang patut especially decor backdrop party. 
3. Aku & Kanda amik Mother & bawak ke party venue. 
4. Surprise berlaku. Eceh! ;P

~ Lepas tempah kek, lunch terus kat situ. Aku makan Curry Mee. Kanda makan Spaghetti Meatball.

~ Bandung Selasih ni best.

Pukul 11 pagi esoknya, amik kek. Kemudian, beli belon & birthday whistle. Sis lone ranger tau! Sebab Kanda ada urusan kerja sekejap pagi tu. Maka Waze & Sis pun jadik BFF lah pada hari tersebut... Buta jalan, oiii..! Ha3...

Abang WhatsApp...

Abang: Dik, kat mana? Abang nak gerak dah ni.
Aku: Jap. Sedang sesat. Ikut jalan belakang Bomba tadi, lepas tu, terlajak dari yang Waze bagi direction. Lepas tu, bla3... tak jumpa jalan... bla3... sesat! 

Abang & Kakak berjemaah gelakkan aku sambil kena tarbiyah. Adeh3... Pedih telinga (read: mata sebab diorang tarbiyah dalam group WhatsApp).

~ Penyerahan kek berjaya dilaksanakan. Kek Red Velvet untuk Mother.

Fuh, baru sikit buat tugasan AJK, dah berasa cemas! Ha3...


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, July 29, 2013

IFTAR 11 RAMADAN 2013

Berbuka kat rumah Mak pulak. Haaa... kan dah kata ikut 'nombor giliran'! Heh3...

Iftar ni spesel sikit sebab seklaigus nak celebrate birthday Mak. Actually, birthday Mak adalah 19 Julai... maknanya, 10 Ramadanlah. Tapi kan, 10 Ramadan tu we ols berbuka kat rumah mertua. So, postpone ke esoknyalah.

Tapi, wish tetap on time, hokay..! ;)

~ Ayam sirsau cili padi, bayam tumis, laksa, ikan goreng & kuih-muih. 

~ Pulut kuning yang didekorasikan oleh Kak Aneem. Habis tomato ngan cili padi Mak jadik props. Ha3...

Mak tak tau pun yang kami nak celebrate birthday Mak. Kengkonon nak surprise2... la kan... Aku roger2 Abang, tanya Kak Aneem terror tak buat pulut kuning. Abang kata, tempah je la kat sesiapa. Pening pulak aku nak carik siapa yang boleh buatkan pulut kuning. 

Aku nak buat??? Memang tak la... Mau jadik 'pulut hitam' terus! Ha3...

Last2, buat gediks2 manjas2 kat Mak, mintak Mak je masakkan pulut kuning tuh. Bukan setakat pulut kuning je tapi, lauk2 lain pun we ols request Mak yang masak. Amekaw! Birthday girl yang kena paksarela memasak. Nasib baik Mak memahami anak2 + menantu2 beliau yang ke laut nih. Adeh3...

Nak kena sekeh anak2 + menantu2 Mak nih! Hu3...

~ Pulut kuning ganti kek. Sebab kami bukan pemakan kek yang hebak. Mak pun dah pesan awal2, kalau birthday2 ni, better buat pulut kuning je. Buat cicahnya, confirm laku.

~ Suapan manjas Abang untuk Mak. Ecewah! Hiks...

Lepas berbuka + celebrate birthday Mak, kami solat tarawih sama2 kat Masjid Daerah Sultan Idris II, Teluk Intan. Best tarawih kat situ sebab ada air-cond. Sojuk je kan... Sampai kuyu2lah mata kekdahnya! He3...

~ Balik tarawih, sambung makan laksa. Yang panjang melintang tu bukan ikan tau! Tapi, munge kantan. Kengkonon artistic sangat la tuh! ;P 

~ Rifqi the handsome boy..! Kakak la yang kata... ;)

~ Acara bukak2 hadiah birthday. Cucu Mak biasalah! Menebeng sesado..!

~ Harap Mak suka blouse yang aku & my 'sayang' hadiahkan nih. ;)

~ Bukak hadiah ke-2 pulak. Daripada Abang & Kak Aneem.

~ & cucu Mak menebeng lagik..! ;)

~ Aku nak amik gambar Mak, Kak Ngah sibuk suruh amik gambar dia! Haish! Sawan camera betul!

~ Container set kaler merah, warna faveret Mak.

~ Rifqi bikin onar! Boleh pulak lapik set container tu dia buat kopiah! Lepas tu, buat muka seposen. Ha3...

~ Pose skodeng2... tajuk album dia... Ha3...

Seronok sangat malam tu. First sebab Allah masih bagi peluang untuk celebrate birthday Mak yang ke 54. Second sebab dapat berkumpul sambil makan2 dengan family. 

Alhamdulillah...

Yang tak syioknya, adik-beradik tak cukup kuorum. Kakak & family tak dapat balik kampung. Kalau semua ada, musti lagik beronok2. ;)

Hmmm... takpe la... Takde rejeki... Yang penting ingatan & kasih sayang memasing. Harap berkekalan sampai bila2. Macam yang Mak nak & aku pasti, Arwah Abah pun harapkan mende yang sama. In shaa Allah...

SELAMAT HARI LAHIR, MAK...

KAMI SEMUA SAAAYAANGGGGGGGGG......... MAK KETAT2!!! MMUAHHSSS..!!! ;)


:: Like3, ek! ::




i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google