SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label 9 RAMADAN 2013. Show all posts
Showing posts with label 9 RAMADAN 2013. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

IFTAR 9 RAMADAN 2013

Semua pun aci tapau kat PARAM je. Tak larat nak masaklah. Rasa macam flat sangat. Uhuks3...

Terjah PARAM together2 dengan my 'sayang'. Berpimpinan tangan lagik..! Baju pun sedondon. 

Eh, perlu ke nak bagitau? Ahaks3...

Hasil tapau-an adalah seperti berikut:-

~ Ayam goreng. 6 hengget sepeha nih. Besor! Cukup untuk 2 orang makan. Rasa pun tak mendukacitakan. Memang la... kalau ikutkan, ayam goreng je pun... Lumur2 ngan kunyit garam bagai... kemudian goreng. Apalah sangat kan... Tapi, maksud aku adalah ayam tu fresh. Bukan ayam semalam yang tak habis dijual mahupun recycle. Eh, sama la tu kan? ;P

~ Roti jala + kuah kari + kuah durian. Kuah kari untuk aku. Kuah durian untuk my 'sayang'. Lempeng pisang tu pun untuk my 'sayang' jugak.

~ Mee goreng basah. Ah kak punya menu utama untuk berbuka. 

~ Menu utama my 'sayang' pulak adalah nasik beriyani + daging masak hitam. Daging tu sodap. Lembut je.

Setakat ni, makanan2 yang kami tapau kat PARAM masih menepati piawaian. Takde la terkena yang basi ke... recycle ke... rasa ke laut ke... Semua hokay jerrr... 

Alhamdulillah...

Kepada peniaga2 PARAM Teluk Intan khasnya & seantero Malaysia amnya, sila la berniaga dengan jujur. Jadikkanlah duit pembeli berbaloi2 menikmati juadah yang anda jual. Takmo pikirkan untung je. Pikirkan kualiti sekali tau!

Sekian pesanan ikhlas daripada tuan tanah kedaung... ;)


:: Like3, ek! ::



Monday, July 22, 2013

SAHUR 9 RAMADAN 2013

Ada a few lauk leftover iftar 8 Ramadan. Sambal ayam madu, ikan goreng & masak lemak cili padi ikan termenung. 

Reheat2 mana yang patut. & itulah dia menu sahur kami.

Jadik la kan... Plus, tak baik membazir sebab membazir tu kan amalan syaiton... 

Va3..! Ayat seorang ustajah celup dah keluar dah. Ha3...


:: Like3, ek! ::





i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google