SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label POPIAH. Show all posts
Showing posts with label POPIAH. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

IFTAR 14 RAMADAN 2013

Rajin sikit nak masak. Tapi, 1 lauk je la... Heh3...

Ok la tu kan? Dari takde langsung! ;P

~ Ikan sos Palembang namanya. Jauh kot..! He3...

Hasil menggoogle. Lepas tu, ubah ikut kesesuaian stok.

Aku gunakan waktu lunch hour untuk memasak. Nak masak petang takut tak sempat sebab nak amik Mak lagik kan... 

Mak berbuka & tido kat rumah aku hari tu sebab esoknya ada appointment kat hospital.

~ Ikan bilis cili padi. Mak yang masak.

~ Pecal timun & cauliflower. Mak jugak yang buat.

~ Popiah ngan satar, tapau kat PARAM.

~ Sup sayur, AJK surau yang tapaukan untuk Mak.

~ Talapia bakar, hasil 'tangkapan' dari PARAM.

Ermmm... dappp... ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, July 15, 2013

IFTAR 3 RAMADAN 2013

Mood nak memasak sendirik juadah berbuka masih tebal. Alhamdulillah...

Bahan2 aku dah prepare belah tengahari, masa balik waktu 'lunch hour'. Tapi, I ols tak lunch tau! Takmo3..! Puasa! ;P

Pukul 6 petang start memasak. Lambat dari biasa sebab my 'sayang' caj gas dulu. Gas habis! Nampak dengan sangat obvious yang tuan tanah kedaung rajin memasak kan? Ahaks3...

Tak perlu kelam-kabut sebab kan dah kata yang bahan2 semua dah prepare. Masak pun menu yang simple2 je. So, walaupun lambat sikit tapi, masih boleh memasak dengan hati yang tenang sambil tersenyum. Siap nyanyi2 lagu hindustan lagik kat dapur, noks! 

"Mehndi lagaa ke rakhna... Doli saja ke rakhna... La3..."

Cer bayangkan... Cer bayangkan... Ha3...

~ Nasik goreng cili padi...

~ ... & ikan rebus goreng... Ikan rebus ni Mak buat. Mak kasik yang dah siap disiang & dijadikkan ikan rebus. Memang kojo sonang kan? Tu yang boleh memasak sambil menyanyi lagu hindustan tuh! La3... Hiks...

2 menu kat atas ni je yang aku masak. Ok la tuh..! 

~ Menu tambahan yang my 'sayang' tapau dari PARAM. Popiah basah + goreng, murtabak & apam.

Aku request popiah je, sebenornya. Tapi, biasa la... my 'sayang' bukan boleh terjah PARAM. Kalau terjah jugak, memang berjenis2 yang dibelinya. Hadoiiyaiiinyapun!!! 

Tapi, yang ni 3 jenis kuih je. Macam ok la sikit kot. Plus, popiah ngan apam tu dia berjaya habiskan lepas semayang tarawih. Murtabak pulak kitorang habiskan sama2 masa berbuka.

Hokay, fine! Sebab takde pembaziran.

~ Buah of the day adalah buah oren.

Air of the day pulak adalah air blackcurrant. 

Nak dijadikkan cerita, stok kordial habis. So, masa my 'sayang' nak ke PARAM, aku pesan sekali kordial blackcurrant. My 'sayang' beli bukan sebotol tapi, 3 BOTOL, hokay..! Blackcurrant, mangga & oren.

Confuse ah kak kejap. Apakah ah kak kena campurkan ketiga2 perisa tuh atau ah kak kena buatkan 3 jenis air? Va3..!!!

& berlakulah conversation di antara we ols...

"Banyaknya B beli stok kordial! Apakah..???"

"Begini ceritanya... Tadi memang Abang aim blackcurrant je. Abang dah grab sebotol dah. Tetiba ternampak pulak oren ngan mangga. Macam sodap je... So, Abang belasah la amik 3 botol terus! Takpe... boleh Aaby buat air berbeza dalam bulan Ramadan ni... He3..."

Memang beliau tak boleh terjah kedai & PARAM time puasa kan? Ha3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, February 3, 2013

NASIK DAGANG IN DA HOUSE..!

Kak Ja nak belanja kitorang makan, sempena dapat gaji pertama. Dah macam jadik acara wajib pulak untuk staf baru kan... Asal dapat gaji pertama je kena belanja makan. Asal kena belanja makan je dapat gaji pertama. Ha3...

Aku dulu pun kena pau jugak. Tapi, aku ikhlas! Eh, perlu ke nak cakap? Ha3...

Aku pilih kojo sonang je. Beli KFC, jamu diorang makan kat opis. Tak perlu nak masak2, tak payah nak runsing2. ;)

Kak Ja pulak ada yang dia masak & ada jugak yang dia tempah kat kawan dia. Tak kesah la kan... Janji makan free! Ha3...

~ Ada popiah. Sodap!

~ Puding. Sodap jugak.

~ Hero2 SKM yang dah tak sabor nak menikmati juadah. Relax la, bro! He3...

~ Nasik dagang in da house..! Heh3... Kak Ja kan orang Ganu. Makanya, harus la... ada nasik dagang kan... Memperkenalkan juadah tradisi gitu..!

~ Nasik impit + kuah kacang.

~ Terima kasih Kak Ja yang comel lagik kiut! Wah, puji secara over nih! Ha3...

Semoga bertambah murah rezeki Kak Ja lepas ni. Aminnn... ;)


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google