SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label STEAMBOAT. Show all posts
Showing posts with label STEAMBOAT. Show all posts

Wednesday, December 5, 2018

KONGSI REZEKI

Ke 'Vietnam' kita, weh..! He3... 

Sebenarnya, Abang yang discover Restoran Masakan Saigon ni. Bukanlah bermaksud kami terjah Vietnam. Tapi, 'Vietnam yang terjah kami'! ;D

Tak berapa plan sangat pun... Tapi, sebab dia adalah hujan. Maksudnya, bila hujan, aku & Oppa sejenis yang membayangkan makanan. Well... see the tummies lah! Ha3...

Kami pikir, hujan2 cenggini mungkin enak kalau layan steamboat. Kat sini tak banyak pilihan steamboat halal. 1 & only kot. Maka, ke Restoran Masakan Saigon la kekdahnya...

~ Konsep set, bukan buffet. Yang ni Set A for 2 worth RM 39.90.

~ Berbaloi. Tinggal sos pelik tu je, tak berusik. 

Malam tu, Mother bermalam kat rumah kami yang comel, yang sweet, yang rumahku sorgaku sangat tu. He3... Sebab esoknya, Mother ada appointment diebetes & hypertension kat Hospital Teluk Intan. 

Appointment & check up berjalan lancar. Walaupun masa menunggu giliran ya ampon... menguji kesaboran jugak la... Hu3...

Takpelah. Yang penting, tekanan darah & tahap gula Mother under control. Bagus, Mother! Keep it up! ;)

Jadik, sempena kebagusan Mother tu, aku hadiahkan The Store untuk Mother..! Eh, silap! Kau ingat kau kaya sangat nak bagi shopping mall cenggitu?! Lammmbat lagi... Heh3... 

Aku bawak Mother shopping blouse muslimah kat The Store. Haaa... baru betul... ;D

~ Blouse muslimah pilihan hati beliau. 

Rezeki yang Allah bagi, kongsikanlah dengan yang tersayang. Tak rugi. Even dapat bonus barakah lagi ada..! Tak percaya, cer try.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, May 26, 2013

STEAMBOAT SAMPAI LEBAM!

Suatu malam bulan mengambang...

Eh, salah! Kalau bulan mengambang jadik cerita seram la pulak. Hu3...

Suatu malam bulan sabit sedang2 elok... hokay sikit kot..! He3...

Belah petang dah makan nasik kat rumah Mak. Tapi, bila tiba malam still tercarik2 makanan. Apa punya spesis perut la kan... Achaner nak kurus macam Tiz Zaqyah / Nelydia Senrose? Tsk3...

Kalau boleh nak makan mende selain nasik. Dengan body language yang comel, ah kak pun mengajak my 'sayang' keluar jalan2 carik makan. 

Suksess2..!!! He3...

~ Jenuh pusing2 Teluk Intan last2, Reena's Kitchen jugak jadik pilihan. We ols pekena steamboat. Hoyyeahhh..!!!


~ Mak menunggu steamboat penuh sabor. ;P

~ Chef steamboat. He3...

~ Ada 2 jenis sup, tomyam & sup. We ols layan yang sup je sebab tomyam tu rasa dia pelik sikitlah.

~ Grill2 pun ada tau! Yang ni ayam & daging yang digrill. Sodap!

Bagi aku steamboat kat sini not bad la... 19 hengget/person... melantaklah korang sampai lebam! Berbaloi2 kot..! 

Diorang just preparekan dapur & sup steamboat tu je. Yang lain2 yang nak disteamboatkan, ko amik la sendirik ikut portion yang ko nak. Self service katanya... Make sure amik mengikut kemampuan perut sebab kalau tak habis diorang caj 5 hengget untuk setiap 100 gram. 

So, jaga2 Cik Salmah, ye! ;)

Eh, terpengaruh dengan filem Seniman Bujang Lapok pulak! He3...

Paling terbahek adalah nasik goreng ngan ayam & daging grill dia. Perrgghhh..!! 

Sos pun ada banyak pilihan. Macam2 kaler jugak. Aku kan tamak haloba... so, aku belasah amik semua jenis sos. Paling best cili kicap dia kot. Plus, tu je yang aku buat cicah. Sos lain tak berusik sangat pun... Tamak katanya kan... Nasib baik tak kena caj. Heh3...

Kalau teringin makan steamboat kat Teluk Intan, boleh la try Reena's Kitchen. Senang je nak carik. Kat Bandar Baru Teluk Intan nun! 

Jumpa Bandar Baru makanya, jumpalah nanti Reena's Kitchen nih. Dia kat belah dalam2 sikit, dekat2 dengan stesen bas express, area opis Poslaju tuh.

Errr... membantu tak direction yang ah kak bagi nih? Ha3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google