SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KAJANG PERDANA. Show all posts
Showing posts with label KAJANG PERDANA. Show all posts

Monday, March 16, 2020

TUHAN... JAGA DIA UNTUKKU...

#Throwback 

Kesah ni adalah sebelum penularan COVID-19, ye. Harap maklum. Peace.


Seperti langkah kanan bila sampai Kajang. Kakak dah siap2 masakkan nasik putih, ikan termenung masak taucu, ulam timum & spaghetti bolognaise. Bergetar urat perot, u ols..! Ha3...

~ Owh... nom3..!!!

Lepas makan, refresh, solat, tido... Makan balik, kembali tido... Cenggitulah seterusnya... sampai malam. Sorgaaa... Heh3...

~ Menu tambahan sebelum berangkat ke KLIA. Sate, weh! Nikmat mana lagik yang kau nak dustakan?! ;D

~ Belom sampai KLIA tapi, sebak dah muncul. Haish!


~ Tukang bawak beg Nenek.

~ Kami nak Mother happy2 cenggini je sepanjang perjalanan umrah.

~ Yang ni memang happy sokmo. Ha3...

~ Sementara tunggu Tiram Travel briefing.




~ Selingan. 

~ Selfie sesambil nak ke toilet. ;P

~ Dato' & Datin yang teringin sport car. Tapi, poket tak mengizinkan. Ha3...

~ My MIL datang dengan rombongan Huda & Kerol. Alhamdulillah... selamat sampai KLIA. 



~ Sis nan hado dalam gambar ni sebab tengah busy dengan Kakak, fill in maklumat kat tagging bagasi Mother.

~ Haaa... kat sini Sis hado. Terselit kat tepi. Jadiklah.


~ Penjaga bagasi.

~ Mata kuyu tahap tokleh bawak bincang.

~ Tiket dah dapat.



Yang lain pelan2 beransur pulang. Tinggallah Sis & Kanda setia menunggu & meneman Mother, My MIL & A-im sampailah diorang selamat boarding.

~ Tang lambaian tu buat Sis sebak. Owh... sob3...

~ Sebak lagi... Sob3...

~ ... dan lagi... Sob3... 

Masa tu, hanya mampu panjatkan doa, semoga perjalanan & ibadah umrah Mother, My MIL & A-im dipermudahkan & diberi kesihatan yang baik. Mohon Allah jagakan diorang... 


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, January 27, 2017

TERPANCAR 'NURRRRRR......'

Mother nak ke rumah Kakak. Nak try lepak sana pulak katanya... Means, kami hantar, balik tanpa Mother, seminggu kemudian, Kakak hantar Mother balik kampung. 

Tak pernah buat sebelum ni. Tak sure Mother boleh adapt ke tak dengan persekitaran baru. Nak cuba katanya... Nak temankan cucu. A_bern tengah mid-term break masa tu.

Kami gerak pukul 11.00 pagi, hari Ahad. Singgah Ayer Hitam sekejap. Tengok convo Rifqi.

~ Happy sangat lettew sebab banyak hadiah..!

~ Pass2 je jubah konvo tu. Nasib baik nampak kaki. Ha3...

~ Opah & Nenek Rifqi.

~ Kak Yong takde sebab demam. Baring je kat kerusi biru tu. Kesian Kak Yong...

~ Dia berjaya pau Acu Pendi sejenis belon Elsa Frozen. Syabas, Nania!

Konvo tak habis lagik. Tapi, kami terpaksa gerak dulu. Kang, lambat pulak sampai ke Kajang.

~ Singgah lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah.

Lama dah simpan nawaitu. Asal lalu je, nampak ramai orang. Berpusu2, berduyun2. Parking pun full. Terpaksa cancel.

Tapi, kali ni nekad! Apa jadik pun, jadiklah! Redahhhhhh......!!! Eceh! ;P

~ Bukti kejadian. He3...

~ Konsep self service.

Ada beberapa seksyen makanan, minuman & junk food. Pikir2lah nak makan apa, kemudian sila beratur kat seksyen yang berkenaan. Step dia cenggini:-

1. Amik talam plastik besor godang tu.
2. Amik nasik & lauk2 yang berkenan di hati, bubuh dalam talam.
3. Bawak ke kaunter & bayar. 

Seksyen minuman pun sama. Beratur, order & bayar.

Pastikan ada sorang wakil dah chop meja & kerusi. Kalau tak, mungkin kena tunggu sampai ada port kosong.

~ Rupa paras makanan pilihan kitorang.

~ Keunikan: Nasik yang dibungkus dalam daun apa ntah... nampak seperti daun kunyit tapi, bukan... kemudian disumbat dalam kelongsong buluh.

~ Puas hati. He3...

~ Bukti kejadian lagik...


Nasi Bamboo Sungai Klah,
Kampung Buloh Telor,
35600 Sungkai, Perak.

No. Telefon: 017-5167592

Waktu Operasi: 10.00 pagi - 6.00 petang

Rating: 3/5 mintang

Agenda makan berterusan sampai ke Kajang. Perut sungguh dimanjakan. Makan nasik lauk ayam sirsau, ikan goreng & zucchini. Kakak masak. Ho liao! ;D

Lepas makan, tengok Train To Busan sampai tertido sekejap. Bangun tido, Kakak tanya, nak makan apa untuk dinner. Haaa... nampak tak tahap memanjakan perut dia tuh?! Ha3... Makan, tido, makan, tido, bla3...

Aku suggest, takyah susah2 masak. Kita dinner kat luar je. Kompomlah semua setuju. He3...

~ Kakak yang suggest Restoran Baby Groove ni. Tak jauh. Dekat2 Kajang Perdana tu jugak.

Restoran Baby Groove,
No. 26-1, Jalan TTDI Groove 1/2,
TTDI Groove,
Kajang, Selangor.

No. Telefon: 016-2332875

Sodap, boleh tahan, not bad la... Service pun pantas. Owner dia friendly.

Rating: 4/5 mintang

~ Gemok is awesome. Haish, neves nak meng-type & menuturkannya. Hu3...

~Perrgghhh!!! Terpancar 'nurrrrrr......' di wajah memasing. Hiks...

Sangat kenyang & sangat terasa gemoknya pada malam tersebut. Hujan pulak tuh. Terus je mata ni asik nak terkatup. 

Esok pagi, lepas breakfast, aku & Oppa gerak balik. Kakak & Abang Mie kerja macam biasa. Tapi, sempatlah jugak Kakak masakkan breakfast. Terima kasih, Kakak... ;)

Seminggu Mother kat Kajang... Rasa rindu kot..! Sembang dengan Mother via WhatsApp. Sweet pulak bila baca Mother update perkembangan & aktiviti harian. Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, January 27, 2016

'DOKTOR KAKAK'

#Throwback

Suatu hari... aku yang sedang2 elok gigih bekerja di opis, demi mencarik rezeki yang halal disuspenkan dengan gambar kakak yang Abang Mie send via WhatsApp. Kakak yang berwajah muram macam orang demam, duduk atas wheel chair. Terkejut & terkesima aku sekejap!

"Dah kenapa dengan Kakak aku ni?!"
"Admit ke?! Kat mana?!"
"Sakit apakah?!"

Antara soklan refleks yang aku pikirkan... Laju2 pulak aku tanya A_bern yang masa tu ada kat kampung sempena semester break. Walaupun A_bern kat kampung tapi, ibu dia kat Kajang, aku syak dia pasti lebih tau pasal keadaan kesihatan ibu dia.

A_bern kata, ibu dia demam. Sampai tahap sakit2 badan, dah berhari2, sampai tak larat nak jalan kaki. Sebab tu kena pakai wheel chair. 

Katanya demam biasa. Bukan denggi / kepialu / demam yang pelik2 tu. Tapi, hati aku tak sedap. Beliau sorang je biological Kakak yang aku ada kot..! So, aku 'adjust' Oppa, ajak ziarah Kakak. Oppa on! Hokay, terima kasih...

~ Bawak Mak & 3 orang anak saudara tersayang termasuk A_bern lah. 

Rifqi nak ikut. Tapi, dia spesis nak tido malam carik mama dia. Kami bermalam di Kajang. Abang pulak tak dapat join. Memang tak lah... aku nak bawak Rifqi! 'Drama' la jugak... Sekejap je. Lepas tu, ok kot...

~ Supper kat R N R Ulu Bernam.

~ 'Kembang setaman...' Hu3...

~ Latest trend pemakaian tudung A_bern: Konsep serlahkan keluasan dahi. Aku pertikaikan! Tapi, A_bern kata, lagik terserlah dahi tu, lagi cantik. Tengah in. Hmmm... ok, paham... Walaupun konpius di kemudian hari. Ha3...

Badan Kakak panas lagik walaupun dah telan ubat. Mak tak puas hati. Mak check seantero badan Kakak. Finally, memang tak syak lagi... instinct seorang ibu itu susah nak salah. Kakak bukan demam biasa. Tapi, sekali pakej dengan ruam2 naik merah2 seperti cacar. 

Abaikanlah sekejap doktor spital yang ntah check betul2 ntahkan tidak ruam2 yang naik kat badan Kakak aku tu. Tak kose nak pikirkan! Hmmm...

Mak pulak take over. Jadik 'doktor terhebat'! He3...

Mak arahkan Abang Mie ditemani oleh Oppa, pergi carik pucuk daun munge raya. Dan2 tu jugak Mak suruh carik. Mintaklah kat jiran2 ke... apa ke kan... Yang penting, Mak nak pucuk daun munge raya. Read my lips: PUCUK DAUN MUNGE RAYA! Kalau tunggu esok, Mak kata panas badan Kakak takkan susut. Sementara tu, Mak urut Kakak from head to toe.

Alhamdulillah... diorang dapat pucuk daun munge raya. Mak cuci bersih, bubuh dalam mangkuk berisi air, ramas2 sampai keluar lendir, kemudian lumur kat kepala & badan Kakak. 

Esoknya, Kakak boleh bangun walaupun still lemah, siap tolong prepare breakfast. Panas pun dah jauh kurang. Mak suruh continue makan ubat spital & minum air masak banyak2. Lunch tengahari tu, Mak masakkan asam pedas ikan termenung. Kakak berselera sikit nak makan. Air tangan Mak gitu..! Alhamdulillah...

~ Kami pun pulang... Bersimpang-siur Kak Yong & Kak Ngah baring. A_bern amik row belakang sekali. Hanyut dah. Hujan kata ko! Sejuk2 + air cond = zzzzzz......

Seorang ibu takkan pernah dengan sengaja biarkan anak2 yang sakit terus2-an jadik sakit. Seboleh mungkin, sehabis daya si ibu akan carik penawarnya. Doa tak pernah putus, nak anak tu kembali sihat macam biasa. 

Sebagai anak, bersyukurlah dengan kurniaan ibu sebegini. Hargai setiap titis pengorbanan & jerih-perih ibu. Reminder untuk aku jugak nih. In shaa Allah...

Tahniah, Mak..! Sebab berjaya jadik 'doktor Kakak' & ibu terbaik untuk kami. We love you, Mak! Saranghaeyo... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, May 2, 2010

LUNCH TIME..!

Owhhh... yeahhh..! Bab makan2 memang ah kak no. 1, ko..! Hiks... Tekak jer tak sihat sebab batuk2 & pening kepala but, 'tangki' aku sihat walafiat. Asik lapor tak hengat jer... Tapi kan... baru2 nie kan... aku timbang berat kan... turun lagik, ko! I'd lost 2 kg! Wow! Terbaiklah..! Aku tak diet secara drastik. Aku just skip dinner & minum plenty of plain water. Cewah..! Tetibe bagi tips lak! Baru turun sket dah over! Ade hati nak jadik dietician. Ha3...

Sambung baliklah citer kat Kajang. Menu lunch yang kakak aku hidangkan memang terbaiklah..! Walaupun most of it semestinye ditapau dari kedai makan berdekatan but, ade gak la yang dia masak iaitu ikan kembung goreng cicah air asam. Perrgghhh..! It's finger licking good, bebeh! ;)


~ Pastu, ade plak ayam masak kicap. Lagiklah heaven tak hengat! La3...


~ Time makan pun kene sawan camera. Muahaha...


~ Abang ngan Kak Aneem, feeling2 pengantin baru la pulok! Tak buleh blah! Kah3...


~ A picture can explain thousands stories... Hmmm... sape buleh teka, hapekah yang nak distorykan oleh my 'sayang' tuh? He3...

Bbrrppp...! Kenyang ah... Mentido best nih! Ahaks3... Bagus betul la kan? Pas makan, mentido. Hebat2... Cara terbaik menternak badan. Heh3... Tapi, tak la... I kan pompuan Melayu terakhir... solehah lagik, ko..! Rehat2 jap, pastu semayanglah. Tak buleh mentido sebab petang tu nak ke Putrajaya. Cian kat Kak Aneem & abang aku sebab tak penah sampai situ lagik. Owhhh... sadis2... ;P


*Pssttt2! Bola dah abis. Buleh la aku layanz AIM live dengan aman. ;)

*Bersambungan...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google