SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, September 27, 2020

JEBAT TAK PERNAH DERHAKA

Sis seorang #DramaQueen. Maksud spesifik: Sis peminat tegar drama2 Melayu especially Slot Akasia. Kalau tak Slot Akasia tapi, drama tu best, onz untuk dilayan sepenuh masa, pun Sis ok je. Bedal jugak.

Tapi, taklah semua drama Slot Akasia Sis tonton sepenuh masa. Kalau menepati kriteria, why not... Aaa gitchew...

1 of the best drama bersiri yang Sis follow adalah Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Perrgghhh, die hard fan kot..! Impact dia paling deep. Sampai Sis buh nama 'Mastura & Jebat' dalam nama social media Sis. Sampai sekarang, masih teguh, tegar, tak diubah. He3... 

Sampai terjebak beli novel. Tak pernah 'khatam' pun. Baca ikut mood, ikut suka hati, chapter yang mana. Chapter tunggang terbalik pun aci. Ha3...

Finally, filem Jebat yang Sis tunggu2 keluar jugak. Dalam suasana norma baharu. Tonton di pawagam rumah anda. Keluar 3 September 2020. Tapi, Sis tahan diri. Takmo purchase 3 September. Rugi. Hari bekojo, u ols..! So, purchase 4 September, malam2 sikit. Tonton sampai lebam. Sampai hafal scene, hafal plot, hafal dialog skrip bagai... #OOTD Jebat & Mastura pun Sis ingat. Sis memang over! Ha3...

Belum ada lagik drama bersiri yang boleh beat Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Storyboard tak cliche, plot dia dekat di hati masyarakat. Tak nampak 'creation' sangat. Spontaneous. Pelakon2 pun, dari hero-heroin membawak ke supporting roles, deliver well. Hellok pergi dia. Tak nampak fake, tak nampak acah2. Natural je.

Pujaan Hati Kanda pun tak boleh beat. Walaupun Sis die hard fan of Kanda Remy Ishak. But not Mira Pijah. Sorry... Hu3... Sis ranks as my #2 la drama ni.  

7 Hari Mencintaiku 1 & 2 pulak, Sis layan sebab nak tengok Pak Samad & Mak Leha. Diorang deliver hebat kot..! Ada jiwa. And plus, Sis tak minat watak hero yang pendirian cepat goyah. Sis cemas nanti. Ha3...

Sebenarnya, nak share pasal Jebat je tadi. Meleret sampai ke drama lainlah pulok. Ha3...

Mini teaser 7 Hari Mencintaiku 3 dah keluar kat Drama Sangat. 2021 release katanya. Tapi, Pak Samad macam di innalillah kan je... Terus Sis cemas! Achaner nak tengok nanti tu, haa..?! Kalau Pak Samad 'tiada', tak berseri la, oiii..!! Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::

 

 

Wednesday, September 16, 2020

KAMI SUKA MAKAN & KAMI COMEL

Dinner pada suatu malam...

Berpinau mata pikir nak makan kat mana. Sekejap nak Koppicup Cafe. Sekejap lagik kang nak City Mewah. Lepas tu, tukar pulak nak ke Wana Cafe. Haish!

Sudahnya, ke Kak Timah Restaurant & Cafe. Hah, langsung takdak dalam list di atas nooo... Ha3...

Mix Grilled Talam

Sesuai untuk spesis suka makan macam kami. Sebab tu kami comel. Eh, tetiber..! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, September 6, 2020

SUNSET DI SAWAH

Sunset...

Korang ingat kat pantai je ada sunset. Kat sawah padi pun ada, u ols. Kalau kena timing, cantek dia, fuh! MasyaAllah... Onz dia, tahap tokleh bawak bincang, oii..!

Sawah padi Kanda.

An evening in Kampung Mertua. Eceh! ;P

Hah, amek! Sunset di sawah.

Keinginan kata, memanglah syiok & terbaik kalau dapat tengok sunset kat pantai. Tepi laut. Sambil dengar bunyik ombak. Pokok kelapa meliuk-lintuk. Angin sepoi2 bahasa. Owh... heaven...

Tapi, kena bawak bertenang dulu. Walaupun boleh je nak ke sana ke mari tapi, aku sejenis yang mudah cemas! Nak pergi mana2, banyak 'case study' yang aku akan buat. Peak season ke idok. Crowded giler ke idok. Penginapan tu mementingkan kebersihan ke idok. Bla3...

Biarlah orang nak kata Sis poyo / overthinking / apa2. As long as Sis tau apa yang terbaik untuk Sis & Kanda. Plus, prevention is better than cure kan...

Peace.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



'WITHDRAW' BALIK TAU!

Seperti yang dijanjikan, Kanda tolong cekkan tayar Iriz A_bern. Kalau nak harap Sis, memang sampai ke sudah Sis renung je la tayar tu. Tiada berkesudahan. Ha3...

Tuan Iriz jadik mem kat belakang. Bonding dengan Nenek.

 Condition tayar: Checked

Minyak kereta: Checked

Setel.

Hajat nak pekena dessert Mykori. Tak kesampaian. Sebab full house. Ditambah dengan queue. Memang terbantutlah nawaitu. Hu3...

Takpelah. Next time, maybe... 

Kepada A_bern... dana yang nak dibelanjakan untuk Mykori tu, mohon dibawa ke hadapan. Tak pun, simpan hellok2 dalam tabung ayam. Nanti2, esok2, bulan2 depan, kalau balik kampung lagik, 'withdraw' balik. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, September 1, 2020

MASTAN GHANI SENTRAL INTAN

Cerita perjimbaan lagik... ;D

Kakak kalau balik kampung, tak sah kalau tak ke Mastan Ghani. Peminat tegar Mee Rebus by Mastan Ghani. Kita ni, tukang teman je lah. Tapi, bukan teman kosong je. Teman sambil makan. Dia makan mee rebus, kita cekik Nasi Ayam by Mastan Ghani.

Baru la teman yang berbaloi2..! Aaa gitchew..! He3...

Girls Day Out. Eceh! ;P

Nasi Ayam by Mastan Ghani. Dapat bahagian favourite, haruslah tak hirau sesape dah..! Ha3...

Restoran Mastan Ghani memang famous kat Teluk Intan. Signature dish: Mee Rebus & Rojak. Ada banyak cawangan. Paling latest di Sentral Intan, yang kami terjah ni lah. Pendek kata, orang Teluk Intan kalau tak tau apakah itu Mastan Ghani, angkat kaki, lambong lah hai nya pun! Aaaa gitchew..!

Esoknya, Kakak & Abang Mie balik Kajang. A_bern tinggal. Sebab dia extend cuti. Nak lepak lama sikit kat kampung dengan Nenek, katanya...

Kakak tinggalkan pesan, mintak tolong Kanda cekkan tayar Iriz A_bern. Condition hellok, barulah tak cemas nak lepaskan dia drive sorang2.

Hokay, baheklah. Kami menurut perintah. He3... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google