SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, June 4, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #61: BERTEMU JUA...

~ Mexican Chicken Chop, Black Pepper Lamb Chop & Mushroom Soup. Table for 2. Eceh! Hiks...

~ Sodap habaq hang..! ;D

Dalam perut, bertemu jua... ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, June 2, 2014

SOTONG GORENG TEPUNG KUSINERO CINTA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Ye! Aku dah bersedia! Sangat bersedia! Pakai apron dulu & mari kita mulakan. Rockin' the kitchen! Hoyyeahhh... bebeh! Ha3...

Bahan2:-

10 ekor sotong (disiang, dicuci bersih, ditos & dipotong bulat)
1 cawan tepung gandum
1 senduk tepung jagung
3 biji telur ayam
Serbuk lada putih
Garam
Minyak masak
Serbuk kunyit

Cara2 Penyediaan:-

1) Satukan tepung gandum, jagung, lada putih, garam & serbuk kunyit ke dalam mangkuk.
2) Pecahkan telur ayam ke dalam 1 lagi mangkuk. Kacau.
3) Golek2kan sotong ke dalam mangkuk telur ayam & kemudian, bancuhan tepung.
4) Panaskan minyak. Goreng sotong hingga kekuningan. Angkat & toskan. Hidangkan bersama sos cili & mayonis yang ditabur dengan sedikit serbuk lada hitam.

~ Sotong Goreng Tepung Kusinero Cinta

Ngap3... sambil tengok Kusinero Cinta. & itulah jugak sebab-musabab nama resepi. Heh3...


:: Like3, ek! ::



#THROWBACKDUABELAS: BELI TAK BELI NI?

Yang ke-12...

Parut kat kening mamat kolam ikan tu buat Aryan tak senang duduk. Teringat kesah lama. Kesah kena tembak dengan penjenayah kat kaki. Rupa penjenayah tu memang dia tak ingat. Tapi, parut pada muka penjenayah tu memang dia akan ingat sampai bila2!

Aryan dah mula bersoal-siasat dengan mamat kolam ikan. Macam dia sorang je Cif Inspektor kat Malaysia ni! Sekeh kang, haaa..!

~ Credit to: Fanpage Bukan-Kerana-Aku-Tak-Cinta

"... Ko asal mana, eh? Apsal ko semangat nak masuk kampung ni?"
"Aku kerja kat luar negara. Aku kerja kat Hong Kong dulu."
"Kerja sebagai...?"
"Orang macam aku ni, suka kerja banyak tempat sebab... suka carik banyak pengalaman. Sebab daripada kecik aku sedar yang... aku bukannya orang yang berduit. Lain la macam... Inspektor Aryan."
"Ko jangan lupa sampaikan pesanan aku. Kerja elok2. Orang macam ko ni susah nak dapat kerja!"

Ya ampon, punya berlagak! Mencik!!!

Mamat kolam ikan gigih buat timbang-tara. Teringatkan birthday party bunga manja yang Aryan aturkan. Elok jugak kot kalau dia kasik bunga manja hadiah sebagai tanda mintak maaf. Takde la nampak ketara sangat dia kasik hadiah tu kan... Nampak macam hadiah birthday daripada kawan2 gitu...

"... Hari jadi Mastura... Beli hadiah apa? Eh, nanti dia ingat aku syok kat dia pulak! Eiii... tak boleh... tak boleh... tak boleh..! Tapi, apa salahnya kalau aku beli? Iye la, sebab aku dah tampar dia, aku nak mintak maaf, aku beli la hadiah. Ok apa..?! Kan... Tak payah beli... Beli! Ko jangan buat hal! Beli. Beli tak beli ni? Beli! Tak payah la... Beli. Tak payah la... Tak payah la beli... Beli la... Beli2 la..! Tak payah la..."

~ Credit to: nesco2u

Dok 'beli... tak beli... beli... tak beli...' akhirnya, dah terpacak kat kedai munge lorrr... Alaaa... 'beli' la tu..! Hiks...
Pelan2 mamat kolam ikan masuk rumah Tan Sri ikut dapur. Tak koselah dia nak tayang muka. Kalau Hannah nampak, mau berterabur gigi dia kena backhand! Dah la tak boleh nak pass hadiah kat Mak Awa sebab Mak Awa kompom busy. Nafisa je yang nampak macam tak busy & boleh diharap sebagai 'posmen'. 

"... Fisa tolong letak hadiah ni semua dekat atas katil Mak Ngah. Tapi, jangan bagi siapa2 nampak tau, eh!"
"Boleh... tapi, teddy bear ni Fisa punyalah!"
"Alaaa... boleh sayang... Fisa simpan teddy bear ni. Tapi kalau... boleh, Fisa tolong letak bunga dengan coklat ni dekat atas katil Mak Ngah."
"Boleh..! Fisa akan buat sekarang jugak! Mmuahhh..!"

Dah manja sangat Nafisa dengan 'Pak Ngahnya' tuh. Dah ada chemistry dengan bakal anak sedara gitu..! Eceh! ;P

Tapi, mata Aryan macam helang! Nampak je kalau ada mende2 pelik! Sampai Nafisa pun jadik mangsa soal-siasat! Sampai menangis sentap2 budak tu dia kerjakan. Haish! 

Kad untuk bunga manja direnyukkan! Mungenya pulak terus masuk tong sampah! Hey, 30 hengget tau mamat kolam ikan beli munge tuh! Hangen ah kak..! 

~ Credit to: Fanpage Bukan-Kerana-Aku-Tak-Cinta

Bunga manja happy dengan birthday party yang Aryan arrange khas untuk dia. Tapi, dia tak boleh tipu hati sendirik! Dia just anggap Aryan tu macam abang sendirik je. Tak pernah cinta. Janji yang dia buat dulu tu just nak gembirakan hati Tok Ayah & Aryan. Apa yang dia pasti, hati & cinta dia hanya untuk mamat kolam ikan yang sorang tu je! 

Hmmm...


:: Like3, ek! ::



#THROWBACKSEBELAS: CANTIK

Yang ke-11...

Naik semak pulak otak mamat kolam ikan memikirkan mende yang dia kesalkan. Lebih baik dia 'semakkan otak' dengan persiapan kenduri doa selamat Ustaz Hafiz. Ada jugak faedahnya.

Jenuh Makcik Sari serkap jarang tapi, hampeh! Mamat kolam ikan asik nak menafikan je kerja dia! Naik give up pulak Makcik Sari. Huh!

"... Enggang biar sama dengan enggang. Pipit biar jalan sama dengan pipit. Baru terjalin kasih yang abadi."

Katanya... Hmmm... berfalsampah la pulak...

Tapi, bila tak nampak bunga manja kat kenduri, dia tercarik2. Enggang ke mana... pipit ke mana... Yappedaaa..?!!

Air sirap melimpah dari cawan pun tak sedar. Sebab mata melilau carik kelibat bunga manja, tangan dok bukak paip dispenser. Sampai kena tegur dengan seseorang yang teramat poyo! Yang asik2 usha tang parut kat kening mamat kolam ikan. Arrgghhh..!!! Keluar dah 'dia'..! Haish!

"... Aku rasa macam tak pernah nampak ko sebelum ni."
"Owh... sebenarnya aku baru balik daripada berkursus di Sabah. Sekarang ni aku bercuti."
"Owh... kerja apa?"
"Cif Inspector, Bukit Aman."

Jengggggggg3...............

Boleh teka tak siapakah 'Cif Inspector' tersebut? Boleh kan? Hu3...

Mamat kolam ikan baru tercarik2 pinggan, bunga manja dah siap amikkan.

~ Credit to: Fanpage JebatMas-Love-Cottage-BKATC

"Nasik?"
"Hah?"
"Nasik..."
"Haaa..."
"Mas."
"Hmmm..."
"Ermmm... aku... nak mintak maaf dengan ko ni. Ye la... sebab aku tertampar ko itu hari kan... Ermmm... aku sedar balik yang, memang aku tak patut buat macam tu lah."
"Ayam?"
"Hah?"
"Ayam."
"Haaa... ayam, boleh2."
"Ermmm... Mas. Aku tak nak la yang ko pikir aku ni kaki pukul pompuan. Aku bukan orang macam tu lah."
"Sayur?"
"Hah? Haaa... boleh. Sayur."
"Nah."
"Mas!"
"Hmmm..."
"Ermmm..."
"Ada apa2 lagi ke? Hah?"
"Cantik."
"Hah, apa?"
"Hah, apa dia?"

Duduknya semeja dengan Aryan, si Cif Inspector. Tapi, mata dia focus kat mamat kolam ikan. Yang sorang tu pun sama. Nak amik kendi basuh tangan pun tergagau2. Susah sangat nak meluah rasa. Balik kotej terus stress! Mulut kata takmo tapi, dok angaukan bunga manja. Aku pulak yang rasa nak geget dinding rumah! Ngeeeeeeee.........

~ Credit to: Fanpage JebatMas-Love-Cottage-BKATC

Aryan tak habis2 nak ungkit pasal parut kat kening mamat kolam ikan. Rimas bunga manja tau! Hero pujaan hati kena kutuk, kompomlah stress! Tapi, bila Aryan ungkit pasal janji lama antara dia, Tok Ayah & Aryan yang dia pernah buat sebelum ke UK, dia terkedu! Menyesal pun ye jugak! Janji orang yang tak matang...

Dalam diam2, Aryan terjah mamat kolam ikan kat kebun.

"... Aku dah aturkan 1 majlis untuk menyambut hari lahir Mastura. Aku nak ko pesan pada abang aku & Uwais, bawak isteri & anak2 sekali."
"Boleh. In shaa Allah..."
"Kalau aku tanya 1 soalan, ko boleh jawab dengan jujur?"
"Jujur, eh? Boleh."
"Takpelah."
"Mana ko dapat senapang ni?"
"Senapang tu Tan Sri yang punya. Aku yang jaga sekarang ni sebab dah tukar nama kan..."
"Ada lesen?"
"Senapang tu ada lesen, aku pun ada lesen. Tan Sri bagi kat aku untuk takutkan binatang dalam kebun dia."
"Takdelah... Aku cuma tanya je. Mana tau kan kalau ko pegang senjata api tanpa lesen, besar kesalahan dia. Langgar undang2 & aku boleh sumbat ko dalam penjara."
"Aku rasa aku tak bodoh lagi pasal... errr... undang2. Aku ada lesen. Ko nak tengok sekarang ni?"
"Jadi ko pandai menembak? Mana ko belajar?"

~ Credit to: Fanpage Bukan-Kerana-Aku-Tak-Cinta

Semak betul lah dengan soklan Cif Inspector poyo nih! Tembak dengan senapang Tan Sri kang, haaa..! Huh!!!


:: Like3, ek! ::



Saturday, May 31, 2014

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 49

Breakfast:-

3 ketul cucur udang + air suam
Niat hati nak makan 2 ketul je. Tapi, terbabas pulak jadik 3. Hadoih!

Minum pagi:-

2 ketul karipap + air suam
Pun sama jugak. Niat nak makan seketul, terbabas jadik 2. Owh3...

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan cencaru masak pedas + sayur campur + air suam
Air tangan Mokcik Banjir. Hari ni, we ols terpilih menu yang sama. Sampai kuah pun sama! Mokcik Banjir pun tegur. Alaaa... sherashi bershama la tuh! Awwsss..! Hiks...

Minum petang:-

Takde mende nak diratah. Air suam je lah.

~ Dinner: Sotong goreng tepung cicah sos cili & black pepper mayo + air suam

Yang ni, kompom terbabas! Berketul2 aku telan! Alasan: Tak sedar sebab makan sambil ngadap #bukankeranaakutakcinta PVR. Lagik sweet scene-nya, lagik berketul2 aku sumbat! Sangat klise..! Ahaks...


:: Like3, ek! ::



Friday, May 30, 2014

KELAM-KABUT KERANA PAK TAM

*Prequel entry ini.

Kelam-kabut sangat masa ni! Ingat lagi... masa tu sedang bersenang-lenang kat rumah mertua. Panas membahang cuaca! Jadik, aku pun mandi. Dah kata panas, kompom la mandi. Takkan nak berguling2 di sawah padi pulak! Tu mengarut nama dia! Heh!

Mandi adalah sangat seperti puteri bersiram. Macam buat spa sendirik kat dalam bilik air mertua tuh. Siap berdondang-sayang! Tapi, tak kuat la... Volume manjas2 je. Tatasusila sebagai menantu contoh perlu dijaga, hokay! Ha3... Over!

Siap mandi... siap pakai baju cantek2... pakai cologne wangi2... My 'Jebat' terkocoh2 datang kat aku. Ingatkan sebab terhidu haruman cologne bini dia. Rupa2nya nak bagitau yang Mak call, kata Pak Tam masuk hospital. Terperasan sekejap ah kak di situ..! Chait!

Bergegas packing barang yang tak seberapa tu, salam2 mertua then, berdesup ke rumah Mak. Nenek dengan Mak dah siap, tunggu kat laman. Dalam kereta, aku korek cerita daripada Mak. Ye la kan... takde angin, takde ribut... tetiba kata Pak Tam sakit... masuk hopsital... siap kena tahan kat wad. Paling tak sedap hati bila Mak cakap, Mak Tam call bagitau Pak Tam nazak! Nazak, hokay..! Bukan perkataan main2! Of course sangat terperanjat! Dalam perjalanan, berdoa dalam hati, semoga semuanya baik2 saja. Aminnn...

~ Beginilah Pak Tam waktu kami sampai kat Hospital Changkat Melintang. Alhamdulillah... nampak ok.

Kessahnya... Pak Tam dah lama demam. Makan minggu jugak. Mak Tam & Atin (anak sulung) dah paksa ke hospital tapi, Pak Tam takmo. Kengkonon demam biasa. Dok telan Panadol tapi, demam tak kebah2. Sampai 1 tahap, Pak Tam tak boleh bernapas! Walhal, takde sejarah asma! 

Masa tu lah baru ke hospital. Doktor pam paru2, keluarkan air sebab paru2 Pak Tam dipenuhi air. & sebab tu jugaklah Pak Tam sesak napas. Kalau biar lama, memang effect kat jantung. Lagik merbahaya! 

Masa kat wad, doktor kasik jadual kencing. Maksudnya, setiap kali kencing kena catat & tick. Apa fungsi mutlaknya, aku pun kurang pasti. Adalah tu... Biarkan je la doktor buat kerja dia. Patient, sila ikut! Jangan nak degil sangatlah! 

Diselidik... dikaji... disoal-siasat... rupa2nya Pak Tam selalu mandi malam. Sebab tu dapat paru2 berair. Sekarang, Pak Tam dah ok. Dah sihat. Tapi, still kena follow-up buat check-up la kot. Biasa la tu kan...

Kepada Pak Tam, sila jangan mandi malam dah. Mandi siang je. & kalau dapat quit smoking pelan2 pun, macam cantek jugak tuh. Chaiyok! ;)


:: Like3, ek! ::



WESTERN PLATTER

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Sekali lagik ber-Western Platter. Feeling omputih sangat tau..! He3...

Bahan2 Untuk Roti Telur:-

6 keping roti potong Gardenia
1 biji telur ayam
Marjerin

Cara2 Penyediaan Roti Telur:-

1) Pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk. Pukul rata.
2) Panaskan sedikit marjerin. Celupkan roti potong ke dalam bancuhan telur ayam. Toast & ketepikan.

Bahan2 Untuk Sosej:-

6 batang sosej ayam
Mayonis
Marjerin
Sos cili

Cara2 Penyediaan Sosej:-

1) Panaskan sedikit marjerin. Goreng sosej. Angkat & toskan.
2) Hidangkan di atas pinggan bersama dengan roti telur tadi. Toppingkan dengan mayonis & sos cili.

Bahan2 Untuk Potato Salad:-

3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 biji limau nipis (diperah jusnya)
1 biji bawang besar (dicincang)
Serbuk lada hitam
Mayonis
Garam
Air

Cara2 Penyediaan Potato Salad:-

1) Masukkan air ke dalam periuk. Rebus ubi kentang hingga empuk. Angkat & toskan.
2) Masukkan ubi kentang ke dalam mangkuk. Perasakan dengan garam, mayonis, serbuk lada hitam & jus limau nipis.
3) Masukkan bawang besar. Kacau rata. Siap! Hidangkan bersama roti telur & sosej tadi.

~ Western Platter

Dinner bersantai2 di depan tv dengan My 'Jebat'. Hmmm... terasa seperti BraAngelina jadian pulak! Awwsss..!!! Ha3... 


:: Like3, ek! ::



Thursday, May 29, 2014

#THROWBACKSEPULUH: MASA TU BERNILAI KE CINTA KO, SEBAB KO DAH MATI?

Yang ke-10...

Mak Awa dah nasihatkan, tak baik tipu mamat kolam ikan, kata tak pandai berenang. Tapi, bunga manja kata, tu je cara dia nak 'tambat' mamat kolam ikan jadik boyfriend dia. Sebenarnya, dia pun rasa pelik jugak dengan hati dia. Sebab dalam banyak2 lelaki hatta lelaki2 kat United Kingdom tempat dia further study dulu tu pun tak berjaya buat dia melting. Tapi, dengan yang sorang ni, lain... sangat lain!

Tengah syiok2 bunga manja bergossip dengan Fisya, mamat kolam ikan datang sound! Suspen, ah kak tau..! Menyorok di celah ketiak bantal SpongeBob ah kak time ni tau..! Ha3...

"... Ko reti berenang ke tak reti berenang?"
"Eh, boleh tak ko tanya elok sikit! Bos aku ni tengah sakit, tak payah la nak marah2 sangat..!"
"Ko diam bapuk sebelum aku tumbuk muka ko!"

Dengan Fisya2 sekali kena sound! Sangat gangster! Owh... neves!

"Ok.Mas memang reti berenang."
"Habis tu semalam tu apa? Ko tipu akulah. Ko cakap ko tak pandai berenang. Apa hal ko ni?"
"Memang pun! Memang sebab... Mas nak uji Abang... Abang selamatkan Mas tak kalau Mas lemas? So, what..?! Bukannya benda salah sangat pun! Setakat lemas je kot..!"

PANGGGGGGGGGG.......!!!!!!! (Sound effect bunga manja kena lempang dengan mamat kolam ikan.)

~ Credit to: Facebook Bukan-Kerana-Aku-Tak-Cinta

"... jangan sesekali ko sia2kan nyawa ko la... Ko pertaruhkan nyawa ko untuk cinta ko! Ko sedar tak apa yang ko buat? Ko tau tak apa yang aku rasa, Mas? Hah, ko tau tak? Aku takut ko tau tak. Kalau ko mati, aku nak menjawab apa? Masa tu bernilai ke cinta ko, sebab ko dah mati? Puas hati ko sekarang, hah? Puas? Ko dapat ugut aku kahwin dengan ko.Mas, orang yang tak reti menghargai nyawa tak layak dapat cinta la... Aku tak nak ada isteri macam ni! Tolong la, Mas jangan buat benda bodoh macam ni! Eh,Mas! Ko tengok ni... ko tengok muka aku ni, daripada... atas ni sampai bawah. Ko cuba tengok, lelaki ni ke yang ko nak jadi suami ko? Lelaki ni... layak ke muka ni jadi suami ko?"

~ Credit to: frequency

Bukan bunga manja je yang tergamam menangis tersedu-sedan. Tapi, aku pun ikut sama terpaku terpana. Nangis boleh control lagik. Means, bergenang2 je... Eceh!

~ Credit to: ping

Mamat kolam ikan memang sangat2 marah!!! Marah tahap gunung berapi sebab bunga manja bermain2 dengan nyawa! 1 kepantangan untuk dia! Tapi, nun jauh kat 1 sudut hati, dia menyesal sebab naik tangan kat bunga manja. Dia takde niat nak berkasar macam tu. Menyesalnya dia, hanya Allah yang tau...

Terngiang2 bait2 tazkirah Ustaz Hafiz kat telinga dia... 

"... walaupun isteri itu adalah sah milik suami, suami masih lagi dilarang untuk mengasari isterinya. Inikan pulak perempuan yang takde kaitan dengan kita. Berdosa namanya tu..."

Sungguh... sangat dia menyesal...


:: Like3, ek! ::



RESTORAN UDANG GALAH

Baru bukak restoran nih. Khas untuk penggemar udang galah kot. Yang tak penggemar pun boleh jugak nak try menjamu selera kat sini sebab tak semua menunya berasaskan udang galah. Lagipun, dia siap mention kat situ, siapa nak makan udang galah kena order dulu. Means, call diorang dulu, cakap nak berapa kilo, berapa orang nak makan, nak masak apa... then, baru la boleh makan udang galah. Aku syak macam tu la kan...

Aku & My 'Jebat' dating belah petang. Takde maknalah kitorang nak order2 udang galah bagai... Aci redah je. Nak mengetest restoran baru kata ko! 

~ Gado2 sebagai appetizer. Hmmm... macam tak berapa kena je dengan tekak we ols.

~ Laksa. Kuah dia cair sikit. So, memang sangat kena kat tekak My 'Jebat' sebab beliau penggemar laksa yang kuahnya cair. 

Memang la aku yang order. Tapi, kitorang rasa bersama2. Kaedah pinggan / mangkuk berputar2 & berpassing2 nama dia. Setakat ni, kaedah tersebut memang sangat praktikal diguna pakai oleh we ols. Hiks...

~ Main course My 'Jebat', nasik goreng ayam. Not bad la... Portion dia giler banyak! Makan 2 orang pun semput nak habiskan. Adeh3...

Tapi, mungkin jugak sebab kitorang dah makan gado2 & laksa sebab mende alah ni yang sampai dulu. That's why la bila nasik goreng ayam tu sampai, tak berapa lalu dah nak habiskan. Jenuh berenti, amik napas dulu then, cuba sambung makan balik. Ha3...

Macam makan secara marathon la pulak! ;P


:: Like3, ek! ::



MERAFAK SEMBAH... SALAM TAKZIAH...

100 hari perkabungan untuk negeri Perak...
7 hari perkabungan untuk Malaysia...

Merafak sembah... salam takziah...

~ Al-fatihah...

*Credit to: cetusankenyalang


:: Like3, ek! ::



Wednesday, May 28, 2014

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 48

Breakfast:-

1 keping roti sardin + air suam
Mengeteh bersama2 My 'Jebat' kat Medan Selera Sri Sayang tu, haaa..!

Minum pagi:-

2 peket kecik biskut Oat Choco + air suam
Memang kena pandai2 hadkan makan Oat Choco nih sebab sodap & comel. Kalau tak hadkan, boleh tahap tak sedar dah telan berpeket2 tau! Hu3...

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ayam goreng + sawi tumis + air suam
My 'Jebat' tapaukan kat Medan Selera Sri Sayang...

Minum petang:-

Air suam sahaja.

~ Dinner: 1 set Western Platter + air suam

Kenyang jugak tau makan Western Platter nih. Berbaloi untuk perut. ;)


:: Like3, ek! ::



WORDLESS WEDNESDAY #60: BANTING

~ Memanfaatkan props photo booth. Heh3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, May 27, 2014

#THROWBACKSEMBILAN: KO TERJUN KOLAM NI SEKARANG!

Yang ke-9...

"Abang... please la, cakap kat _ _ _ macam mana lagi nak buktikan yang _ _ _ betul2 percayakan Abang.   _ _ _ betul2 sukakan Abang. Cakap je, _ _ _ sanggup buat apa je nak buktikan yang _ _ _ betul2 cintakan Abang... Abang..."
"Betul ko sanggup buktikan... apa yang ko nak buktikan tadi tu?"
"Betul."
"Betul. Ko tarik balik, jaga ko! Tak tarik?"
"Tak."
"Betul?"
"Betul..!"
"Haaa... ko terjun kolam ni sekarang! Heh!"

Apa mamat kolam ikan ingat, bunga manja pengecut? Tak berani sahut cabaran? Hey... k-mon lah..! Demi kerana chenta, bau hanyir ikan pun sanggup dia redah tau! Walauponnn... ;P

Antara berani2 takut je tu. Apa2 hal, kena bagitau siap2 kat mamat kolam ikan yang dia tak tau swimming. Kengkonon boleh meraih simpati la kengkononnya kan... 

Mamat kolam ikan plak berlagak hati kering, takde perasaan! Nak terjun, terjun je lah. Pedulik hape kan..! Lagipun, dia rasa sangat confident yakin yang bunga manja takkan berani punya nak berenang2 dengan ikan yang hanyir tuh. Cucu Tan Sri kot..! Dengan bangga & puas hatinya dia nak balik kotej.

Tapi, tak sampai 10 langkah...

"Aaaaaaaaaaaaaaaa..............."

Mamat kolam ikan toleh, kelibat bunga manja dah takde! Yang dia dengar cuma jeritan & tangan bunga manja yang terkapai2 kat dalam kolam ikan. Haru-biru! Nak tak nak, terpaksa la mamat kolam ikan jadik 'life guard'. Selamatkan bunga manja yang tersenyum2 bila mamat kolam ikan dukung dia naik dari kolam ikan. Tip top sangat lakonan tu tau! Ha3...

~ Credit to: ping

"... Allah... Hmmm2..."
"... Tolongggggg......"

~ Credit to: perekacerita

Tapi, takde siapa yang lalu / ada kat situ. Takkan nak larik je dari situ kan... Akhirnyaaaaaaaaa.... dalam keadaan serba salah, mamat kolam ikan terpaksa guna teknik CPR. Diulang suara... CPR, hokay..! CPR!!! Ha3...

~ Credit to: xdatube

& bunga manja dah dapat senjata untuk 'ikat' mamat kolam ikan. CPR... Yesss!!! Harapan makin cerah bila mamat kolam ikan call untuk tanya khabar lepas insiden tu. ;D

"... Dalam hidup _ _ _ tak pernah ada lagi lelaki yang sanggup buat macam tu dekat _ _ _.  _ _ _ nak Abang bertanggungjawab atas apa yang Abang dah buat dekat _ _  _"
"Hey, ko cakap apa benda ni? Aku tak pahamlah! Oi! Aduh... Ko dengar sini, eh... aku telefon ko, aku nak tanya khabar ko tau. Ko nak cakap macam ni pulak. Apa hal ko nih? Hey, aku... sebenarnya... takde niat pun la nak sentuh ko kat mana pun. Aku buat sebab terpaksa ko tau. Kalau aku ada pilihan lain, daripada mulut ko dengan mulut ikan, baik aku cium mulut ikan. Ko ada akai ke?"
"Ooo... senang Abang cakap, eh, hah! Yang tanggung malunya _ _ _, Abang... _ _ _! Ok2... kalau Abang nak lepas tangan sangat kan... _ _ _ akan bagitau Kak... Kak Long, apa yang Abang dah buat dekat _ _ _ yang sebenarnya."
"Aduh... Hey, ko nak ugut aku, eh?"
"Bukan ugut. Tapi bila... bila Kak Long tanya dekat _ _ _, _ _ _ cakap yang _ _ _ nak jumpa Abang sedangkan Abang yang nak jumpa _ _ _ tau! Tapi, _ _ _ tipu dekat Kak Long sebab tak nak Abang kena marah dengan Kak Long."
"Eh, _ _ _ ...ko dengar, eh! Macam ni lah... kalau ko rasa, apa yang aku buat kat ko tu, mencabul ko ke... buat apa yang tak sepatutnya aku buat ke... aku mintak maaf la dengan ko, eh. Tapi, ko ingat ko tanam dalam hati ko lah, eh... yang aku buat tu sebenarnya, takde kena-mengena aku nak cabul ko ke... buat benda yang tak elok pada ko... aku takde pilihan lain. Ko paham tak?"
"_ _ _ nak... _ _ _ nak Abang tanggungjawab atas apa yang Abang dah buat kat _ _ _!"  
"Ko nak aku buat apa?"
"Kita kahwin!"
"Ko ingat aku ni bodoh sangat ke, hah? Nak masuk dalam perangkap ko. Eh, mintak maaf, eh! Aku takkan termasuk dalam jerat ko lah. Aku takkan kahwin pun dengan ko!"

Menyesal pulak mamat kolam ikan ajak bunga manja 'dating' kat kolam ikan. Sangat menyesal! Muka gangster tapi, hati dah libang-libu tak hengat! Hadoih! Sampai ke esok dia pikirkan mende tuh. 

~ Credit to: phimvideo

"... Ntah la, mak cik. Saya pun... tak sangka sampai jadi macam ni."
"... Tu la. Mak cik pun tak sangka jugak. Pelik la pulak. _ _ _ _ _ _ _ tu sebenarnya pandai berenang. Adik-beradik dia semua pandai berenang. Si Hannah tu, tiap2 minggu dia hantar anak dia tu belajar berenang."
"Apa dia? _ _ _ _ _ _ _ boleh berenang?"

Hokay, fine! Ada hal yang perlu mamat kolam ikan selesaikan!


:: Like3, ek! ::



Monday, May 26, 2014

SEMALAM YANG GENTING...

Sangat genting! 

MALAYSIA VS JAPAN

Dari pukul 5.30 petang, aku & My 'Jebat' dah 'bermastautin' kat living room, amik port memasing cantekkk... punya depan tv. Bantal SpongeBob harus ada. Senang kalau perlukan punching bag. Debik je dia! Ha3... Hadoih!

Pukul 6 ++ petang terpaksa off tv sebab kilat, guruh & petir yang sangat gegak-gempita! Neves, ah kak! Tak berani amik risiko. Kang tak pasal2 segalanya rentung. Tak sanggup especially kalau melibatkan dekoder PVR tuh. Ada #bukankeranaakutakcinta, noks..! Sangat tak sanggup kehilangan..! Ha3... Over tau! Mencik! ;P

Datuk Lee Chong Wei vs Kenichi Tago
- Aku melompat bintang! My 'Jebat' melompat sambil duduk bersila. Errr... boleh bayangkan tak? Ha3... & we ols tersenyum sampai ke telinga... ;) 

Tan Boon Heong / Hoon Thien How vs Kenichi Hayakawa / Hiroyuki Endo
- Senak perut, pankreas mengecut & buah pinggang menggigil. Sikit lagik nak menang tapi, ya hado..! Geram pulak mengtengok 'Pokcik Hayakawa & Pokcik Endo' tuh! Haish!

Chong Wei Feng vs Kento Momota
- Sakit pulak hati kita tengok skill Chong Wei Feng! 'Pokcik Momota' menang bergaya, hokay..! Huh!

Goh V Shem / Tan Wee Keong vs Keigo Sonoda / Takeishi Kamura
- Congrats3..! Sebab bagi sinar harapan. ;)

Liew Daren vs Takuma Ueda
- Memula redha sebab dari rekod Liew Daren tu, nampak macam perlu mengharapkan keajaiban berlaku je. Tapi lepas tu, dia macam berjuang jugak la... Sampai Encik Khairy Jamaluddin bersorak tak hengat! 'Daren.. Daren.. Daren..' Tapi lepas tu... ya hado... balik. Sob3...

~ Syabas untuk yang berjuang. Yang mana berjuang suam2 kuku tu, harap sangat la dapat memperbaiki skill & reputasi. K-mon... Tunjukkan semangat MALAYSIA BOLEH!

*Credit to: badmintonreviews

~ Kempunan nak ukir nama Malaysia untuk 2014 kat Thomas Cup nih. Tsk3...

*Credit to: bwfbadminton

Aku tak terpikir untuk dapat cuti hari ni. Serious! Sumpah, tak tipu! Aku pikir nak Malaysia menang & bawak balik Thomas Cup je. 

Tapi, nak buat macam mana... Dah suratan takdir & bukan rezeki... :(


:: Like3, ek! ::



#THROWBACKLAPAN: AKU... TAK NAK... KAHWIN... DENGAN KO...

Yang ke-8...

Syiok betul bunga manja! Rasa macam nak buat kenduri doa selamat katanya... bila dapat call daripada mamat kolam ikan. Kasar pun, kasarlah! Yang penting dating! Ko ada..??! Ha3...

Hari 'dating' dah tiba... Tapi, 'dating' tu terms untuk bunga manja. Kalau untuk mamat kolam ikan, termsnya samadengan hari 'face to face'.

Sambil tengok cermin, usha2 parut kat kening, mamat kolam ikan terflashback kesah zaman kanak2, kesah macam mana dia dapat parut tuh. & kesah yang mengubah hidup dia 100 %!

"Hey, budak! Ko pergi mana tadi, hah? Hey, ko cakap la... Ko pergi mana tadi, hah?"
"Ayah Cik... Ayah Cik... dia... dia tak pergi mana2 tadi. Dia ada dengan saya tadi."
"Ko diam, Wahab! Ko jangan nak tipu aku! Ko dok tepi. Kawan aku kata nampak budak ni ke pondok telefon hujung kampung. Ko buat ape sana tadi, hah? Ko telefon polis?"
"Ayah Cik... saya tak telefon polis."

Memang dia tak call polis. Tapi, dia call Uncle Kwan, mintak tolong sebab dah tak tahan asik kena belasah dengan Ayah Cik.

"... Hey, aku tak pernah mengaku ko ni anak sedara aku, ko tau tak? Aku benci dengan bapak ko, sebab bapak ko kahwin dengan kakak aku, hah!. ... Hey, disebabkan bapak ko lah, hah... disebabkan bapak ko lah, aku tak dapat warisi seluruh ilmu persilatan dia, ko tau tak? Sekarang ni aku nak tanya ko, mana ko simpan keris pusaka arwah ayah aku, hah? Mana?"

Wahab terpaksa kasik keris pusaka sebab tak sanggup tengok mamat kolam ikan kena belasah dengan Ayah Cik. Tapi, mamat kolam ikan tetap nak pertahankan satu2nya keris pusaka yang diwariskan kepada arwah abahnya. Cuba bergelut dengan Ayah Cik sampaikan keris tertoreh pada kening mamat kolam ikan.

Uncle Kwan datang jadik 'penyelamat'. 'Penyelamat' yang akhirnya jadik orang yang bertanggungjawab kenalkan dia pada dunia 'hitam'! Sangat 'hitam'! 

Luka hilang tapi, parutnya kekal sampai sekarang. Sejak 2 menjak ni, dia selalu teringatkan Uncle Kwan & Uncle Bujang...

" ... Abang tau tak yang _ _ _ ni nak kahwin dengan Abang."
"Haish! Eiiii..!!! Hey, ko ni apa masalah ko, hah? Aku cakap Bahasa Melayu ko tak paham! Aku cakap bahasa Hokkien, lagik lah ko tak paham! Aku nak... cakap Bahasa Tamil ke baru ko paham? Aku... tak nak... kahwin... dengan ko... Pahamlah!"
"_ _ _ nak kahwin dengan Abang. Abang paham tak?"
"Eiiii.... Allahuakhbar..!!!"
"Eiii... sikit2 nak marah... sikit2 nak marah... Panas2 macam ni pun nak marah lagi. Macamlah orang buat salah."

~ Credit to: ping

Memang la panas! dating kat kolam ikan kot..! Ha3... Cap yang mamat kolam ikan sengaja pakai sebelum keluar dari kotej tadi dah bertukar kepala. Elok dah dia tenggekkan kat atas kepala bunga manja sebab dia tau cuaca panas macam tu sangat tak sesuai untuk bunga manja. Hmmm... ganas2 caring gitu..! Hiks...

" ... Ko tau tak, sebab ko, aku kena marah dengan kakak ko, Kak Hannah."

Ooo... baru la bunga manja tau motip sebenar mamat kolam ikan ajak dia 'dating'. Ingatkan chenta dah berbalas. Rupa2nya... ya hado..! Adeh3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, May 25, 2014

CAULIFLOWER GORENG KAMPUNG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Selalu, NASIK goreng kampung kan... Yang ni kita twist sikit. Mencarik kelainan. Eceh! ;P

Bahan2:-

1/4 biji cauliflower (dipotong & dicelur)
2 batang sosej ayam
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 biji bawang putih (dicincang)
1 sudu ikan bilis 
3 biji cili padi (dipotong)
Daun sup
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Grill sosej ayam. Angkat & sejukkan. Potong serong sosej ayam & ketepikan.
2) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat & toskan.
3) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih & cili padi hingga naik bau.
4) Masukkan cauliflower. Sebatikan.
5) Perasakan dengan garam.
6) Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi & daun sup. Masak seketika. Angkat & hidangkan bersama sosej ayam yang telah dipotong tadi.

~ Cauliflower Goreng Kampung

Kalau ikut resepi asal, cauliflower tu akan dilenyek2kan pakai potato masher. Motip: Supaya nampak seperti nasik kekdahnya... Tapi, ah kak berasa malas pulak nak amik potato masher. Kengkonon nak kasik ada texture sikit la... Kengkonon sangat kan... Ahaks...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google