SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, May 25, 2014

NASIK GORENG KAMPONG SANGAT..!!!

Ada suatu hari tu... tengah lepak2 kat living room, layan PVR #bukankeranaakutakcinta episod 3... tetiba My 'Jebat' bersuara...

"Aaby, rasa macam laporlah. Kalau ada nasik2 goreng ke ni kan... perrgghhh..!!!" (Sambil usap2 perut yang sangat bulat tuh.)
"Nak makan la tu! Hokay, boleh. Tapi, lepas habis episod 3 ni, ek!"

Ha3... Yang penting, kena habiskan #bukankeranaakutakcinta episod 3 dulu. Baru la #hannahmastura boleh memasak dengan ceria untuk #jebatfoo nya. Eceh! ;P

~ Masakan terpaling simple! Nasik goreng kampong sangat..!!! 

#halussss

Cuma perut we ols je yang dah tak berapa nak #halussss selepas 'kejadian'. Ha3... Hadoih!


:: Like3, ek! ::



Saturday, May 24, 2014

TERIMA KASIH, OPISMATE

Fuh!

Semalam, separuh masa pertama kat opis sangat2 penat! Eh, sebenarnya dari petang Khamis tu pun dah mula penat! Tukang Kebun merangkap cleaner punya pasal lah! Huh, sedeh!!!

Sekarang ni,, semua jabatan & agensi kerajaan kat area Teluk Intan tengah sibuk sesibuk2nya! TELUK INTAN kan... zon pilihan raya kot..! Jalan yang tak pernah jem, jadik jem... Kalau selalu boleh sampai rumah (dari opis) dalam 10 minit tapi, kini tidak lagik... Toksah harap! Merasalah ko feeling2 berada di kota Kuala Lumpur yang semedang jem tuh! 

Banner... bunting... bendera parti... jadik santapan mata. Sangat meriah! Lagik meriah dari banner jualan murah The Store kekdahnya... 

Masa ni jugak la macam2 menteri akan turun Teluk Intan. Singgah kat kementerian / jabatan / agensi memasing. Tak menang tangan nak penuhi jemputan program. Opis aku pun tak terkecuali. Minggu depan Y.B Menteri nak datang. Ada program jugak yang kami bakal handle.

Neves tu, of courselah! Cuak... ngeri... seram2 sejuk... semua pun ada. Diadun menjadik 1. Amekaw! Tu je yang mampu aku cakap. Hadoih!

Petang semalam, Pengarah, Ketua Sektor & rombongan datang meeting kat opis. Sebab tu la ah kak kata, '... separuh masa pertama kat opis sangat2 penat!' Bergotong-royong 1 opis mengemas opis. Eh, macam cantek je ayat tu! '... 1 opis mengemas opis.' Cantek kan? Hiks...

Bukan selama ni tak kemas... dah kemas. Tapi, nak kemas lagi. Kitorang kan over..! Ha3... 

& bukannya selama ni takde Tukang Kebun + cleaner... tapi....... ahhh.., lazy to storylah! :(


p/s: Terima kasih, opismate... ;)


:: Like3, ek! ::



Friday, May 23, 2014

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 47

Breakfast:-

1 bungkus nasik lemak + air teh o panas
Breakfast kat rumah Mak sebab malam tadi tido sana. ;)

Minum pagi:-

Air suam

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan termenung masak pedas + kacang panjang tumis + air suam
Mokcik Banjir je...

Minum petang:-

Tak sempat! Busylah! Hu3...

~ 1 mangkuk kecik cauliflower goreng kampung + 2 batang sosej ayam grill + air suam

Air suam / air masak / omputih kata, plain water, memang kena togok banyak2 sekarang ni. Cuaca tak menentu kan... Kejap panas membahang... kejap hujan lebat... Memang senang sangat nak demam kalau tak jaga pemakanan.

Nasihat untuk semua... & untuk tuan tanah kedaung jugak. Ikhlas. Renung2kan... ;)


:: Like3, ek! ::



SIAPA NAK REMOTEEEEEEE......???!

'Siapa nak remoteeeeeeee.........???!'

Pernah dengor kan soklan kat atas tuh? Kompom terbayang2 ada sorang budak pakai kot, sebelah dia ada sorang lelaki (Encik Adam) a.k.a suami / anak, kat depan diorang ada sorang pompuan a.k.a isteri Encik Adam & sorang pompuan tua a.k.a mak Encik Adam. Isteri & mak tu dok berebut remote sebab isteri nak tengok Masterchef Selebriti tapi, mak nak tengok Primadona.

Boleh imagine ke tak ni, weh? ;P

Motippp... adalah malam ni ada game bola, Perak vs Sarawak. & malam ni jugak ada Ceria Popstar. Kesimpulannya, #jebatmas sedang 'berebut' remote! 

Game bola tu of courselah My 'Jebat' kan... Ceria Popstar tu pulak, of courselah ah kak. Ha3... Tetiba terjebak dengan Ceria Popstar. Kak Yong & Kak Ngah punya pasal la nih! Salahkan diorang sebab diorang yang paksa tengok. Lepas tu, aku rasa macam best. Terjebak sampai ke sudah. Comel sangat Kashika tuh! Hadoih! 

Kembali pada isu #jebatmas berebut remote...

Masalah perebutan nampak macam dah selesai sebab game bola tak on air secara live. Siaran tertunda. My 'Jebat' tengah mengaum sambil usap2 kening yang berparut. Ha3... 

Tak payah nak mengaum sangat la B, oiii..! Meh tengok semi final Thomas Cup, meh! Datuk Lee Chong Wei vs Tommy Sugiarto. MALAYSIA BOLEH!!! ;D

Ceria Popstar kita record je. Terima kasih PVR. ;)

Hmmm... dekoder ke-2 dah siap install kat dalam master bedroom. Lama dah. TV je yang 'tak install2' lagik. My 'Jebat' tengah kaji 'penyata kewangan'. Ha3... Hadoih!


:: Like3, ek! ::



Wednesday, May 21, 2014

MURTABAK CREAM CRACKER SARDIN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

1st attempt. Google resepi + disesuaikan dengan stok bahan mentah yang available. Bunyiknya pelik. Rasa macam, 'Eh, cream cracker pun boleh jadik murtabak ke? Confuse #hanahmastura tau!'. He3... Tapi, rupa paras dia tak pelik sangatlah. 

Bahan2 Untuk Kari Sardin:-

1 tin sardin
1 biji bawang besar (dicincang)
2 biji bawang putih (dicincang)
1/2 inci halia (dihiris)
1 peket kecil serbuk rempah kari ikan
1/2 sudu kecil asam jawa Xtra Adabi
Garam
Gula
Minyak masak
Air masak

Cara2 Penyediaan Untuk Kari Sardin:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan serbuk rempah kari. 
3) Tuangkan air masak. Masak hingga pecah minyak.
4) Masukkan sardin.
5) Perasakan dengan garam, gula & asam jawa Xtra Adabi. Masak seketika. Angkat & sejukkan sekejap. Hancurkan menggunakan potato masher.

Bahan2 Untuk Murtabak Cream Cracker Sardin:-

1/2 bungkus cream cracker
1 tin susu cair
3 biji telur ayam
Marjerin

Cara2 Penyediaan Murtabak Cream Cracker Sardin:-

1) Lapikkan pemanggang ajaib dengan aluminium foil yang telah disapu marjerin.
2) Tuangkan susu cair secukupnya ke dalam mangkuk. 
3) Celupkan cream cracker ke dalam susu cair & susun cream cracker di atas aluminum foil. 
4) Pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk. Kacau.
5) Lapiskan dengan inti kari sardin berselang-seli dengan lapisan cream cracker. Ratakan.
6) Tuangkan bancuhan telur ayam ke atas inti kari sardin.
7) Ulang step 3 & 5 hingga habis. 
8) Bakar hingga masak. Potong & hidangkan.

~ Murtabak Cream Cracker Sardin

Berjaya dari segi rupa & rasa. Plus, My 'Jebat' pun suka. ;)


:: Like3, ek! ::



#THROWBACKTUJUH: HUBUNGAN HATI...

Yang ke-7...

"Mama ni... Takkan tak tau... Pak Ngah tu kan, bakal suami Mak Ngah..."

"Pak Ngah tu, kan... kawan Papa. Jebat2... tak kenal? Kawan Papalah, Pak Ngah."

Amekaw! Daqiq & Nafisa dah bukak mulut. Makin serabutlah kepala Hannah Maryam. Ha3... Kompom nak kena siasat betul2! Sebelum Tok Ayah dapat tau.

~ Credit to: ping

Mula2 risik2 directly daripada bunga manja dulu...

~ Credit to: xdatube

"... Angah, boleh tak jangan berteka-teki kat sini?! Sekarang Kak Long nak tau, apa hubungan Angah dengan Jebat?"
"Hubungan hati, Kak Long..."
"Apa? Hubungan hati? Angah... Angah sedar tak Angah cakap apa ni, hah? Angah cuma main2 je kan?"
"Apa pulak main2, Kak Long. Tak la. I'm in love with him, that's all!"

Bunga manja dah tak kesah dengan tanggapan Hannah Maryam! Nak kata mamat kolam ikan tu kekasih gelap ke... terang ke... lantaklah! Yang dia tau, dia nak kahwin dengan mamat kolam ikan sorang je! Full stop!

Tak boleh jadik nih! Risik cerita kat bunga manja makin buat Hannah Maryam serabut! Risik kat mamat kolam ikan pulaklah...

"... Aku nak tanya, apa hubungan ko dengan _ _ _ _ _ _ _?"
"Hubungan apa, kak? Memang tak pernah ada apa2 hubungan pun."
"Takde apa2 ko cakap! Kalau takde apa2 kenapa _ _ _ _ _ _ _ bagitau yang dia ada hubungan hati dengan ko, hah? Siap mengaku yang dia akan kahwin dengan ko. Sampaikan anak akak pun, boleh panggil ko dengan panggilan 'Pak Ngah'. Dah tahap macam tu, ko masih bagitau takde apa2!"
"Akak, memang betul, kak... saya memang takde apa2 perasaan pun dengan _ _ _ _ _ _ _ Memang takde apa2."
"Habis sekarang ni, ko nak cakap yang _ _ _ _ _ _ _ tu yang tergila2 kat ko? Heh, ko jangan buat lawaklah!"
"Kak, saya sedar, kak... yang saya ni, rupa saya macam ni. Takde la kaya mana. Pelajaran pun takde. Dok kat kampung ni pun menumpang je. Orang luar. Sebab tu la saya sedar diri, kak... untuk dapat perempuan secantik _ _ _ _ _ _ _ tu, agak2lah. Saya tak pernah, kak kacau dia. Dia yang asik kacau saya."

Hannah Maryam termalu sendirik. Macam perigi carik timba, nak2 pulak, dia di pihak 'perigi' yang tuduh2 si 'timba'. Malu, ah! Sorang kata ada hubungan hati. Tapi, yang sorang lagik kata takde apa2 hubungan. Haish! Rasa complicated & semakin confuse! Arrgghhh..!!!

Tapi, bukan Hannah Maryam je yang stress! Mamat kolam ikan pun ikut stress! Stress dengan kerenah bunga manja yang tak habis2 menyusahkan hidup dia! Sampai dia rasa dia perlu buat sesuatu... 

Call bunga manja, set appointment untuk jumpa face to face!


:: Like3, ek! ::



Monday, May 19, 2014

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 47

Breakfast:-

5 ketul nugget ayam + air suam
Breakfast simple ala2 malas... tajuk album dia... He3...

Minum pagi:-

Air suam sebab memang betul2 malas! Ha3...

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan termenung goreng + 2 ketul ubi kentang masak kari + air suam
Bbrrppp...!!! Alhamdulillah... kenyang. 

Minum petang:-

1 biji bun kacang hitam Gardenia + air suam

~ Dinner: 2 potong murtabak cream cracker sardin + air suam

Gumbira perut #hannahmastura, noks..! He3...


:: Like3, ek! ::



#THROWBACKENAM: ADA KENA KEPALA BAPAK KO KE?

Yang ke-6...

Jauh mana pun dia buang perasaan tu, hatta ke dasar kolam ikan sekalipun... tapi, muka suci putih gebu bunga manja jugaklah yang dia dok terbayang2 & termimpi2. Kenapa la kan..? Mamat kolam ikan takde jawapan... atau jawapan tu dia reserve nun jauh sangat kat lubuk hati..!

~ Credit to: nesco2u

Inspector poyo dah buat kemunculan! Bukan poyo biasa2 tau! Tapi, sangat2 poyo! Nama beliau Aryan Aiman a.k.a Aryan a.k.a Ary. & disebabkan kepoyoan Aryan ni jugaklah, aku selalu je rasa nak geget2 dinding rumah. Arrgghhh..!!! Stress!!!

~ Credit to: tvcrewz
Kessahnya... di Infinity...

"... Eeiiii.... geli2!... Geli bila aku tengok Dato' tu cium tangan ko! Eeiii... coi..! Ermmm..."
"Laaa... ni kenapa sedih pulak ni? Takkan la pasal si tua tu cium tangan ko, ko nak sedih macam ni. Pakai je losyen ni. Lepas tu, kalau tak tahan, samak..."
"Eiii... bukan pasal orang tua gatal tu la..! Ni pasal orang lain..."

Tak lain tak bukan, kompom pasal mamat kolam ikan! Kompom sangatlah! He3...

Bunga manja nak on kan Plan B. Fisya pun terjebak bila bunga manja janji nak upkan gaji. Mengelejat si sutun tuh..! He3...

"Baby."
"Baby..! Baby... kenapa Baby lambat?"
"Sorry Baby. I lambat, 10 minit je."
"Ye la... But, still lambat... Rindu tau tak..?!"
"Lain kali, I tak buat lagi, ek!"
"You promise?"
"Ok. I promise."

Kelentang kelentung berdesing2 bunyik pinggan-mangkuk cawan gelas segala bagai... yang ada kat restoran Uwais kena hempas dek mamat kolam ikan bila dengar chit-chat manjas antara bunga manja dengan Fisya yang tetibe bertukar jadik 'lelaki macho' bersuara garau! Jeles la tuh! Ha3... Amekaw!

Risau Wahab tengok keadaan mamat kolam ikan. Terpaksa suruh mamat kolam ikan buang sampah kat belakang restoran. Masalahnya, bukan bertambah elok tapi, makin buruk keadaannya! Habis semua tong sampah mende alah yang ada disepak terajang! Sampai gangster yang kengkononnya tengah setel problem' pun larik lintang-pukang bila kena sound dengan mamat kolam ikan. Dasat!

"Woi, mangkuk!"
"Apa? Wa tak dengar! Sekali lagi!"
"Lu apa hal? Lu tak nampak wa tengah setel problem ke?"
"Wa apa hal? Wa sepak tadi kan? Ada kena kepala bapak ko ke?"
"Lu carik pasal ke? ... Lu nak mampos ke, der? Nak masuk kubur?"
"... Belum lagi. Tapi, kalau lu nak gua tempah, gua takde hal lah! Lai..!!!"

Bukan jeles je tau! Tapi, mengamuk tahap gaban! Maknanya........ jengggggggg3.... Ha3...

Plan B bunga manja nampak macam berjaya. Ada harapan... Tapi, hati mamat kolam ikan terbakar hangus! Hu3...

Pejam-celik, pejam-celik... Hannah Maryam & Uwais dah balik dari Jakarta. Rindu sangat pada Daqiq & Nafisa...

"Macam mana pergi sekolah? Mak Ngah hantar?"
"Ermmm! Pergi Mak Ngah hantar, balik Pak Ngah jemput."

~ Credit to: facebook Bukan-Kerana-Aku-Tak-Cinta

Habis, kantoi! Hadoih!


:: Like3, ek! ::



http://ping.busuk.org/v/412912/bukan-kerana-aku-tak-cinta-episod-6.html

Saturday, May 17, 2014

BIHUN GORENG RODA2

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Tema kali ni... memasak sambil ber-zumba..! Kelentang kelentung kuali dengan sudip, kena zumba dengan tuan tanah kedaung! Ko ada..??! Ha3...

Bahan2:-

1 bungkus bihun (direndam & ditoskan)
1/2 biji kobis (dipotong)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
5 ekor sotong (disiang, dicuci bersih & dipotong)
5 biji cili padi (diketuk)
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
Garam
Serbuk lada hitam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih & cili padi hingga naik bau.
2) Masukkan kobis.
3) Masukkan sotong.
4) Perasakan dengan sos tiram & kicap manis.
5) Masukkan bihun. Sebatikan.
6) Masukkan serbuk lada hitam & sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Bihun Goreng Roda2

'Roda2' tu samadengan keropok yang bulat2 tu lah. Aksesori merangkap penyedap rasa. Eceh! ;P


:: Like3, ek! ::



Friday, May 16, 2014

KETAM BERCILI GADIS JOLOBU

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

My 'Jebat' belikan ketam. Bukan nak diajar 'berenang' tapi, nak dimasak. Of course! ;P

Bahan2:-

5 ekor ketam (disiang & dicuci bersih)
1 biji telur ayam
1 keping asam keping
2 sudu kicap manis
Garam
Gula 
Minyak masak
Air masak
Serbuk kunyit
Tepung gandum
Tepung jagung

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
10 tangkai cili kering

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ketam dengan serbuk kunyit, garam, tepung gandum & tepung jagung. Panaskan minyak. Goreng ketam hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
3) Perasakan dengan garam, gula & asam keping.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan ketam. Gaul rata.
6) Pecahkan telur ayam. Kacau. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Ketam Bercili Gadis Jolobu
'Ko jolobak ko Jolobu... Tuai padi tigo tangkai... Kalau kono komat Jolobu... Tak mati badan meghasai... Ya aaa awww... Ya aaa awww...'

Ko mampu nyanyikan ketam lagu W.A.R.I.S tuh..??! Ha3...

#halussss 

Heh3...

Macam dah lama je tak guna 'hashtag' seperti di atas tu kan... La3... ;P


:: Like3, ek! ::



#THROWBACKLIMA: PAK NGAH..???

Yang ke-5...

Mamat kolam ikan 'pesan', jangan lalu depan dia... jangan tegur / bercakap dengan dia... & jangan bernapas depan dia sekalipun! Perrgghhh..!!! Macam warning! Eh, memang warning pun..! Bengang sangat nampak gayanya. Adeh3...

Tapi, yang sebenarnya bukan macam tu... Bila tak nampak kelibat bunga manja, macam incomplete! Macam something wrong somewhere. Mulut je kata tidak... tapi, hati rindu amat! Siap termimpi2, kot..! ;P

~ Credit to: facebook JebatMas-Love-Cottage

Fine3!!! Bunga manja terpaksarela akur... walaupon kan... Hati yang sedeh, hanya Tuhan yang tau. Muka dah cantik, kulit putih gebu, dressing hot... boleh pulak kena reject kaw2 dengan mamat kolam ikan?!! Diulang suara... 'MAMAT KOLAM IKAN', hokay..! Huh!

Takpe2... Chill... Kalau sebelum2 ni dia aci redah je, kali ni dah tak boleh! Kena ada plan. Yesss! Plan A. Buat barbeque kat rumah Tok Ayah, ajak Mak Cik Sari join, gunakan Daqiq & Nafisa. Mak Cik Sari kan geng... Kompom boleh kawtim dengan mamat kolam ikan. So, bukan dia yang terhegeh2 ke kolam ikan / rumah Mak Cik Sari lagik tapi, mamat kolam ikan yang akan bertandang ke 'tempatnya'. Hah, nampak tak permainannya kat situ? Bijak betul otak lawyer! Heh3...

Plan A nampak macam berjaya. Tapi, sorang ke utara... sorang ke selatan. Ada border! Ada zon memasing! Tapi, sesambil tu sempat jugak bunga manja snap2 gambar mamat kolam ikan secara curik2. Daqiq jadik 'props'. Ha3...

~ Credit to: mforum

Tak pasal2 jugak Daqiq jadik 'posmen tak bertauliah'. Tolong hantarkan 'surat chenta' bunga manja untuk hero pujaan hati. Surat chenta + pesanan yang buat si hero pujaan tak senang duduk! Geram tahap gaban! He3...

Panggilan 'uncle' untuk mamat kolam ikan tetibe jadik 'Pak Ngah'. Jenuh Daqiq kena soal-siasat. ;P

*** Hoi! Apahal ko panggil aku 'Pak Ngah'? Suka2 hati ko je... Ni semua muslihat ko. Ko musti nak kenakan aku kan? Aku sepit batang hidung ko, baru ko ada akai! ***

Amekaw! Tak romantik langsung! Ha3...

"Kenapa Daqiq panggil uncle... Pak Ngah? Siapa suruh panggil?"
"Mak Ngah."
"Sebab"
"Sebab Mak Ngah dengan Pak Ngah kan... nak ber... kahwin..."

Daqiq kiss pipi 'Pak Ngah'. Simbolik ciuman daripada 'Mak Ngah'. Ha3... Tak dapek den nak nolong... ;D


Akhirnya....... 'surat chenta' kena koyakkan macam dishred! Daqiq lagik jadik 'posmen'.

"Nah! Pak Ngah cakap kan..., 'Wo boh suka lu ei..!"

Sakit pulak hati bunga manja..! He3... Hadoih!


p/s: kes tabung surau dah setel. Takde istilah 'pencurik tongong' sebab duit tabung tu dah dibank-in kan. Salah paham antara AJK surau je. Fitnah semata2! Takde kena-mengena dengan mamat kolam ikan.


:: Like3, ek! ::



PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI

Mereka selalu kata...

"Experience is the best teacher."

Tapi hari ni, dengan bangganya aku nak kata...

"Having all of you as my teachers is the best experience..!"

~ Buat semua 'Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi'. 

*Credit to: bestarismkl


:: Like3, ek! ::



Thursday, May 15, 2014

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 46

Breakfast:-

1 bungkus nasik lemak + air suam
Thorrbahekkk... sangat nasik lemak yang My 'Jebat' tapaukan tuh! Secukup & sesodap rasa. Sambal ikan bilis dia pedas kaw2, noks..! I likeee... ;)

Minum pagi:-

Air suam
Sangat baik untuk kesihatan. ;)

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan termenung goreng + sayur labu masak lemak + air suam
Tapau jerrr...

Minum petang:-

1 kotak air laici
Sojuk2 nyaman wooo... Hiks...

~ 1 mangkuk kecik bihun goreng + air suam

Sekian, update misi mengkurus... ;P


:: Like3, ek! ::



Wednesday, May 14, 2014

#THROWBACKEMPAT: MACAM LANGIT DENGAN BUMI!

Yang ke-4...

'Mencurik duit tabung surau...' tuduhan membuta tuli daripada Zali, Musa & Khalid. Gayanya... caranya... pendekatannya... sangat persis samseng kampung dusun! Huh!!!

*** Sabar _ _ _ _ _... Kalau ikutkan hati ko, tiga2 punya keturunan ko bunuh kan..! *** 

Itu kalau ikut kata hati. Nasib baiklah pesan Uwais terngiang2 di telinga...

"Abang nak pesan dengan ko ni, sepanjang abang takde nanti, kalau ada orang datang kacau ke... ada orang ganggu ke... abang mintak ko banyak2 bersabarlah."

Makanya, dibiarkan badan kena tumbuk... kena lanyak! Boleh je kalau mamat kolam ikan nak fight back. Tapi, dia tak nak complicatedkan lagik keadaan... Berpura2 lemah lebih afdal kot...

Akhirnya...................

si bunga manja datang jadik penyelamat. Meroyan bunga manja tengok hero pujaan hati kena belasah! Sangat superwoman..! He3...

~ Credit to: ping

"Ni2... ada saksi?"
"... saya nampak... Lepas tu, saya sakit perut... aaa... iye... saya nak berak. Saya pergi tandas lepas tu."
"Ada saksi kan?"
"Pekak, ek? ... pegang tabung tu. Bukan curik duit tabung tu!"

*** Hey, minah niii..!!! Konon nak selamatkan aku la... Lepas tu, aku jatuh cinta dengan ko. Lepas tu, aku kahwin dengan ko. Suka2 hati ko je. Baik ko jadik script writer, ko tulis cerita ni! ***

Senjata bunga manja adalah nak saman fitnah berjuta2 samseng kampung dusung tuh! Kecut perut diorang... terus blah! Ha3... Pengkecut betul! Eh, pengecutlah! ;P

Dalam banyak2 hujah bunga manja, ada 1 hujah yang paling buat mamat kolam ikan terkedu, terpana & terkejut beruk!

"... yang ko nak bela sangat budak penyangak ni kenapa?"
"Sebab dia ni BAKAL SUAMI AKU!"

Jenggggggggggg3............. Hujah tersebut yang diboldkan tu, hokay..! Amekaw! Ha3...

Bukan dia tak goyah dengan bunga manja... Tapi, dia kena sedar diri! Siapalah dia nak dibandingkan dengan bunga manja yang sah2 datang dari keturunan berada. Lagipun, sejarah silam tak memungkinkan untuk dia terima mana2 perempuan pun! Jenuh Mak Cik Sari pujuk... up2kan kehebatan bunga manja... tapi, tak jalan. Hanya 1 jawapan yang keluar daripada mulut mamat kolam ikan...

"... macam langit dengan bumi! Kalau langit dengan bumi bersatu, jadik apa? Malapetaka tau..."


:: Like3, ek! ::



KARI TELUR HANCUR

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

'Main masak2', jom! Hiks... 

Bahan2:-

4 biji telur ayam
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 peket kecil serbuk rempah kari ayam 
2 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 keping asam keping
Air masak
Minyak masak
Garam
Gula

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan serbuk rempah kari ayam. Kacau.
3) Tuangkan sedikit air masak.
4) Masukkan ubi kentang. Masak hingga ubi kentang separa empuk & pecah minyak.
5) Tambahkan air masak secukupnya.
6) Perasakan dengan garam, gula & asam keping.
7) Pecahkan telur ayam. Bila mengeras sedikit, kacau hingga jadi telur hancur. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Kari Telur Hancur

Amacam..? Menggiurkan tak? Ahaks...


:: Like3, ek! ::



#THROWBACKTIGA: TAK MINATLAH POLIS.

Yang ke-3...

Sujud pada-Nya... Air mata menitis. Laju... teresak tangis... mengenang kisah silam. Zaman kanak2 yang sepatutnya penuh warna pelangi... penuh hilai-tawa... Tapi, takdirnya bukan begitu!

Kematian kedua orang tua kerana dibunuh kembali menjerut rasa... Sakit!

Bentara Guru a.k.a Hannah Maryam out station. Bunga manja dah tentu excited! Peluang nak 'dating' dengan mamat kolam ikan terbentang luas! Hiks...

"... Ini bukan setakat pasti tau! Tapi, akan jadi hak milik kekal..."
"Ko yakin ke, Bentara Guru tu boleh terima hubungan korang berdua ni, hah?"
"Of course..! Ok! Cinta... whatever semua ni... tak boleh paksa2, ok! Kalau aku nak, aku nak la..."

"... Confident sangat kan? Eh, habis tu, Tan Sri... dia setuju, hah? Dia boleh terima ke?"
"Ermmm... don't worry. Pasal tu, takpe... Boleh kawtim. Kak Long ada. I mean, Kak Long tu akan buat apa je untuk adik kesayangan dia ni. Nak cakap apa?..."

Faizal Shah bin Farouk a.k.a Fisya jugak yang jadik 'mangsa'. He3...

~ Credit to: youtube

Sangat tinggi, dowh... dia punya self-confidence..! ;)

~ Credit to: facebook Bukan-Kerana-Aku-Tak-Cinta

Bukan setakat jaga kolam ikan tapi, menembak pun mamat kolam ikan pandai jugak. Belajar dari Uncle Kwan katanya... Tolong tembakkan tupai yang suka sangat makan durian kat dusun Mak Cik Sari. 

"Kamu tak panas ke... pakai t-shirt tangan panjang ni? Warna merah pulak tuh!"
"Errr... saya pakai lengan panjang ni sebab... kat belakang dusun tu kan, Mak Cik Sari... kan banyak nyamuk... Kalau nyamuk tu gigit terus kena isi kan sakit. Kalau saya pakai t-shirt, dia gigit atas t-shirt. Tak la kena, tak la sakit. Happy je."

"Dari mana kamu belajar menembak?"
"Saya belajar menembak daripada pak cik saya. Haaa..."
"Aaaa... dia tu tentera ke polis?"
"Eiii... aaa... bukan..! Dia orang biasa je... Takde tentera takde polisnya. Dia ada lesenlah... lesen menembak. Halal2..."
"Kenapa kamu tak kerja polis je?"
"Polis??? Ehhh... tak minatlah polis."
"Ooo... tak minat..."

Bukan tak minat tapi, mamat kolam ikan cuba berahsia. Profesion polis tu jauh sangat tersasar dari 'profesionnya' yang sebenar! Berpoluh dia nak menjawab soklan Mak Cik Sari. Fuh!

Sangat banyak yang Mak Cik Sari tak tau tentang sejarah silamnya. Biarkan... sebab dia rasa takde kepentingan untuk dibukak pekung di dada. 

Tiba2, Zali, Musa & Khalid a.k.a samseng kampung dusun naik hantu! Isk3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google