SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, November 18, 2011

BERJAYA... TAPI, ACI TAK?

Malam tadi...

aku cuba tak makan nasik untuk dinner!

Yesss!!! Berjaya!

Tapi...........

aku ganti dengan bihun hailam. 

Errr... kira aci tak? ;P


:: Like3, ek! ::

PENYAKIT KETURUNAN..???

Pantang aku tala camera, terus jer anak2 sedara aku si Kak Yong & Baby berposing! Camera digital ke... camera handphone ke.. semua pun diorang belasah! Janji namanya adalah C.A.M.E.R.A.

~ Posing tongkat dagu konon2 kiut. He3...

~ Kak Yong shame2 cat la pulak..!

~ Purak2 jer nie tau! Purak2... Ha3...

~ Baby pun nak enterframe jugak... ;)

~ Kiut macam mak sedara dia! Aku suka gambar nih. ;P

~ Kiut jugak. Kembung2 pipi tak hengat! Ha3...

~ Baju sedondon. Macam twins.

~ Holloh3..!!!

~ Manjaaaaaaaaaaasss..! Pose trade mark Baby nih.

~ Purak2 jugak... Hiks...

~ Bulatnye pipi!

~ Tak boleh blah bebudak nih! ;P

~ Mata burung hantu... Huuuuu....

~ Amekaw! Tak agak2!

~ Manjaaaaaaasss... lagik!

~ Duta 'keamanan' sejagat. He3...

~ Fringe ala2 Nora Danish! 'Yang penting kita enjoyce..!' Ha3...

Berposing + sawan camera nie dah jadik penyakit keturunan kitorang kot... Ngeh3...


:: Like3, ek! ::

IKAN TAUHU MASAK PEDAS HARIMAU MALAYA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA).

Tahniah, Harimau Malaya! Tahniah!

Victory2... La3...

Eh! Over pulak! Tak habis2 lagik nak bercerita pasal bola sepak malam tadi. He3... Biasa la... menang kata ko! Harus jaja lebih2! Cer kalah! Mau membebel2 sampai tahun depan. Sentap! Ha3... Lumrah manusia betul! ;P

Hokaylah! Lupakan kejap bab Sukan SEA. Kita masuk cerita resepi & makanan pulak. Jom tengok apa yang ah kak masak. Jom2!!! ;)

Bahan2:-

1 ekor ikan tauhu (disiang, dicuci bersih & dipotong)
5 sudu cili kisar
1 pokok daun sup (dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 keping asam keping
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Lumur ikan tauhu dengan serbuk kunyit & garam. Goreng ikan tauhu hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Masukkan sedikit air.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, asam keping, garam & gula. Sebatikan.
5) Masukkan ikan tauhu yang telah digoreng tadi.
6) Masukkan bawang besar. Biarkan hingga bawang sedikit layu. Angkat & taburkan dengan daun sup. Hidangkan.

~ Ikan Tauhu Masak Pedas Harimau Malaya.

Amekaw! Nama resepi pun terpengaruh dengan bola sepak & Sukan SEA. Layan jer lah ketakseimbangan pemikiran ah kak nie, ek?! Ha3...


:: Like3, ek! ::


Thursday, November 17, 2011

HARIMAU MALAYA MENGAUM..! EH! TETIBA...

Fuh! Lega betul! Barulah ah kak boleh berblogging dengan aman... Owh...

Penangan bola sepak la nih! Giler kentang betul! Sesak napas wooo...

Eh! Tetiba pulak minat bola kan... Padahal sebelum2 nie, ya ado nak tengok sipi2 pun. Berchenta!

Tu la tadi... memula bajet nak blogging jer. Biarkan my 'sayang' dengan remote tvnya... Kasik chance. Tapi, tetiba gol! Tetiba aku jadik excited! Tetiba terus bukak facebook! Terus membebel2 jugak. Tetiba nak emo2... Bla3... & tetiba tertengok sampai habis! Eh2! Pelik dengan diri sendirik.

Tergendala misi nak berblogging dengan aman. Nie baru nak start, ha...

Apa2 pun, CONGRATS HARIMAU MALAYA sebab berjaya buat Stadium Gelora Bung Karno sepi sekejap. Confirm memang berGELORA betul hati bapak2 ibuk2. Amekaw!!! ;P

Ah kak LIKE3..!!! Korang LIKE3... jugak tak? Ha3...


:: Like3, ek! ::

Tuesday, November 15, 2011

MALANG TAKKAN BERBAU...

Lepas breakfast di hari raya ke-2 Aidiladha, aku balik rumah mertua pulak. Kasik adil. Ngeh3...

Kat rumah mertua memang dok rumah sesadolah. Belah petang baru keluar. Tu pun saja jalan2 pusing Teluk Intan. Sebelum tu, singgah rumah kejap sebab my 'sayang' nak amik 'office bag' dia. Segala toknek dokumen pasal kerja2 kontraktor my 'sayang' sumbat dalam beg tuh! Sarat betul! Dah macam nak terburai dah aku tengok. Isk3...

Lepas tu, hantar Jijah ke Guardian. Nak shopping toiletries katanya...

~ Yang atas tu semua mukadimah jer. Well... sebenornya nak cerita pasal accident nih. Betul2 kat jalan besar depan Giant. Memula ingatkan jem sebab orang keluar berhari raya. Rupa2nya accident. Mangsa adalah yang aku buat anak panah tuh. Indian woman. Terduduk kat tengah2 line putih. Apsal ntah orang tak angkat dia letak kat tepi? Musykil gak. 


Tahap kecederaan, tak dapat dipastikan. Tapi, Indian woman tu memang terduduk sambil menangis. Sakit kat mana2 kot... Ntah la...

Bab2 accident nie memang ngeri nak tengok lama2. Amik gambar tu pun secara laju2. 

Pesanan aku kat korang2 semua, jadiklah pemandu/pengguna berhemah bila di jalan raya, termasuklah aku. Sebab aku pun kadang2 kalau sampai angin kus2nya, macam tak sedar jer tekan paddle minyak tuh. Haish! Babap diri sendirik!

Bukan apa, you ols... Malang kan tak berbau & takkan berbau! Walau ko pakai hidung belalai gajah sekalipun, ko takkan dapat hidu bau malang tuh! Percayalah! 

Berwaspada & ingatlah orang2 yang tersayang... ;) 

Eh! Macam iklan Jabatan Kerja Raya la pulak. Hiks...


:: Like3, ek! ::

Monday, November 14, 2011

DIET YANG DICUTIKAN

~ Nasik goreng + ayam sir sau + ikan masin goreng = menu breakfast sehari selepas hari raya haji. Simple! Tapi, makannya berpinggan2! Diet tolak tepi bila balik kampung. Dah balik rumah, baru 'tergoogle2' balik diet tuh! ;P

Tu jer nak cerita. 

Bye2 & selamat malam... ;)


:: Like3, ek! ::

MENGENYANGKAN PERUT DI RUMAH ORANG

Bukan berfotogediks jer acara wajib di hari raya tapi, berjalan2 ziarah rumah sedara-mara pun acara wajib jugak bagi family aku. Sedara jauh ke... dekat ke... tu belakang kira. Yang penting adalah berjalan2. ;)

Untuk raya haji tahun nie, kitorang terjah 2 buah rumah jer. Memandangkan cuti pun tak banyak & kuorum pun kurang (kakak & family takde) makanya, 2 buah rumah tu pun dah kira oklah.

~ Rumah pertama yang kitorang terjah adalah rumah Mak Ngah nih. 

Mak Ngah nie jiran mak dulu2. Masa kitorang kecik2, kitorang dok kat Changkat Jong. Kat situ la mak berjiran ngan Mak Ngah tuh. Mak cakap, Mak Ngah & jiran2 lain memang baik sangat2.

Bila abah meninggal, Mak Ngah & ada sorang lagik jiran (dah meninggal jugak) selalu temankan mak kat rumah. Tengah malam baru diorang balik sebab risaukan mak.

Bila mak pindah Sungai Manik, terus macam lost contact. Nasib baik Mak Ngah nie tak pindah mana2. Takde la lost contact sampai tak boleh jumpa terus.

~ Kami dijamu dengan nasik impit + rendang ayam + ayam masak kicap black pepper. Eh! Ayam masak kicap black pepper tu giler sodaplah! Rasa macam nak mintak tapau la pulok! Ha3...

~ Rumah kedua yang kami terjah adalah rumah wajib setiap tahun iaitu rumah Wak. Posing dulu, bebeh! ;P

~ Kat rumah Wak, kami dijamu dengan mee tom yam. Best betul ah kak makan! Kuah pun dah tinggal senduk. He3...

~ Lepak lama kat rumah Wak. Sampai ke tengahari. My 'sayang' siap tertido2 lagik! Wak jamu makan tengahari pulak. Lauk simple macam kat dalam gambar nih tapi, giler terangkat! Perrgghhh..!!!

Separuh hari kami berjalan2. Perut memang santak tak hengat la kan... Best betul aktiviti mengenyangkan perut di rumah orang nih! Tak payah susah2 masak, tau2 jer dah terhidang. Heaven! Ha3...

Pukul 2 p.m kami balik rumah. Belah petang takde aktiviti sangat. Tido-tengok tv-makan2-borak2... Tu jer lah kerjanya...

Sekian...


:: Like3, ek! ::

ACARA WAJIB DI HARI RAYA

& mereka pun balik dari semayang raya...

& kami pun bersposing sakan...

;P

Wah! Mukadimah malas namanya nih! Ha3... Layan jer la, ek?! ;P

~ Rifqi yang gumbira..! Orang lain yang berposing, dia pulak yang over excited! Siap kaki terangkat2 lagik, noks! He3... 

~ Dimulakan dengan gambar tuan tanah kedaung bersama hubby terchenta + Kak Yong gebu..! ;P

~ Kak Aneem & Baby pun takmo ketinggalan!

~ Mintak ampun... My 'sayang' buat thumbs up. Maknanya kesalahan diampunkanlah! Yahooo..!!!

~ Mintak ampun kat mak. Eh2! Bila masa pulak songkok pandai 'jalan sendirik' nih? Haish! 

~ Menantu bermanja2 dengan mertua. Ecewah!

~ Adik ipar pulak bermanja2 dengan kakak ipar. Errr... adik ipar lagik kiut kan? La3...

~ Poyos betul abang aku nih! Ha3...

~ Pengantin lama yang ada hati nak jadik pengantin baru. Keh3...

~ Family portrait abang... Eh! Mana family portrait ah kak? Lupa nak amik, dowh... Coi betul! Nak jugak perasan2 jadik pengantin baru. Hu3...

Berposing di hari raya nie semacam dah jadik acara wajib kami sekeluarga dah. Tak kesah la raya apa pun... raya puasa ke... raya haji ke... semua pun tetap nak berposing! Kadang2, Deepavali, Tahun Baru Cina, Krismas, bla3... pun kami berposing jugak! Asalkan cuti & berkumpul kat rumah mak, idea nak bergediks2 depan camera tu memang ada. He3...

Saje jer mengeratkan lagik hubungan kekeluargaan. Plus, tak rugi pun. Boleh buat kenang2-an apa..?! 

Perut dah kenyang. Berposing pun sudah. Apa lagik?!! Jalan2 berayalah! Let's jom, bebeh! ;D


:: Like3, ek! ::

AIDILADHA 2011

Raya haji tahun nie, family aku tak berapa nak complete kuorumnya. Sebab kakak & family tak dapat balik kampung. Diorang beraya kat Kajang jer sambil makan hati sebab adik2 dia semua dapat beraya secara hebat merangkap makan makanan best2 yang mak masak. Ha3...

Habis la kalau dia baca nie... Mau aku kena lempangan hikmat 1000 kesakitan! ;P

Pagi raya, mak bagi arahan suruh angkut makanan2 ke rumah nenek. Saja jer nak memeriahkan rumah nenek pulak... ;)

~ Mak Yang pun angkut sekali makanan dari rumah dia ke rumah nenek. Macam potluck gitu..! Lemang tu aci beli jer. My 'sayang' beli masa on the way balik dari karnival malam raya tuh. Beli 2 batang. Eh! Harga lemang pun dah naik tau! Dulu 10 hengget jer sebatang. Sekarang 15 hengget sebatang wooo..! Penangan inflasi ke apakah ini? Dasat2... 

~ Pak lawak di pagi raya... Habis handsome la tuh konon kalau senyum camtu tuh! Owh... tak boleh blah! ;P

~ Rifqi pun nak beraya jugak..! 

Aku paling lambat sampai kat rumah nenek yang sekangkang kera jer jaraknya dengan rumah mak tuh. Biasa la... tuan putori nie memang selalu menjadik tetamu VVIP! Ha3...

Best wooo... makan... Takde makna nak toleh kiri-kanan dah! Diorang makan sambil berborak. Tapi, aku tak! Makan, makan & makan terus! Sampai... bbrrppp..! Ooppsss!!! Ha3...

Lepas makan, kaum Adam pergi semayang raya. Aku terus balik rumah mak, salin baju raya yang semenggah sikit + touch-up2. Sebab lepas semayang raya kang nak berposing raya pulak. Acara wajib kata ko! La3...

Nantikan wajah2 kiut ah kak selepas ini, ye anak2... Ahaks3... 


:: Like3, ek! ::

PENGANTIN MAROON... ROS & MIE...

Kesah 30 Oktober 2011 nih. Entry tertangguh... Ngeh3...

Layan jer, ek! Layan jer... Layan sambil pejam2 mata pun takpe. Tapi, bila tang gambar2 tu, jangan pejam. Terlepas pulak nak menengok kecunnan ah kak kang. Ha3... Nak kena lempang betullah! ;P

Kesah menamatkan zaman bujang nih. Siapa lagik kalau bukan si Ros, the 1 & only opismate pompuan yang aku ada. Dah selamat dah jadik isteri orang... Alhamdulillah...

~ Puan Seri ngan Mak Datin dah sampai. Terus ada paparazzi amik gambar. Terasa fames amos la pulok! Ahaks3...

~ Elok2 sampai, Ros ngan Mie pun bersanding... Mie samadengan hubby Ros ye, anak2... ;P

~ Gelak besor pengantin nampak..! He3...

~ Shame2 cat pulak..! Awwsss! Ha3...

~ Allaaa tomei2... *wink2!*

~ Kaler tema adalah maroon. Munge tangan pengantin pompuan maroon... busana of cos la kan... canopy pun maroon! Serba-serbilah maroon!

~ Pasukan kompang. Cer carik di manakah ah kak? ;P

~ Bagi laluan pada pasukan kompang. Lama jugak diorang perform. Best pulak aku tengok pakcik tu ketuk beduk. Rasa macam nak belajar jer. He3...

~ Silat pun ado. Hiyap2! Watchaaa..!!!

~ Di tengah lautan manusia, ah kak boleh buat perangai macam nie! Ko ado..??! Ha3...

~ Pengantin dah berarak naik atas pelamin. Sambung bersanding kat situ pulak.

~ Renjis2 dipilis... Hmmm... masa aku kahwin dulu, takde la buat renjis2 nih. Rasa rugi pulak. 'B... jom bersanding balik, jom!' ;P

~ Macam tak percaya jer Ros dah kahwin. Tapi, kena percaya jugak! He3...

~ Mie... hubby Ros. Masa memula tengok muka Mie kat facebook, terkejut jugak sebab muka dia ada iras2 muka Encik Bos lah! Bukan aku jer yang kata tapi, opismate lain pun kata macam tu jugak. Pelanduk 2 serupa betul!

~ Acara wajib kalau attend wedding. Musti nak amik gambar dengan pengantin. Enterframe kata ko! ;P

Tak sangka jumpa Liza kat wedding Ros. Alaaa... Liza yang praktikal kat opis aku dulu tuuu... Yang tinggi2, kiut jugak macam ah kak tuuu... Macam tau jer korang kan... Hiks...

Liza jadik mangsa kena amikkan gambar kitorang yang kat atas tuh. Ngeh3... Terima kasih, ek Liza! Jasamu dikenang... ;P

Kepada Ros & Mie, Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin...

Ehem2!!! Baju kitorang ikut tema kan? ;P


:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google