SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PENGANTIN. Show all posts
Showing posts with label PENGANTIN. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

CANTIKNYA PELAMIN

Kesah kenduri lagik... Anak Cik Siah jugak yang naik pelamin. Selang 2 minggu je kot dari majlis bertandang si kakak. Ni turn si adik pulak.

Cik Siah dah sepakat ngan besan dia, nak buat kenduri sekali je. Sharing2 buat sekali harung kat Dewan Bandaran Teluk Intan. Kojo sonang apa kan... sebab takde la berpenat-lelah sangat. Jimat kos jugak.

~ Pukul 11.30 pagi kami dah sampai dewan. Terus santap dulu. Agenda terpenting tuh. Heh3...

~ Pelamin dia cantik sangat kot. Geram je tengok. Rasa nak ajak my 'sayang' bersanding syiok sendirik pulak. Ha3...

~ Mak & geng surau mak, Cik Faizah + anak dia, Athir Faiz. Sodap kan nama anak dia? 


~ Menu: nasik putih / nasik minyak, dalca, sambal udang, ayam goreng berempah, daging masak hitam, buah oren & air sirap soda. Ni pinggan tuan tanah kedaung. Meriah tak? He3...

Lepas makan, aku ngan my 'sayang' mintak diri dulu sebab nak ke klinik. My 'sayang' kena flu, batuk & sakit tekak. Memang pakej terbaekkk... la kan... Mak tinggal kat dewan ngan geng2 suraunya. Kang setel hal klinik, baru kami amik Mak balik.

~ Patient tak ramai kat klinik. So, sekejapan je dah setel. Bila kami patah balik ke dewan, pengantin tengah makan beradab.

~ Eh2! Comel pulak pengantin lelaki gelak macam tu. He3...

~ Tetamu...

~ Turn Mak pulak nak bergambar kenangan dengan pengantin.

~ Hah, amik! Sederet, noks!



~ Tak cukup bergambar dengan pengantin, Mak & the gang bergambar dengan Cik Siah pulak.

~ Baju adalah sengaja sedondon. Khas untuk semua geng surau. 

Aktif jugak geng surau Mak ni tau. Mandikan jenazah, masak2 kat surau, pengajian... macam2 la... Kalau ada sesiapa yang nak buat kenduri arwah ke... doa selamat ke... boleh mintak geng surau ni masak. Tinggal amik juadah yang dah siap je. Diorang tak tetapkan bayaran. Lebih kepada bersedekah. Selalunya, orang yang suruh masak tu akan sedekah sejumlah duit & duit tu akan dimasukkan dalam tabung surau atas persetujuan bersama. 

Begitu la serba sedikit kesah geng surau Mak. Sekurang2-nya, ada jugak aktiviti berfaedah yang Mak boleh buat. Tak la bosan sebab anak2 dah besor panjang & ada family memasing. Aku happy untuk Mak... ;D

~ Cik Siah, bff Mak forever... ;P

~ Mak yang insist suruh amik gambar Mak kat tiang nih. Motip = wallahualam... Yang penting, comel kan? Hiks...

~ Kitorang feeling2 Korea. K-pop kata ko! Ha3...

Dapat bahulu giant & kalender yang ada gambar pengantin as door gift. Terima kasihlah, ye..!

Selamat pengantin baru to Adik & Shaiful Muslim... ;)


:: Like3, ek! ::



Sunday, November 18, 2012

PENGANTIN BIRUUU...

Hujung2 tahun ni banyak betul kenduri kahwin. Ramai yang amik kesempatan nak buat majlis kahwin sempena cuti sekolah sebab nak kumpulkan sedara-mara. Termasuk la bff Mak, Cik Siah...

Actually, ni majlis bertandang samadengan majlis belah lelaki. Majlis belah pompuan dah lama buat dah. Korang boleh baca kat sini

Tak tau la kenapa diorang punya majlis ni gap sangat. Tak kesah la kan... asalkan mereka bahagia... ;)

~ Kiranya, kitorang ni jadik ahli rombongan la... 

~ Rumah pengantin lelaki kat Lekir. Tak la jauh sangat kan... Sedang2 je...

~ Sampai2 terus makan beradab. Wah, ini sudah bagus! Sebab perut pun memang dah berkeroncong. ;P Kitorang join makan beradab dengan pengantin.

~ Pengantin tengah discuss kot nak amik lauk apa. He3...

~ Dah namanya pun makan beradab kan... So, harus la makan sopan2 gitu! Ecewah! Ha3...

~ Udang goreng tepung tu yang paling banyak ah kak sebat! Macam sepinggan tu aku yang punya pulak sebab mereka2 yang lain macam takde nak mintak2 hulur pun kan... Dah tak sopan kekdahnya... ;P

~ Lepas makan beradab, pengantin bersanding kat dalam rumah pulak. 

~ Tema adalah biru. Tapi, aku ngan mak pakai ijo. Larik tema. Ha3...

~ Pengantin nampak biruuu... He3...

Elok pulak cuaca hari tu, tak hujan. Tapi, panas membahang kot! Berlengas badan. Lepas salam2, kitorang terus balik. Nak kejor bilik air, nak mandi. Hu3...

Kalau rumah pengantin tu ada swimming pool kan bagus! Awal2 lagik ah kak tumpang terjun buat gimrama. Ko mampu..??? Ha3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, November 23, 2011

WEDDING MERAH-HITAM

Musim kenduri kahwin kot sekarang nie kan... Boleh dikatakan tiap2 minggu ada jer jemputan kenduri. Bukan 1 tapi, berkad3 jemputan dalam 1 hari! Memang betul2 musimlah!

Macam last Sunday, aku pun baru jer mengattend 1 kenduri kahwin kat kampung. Kira macam sedara-mara jugak la... Tapi, kalau nak suruh cerita salahsilah macam mana boleh jadik sedara tu, memang tak la kan... Sebab berpusing2 kot. Senang cakap, 
S-E-D-A-R-A jer. Titik! ;P

~ Mak pun ada. Eh, harus kata ko! Kalau sorang2, tak reti kot aku nak bawak diri. Rasa macam semua orang dok usha2 jer. Terus feeling2 Tiz Zaqyah versi luar bandar! Ha3... 

Actually, sebelum tu mak attend kenduri doa selamat kat Chenderong Balai dengan geng bas sekolah mak. Pukul 12 p.m, mak roger2 kata mak dah on the way nak ke kenduri kahwin tuh. Then, baru la kami gerak dari rumah. Itu pun gigih suruh mak tunggu kat tepi2 jalan if mak sampai dulu sebab segan. Isk3... Overlah ah kak nih! ;P

Lauk kenduri tu memang terbaik..! Nasik putih/nasik minyak, ayam goreng tepung, gulai daging, daging masak kicap & acar timun + nanas. Siap ada cendol pulak tuh! Owh... nom3!!!

~ Tengah kitorang sibuk makan, pengantin pun bersanding... Tema samadengan merah + hitam. 2 warna nie kalau dicombinekan memang naik wooo...!!!

~ Nie kat meja makan beradab. Kat pelamin tak sempat nak amik. Pengantin dah lapor sangat sebab tu laju2 turun pergi meja makan beradab. Agaknya la kan... Tapi, pelamin dia pun cun jugak! Trend pakai kerusi tinggi2 besor gedabak tuh. More to merah la kaler pelamin dia... Aku rasa kalau lebihkan kaler putih, letak pulak munge ros merah2, perrgghhh... musti lagik malatops kebabom kata ko!

Macam kaler tema artis si Syella Kamaruddin yang kahwin 
pulak hantaran banglo 5 juta hengget + Audi R8 katanya tuh... Ooppsss! Tergossip pulak! Mahap3..!!! ;P


:: Like3, ek! ::

Monday, November 14, 2011

PENGANTIN MAROON... ROS & MIE...

Kesah 30 Oktober 2011 nih. Entry tertangguh... Ngeh3...

Layan jer, ek! Layan jer... Layan sambil pejam2 mata pun takpe. Tapi, bila tang gambar2 tu, jangan pejam. Terlepas pulak nak menengok kecunnan ah kak kang. Ha3... Nak kena lempang betullah! ;P

Kesah menamatkan zaman bujang nih. Siapa lagik kalau bukan si Ros, the 1 & only opismate pompuan yang aku ada. Dah selamat dah jadik isteri orang... Alhamdulillah...

~ Puan Seri ngan Mak Datin dah sampai. Terus ada paparazzi amik gambar. Terasa fames amos la pulok! Ahaks3...

~ Elok2 sampai, Ros ngan Mie pun bersanding... Mie samadengan hubby Ros ye, anak2... ;P

~ Gelak besor pengantin nampak..! He3...

~ Shame2 cat pulak..! Awwsss! Ha3...

~ Allaaa tomei2... *wink2!*

~ Kaler tema adalah maroon. Munge tangan pengantin pompuan maroon... busana of cos la kan... canopy pun maroon! Serba-serbilah maroon!

~ Pasukan kompang. Cer carik di manakah ah kak? ;P

~ Bagi laluan pada pasukan kompang. Lama jugak diorang perform. Best pulak aku tengok pakcik tu ketuk beduk. Rasa macam nak belajar jer. He3...

~ Silat pun ado. Hiyap2! Watchaaa..!!!

~ Di tengah lautan manusia, ah kak boleh buat perangai macam nie! Ko ado..??! Ha3...

~ Pengantin dah berarak naik atas pelamin. Sambung bersanding kat situ pulak.

~ Renjis2 dipilis... Hmmm... masa aku kahwin dulu, takde la buat renjis2 nih. Rasa rugi pulak. 'B... jom bersanding balik, jom!' ;P

~ Macam tak percaya jer Ros dah kahwin. Tapi, kena percaya jugak! He3...

~ Mie... hubby Ros. Masa memula tengok muka Mie kat facebook, terkejut jugak sebab muka dia ada iras2 muka Encik Bos lah! Bukan aku jer yang kata tapi, opismate lain pun kata macam tu jugak. Pelanduk 2 serupa betul!

~ Acara wajib kalau attend wedding. Musti nak amik gambar dengan pengantin. Enterframe kata ko! ;P

Tak sangka jumpa Liza kat wedding Ros. Alaaa... Liza yang praktikal kat opis aku dulu tuuu... Yang tinggi2, kiut jugak macam ah kak tuuu... Macam tau jer korang kan... Hiks...

Liza jadik mangsa kena amikkan gambar kitorang yang kat atas tuh. Ngeh3... Terima kasih, ek Liza! Jasamu dikenang... ;P

Kepada Ros & Mie, Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin...

Ehem2!!! Baju kitorang ikut tema kan? ;P


:: Like3, ek! ::

Friday, April 22, 2011

NASIK A.K.A BUBUR DI KENDURI KAWEN

Kalau tadi, Zed Zaidi yang nak kawen, kali nie nak citer pasal majlis kawen sedara aku kat kampung. Aku pun tak reti nak explain sedara yang macam mana?! Means, sangkut2 pertalian darah kat mana tu la... Berpusing2 rasanya. Memang confuse ah kak tau! Bila mak kata sedara, 'Ooo... sedara...' begitu la kekdahnya... ;P


~ Yang sedara kitorang adalah belah pengantin pompuan. & inilah pengantin lelakinya... Tak amik pun gambar diorang bersanding sebab we ols nak balik baru rombongan sampai. Amik gambar pengantin lelaki jerk. Buat syarat! Heh3...


~ Ko hengat pengantin jer buleh berposing! Hey! We ols pun nak enterframe jugak, hokay..! Pengantin jugak what..?!! Ahaks3...


~ Muka Lip2 tak semenggah sebab sentap! Dia ingat Acu 2 (my 'sayang') dah tinggalkan dia. Padahal Acu 2 tengah gigih jadik cameraman. He3...


~ Tepi jalan pun aci belasah jer berposing! Janji sawan camera! Ha3...

Well... giler ramai orang/jemputan yang datang at the same time. Rumah dia lak kat tepi jalan raya. Memang sendat & padat la kan... Mak aku kata, parents pengantin pompuan tu berniaga. So, bila jumpa customer jer dia jemput datang kenduri. Campur ngan orang kampung... campur ngan sedara-mara... kawan2... Tok Sidang bagai... maka jadik berduyunlah manusia!

Lauk dia marvellous jugak la kan... Ada nasik putih, sup tulang lembu, daging masak kicap ngan ayam panggang. Sold out! Nasik pun diorang kelam-kabut masak sampai nak cepat punye pasal, nasik tu jadik lembik. Bila buh kuah sup, terus jadik bubur nasik. Tapi, I like..! Aku sker nasik lembik2 nih! Makan ngan sup panas2. Perrgghhh..! Hualla, weh..! ;P

Errr... weekend nie, korang ada jemputan kenduri ke?

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google