SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, November 9, 2011

PERTUNANGAN SIAPA..???

~ Hantaran dari pihak lelaki yang bertema silver-hitam...

~ Hantaran daripada pihak perempuan yang bertema purple-pink...

Pertunangan siapa..??? 

Hmmm... next entry ada jawapannya...

Check it out, bebeh! ;P


:: Like3, ek! ::

HASIL DRAG

Bukan Drag Queen tau! Nom3!!! Salah tuh! Tapi, nie hasil D Rimbun AsLeez Garden (DRAG). Alaaa... kebun ah kak yang sekangkang kera tuuu... Heh3...

Ada la a few pokok yang tertanam kan... Dah menampakkan hasil dah pun. Even dah merasa dah aci petik2 & masukkan dalam masakan. Alhamdulillah... Walaupun bukan la kebun berekar2 tapi, tahap kepuasannya tuh memang terbaiklah..! ;)

~ Paling best bila pokok limau purut dah mula berbuah. Yaabedaaa beduuu..!!! ;P Harus over excited sebab sebelum nie asik nampak daun2 jer kan... Tup2 keluar buah! Mau tak melompat2 dengan riang ah kak! He3...

~ Munge2 chenta... Ecewah! ;P

~ Pokok kari nie dulu ok. Ijo2 cun2 jer... Tapi, semenjak 2 menjak nie kan... dia jadik cam berbintik2. Huduh betul rupa dia! Tak semenggah dah. Tak tau macam mana nak treat bagi elok balik.

~ Cekur nie masih ok kot... Sejak ditanam, kitorang memang tak penah tuai walau sehelai pun. Sebab tak retilah nak masak apa?! Mak kata, buat sambal goreng. Siap kasik resepi lagik. Memang la sambal goreng tu faveret ah kak. Tapi, very the berchentalah aku nak membuatnya. Sekeh kepala sendirik! Hu3...

~ Pokok kunyit pulak. Dulu cun! Ijo2, siap ada munge2 yang kembang chubby2. Tapi sekarang dah kuning2 pulak daun dia. Choi betul! 

Pokok cili padi jer yang dah 'arwah'. Sedeh! Tetiba jadik kering2 & matik! Macam pokok masa musim luruh jer rupa paras dia. Mak cabut & buang dalam tong sampah. Eh! Cabut pokok mati pun mak jugak, ek? Ha3...

Macam mana, ye nak avoid daun pokok kunyit tu dari kuning & pokok kari tu dari berbintik? Cer share... Cer share...


:: Like3, ek! ::

Sunday, November 6, 2011

SALAM AIDILADHA 2011

Terpublishnya entry nie (entry auto-published), aku ada & masih di kampung. Raya Haji kata ko! Harus la menebeng kat kampung halaman terchenta! Owh... heaven, noks! ;)

Raya Haji, turn balik rumah mak pulak. Walaupun tak dapat nak completekan kuorum adik-beradik sebab kakak & family tak balik but, still keexcited-an tu ada. Dengan sedara-mara mana yang balik... dengan kerenah anak2 sedara yang macam2 tuh... semakin cerialah raya haji kali nih.

~ Last but, not least, Salam Aidiladha kepada semua umat Islam. Hayati erti pengorbanan yang sebenor & selamat berkorban!

Tulus ikhlas daripada Areleez Adnan & family...


:: Like3, ek! ::

Saturday, November 5, 2011

TETIBA DAPAT MAKAN BIHUN TOMYAM. OWH...

Suatu petang yang hening... (Ecewah! Ayat bajet sasterawan negara la pulak... Ha3...)

sedang aku sibuk dengan kerja2 cucian tangan & my 'sayang' pulak sibuk mengsiang ikan... (tugas hakiki beliau sebab bini dia memang ya ampon la nak 'main2' ngan ikan nih. Masak2 boleh la...) ada orang hon kat luar rumah & ketuk pintu sliding door. Owh... suspen! Siapa pulak yang datang nie kan...

Jenguk2, laaa... abang aku rupanya... Datang dengan '2 handbags'... Kak Yong ngan Baby. He3...

~ Datang sebab nak kasik bihun tomyam yang Kak Aneem buat nih. Owh... tersangat2 la dialu2kan... Ngeh3...

Terima kasih la kepada abang & Kak Aneem. Esok lusa bila2... kalau ada masak2 bihun tomyam ke... cekodok ke... nasik goreng ayam ke... pendek kata, apa2 jerlah... jangan segan2 nak hantar ke rumah nie lagik, ye! Pahala bersedekah tuuu..!!! Takkan tak nak kot! ;P

Bagi pihak kami pulak, of cos lah...rejeki jangan ditolak, bebeh! & kami memang suka makanan yang 'TETIBA ADO' nih! La3... ;P


:: Like3, ek! ::

HUDUHNYA!!!

Handwriting/dalam bahasa saintifiknya tulisan tangan aku, semakin hari semakin buruk lagik huduh la aku tengok. Tu baru aku yang tengok tuh! Kalau orang lain yang tengok mau parkinson terus! Berganda2 huduhnya! Hadoiiyaiiinya pun..! :(

Sampai kadang2 tuh, aku sendirik fenin pun nak baca apa yang aku tulis tuh. Parah betul! Kronik2... Hu3...

~ Nak kata kerja aku kat opis tuh banyak menulis, tak jugak. Banyak menaip keyboard pc ada la kot. Ke sebab tu jari-jemari nie jadik manja? Hmmm... confuse ah kak tau! Eh! Muka kat atas nie konon2 muka confuse. Confuse tak? Confuse tak? ;P

~ Tapi kan, walaupun tulisan tangan ah kak huduh, ah kak tetap ceria, noks! Tengok tuh... senyum tak agak2! Ngeh3...

~ Gambar selingan... Tudung baru nie. Santek tak? Ahaks3...

Sebenornya, dari dulu tulisan tangan aku camtu. Standard tulisan doktor kata ko! Ha3...

Tulisan aku jenis kecik2, lebar2 sikit, lepas tu tegak. Dulu masa study kat Arau, gigih ko... selak majalah Remaja semata2 nak buat test, Rahsia Tulisan Tangan. Kalau tulisan jenis senget2 ke kanan, macam mana peribadi dia... Kalau yang jenis senget2 ke kiri macam mana pulak... Yang tegak2... bulat2... lonjong2... bla3...

Lepas tu, mula la feeling2. Ha3... Kenangan betullah!

Korang pun ada buat kan? Kan3...??? Alaaa... ngaku jer lah... ;P


:: Like3, ek! ::

Friday, November 4, 2011

MUSIM RAMBUTAN

Sekarang nie musim rambutan kot kan? Masa aku balik kampung, punya la bersepah2 buah rambutan yang masak ranum kat atas pokok. Kalau tak malu, mau jer aku singgah jumpa tuan pokok, mintak seguni 2 kata ko!

Amekaw! Mintak bukannya nak sikit2! Aci guni terus! Ha3...

~ Yang merah menyala2 nie rambutan Mak Yang. Ada 3 pokok, 1 kaler merah & 2 lagik kaler kuning. Marvellous jer usha dari kejauhan. Petang2 sikit, suruh my 'sayang' kait. Pau rambutan Mak Yang. He3...

Mak Yang kata, siapa nak, kena rajin kait sendirik. Bukan dia malas nak kaitkan tapi, lokasi pokok tu kat area garaj kereta. Silap haribulan kalau tersalah kait, buah rambutan akan jatuh atas bumbung garaj. Menangis la ko di situ! Dah lagik 1 kerja nak amik2 tangga, kais2 buah rambutan yang dok atas bumbung. 

Siapa cekap, dapat la makan banyak. Siapa tak berapa cekap, mengangalah kamu di situ, ye! He3...

Yang lagik 2 pokok spesis kaler kuning tu memang la senang nak kait. Aci tarik2 dahan & petik pun dah boleh dapat. Tapi, aku tak berkenan sangat... Sebab best lagik yang kaler merah tuh. Lekang + manis2 buah + tak berair = terbaik dari ladang, wok! Eh, demand pulak! ;P

~ 'Super saiyaku' yang baru lepas bertungkus-lumus mengait buah rambutan. Siap buat aksi super saiya terulung lagik! Ha3...

~ Makan rambutan memang la best. Tapi, mana la sama dengan makan nasik sebab makan nasik kenyangnya sangat heaven, noks! Menu untuk dinner yang mak masak: nasik goreng cili padi + telur dadar. Faveret ever, bebeh! Hoyehhh..!!!


Masa mak kata mak nak masak untuk makan malam sebab mak rasa macam lapor, semua geleng2 kata dah kenyang makan rambutan, so takmo makan nasik. Siap kata kat mak, tak payah masak banyak2. 

Tapi, bila mak kata mak nak masak nasik goreng cili padi + telur dadar, terus laju2 tolong hiris bawang bagai! Ngeh3...

Pandai mak 'pancing undi', ek! Ha3...


:: Like3, ek! ::

CARA MENTEKEDARAH MCDONALDS DENGAN BERKESAN

Perhatian kepada semua rakyat jelata!

Sila baca tajuk entry dulu lepas tu, ikut step2 bergambar seperti di bawah nih:-

~ #1: Muncungkan mulut semuncung yang mungkin sambil tarik napas dalam2. Pastikan bibir anda boleh challenge bibir Kilafairy mahupun Angelina Jolie, ek! Tujuan: Supaya bau2-an makanan yang terhidang di atas meja dapat diserap masuk without fail! ;P

~ #2: Secara slow motion, sila masukkan burger yang dipesan (dalam gambar nie adalah Double Cheese Burger) ke dalam mulut. Nganga luas2 & kunyahlah dengan sopan-santunnya pun... Selang-selikan dengan pengambilan French fries/lain2 side meals yang anda order.

~ #3: Nikmati makanan anda dengan bersungguh2! & jangan lupa berposing! Ahaks3...


Follow, jangan tak follow! Hiks... Owh... ye! Sebelum memulakan step #1, jangan lupa baca doa makan dulu, ek! Berkattt... gitu..! ;)

Moral of the story: Enjoyce your food, bebeh! ;P


:: Like3, ek! ::

LITTLE KITCHEN

Kesah port makan2 baru bukak lagik... He3...

Tak habis2 dengan makan2 tuan tanah kedaung nie kan... Macam mana la tak makin membulat?! Hu3... Insap sekejap, berdiet tapi, lepas tu gigih menggoogle kedai2 makan lagik! Haish!

Eh! Back to the storylah.

Hmmm... selang beberapa kedai dari Restoran Selera Kampong tu, ada lagik 1 kedai makan yang baru bukak jugak. Tapi, yang nie konsep dia cafe.

~ Little Kitchen namanya. Kiut kan? 

My 'sayang' singgah Little Kitchen sebab nak order cuppies, sponsor hantaran bertunang Dadi. 70 ++ hengget semua sekali, siap dengan decor2nya. Lupa plak nak kira ada berapa bijik cuppies?! 

Not bad la... Bagitau jer tema kaler apa then, dia buatkan ikut tema yang kita nak tuh. Siap dengan ribbon2 + munge2 sekali! Tak payah nak touch-up2 dah. Terus jer buat hantaran. Sonang keje!

Steamboat pun ado kat Little Kitchen nih. Steamboat adalah faveret ah kak. So, harus la mengtry! Errr... postpone dululah diet! La3...


:: Like3, ek! ::

Thursday, November 3, 2011

SELERA KAMPONG...

Ada restoran baru bukak lah kat Taman Melor. Terus rasa berkobar2 nak mengtry. He3...

Biasa la kitorang kan... pantang nampak restoran/kedai makan baru bukak, musti nak terjah! Habit kata ko! ;P

Actually, bukanlah keluar semata2 nak mengtry restoran baru tuh. Kitorang nak beli barang sikit. Lepas beli barang, perut dah start berkeroncong. Timbul idea spontan nak lunch kat restoran baru tuh. Harap2 sodap la kan... Kalau tak, sentapahkaknoks! Ngeh3...

~ Mak ikut sekali. 

~ Ana pun. Malu2 pulak Ana nih. Hiks...

~ Nenek pun ikut jugak. Saja jer ajak jalan2 carik makan. He3...

Restoran yang baru bukak tu namanya Selera Kampong. Tengok nama pun dah tau yang juadahnya memang lebih kepada masakan kampung. Ownernya adalah anak kawan mak aku. Not bad la... Sodap jugak. Menepati citarasa tekak aku. ;)

Alhamdulillah... kenyang aku makan... Puas hati! Berbaloi2... Ahaks3...


:: Like3, ek! ::

REAL STEEL

Kalau dulu, pelakon lelaki antarabangsa faveret ah kak adalah Brad Pitt tapi, sekarang mungkin dah berubah kot... Sejak aku tengok filem Real Steel la segala2nya berubah. Ecewah! Ayat skema habis! ;P

Aku dah start jatuh chenta dengan Hugh Jackman. Owh... marvellous betul mamat tuh tau! Nom3..!!!

No wonder la my 'sayang' dok puji si Wolverine dalam X-Men. Yang aku pulak masa tu menyumpah-seranah sebab aku memang tak berapa minat cerita bergenre seperti X-Men tuh. Not my type la kengkononnya kan...

~ Bestlah Real Steel. Hugh Jackman pun best! Dakota Goyo pun best jugak. Atom pun lagik best! ;D
~ Puas hati sebab dapat tengok filem yang best... yang tak menyerabutkan kepala otak untuk berpikir.

~ Thank you B sebab belanja tengok wayang cerita best. Sayang berjuta3 kalilah! Ecewah! Dan2 tu, noks! Ha3...

Aku nie sceptical sikit kalau bab2 filem yang berunsurkan robot nih. Means, tak excited sangat la nak tengok kan... Siap cakap kat my 'sayang'...

"B... kalau Leez tertido dalam panggung kang kira aci la, ek? Ngeh3..."

Tup2 bila dah tengok, memang layan habis! Tak sempat langsung nak tido mahupun menguap! Penangan Real Steel betul! He3...

Paling suka part Max (Dakota Goyo) pukul2 bapak dia, Charlie (Hugh Jackman) sebab tak tolong dia bawak naik Atom. Lepas tu part yang lawan2 robot tu pun suka jugak. Alaaa... masa Atom lawan ngan Zeus tuh. Dalam hati memang la nak sangat si Atom yang menang. Plus, biasa la kan... kalau dalam filem, yang baik2 harus la kalah dulu. Then, baru menang glory3! 

Tapi, bila diumumkan Zeus yang menang, terus tak kisah langsung! Sebab performance Atom jauh lebih hebat dari Zeus. Kiranya Atom nie macam wira di hati rakyat jelata gitu... walaupun rupa paras dia tak semenggah! Hiks...

Selalu kalau si jahat yang menang, mula la aku meroyan! Tapi, kali nie tak... sebab semangat Atom, Max & Charlie tu mengatasi kehebatan Zeus. Ahhh! Bestlah!

Last but, not least, selamat tinggal Brad Pitt... welcome to mama Hugh Jackman! Ha3...

Eh! Kiutlah Dakota Goyo tuh! Kan3..??? ;P


:: Like3, ek! ::


Wednesday, November 2, 2011

JANGAN MEMOTONG IKUT KIRI, PLEASE..!

Beberapa minggu lepas, my 'sayang' dapat berita mengejutkan! Kawan my 'sayang' accident! Somebody call my 'sayang' bagitau. My 'sayang pun bergegaslah ke tempat kejadian, kat Taman Melor.

~ Tow truck tengah buat kerja2 towing 4 Wheel Drive (4WD) kawan my 'sayang' yang quite remuk tuh.

~ Pandangan sisi kiri yang banyak terjejas. 

Waktu kejadian adalah dalam 7.30 pagi. Kawan my 'sayang' nie keluar dengan wifey & anaknya. Nak ke mana tu, tak lah diketahui kan... Memula ingatkan dia accident sorang2. Means, terbabas macam tu jer tanpa melibatkan kenderaan lain. Sebab just ada kereta dia jer yang tersadai kat tepi jalan tuh.

Tapi, rupa2nya tak. Alkesahnya begini...

Tempat kejadian tu adalah sebelum jambatan. Kawan my 'sayang' di lane yang betul. Tetiba, ada 1 kereta potong 4WD dia ikut kiri. Dia nak elak dari bergesel dengan kereta tuh. Tapi, at the end, dia pulak yang terbabas berpusing2 langgar tiang elektrik. 

Kejam betul kereta yang potong ikut kiri tuh! Paling kejam bila dia blah macam tu jer! Seolah2 dia tak bersalah! Haish!

Kalau nak memotong tu, ikut la prosedur yang betul. Cikgu sekolah memandu tu dulu ajar memotong harus ikut kiri ke? Tak paham betul dengan orang macam nie! Tak sayang nyawa & tak pikir langsung tentang keselamatan orang lain. Huh!

Tak pasal2 wifey kawan my 'sayang' tu pengsan. Anak dia pulak admitted as pesakit luar. Walaupun tahap kecederaan diorang tak serius tapi, tak bermakna mende nie boleh dibuat main2 kan...


:: Like3, ek! ::

MINTAK LAIN DAPAT LAIN

Waktu/Hari Kejadian: Ada la... 1 hari tu... masa my 'sayang' ke Ipoh dengan abah. Naik kereta abah jugak.

My 'sayang' roger2...

"Aaby, nanti amik abang kat Kampung Bahagia, ek? Dadi tak dapat nak hantar balik terus sebab ada hal."

"Ooo... ok! B tunggu jer kat situ. Lepas opis hour kang, Leez berdesup datang."

Disebabkan Dadi ada hal & guna kereta abah makanya, aku kena la amik my 'sayang' kan... Isteri mithali kata ko! Baru amik ngan kereta macam tu pun dah dapat title mithali, ek! Ngeh3...

Hokay2! Sambung cerita balik. ;P

Pukul 4.45 p.m, my 'sayang' roger2 lagik...

"Aaby ok ke nak amik abang nie? Sebab sekarang nie hujan lebat giler! Risau pulak abang. Lagik 1, nak tapau apa2 tak? Abang kat kedai Pak Din (gerai makan) nie. "

"Alaaa... ok jer... Don't worrylah! Leez bawak slow2 tahap siput sedut jer... He3... Hmmm... nak kueteow gorenglah"

"Hokay2! Hati2 tau! Jangan speed!!!"

~ Sampai rumah, mandi2, semayang bagai... konon2 nak makan kueteow goreng Pak Din la kan... Tup2, bukak jer polistrin, nampak bihun goreng. Terus tertanya2, 'Eh! Tadi bukan aku order kueteow goreng ke? Hmmm...'

My 'sayang' pun terkejut jugak sebab dia confident kata dia order kueteow goreng. Nyesal pulak tak recheck masa kat gerai tadi katanya... 

Hmmm... takpe la... Belasah jerlah! Janji masyukkk..!!! ;P

Pssttt2!!! Yang ah kak kata nak drive slow2 cam siput sedut tu kan, auta jer... Ah kak hentam bawak sampai 80 km/jam, dalam hujan lebat tu, noks! Eh, tak sengajalah! Tetiba rasa happy mendrive sampai TERtekan paddle minyak. 'TER' hokay! 'TER'! Hiks...


:: Like3, ek! ::

HANTU BUNGKUS???

Kisah seram nie tau! Baik cepat2 amik bantal untuk buat tutup muka! Ngeeeeee......

Kisah berlaku masa on the way nak balik dari picnic kat Padang Polo & shopping kat Ipoh tuh. Aku, my 'sayang' & Kak Yong 1 kereta. Tak sama jalan ngan kereta abang aku sebab abang aku decide nak ikut jalan lain. Takpe la... Asalkan boleh sampai dengan selamat tanpa sebarang 'gangguan'... Ooppsss!!! 'Gangguan'..??! Huuuuuu......

Kak Yong dah lama tido. My 'sayang' berhenti kat Petronas petrol station sebab aku nak shi2. Selesai urusan shi2, aku suruh my 'sayang' bukak bonet sebab nak amik towel, nak selimutkan Kak Yong yang masih lena tido.

& kami sambung balik perjalanan...

Memula, rasa biasa2 jer. Sembang2, nyanyi2 layan lagu kat radio, gelak2, bla3... Takde apa yang 'paranormal'. Ooppsss!!! 'Paranormal'...??! Huuuuu.....

~ Sampai la tetiba bila 1 kenderaan 4 Wheel Drive (4WD) nie potong kitorang... Tetiba rasa ngeri! & tetiba bulu tengkuk berdiri tegak! Ngeeeee...... Kami bukan ngeri sebab terkagum2 tengok 4WD tuh. Tapi, sebab tertengok 'mende' yang 4WD tu bawak. Nampak tak?

~ Dalam dok ngeri2 tuh, kami gagahkan jugak la nak membontot 4WD tuh sebab nak ensure apakah 'mendenya' yang 4WD tu bawak?! Ini gambar paling dekat yang aku boleh amik. Itu pun sebab tengah berhenti kat traffic light (lampu merah).

Dari kejauhan memang nampak macam entiti paranormal tengah landing kat belakang 4WD tuh atau dalam bahasa saintifiknya, hantu bungkus. Huuuu.... Bila dah tengok dekat2 sikit, owh... maybe owner 4WD bawak barang yang ditutup dengan kain selimut kot... Think positif, bebeh! ;P

Amacam? Seram tak? Kalau seram, sila angguk2 tanda setuju. Tapi, kalau tak seram, maknanya ah kak kena berguru dengan Ahmad Idham kot, kasik kaw2 dia punya seram! Ngeh3...

p/s: Errr... bantal yang korang amik tadi, berguna tak? ;P


:: Like3, ek! ::

GOOGLE 1999

Selamat hari Rabu... ;)

Tak tau nak mukadimah apa?! Kita aci tengok gambar teruslah. Gambar yang aku dapat dari emel.

~ Team Google. Tak payah kot nak cerita apakah itu Google?! Sebab aku rasa memang familiar sangat Google nie di dunia maya tanpa sempadan. Search engine kata ko! Gambar nie diambil pada tahun 1999, kata emel tu la... Boleh percaya kot sebab nampak muka semua pun muda2 remaja lagik... baju gelebeh2... He3...

Dari tahun ke tahun, dah macam2 transformasi yang dilalui oleh Google. Sekarang dah tahun 2011. Means, dah 12 tahun usia gambar tuh. Dah 'anak dara sunti' dah... Eh! ;P

Kadang2 aku terpikir jugak... macam mana la team Google nie bekerja, ek?! Besau ke gaji diorang? Boleh naik pangkat ikut gred macam kerja gomen ke?! ;P

Hmmm...


:: Like3, ek! ::

Tuesday, November 1, 2011

TELUR PEDAS ALLAAA... TOMEIII2...

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Memasak lagik. Alah! Simple2 jer... ;)

Bahan2:-

3 biji telur ayam
1 biji bawang besar (dihiris)
1 keping asam keping
1 cawan cili kisar
Minyak masak
Air masak
Garam
Gula
Serbuk perasa

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng telur ayam menjadi telur mata kerbau. Angkat & ketepikan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Masukkan cili kisar. Tuangkan sedikit air masak. Masak hingga pecah minyak.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, garam, gula & asam keping.
5) Masukkan bawang besar. Masak hingga bawang layu.
6) Masukkan telur mata kerbau tadi. Kacau seketika. Angkat & hidangkan.

~ Telur Pedas Allaaa... Tomeiii2... Makan dengan nasik panas2, terus terangkat! Terus jadik tomeiii2... jugak! He3...


Nama resepi diinspirasikan dari tagline Kumpulan Boboi-Maharaja Lawak Mega (MLM). Terpengaruh! ;P

Allaaa... tomeiii2... 

Lagik sekali! Lagik sekali!

Allaaa... tomeiii2... Ha3...

Lagik sekali! Lagik sekali! 

Haish! Sudah2 la tuh..! ;P


:: Like3, ek! ::


KENANGAN MENGUSIK JIWA (KMJ): 'KEMESRAAN'

*Slot Kenangan Mengusik Jiwa (KMJ)

Hari nie Selasa pertama untuk bulan November kan... Slot wajib hari nie adalah Slot KMJ. Mari kita tengok siapa yang kena...!!! ;D

~ Mak aku zaman dulu2. Masih bergetah! Ecewah! Hiks... Yang mak dukung, yang kiut2, muka suci tuh adalah aku. Harus puji lebih2! Tuan tanah kedaung kata ko! Ha3...

Kalau korang perasan la kan... kat gambar tu ada tertera perkataan 'KEMESRAAN' yang aku rasa maybe ditulis pakai pisau lipat. Sebab nampak macam kena toreh2 jer. Tak dapat dipastikan jari-jemari siapa yang rajin sangat nak main toreh2 gambar nih?! Tau2 jer dah macam tu.

Hmmm... tak kisah lah. Janji dia tak main toreh2 kat muka aku dalam gambar tu, sudah. Kalau tak, hilang pulak kecomelan ah kak nih. Ahaks3...


:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google