SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SOTONG PAPRIK. Show all posts
Showing posts with label SOTONG PAPRIK. Show all posts

Monday, October 24, 2016

TEKAK MANUSIA KAN...

Bukan berlagak. Jauh sekali tak bersyukur. Memang bukan & tidak sama sekali. Sebab aku selalu bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah... #SyukurSelalu

Tapi, tekak manusia kan... Kadang2 jemu jugak kalau hari2 makan kat kedai. Hari ni kedai A, esok kedai B, lusa kedai C. Lepas tu, repeat balik dari A... B... C. Lauk lebih kurang je. 

So, nak elak jemu, ah kak kerah jugaklah mental & fizikal untuk masak. Buat lunch bento. Bahan2 prepare hari sebelum nak masak. Pagi2, terus campak2 je dalam kuali. Senang. 

~ Hasilnya: Nasik putih + sotong paprik + telur dadar.

Ermmm... nikmat! Alhamdulillah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, January 2, 2014

SOTONG PAPRIK JEBAT-MASTURA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Dah nak dekat lunch ni, macam molek benor kalau ah kak update gambar makanan merangkap resepi kan. Boleh jugak dibuat pedoman & panduan. Eceh! Ke situ pulak perginya... Ha3...

Bahan2:-

5 ekor sotong (disiang, dicuci bersih & dipotong bulat)
5 tangkai kacang panjang (dipotong serong)
1/4 biji kobis (dipotong)
2 biji bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
5 biji cili padi (diketuk)
1 sudu sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kicap manis
3 helai daun limau purut
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air masak)
Air masak
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar, bawang putih & cili padi hingga naik bau.
2) Masukkan sotong.
3) Masukkan sos tiram, sos cili & daun limau purut.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan kacang panjang & kobis.
6) Perasakan dengan sedikit garam.
7) Masukkan tomato.
8) Tuangkan bancuhan tepung jagung. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Sotong Paprik Jebat-Mastura

Sambil masak, sambil feeling2 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'. Owhhhh... Abang Jebat... Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google