SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label BENTO. Show all posts
Showing posts with label BENTO. Show all posts

Friday, February 19, 2021

BENTO #SISCUBA

Sejak PKP & PKPB bersilih-ganti ni, jabatan Sis buat penggiliran bekerja. Maksudnya, bekerja di opis ikut jadual. Selebihnya, Work From Home (WFH) / Bekerja Dari Rumah (BDR). 

Bila tiba giliran Sis untuk Work From Office (WFO), Sis akan prepare Bento untuk lunch kecuali kalau mukim opis Sis jadik red zone. Makanya, takde bentolah sebab opis hour dipendekkan ke 8.30 pagi - 12 tengah hari.

Aaa gitchew..!

~ Bento #SisCuba pada suatu hari WFO.


Nasik putih
Roasted chicken breast
Ulam zuccini
Cili kicap
Grapes

Kategori #EatClean jugak la ni kan? Ahaks... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, March 27, 2017

REALLY INSPIRING

Bento versi aku pengertiannya adalah bermusim. Maksudnya, bukan hari2 rajin buat. Bukan hari2 ada cukup masa nak buat.

Jadik, kalau mood rajin tu wujud & sempat nak prepare, memang aku takkan lepaskan peluang untuk cipta bento. Kita lebih paham citarasa sendirik. Kita jugak tau apa yang kita masak.

~ Maka dengan itu, terhasillah bento ini.

Nasik putih
Udang masak lemak cili padi
Ikan gelama goreng
Anggur

Alhamdulillah... ;)

Seronok sebenarnya mencipta bento ni. Sejenis kepuasan hati. Nak istiqomah tu je yang payah sikit. Hu3...

Aku kagum betul dengan sorang kakak senior masa kat SMSS. Istiqomah betul dia buat bento untuk 2 orang anak. Hari2 anak2 dia makan bento kat sekolah. Bento yang complete, seimbang gizinya & dibuat dengan penuh kasih sayang. 

Siap ada hashtag #LunchBoxofTheDay yang setiapnya ada fakta / info menarik yang dia tulis atas kertas warna yang digunting comel. Kadang2 simpulan bahasa... kadang2 sains... kadang2 macam fakta National Geographic pun ada jugak... Tulisan tangan. Extra2 sentimental value. 

Really inspiring. 

Sampai buat aku berangan... 1 hari nanti, aku pun akan cuba buat effort yang sama untuk anak2 aku & Oppa. In shaa Allah... Aminnn... ;)

Korang lunch apa hari ni? Bento ke... tapau kedai?


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, October 24, 2016

TEKAK MANUSIA KAN...

Bukan berlagak. Jauh sekali tak bersyukur. Memang bukan & tidak sama sekali. Sebab aku selalu bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah... #SyukurSelalu

Tapi, tekak manusia kan... Kadang2 jemu jugak kalau hari2 makan kat kedai. Hari ni kedai A, esok kedai B, lusa kedai C. Lepas tu, repeat balik dari A... B... C. Lauk lebih kurang je. 

So, nak elak jemu, ah kak kerah jugaklah mental & fizikal untuk masak. Buat lunch bento. Bahan2 prepare hari sebelum nak masak. Pagi2, terus campak2 je dalam kuali. Senang. 

~ Hasilnya: Nasik putih + sotong paprik + telur dadar.

Ermmm... nikmat! Alhamdulillah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, June 1, 2016

SUTUN BERENANG DALAM KUAH KARI

Ini kessah terlajakkkkkk...... rajin..! Mood memasak tetiba datang secara mengejut. Speechless sangat..! Rasa amazing sangat..! Rasa awesome sangat..! Ha3... propa sangat..!

Kita masak kari sotong, wakkk... Rare sangat tuan tanah kedaung ni nak masak apa2 spesis kari. Tapi, kari tak bersantan la... 

Reason propa: Ia lebih healthy. 
Reason sebenar: Kalau aku bubuh santan, kompom jadik sotong masak 'seri kaya'. Fail nau2 masak kari bersantan! Stress ah kak dengan diri sendirik! Hu3...

~ Sutun berenang dalam kuah kari jadik pencicah kepada roti paratha. Khas untuk dinner.

~ Leftover kari sutun di reheat, jadikkan lunch bento, makan kat opis.

Hmmm... esok, macam ada perasaan nak buat lunch bento. Nasik goreng mungkin... Telur dadar jugak mungkin... Errr... kita tengoklah esok, macam mana... kot2 yang 'mungkin2' tu berkemungkinan jadik realiti. 

So, sila nantikan... Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google