SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SALAD SAYUR. Show all posts
Showing posts with label SALAD SAYUR. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

HOMEMADE VEGIES SALAD

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Aci pejam mata pun boleh buat salad nih. Sempat la menggoogle resepi. 

Eh, kata aci pejam mata kan..! Tapi, nak kena menggoogle jugakkah? Ha3...

Bahan2:-

2 biji ubi kentang 
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1/4 biji cauliflower (dipotong)
Kiub ais
Mayonis
Thousand island

Cara2 Penyediaan:-

1) Rebus ubi kentang, lobak merah & cauliflower secara bergilir2. 
2) Angkat & masukkan ke dalam air yang dah dibubuh kiub ais untuk kekalkan kerangupan.
3) Toskan. Pastikan betul2 kering sebab kalau still basah nanti akan berair bila kita nak gaul sekali.
4) Potong ubi kentang kepada 6 bahagian setiap 1.
5) Masukkan semua sayur ke dalam mangkuk. 
6) Perasakan dengan mayonis & Thousand Island sebagai dressing. Siap!

~ Homemade Vegies Salad.

Boleh simpan dalam fridge. Sejuk2 sodap gitu..! He3...


:: Like3, ek! ::



Friday, February 22, 2013

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 2

Untuk hari kedua berdiet ni, macam dah complete sikit la penyediaan menu diet tu kan... Sebab my 'sayang' dah tolong restock apa2 yang patut.

Thank you, bebeh! Hiks...

Meh tengok apa yang ah kak makan. ;)

Breakfast:-

1 set sandwich telur + air masak
Homemade sandwich tau! (Sila baca dengan nada berlagak, ye! Ha3...)

Minum pagi:-

1 biji pisang + air masak

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ikan kayu goreng + 1 potong terung bulat masak kari + 2 sudu kobis tumis + air masak
Tapau je... ;P

Minum petang:-

1 set sandwich telur + air masak

~ Dinner: 1 ketul ayam goreng tepung + 1 senduk salad sayur + air masak. Ayam ditapau, salad sayur tu dibuat sendirik.

Supper:-

1 biji pisang + air masak

Misi hari ke-2 pun berjaya jugak. Fuh! Lega... ;)


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google