SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KAK JA. Show all posts
Showing posts with label KAK JA. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

MADE IN GANU

Kak Ja balik Ganu. Dengan baik hatinya Kak Ja tanya setiap opismate, nak kirim apa2 tak? Macam keropok lekor ke kan...

Sebenornya, memang dalam diam2 aku teringin nak kirim keropok lekor / losong Ganu. Tapi, malu sangat nak cakap. Simpan dalam hati je. Well... I kan pompuan yang sangat pemalu lagik mutakhir. Ahaks3...

Bila Kak Ja offer, terus mengelejat! Rasa seperti pucuk dicita, ulam mendatanglah! He3...

~ Dah goreng & dah selamat masuk perut dah pun keropoknya... Sodap buat kudap2 minum petang.

~ Sos ni tak pesan pun. Tapi, Kak Ja kan expert. Dah makan keropok lekor, harus la kena ada sos pencicah kan... Sodap! Sesuai sangat jadik sos pencicah.

Aku pesan 20 hengget je. Konon2 nak testing2 la dulu. Kalau best kang, boleh la pesan banyak2, buat stok. Tak pun, buat meniaga. Ha3... Over!

Kak Ja belikan 3 bungkus keropok lekor biasa & 1 bungkus keropok lekor yang katanya tak payah susah2 nak goreng sebab dah siap2 digoreng sebelum dipacking. Rebus je dah boleh makan. Tapi, kalau rajin nak menggoreng, boleh je... Takde masalah. Ikut tekak memasing la kan...

Tapi, aku tak tau pasal fakta keropok yang 1 tuh. So, gigih la aku menggoreng jugak. Sodap! Rasa dia lain dari yang keropok lekor biasa tuh. Saiz pun pendek2 sikit. Esok masuk opis baru tau yang keropok tu boleh dimakan tanpa digoreng. 

Nanti, bila2 Kak Ja balik Ganu lagik, confirm aku nak pesan lagik. Terima kasih daun keladi, Kak Ja! Jasamu dikenang... ;)

Errr... siapa suka keropok lekor / yang sewaktu dengannya, cer angkat tangan macam saya ni... cer angkat... cer angkat... (sila bayangkan Usop Wilcha) He3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, February 3, 2013

NASIK DAGANG IN DA HOUSE..!

Kak Ja nak belanja kitorang makan, sempena dapat gaji pertama. Dah macam jadik acara wajib pulak untuk staf baru kan... Asal dapat gaji pertama je kena belanja makan. Asal kena belanja makan je dapat gaji pertama. Ha3...

Aku dulu pun kena pau jugak. Tapi, aku ikhlas! Eh, perlu ke nak cakap? Ha3...

Aku pilih kojo sonang je. Beli KFC, jamu diorang makan kat opis. Tak perlu nak masak2, tak payah nak runsing2. ;)

Kak Ja pulak ada yang dia masak & ada jugak yang dia tempah kat kawan dia. Tak kesah la kan... Janji makan free! Ha3...

~ Ada popiah. Sodap!

~ Puding. Sodap jugak.

~ Hero2 SKM yang dah tak sabor nak menikmati juadah. Relax la, bro! He3...

~ Nasik dagang in da house..! Heh3... Kak Ja kan orang Ganu. Makanya, harus la... ada nasik dagang kan... Memperkenalkan juadah tradisi gitu..!

~ Nasik impit + kuah kacang.

~ Terima kasih Kak Ja yang comel lagik kiut! Wah, puji secara over nih! Ha3...

Semoga bertambah murah rezeki Kak Ja lepas ni. Aminnn... ;)


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google