SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label MAJLIS BERTANDANG. Show all posts
Showing posts with label MAJLIS BERTANDANG. Show all posts

Wednesday, May 29, 2013

GAMELAN

Majlis bertandang Kak Long...

Tak jauh pun nak hantar Kak Long nih... Kak Long duduk kat Taman Melor & Radi pulak kat Taman Desa Bahagia, Kampung Bahagia kot. Wah, banyaknya 'bahagia'! Semoga berbahagialah! Hiks...

Taman Melor dengan Kampung Bahagia dikategorikan sebagai dekat jugaklah. Aci minit2 je dah sampai. Begitu...

~ Pengantin pilih kaler biru firus. 

~ Aku pakai purple terus sebab tak sempat dah nak carik baju ikut tema. Tapi, ah kak tetap vogue da vass kan? Ahaks3...

~ Bersidang kejap sebab nak pilih pengapit. Last2, Cuk Dam ngan Mak Su je lah jadik pengapit. 

~ 'Yang Berhormat' melawat kawasan. He3...

~ Mak Su pun pakai biru. Kelasslah! ;D

~ Sampai2 je, pengantin kena mengadap parents Radi, salam2 & peluk2. Adat diorang kot...


~ Orang lain sibuk berarak, we ols sibuk bergambar. Errr... comel tak 'anak angkat' ah kak tuh? Hiks...

~ Terbaheklah..!!! ;D

~ Pak Ngah my 'sayang'. Pak Ngah ni sangat2 kelakor tau! Apa yang dia cakap semuanya rasa kelakor je. Dia cakap serius pun tetap nampak kelakor. Ha3... Macam Pak Teh aku jugak. 

~ Masa makan beradab we ols dihiburkan dengan persembahan gamelan dari SMK Seri Kandi. Terus teringat zaman sekolah. Eh, group gamelan Sains Selangor lagik terbahek tau! Tapi, aku tak join la... Aku jadik supporter je. Yang join semua bebudak junior.

~ Lepas makan beradab, pengantin bersanding kat dalam rumah pulak. My MIL tengah merenjis pengantin.

~ Romantik pelamin diorang.

~ Mak pengantin pompuan merenjis.

Aku tak merenjis sebab neves! Segan pun ye jugak. He3...

Takpe la... Tak merenjis pun takpe kot. Yang penting, doa aku untuk pengantin, semoga bahagia selalu hingga hujung nyawa. Aminnn...

Peace, yo!!! 

Eh, tetiba! ;P


:: Like3, ek! ::



Friday, April 19, 2013

PASAR SITI KHADIJAH

We ols check out belah pagi. Amir tapaukan breakfast nasik dagang & kuih-muih. Sempat la breakfast kat hotel sebelum check out.

Rumah Wan adalah kat Bachok. Kalau ikut kata google maps, Kota Bharu ngan Bachok dah tak jauh dah. Dalam 30 minit perjalanan. 

Tapi, kitorang sengaja la check out awal sebab nak menyopping kat Pasar Siti Khadijah. Excited, hokay... aku nak terjah Pasar Siti Khadijah nih! Sebab memang tak pernah jejak lagik. Lepas tu, asik dok tengok kat TV je pasal kehavoc-annya. Ni dah terbentang depan mata. Haruslah excited melampau! He3...

~ Kat tingkat 2. Kat level ni semuanya jual pakaian, tudung & yang sewaktu dengannya...

Walaupun tingkat 2 tapi, lenguh jugaklah kaki ni nak menyampaikan. Cramp sekejap. Apakah maknanya tuh? Uwaawaawaaa...

Memula sekali aku shopping kain batik ngan kain pelekat. Aku belikan kain pelikat untuk my 'sayang' & Abah. Kain batik pulak untuk Mak & my MIL. Aku tak beli untuk diri sendirik sebab memang tak berapa pakai. Kain batik yang my 'sayang' belikan masa honeymoon kat Langkawi dulu tu pun still elok tersimpan dalam plastiknya. Tak tau bila nak bukak. 

Ha3... Hadoi!

Aku syorkan kalau korang sampai sini then, rasa nak sopping kain batik, sila la terjah kat kedai yang bebetul depan tangga yang kita naik kat tingkat 2 tuh. Kakak yang jual tu sangat friendly, hokay..! Baik pulak tuh! Tak payah susah2 nak tawar lebih2 sebab dia dah siap2 bagi harga mati. Siap kirakan berapa untung dia dapat lagik!

Aku syak dia jujur, amanah & fatonah. Sebab harga yang dia kasik memang affordable jugak. Dia siap cerita dari yang gred haub sampai la ke gred A, dengan harga2nya sekali. Kita tinggal nak pilih2 gred ngan kaler je.  Tapi, aku lupa la berapa harga yang aku dapat. 

Ha3... Apa punya info la kan... Potong stim! ;P

~ Mak Yang beli kain ela. Pun aku lupa berapa harganya. Tapi, macam harga borong la...
~ Dalam 2, 3 kedai jugak la kami singgah.

Mak beli baju tido kelawar long sleeve 2 helai, buat kenang2-an. Dapat tawar jugak! Lagik sekali, aku lupa berapa hengget... Tapi, sumpah cantik!

T-shirt2 pun aku ada beli. Keropok ikan pun. Tapi, keropok ikan aku beli kat Tingkat 1. 6 bungkus 10 hengget. Aku ngan Mak borong 18 bungkus. 

~ Pemandangan kat ground floor. Lebih kepada jual sayur2-an. We ols tengok dari atas je. Tak kose pulak nak angkut sayur2 sampai ke Teluk Intan kan... Sempat lunyai sayur tu kot!

Besor jugak Pasar Siti Khadijah nih! Kalau tak silap aku, ada 2 wings. Lepas tu, diorang dah siap2 divide level 1 jual apa... level 2 jual ape... bla3... Pasar basah dia pun luas jugak! 

Pendek kata, macam2 adolah! ;)

Masa dah time. Makanya, moh la kita ke Bachok...

~ Bergambar kenangan sebelum balik...


Jauh jugak rumah family Wan ni tau! Jumpa lembu yang banyak! Pelbagai saiz. Kagum pulak ah kak kan... 

Dari bandar membawak ke pekan membawak pulak ke kawasan bendang membawak ke laut... Tapi, tak sempat la nak jumpa laut sebab rumah dia sebelum2 tu. 

Musti korang pening dengor direction ah kak ni kan? Ha3...

Terima kasih Wan & family sebab layan kitorang dengan baik, di samping memenuhkan 'tank' kitorang dengan lauk-pauk from Bachok. Jasamu dikenang... He3...

On the way balik, we ols sempat singgah kat Bukit Bunga. Kat situ ada jual macam2 jugak. Bantal, teddy bear, makanan kering, souvenir, bla3... Aku just nak carik fridge magnet yang ada tulis perkataan 'Kelantan'. 

Tapi, tak banyak la diorang jual. Kalau ada pun, design dia limited sangat. So, aku rembat yang mana ado je lah. Buat kenang2-an...

Elok2 nak gerak, ada pulak mamat jual karipap giant. Dia dok usung bakul karipap kulu-kilir...

"2 ketul 4 hengget. Se 2 hengget."

Sodap, hokay karipap giant tersebut! Panas2 lagik! Rasa macam nak terbang ke Bukit Bunga skang jugak, nak makan karipap giant mamat tuh. 

Errr... ada delivery tak, ek? ;P

~ Dah sampai Tasik Banding.

Last pit-stop kat RNR Sungai Perak. Perut lapor. Aku belasah nasik ayam yang so-so je tuh. Walaupun so-so tapi, aku makan sampai licin jugak! 

Ha3... Apakah..??!

Membawak ke pukul 1 pagi jugak la baru we ols sampai rumah. Terbaekkk... lah jalan2 carik pasal kali ni. Menguji ketahanan fizikal betul! Tapi, ah kak like3..!!! Hiks...

~ Diakhiri dengan gambar sebahagian souvenir yang bakal diagihkan...

Sekian... ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, February 5, 2013

RESEPSI RAUB

Resepsi Nana-Fadli di Raub, Pahang...

Memula, aku ngan my 'sayang' macam tak join je sebab takde geng. Means, adik2 ipar lain tak pergi. Tapi, tetiba Pak Anjang call my 'sayang', ajak join merangkap jadik Mr. Driver naik 1 kereta dengan Pak Anjang sebab Pak Anjang dah tak berapa larat nak drive jauh2.

Setelah ditimbang-tara, tolak, campur, darab, bahagi, semua2lah kan... akhirnya kitorang setuju...

Jauh jugak rupanya Raub nih! Naik kematu bontot duduk dalam kereta tapi, still tak sampai2 lagik. Adeh3...

~ Selepas lapanploh kali tido-bangun-tido-bangun... akhirnya, sampai jugak ke homestay yang Fadli book awal2 nih. 

Not bad jugak homestaynya. Rumah kembar 2. Homestay untuk kitorang adalah yang belah kanan tuh. Yang belah kiri dah ada orang lain book. 

Ada 3 bilik tidur & 2 bilik air. Nampak macam ok la kan... tapi, crowded sikit untuk the whole rombongan. Aku ngan my 'sayang' ok je kot. Tapi, Cuk Dam ajak kitorang ngan Pak Anjang tido hotel sebab senang nak mandi + salin2 baju bersiap katanya... Kalau semua kata situ, confirm kena tunggu turn amik nombor giliran nak masuk bilik air. 

Sekali lagik, kami aci on je. Ye la kan... kami berdua je pun. Tak payah susah2 nak pikir banyak2 kali. Aci boleh je lah! ;)

So, dalam pukul 11 ++ malam, kami, Pak Anjang + family & Cuk Dam + family gerak ke Hotel Seri Raub. Bab booking bilik semua Cuk Dam dah setelkan. 1 bilik = 90 hengget kot... & Cuk Dam bermurah hati nak sponsor untuk 3 bilik. Owh... rejeki jangan ditolak, bebeh! He3...

Terima kasih daun keladi, Cuk Dam... ;)

Kalau korang terdesak nak bermalam / nak buat percutian bajet, boleh la terjah Hotel Seri Raub seperti di alamat berikut:-

Hotel Seri Raub
No. 1, Jalan Dato' Abdullah
27600 Raub, Pahang

No. Telefon: 09-3559670

~ Dipendekkan cerita, dekat2 pukul 1 petang jugak la kami sampai ke rumah Fadli. Berhenti sekejap sebab nak adjust2 munge telur yang dah senget-benget.

~Boleh Juan kata aku berjalan kat depan2 sebab nak enterframe camera paparazzi..!!! Eh, memey aaa..!!! Ha3...

~ Jalan becak sikit sebab baru lepas hujan. So, pengantin kena belajar singsing kain sikitlah. He3...

~ Cabaran untuk pengantin & rombongan. Ada lori pembekal air tersadai melintang kat tengah jalan sebab salah reverse. Makanya, kena la lalu ikut belakang lori yang jalannya ya ampon... punya becak..! Takpe... belajar menempuh cabaran namanya... He3...

~ Cer carik ah kak kat celah mana? Cer carik... Cer carik... Ha3...

~ Sebagai bukti pengantin berjaya menempuh cabaran..! Ha3... Sweetlah!

~ Flower gurlz yang secomel flower... ;)

~ Babak bersanding pulak... ;P

~ Pengantin & parents Nana.

~ Family Nana... Tapi, tak cukup kuorum sebab Akim tak dapat join. Sakit telinga bengkak2 sampai demam2. Tapi, dah jumpa doktor. Kena rest kat rumah.

~ Macam berjanji pulak dengan Datin Erna, pakai meghah. Isk3...


~ Cuk Dam & family amik peluang bergambar dengan pengantin.

~ Acara potong kek 2 tingkat. 

Sambal belacan yang family Fadli jamu, bagi aku memang terbekkk... kaw2 punya..! Pedas2 berdesing telinga tapi, nak lagik gitu..! My 'sayang' dah sot... set... sot... set... dah menahan kepedasan. Bini dia maintain je. He3...

Aku makan nasik sikit je, dalam 1/2 senduk. Tapi, gigih meratah ayam goreng cicah sambal belacan. Nak2 pulak masa tu tengah hujan renyai2, owh... memang sorga la kan... Heh3...

~ Dah nak balik dah. Bertukar2 munge telur. Eh, nak usung munge telur pun kena ada style wooo...! Juan, owh... Juan... Ha3...

Selesai dah majlis resepsi Nana... All the best for Nana & Fadli... Happy always. Insyaallah...

Semoga menjadi isteri mithali macam ah kak... Sila jadikkan ah kak sebagai role model, ye! Wah, gitu..! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, January 26, 2013

SEHIJAU CUPPIES

Tak habis lagik sebenornya kesah wedding Linda. Ni nak cerita pasal majlis bertandang pulak. 

Kitorang join rombongan hantar pengantin. Ke Tronoh nun..! Berpusing2 jugak la baru sampai ke rumah pengantin lelaki. Masuk hutan, keluar hutan, jumpa tasik bagai... Fuh! Rasa macam jauh sangat kot..! Hu3...

~ Lega sebab dah sampai... Baju kami tak ikut tema pun... Tema adalah ijo + putih. Tapi, rasa macam malas pulak nak pakai ijo. Pakai orenlah sebab I kan penchenta oren... Hiks...

~ Kiut je pembawak munge manggar tuh. ;P


~ Hokay, fine! Memang sengal! Ha3...

~ Pengantin nampak macam lapor sebab tak kose dah diorang nak berposing2 tengok camera. Serbu makanan dulu..! Ha3...

Jangankan pengantin! Aku pun lapor tahap gaban, hokay! Pagi tu tak breakfast pun. Ingatkan Tronoh ni dekat je. Rupa2nya, sampai perut berdangdut2 baru sampai! Uwaawaawaaa... Rasa nak nangis & rasa menyesal sebab tak breakfast. 

~ Sebelum balik, sempat jugak menebeng amik gambar dengan pengantin. Tapi, pengantin pompuan je. Pengantin lelaki dah hilang jumpa tetamu.

~ Cantik kek diorang.

~ Siap ada cuppies lagik..! ;)

Rombongan lain terus balik rumah memasing. Tapi, kami, Mak & Abang + family terus ke Ipoh. Saja je berlibur. Plus, aku nak beli kain ela kat Nagoya, nak buat baju kurung pesak gantung & beli t-shirt my 'sayang' untuk majlis pertunangan Memem. 

Jeng3...

Yang tu, next2 entry, ek! Kasik peram dulu. Ha3...

Selamat pengantin baru untuk Linda & Azuan. Semoga chenta korang sehijau cuppies tuh sampai bila2. Amin... ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, March 22, 2012

ABANG BOMBA

Belum habis lagik tau kesah Wedding Udda-KF. Ni part last kot. Majlis bertandang ke rumah KF plak.

Pagi2 lagik pengantin ngan Mr Driver (Encik Bulat) dah keluar pergi make up kat butik yang diorang amik pakej persandingan tuh. Kat area Manjung kalau tak silap. Terpaksa make up kat butik sebab si tukang make up tak boleh nak datang rumah, banyak customer yang nak dimake upkan katanya...

Rombongan kami pulak, dalam pukul 11 a.m dah gerak menuju ke Kampung Gajah. Konvoi 8 bijik kereta kot. Wah! Macam rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel la pulak! Hiks...

~ Dah sampai kat Taman Murni, Kampung Gajah. Pengantin pompuan ada nangis sikit sebab kena sakat dengan adik-beradik dia. Holloh3...!!!

~ Apsal aku rasa semua dalam gambar ni macam masam mencuka je? Staf caterer paling masam tak hengat! Owh3...

~ Eh! Ah kak pun masam jugakkah? ;P

Sampai je, tuan tanah kedaung jamu makan dulu. Perut lapor + lauk best! Makanya, tak toleh kiri-kananlah ah kak makan..! Adeh3...

Menu: Nasik putih, nasik hujan panas, ayam goreng tepung, gulai daging, daging paprik, rendang daging, ulam2-an & air sirap. Marvellous, bebeh!

~ Lepas makan, pengantin masuk dalam rumah untuk acara potong kek & bersanding...

~ Owh... lupa nak bagitau! Tema majlis bertandang adalah silver-putih. 

~ Main suap2 pulak! Malu ah kak! Awwsss2!!! Ahaks3...

~ Memandangkan KF adalah pegawai Bomba makanya, dia bersanding pakai baju bersanding rasmi untuk Bomba lah. Abang Bomba kata ko! He3...

~ Eh! Tak habis2 lagik suap-menyuap, ek? Nak habiskan dua2 tingkat sekalikah? ;P

~ Turn bergambar dengan my MIL & abah. Photographer memang terbaik! Siap request my MIL & abah berpegangan tangan lagik! Ho3!!!
~ Holloh3..!!! Kiutnye semua! Especially my 'sayang'! Ahaks3...

~ Happy faces... Hmmm... apa la yang Memem busykan tuh? Mengira bungakah? Haish!

Memang fun! Hired photographer pun memang best! Abang kepada artis Hafiz Hamidun tuh. Eh, nak jaja jugak..! Ha3...

Kesimpulannya, memang photographer tu friendly. Buat satu2 shot tu takde nak rush2. Chill2 je... Soft spoken lagik. Idea pun banyak kot. Aku yang tengok dia berkolaborasi dengan pengantin pun rasa comfy. Tapi, kalau korang nak contact number, tak dapeklah den nak nolong! Sebab takde pulak aku tanya detail2 ngan Udda. Google je lah! ;P

Eh! Aku ni nak jaja cerita wedding ke cerita photographer nih? Ha3...

Selamat Pengantin Baru to Udda & KF... ;)

*TAMAT...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google