SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label BOMBA. Show all posts
Showing posts with label BOMBA. Show all posts

Saturday, February 13, 2021

DUGAAN TAHUN BAHARU CINA

Sehari sebelum Chinese New Year...

Sis work from office. Mukim Durian Sebatang, Daerah Hilir Perak dah tak red zone. So, office hour berubah dari 8.30 a.m - 12 p.m ke 8.30 a.m - 4 p.m. Sis cuba setelkan kerja2 yang sedikit menimbun. Terpaksa balik lewat. 

Kanda amik pukul 5.30 p.m. Kanda kata, nak carik kudapan petang, Apam Balik Malindo. Lepas tu, kami dating. Dalam kereta je... Takde pit stop pun. Sambil makan kudapan, sambil sembang2 mengeratkan hubungan. Eceh! ;P

On the way balik, baru nak masuk ke Lorong Bulan (lorong untuk ke housing area kami), dari kejauhan nampak asap hitam berkepul2. Takkanlah ada yang gigih buat pembakaran terbuka?! Macam pelik je... Kanda kata, asap kebakaran. Lokasi pulak macam kat area opis Sis. Terus Sis cemas!

  

~ Rupa2nya, kedai makan Chinese depan opis Sis yang terbakar. 

~ Api marak! Bomba tengah berusaha padamkan kebakaran.

Risau. Takut merebak ke bangunan lain. Sebelah kanan dia, ada kedai bot. Sebelah kiri ada tokong. 

Tak taulah apa kesudahan kes kebakaran ni. Hopefully, takde kemalangan jiwa. 

Malang tak berbau kan... Kepada owner kedai makan tu, harap tabah. Dugaan Tahun Baharu Cina.

Kalau puncanya disebabkan kecuaian, moga semua amik iktibar & jadikan pengajaran di masa hadapan.

Dan kepada Abam Bomba, terima kasih kerana punyai jiwa frontliners, sentiasa mendukung tanggungjawab yang diamanahkan...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, March 22, 2012

ABANG BOMBA

Belum habis lagik tau kesah Wedding Udda-KF. Ni part last kot. Majlis bertandang ke rumah KF plak.

Pagi2 lagik pengantin ngan Mr Driver (Encik Bulat) dah keluar pergi make up kat butik yang diorang amik pakej persandingan tuh. Kat area Manjung kalau tak silap. Terpaksa make up kat butik sebab si tukang make up tak boleh nak datang rumah, banyak customer yang nak dimake upkan katanya...

Rombongan kami pulak, dalam pukul 11 a.m dah gerak menuju ke Kampung Gajah. Konvoi 8 bijik kereta kot. Wah! Macam rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel la pulak! Hiks...

~ Dah sampai kat Taman Murni, Kampung Gajah. Pengantin pompuan ada nangis sikit sebab kena sakat dengan adik-beradik dia. Holloh3...!!!

~ Apsal aku rasa semua dalam gambar ni macam masam mencuka je? Staf caterer paling masam tak hengat! Owh3...

~ Eh! Ah kak pun masam jugakkah? ;P

Sampai je, tuan tanah kedaung jamu makan dulu. Perut lapor + lauk best! Makanya, tak toleh kiri-kananlah ah kak makan..! Adeh3...

Menu: Nasik putih, nasik hujan panas, ayam goreng tepung, gulai daging, daging paprik, rendang daging, ulam2-an & air sirap. Marvellous, bebeh!

~ Lepas makan, pengantin masuk dalam rumah untuk acara potong kek & bersanding...

~ Owh... lupa nak bagitau! Tema majlis bertandang adalah silver-putih. 

~ Main suap2 pulak! Malu ah kak! Awwsss2!!! Ahaks3...

~ Memandangkan KF adalah pegawai Bomba makanya, dia bersanding pakai baju bersanding rasmi untuk Bomba lah. Abang Bomba kata ko! He3...

~ Eh! Tak habis2 lagik suap-menyuap, ek? Nak habiskan dua2 tingkat sekalikah? ;P

~ Turn bergambar dengan my MIL & abah. Photographer memang terbaik! Siap request my MIL & abah berpegangan tangan lagik! Ho3!!!
~ Holloh3..!!! Kiutnye semua! Especially my 'sayang'! Ahaks3...

~ Happy faces... Hmmm... apa la yang Memem busykan tuh? Mengira bungakah? Haish!

Memang fun! Hired photographer pun memang best! Abang kepada artis Hafiz Hamidun tuh. Eh, nak jaja jugak..! Ha3...

Kesimpulannya, memang photographer tu friendly. Buat satu2 shot tu takde nak rush2. Chill2 je... Soft spoken lagik. Idea pun banyak kot. Aku yang tengok dia berkolaborasi dengan pengantin pun rasa comfy. Tapi, kalau korang nak contact number, tak dapeklah den nak nolong! Sebab takde pulak aku tanya detail2 ngan Udda. Google je lah! ;P

Eh! Aku ni nak jaja cerita wedding ke cerita photographer nih? Ha3...

Selamat Pengantin Baru to Udda & KF... ;)

*TAMAT...


:: Like3, ek! ::



Saturday, August 20, 2011

RUMAH TERBAKAR PANGGIL BOMBA..!

Pernah dengor tak lagu nih?

Rumah terbakar panggil bomba...
Bomba datang ... bla3...

Sure pernah kan... Kalau tak pernah tu, tak dapek la den nak nolong derrr... Mungkin ko sekolah kat obersi la kot kan... So, takde makna la nak diperdengorkan dengan lagu2 begini. Yang ado, musti lagu cam, 'London bridge is falling down... Falling down... La3...'

Eh2! Merepek meraban dah! He3... 

Begini sebenornya... semalam, kitorang berbuka kat rumah mak. Abang & family pun join sekali. Even dia la yang ajak memeriahkan iftar di rumah mak. Plus, kalau kitorang takde seperti tak meriah gitu kan... Ecewah! Over! 

Oooppsss! Merepek meraban lagik... Ha3...

Sambung balik, ek?! ;P

Masa on the way nak ke rumah mak tu, kitorang nampak ramai betul orang menebeng kat tepi jalan & 1 kawasan perumahan nih. Ingatkan accident! Tapi, tak nampak plak motor/kereta/apa2 kenderaan yang accident! Rupa2nya, ada rumah terbakar la... kat Taman Sri Bahagia. 

Patutlah ramai yang menebeng kat area kawasan perumahan tuh! Rumah teres 2 tingkat. Yang terbakar tu yang bahagian atas. Bilik probably... Asap hitam berkepul2! Tapi, tak nampak kereta bomba pun! Tetiba, dengor siren! Owh... bomba ada kat belakang kitorang. Baru sampai. 

Tak taulah apa kesah sebenor di sebalik kejadian. Tapi, just nak kasik pesanan sket la kan... kepada adik2 yang gigih sangat nak main mercun tuh, sila la rentikan... Biasa la bebudak kan... tak sabor nak main malam2 kat luar rumah, main la dalam rumah, dalam bilik. Kalau main siang2 kat luar rumah kang mak pak/jiran2 marah sebab bising kata ko..! Sudahnya, rumah terbakar!

Ubat nyamuk pun kena jaga2 jugak. Ingat bila siang, cepat2 matikan apinya. Lilin ke... kot2 malam blackout so, pakai la lilin. Lepas tu, tak ingat nak padamkan. Shor circuit pun buleh jadik gak. Anak2 main lighter aci bakar2 kertas ke kan... 

Hmmm... banyak la kiranya faktor2 penyumbang kebakaran nih! So, berwaspadalah! Pesanan nie bukan untuk korang2 jer. Tapi, untuk aku jugak. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Dah terlambat...

Adios!


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google