SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label IKAN GELAMA GORENG SOS LIMAU PURUT. Show all posts
Showing posts with label IKAN GELAMA GORENG SOS LIMAU PURUT. Show all posts

Monday, September 16, 2013

IKAN GELAMA GORENG SOS LIMAU PURUT

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Kat opis, sempat curik2 masa menggoogle resepi. Balik rumah terus praktikkan. Heh3...

Bahan2:-

3 ekor ikan gelama (disiang & dicuci bersih)
2 sudu tepung serbaguna
2 helai daun limau purut (dihiris halus)
5 biji bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
10 biji cili padi (dipotong kecil)
1 sudu sos tiram
1 keping asam keping
1/3 ketul kiub ayam Knorr
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air masak)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Gula
Garam
Minyak masak
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan gelama dengan serbuk kunyit, sedikit garam & tepung serbaguna. Panaskan minyak. Goreng ikan gelama hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih & cili padi hingga naik bau.
3) Masukkan kiub ayam Knorr.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan sos tiram.
6) Perasakan dengan asam keping, sedikit garam & gula.
7) Tuangkan bancuhan tepung jagung.
8) Masukkan daun limau purut. Sebatikan. Angkat & tuang ke atas ikan gelama yang telah digoreng tadi. Hidangkan.

~ Ikan Gelama Goreng Sos Limau Purut

Kalau nak tukar dengan ikan spesis lain pun bolehhh... ;)


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 20

Breakfast:-

1 senduk bihun goreng Singapore + air suam
Breakfast dengan my 'sayang' kat Sri Sayang, City Mewah.

Minum pagi:-

Togok air masak jerrr...

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan gelama goreng sos limau purut + 2 sudu sawi bunga tumis + air masak
Hari Jumaat. Jadik, sempat la masak tengahari time lunch hour tuh.

Minum petang:-

1 biji epal merah + air masak

~ Dinner: 1 ekor ikan gelama goreng sos limau purut (leftover lunch) + meratah sawi bunga tumis (leftover lunch jugak) sampai habis + air masak

Sekian, untuk makluman... ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google