SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label CIK SIAH. Show all posts
Showing posts with label CIK SIAH. Show all posts

Thursday, October 8, 2015

MULUT LUAS ADALAH BONUS

Beberapa bulan lepas... read my lips, '... bulan lepas...' hoi2..! ;P

Anak lelaki Acik Siah kahwin. Tapi, tak dapat nak attend sebab serentak dengan Fatin kahwin. Tarikh yang sama. Mahaplah, wahai Acik Siah...

Tapi, takpe... sebab kami ganti balik dengan attend majlis belah pompuan. Belah menantu Acik Siahlah. Kat Selekoh nun..! 

Oppa, aku, Mak & Acik Simah (1 of geng surau Mak), 1 kereta, join sekali rombongan bertandang. 

~ Meriah dengan paluan kompang. Bravo lah adik2 kompang tu... ;)

Makanan pun meriah jugak. Macam2 ada..! 

Aiskrim, chocolate fountain, gado2, bla3... Sediakan perut dengan mulut yang luas je. Eh, mulut kecik pun boleh! Luas tu optional. Kalau ada, kira bonuslah. Ha3...

Tahniahlah kepada mempelai... Semoga berbahagia... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, November 21, 2012

CANTIKNYA PELAMIN

Kesah kenduri lagik... Anak Cik Siah jugak yang naik pelamin. Selang 2 minggu je kot dari majlis bertandang si kakak. Ni turn si adik pulak.

Cik Siah dah sepakat ngan besan dia, nak buat kenduri sekali je. Sharing2 buat sekali harung kat Dewan Bandaran Teluk Intan. Kojo sonang apa kan... sebab takde la berpenat-lelah sangat. Jimat kos jugak.

~ Pukul 11.30 pagi kami dah sampai dewan. Terus santap dulu. Agenda terpenting tuh. Heh3...

~ Pelamin dia cantik sangat kot. Geram je tengok. Rasa nak ajak my 'sayang' bersanding syiok sendirik pulak. Ha3...

~ Mak & geng surau mak, Cik Faizah + anak dia, Athir Faiz. Sodap kan nama anak dia? 


~ Menu: nasik putih / nasik minyak, dalca, sambal udang, ayam goreng berempah, daging masak hitam, buah oren & air sirap soda. Ni pinggan tuan tanah kedaung. Meriah tak? He3...

Lepas makan, aku ngan my 'sayang' mintak diri dulu sebab nak ke klinik. My 'sayang' kena flu, batuk & sakit tekak. Memang pakej terbaekkk... la kan... Mak tinggal kat dewan ngan geng2 suraunya. Kang setel hal klinik, baru kami amik Mak balik.

~ Patient tak ramai kat klinik. So, sekejapan je dah setel. Bila kami patah balik ke dewan, pengantin tengah makan beradab.

~ Eh2! Comel pulak pengantin lelaki gelak macam tu. He3...

~ Tetamu...

~ Turn Mak pulak nak bergambar kenangan dengan pengantin.

~ Hah, amik! Sederet, noks!



~ Tak cukup bergambar dengan pengantin, Mak & the gang bergambar dengan Cik Siah pulak.

~ Baju adalah sengaja sedondon. Khas untuk semua geng surau. 

Aktif jugak geng surau Mak ni tau. Mandikan jenazah, masak2 kat surau, pengajian... macam2 la... Kalau ada sesiapa yang nak buat kenduri arwah ke... doa selamat ke... boleh mintak geng surau ni masak. Tinggal amik juadah yang dah siap je. Diorang tak tetapkan bayaran. Lebih kepada bersedekah. Selalunya, orang yang suruh masak tu akan sedekah sejumlah duit & duit tu akan dimasukkan dalam tabung surau atas persetujuan bersama. 

Begitu la serba sedikit kesah geng surau Mak. Sekurang2-nya, ada jugak aktiviti berfaedah yang Mak boleh buat. Tak la bosan sebab anak2 dah besor panjang & ada family memasing. Aku happy untuk Mak... ;D

~ Cik Siah, bff Mak forever... ;P

~ Mak yang insist suruh amik gambar Mak kat tiang nih. Motip = wallahualam... Yang penting, comel kan? Hiks...

~ Kitorang feeling2 Korea. K-pop kata ko! Ha3...

Dapat bahulu giant & kalender yang ada gambar pengantin as door gift. Terima kasihlah, ye..!

Selamat pengantin baru to Adik & Shaiful Muslim... ;)


:: Like3, ek! ::



Sunday, November 18, 2012

PENGANTIN BIRUUU...

Hujung2 tahun ni banyak betul kenduri kahwin. Ramai yang amik kesempatan nak buat majlis kahwin sempena cuti sekolah sebab nak kumpulkan sedara-mara. Termasuk la bff Mak, Cik Siah...

Actually, ni majlis bertandang samadengan majlis belah lelaki. Majlis belah pompuan dah lama buat dah. Korang boleh baca kat sini. 

Tak tau la kenapa diorang punya majlis ni gap sangat. Tak kesah la kan... asalkan mereka bahagia... ;)

~ Kiranya, kitorang ni jadik ahli rombongan la... 

~ Rumah pengantin lelaki kat Lekir. Tak la jauh sangat kan... Sedang2 je...

~ Sampai2 terus makan beradab. Wah, ini sudah bagus! Sebab perut pun memang dah berkeroncong. ;P Kitorang join makan beradab dengan pengantin.

~ Pengantin tengah discuss kot nak amik lauk apa. He3...

~ Dah namanya pun makan beradab kan... So, harus la makan sopan2 gitu! Ecewah! Ha3...

~ Udang goreng tepung tu yang paling banyak ah kak sebat! Macam sepinggan tu aku yang punya pulak sebab mereka2 yang lain macam takde nak mintak2 hulur pun kan... Dah tak sopan kekdahnya... ;P

~ Lepas makan beradab, pengantin bersanding kat dalam rumah pulak. 

~ Tema adalah biru. Tapi, aku ngan mak pakai ijo. Larik tema. Ha3...

~ Pengantin nampak biruuu... He3...

Elok pulak cuaca hari tu, tak hujan. Tapi, panas membahang kot! Berlengas badan. Lepas salam2, kitorang terus balik. Nak kejor bilik air, nak mandi. Hu3...

Kalau rumah pengantin tu ada swimming pool kan bagus! Awal2 lagik ah kak tumpang terjun buat gimrama. Ko mampu..??? Ha3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, December 14, 2010

BESDAY BASH CUCU CIK SIAH

Hari Ahad pun we ols attend kenduri kawen lagik. Wah! Kenduri kawen sesado ujung2 tahun camnie kan? Sumenye nak amik kesempatan buat kenduri time coti sekolah. Senang sket kot nak kumpulkan sedara-mara...

Kenduri kawen yang we ols attend tu adalah kat kampung jugak. Kawan nenek aku buat kenduri kawen anak lelaki dia. Memula, cam malas nak gi sebab perut still sakit2. Even pagi tu pun tak berani nak breakfast, takut memulas balik perut nih. Hu3... Tapi, bile rase cam dah ok sket, kitorang gagahkan diri untuk pegi. My 'sayang' roger2 mak aku, tanye if mak dah pegi ke belum?! Hmmm... mak dah pegi ngan Mak Yang. Mak kata, diorang tengah baca doa. Owh... sedang2 eloklah kitorang pegi skang. Elok2 sampai kang, buleh terus makan. Ngeri nak lepaking lama2! Takut perut meragam balik.

Balik dari kenduri, we ols lepaking kat umah mak. Belah petang, aku ajak my 'sayang' & mak keluar jalan2 carik makan sebab aku lapor. Tapi, Cik Siah call mak, suh datang umah dia, ade makan2 sambut besday cucu dia katanye... Owh... langkah kanan la kan... ;P


~ Menu yang disajikan adalah bihun sup, puding, nugget, french fries & karipap. Air lak ade air sirap laici ngan sirap selasih.


~ Yang mencangkung pakai seluar putih tu adalah anak bongsu Cik Siah. Antara orang kuat majlis jugak nih.


~ Mak aku nie, macam terkejut jer bile aku tala camera. He3...


~ Nie la besday galnye... Ayah dia anak Cik Siah. Tapi, mak ngan ayah dia nun kat Terengganu. Coti sekolah nie jer dia request nak dok ngan nenek & atuknye kat kampung.


~ Umur dia dah 7 tahun. Kecik jer kan orangnye?

Kenyang, wok..! Mane taknye, sume mende pun aku makan! Kata kebulur kan... Ha3... Now you tell me, camne I nak kurus? Tsk3...

Thursday, December 2, 2010

MUSIM DARAH MANIS

20 November 2010... mak dapat jemputan kenduri. Bukan kenduri kawen tapi, kenduri bertunang. Anak Cik Siah bertunang. A few weeks before that, mak ade tolong Cik Siah buat halwa betik untuk hantaran.


~ Aku dah siap nak attend kenduri. Takde la excited sangat nak gi/makan kenduri. Tapi, excited sebab dapat melaram baju baru. Sempat jugak mak aku jahitkan. Heh3... Thank you so much, mak! I lap you lah! ;)


~ Seriusnye muka mak aku. Nie kalau ade calon menantu nak datang mengadap nie, confirm menggigil2 lutut! Ha3...

Mase kitorang sampai, diorang tengah gigih masak2. Rombongan lelaki pun tak sampai lagik. Aku ajak mak teman, nak tengok hantaran belah pompuan. Sempat la snap2.


~ Antara hantaran daripada pihak pompuan.


~ Kaler PURPLE, hokay..! Tu yang buat ah kak teruja lebih tuh! Ha3... Over tau! ;P


~ Ade 1 kek coklat yang dikelilingi oleh cuppies. Siap tulis, ‘S.E.L.A.M.A.T B.E.R.T.U.N.A.N.G’ lagik!


~ Pelamin pun ado..! Dah jadik trend kan skang nih? Bertunang pun ado pelamin. Walaupun simple tapi, just nice la... Zaman2 aku dolu, tak jadik trend lagik. Teringin gak tau! Kalau saje2 sewa pelamin camnie, pakai cun2, main sarung2 cincin & amik2 gambar balik, aci tak? Ha3...


~ Cik Siah (yang tengah pegang tisu) gigih kat dapur. Tahun nie, 2 orang anak dia bertunang. 1 lelaki & 1 pompuan. Yang lelaki tu bertunang dolu, ngan orang Terengganu. Yang pompuan nie ngan orang dekat jer... orang Lekir... area2 Manjung tu, ha..!


~ Tak lame pastu, rombongan pihak lelaki sampai. Nie antara hantaran2nye...


~ Kaler pink. Siap ade masjid, decorated from sejadah.

Abang aku & family pun datang jugak. Lambat sket la...


~ Lip2 yang still panas badan dia. Tapi, buleh posing lagik! He3...


~ Odah pun demam jugak. Nie pun baru lepas muntah. Kesian dia...


~ Demam2 pun, aku paksa jugak Lip2 berposing! Kejam hokay acu dia nih! Ha3...

Lauk2 kenduri hari tu best jugak la... Ade gulai nangka ngan ikan masin, ayam goreng, ikan keli goreng, sambal belacan ngan sambal udang. Berselera jugak la aku makan...

Lepas makan, kitorang terpaksa mintak diri dolu sebab nak attend 1 lagik kenduri. Bertunang jugak. Kawan aku yang bertunang. Kawan mase sekolah rendah dolu. Hmmm... musim orang bertunang kot skang nie kan? Musim darah manis. Heh3...

Thursday, May 6, 2010

RENJIS2 DIPILIS... LA3...

'Renjis2 dipilis...
Ditepungilah tawar...
Hai beras kunyit ditabur...
Disiram si air mawar...
La3...'

Ewah2..! Menyanyi & 'menyumbangkan' lagu plak dia... Jap lagik mesti taufan Katrina melanda! Ha3...

Alaaa... Saje jer feeling2 lagu kawen sebab entry yang ah kak nak citer nie ade kaitan ngan kawen2 nih. Kira cam nak sambung entry sebelum nie la... Kan aku citer aku gi attend wedding kawan anak Cik Siah... Ha..! Yang tu la yang teman nak kabor tuh! ;D

We ols convoi 2 keta. Leading adalah keta anak dara Cik Siah ngan boyfren beliau. Cik Siah ngan sorang lagik jiran pun naik keta tu gak. Aku follow jer kat belakang, ngan mak & A_bern. Mase kitorang sampai tu, sedang2 elok tetamu tengah menjamu selera. Owhhh... marvellouslah! Tapi, takde la kitorang terus terjah nasik... Agak2 la kan... We ols masuk umah dolu carik tuan umah. Plus, anak Cik Siah nak kasik pressie. Coincidently, pengantin pompuan tengah berposing sakan kat pelamin. Aku pun tumpang sekakilah, snap2! Kata blogger kan... Hiks...


~ Pengantin pompuan nie tinggi-lampai. Slim lak tuh! Baju kaler gold. Baju tu & make up bese2 jer. Tapi, yang vogue da vasss adalah pelamin beliau. Perrgghhh..! Cunlah! Ala2 garden gitu..!

'Cik Solehah... Cik Solehah punye tema garden wedding kan? If dapat pelamin camnie pun cantik, menarik, tertarik, ko memang da bomb! gak what..?! He3...'

After snap2 & serah hadiah, we ols ke khemahlah, nak menjamu selera. Menu pun kebabom gak! Ade nasik putih, ayam panggang, gulai nanas ngan ikan masin, acar buah & sambal daging ketuk. Paling best adalah desert dia iaitu jelly kelapa. Aku nak amik desert tu for 2nd round. Tapi, dah sold outlah! Replaced ngan bubur kacang. Hu3... Takde rejeki...

Pasangannye adalah orang Terengganu kite. Mase we ols on the way nak balik, we ols berselisih ngan rombongan pengantin lelaki. Siap ade convoi motor besor2 tuuu..! Pengantin lelaki pun bonceng motor besor!

Lagik 1 yang aku rase marvellous wedding nie adalah ade paluan kompang yang ori. Bukan dari CD/kaset, ek! Siap ade pondok lagik untuk diorang. If kompang jer aku tak sker. But, yang nie ade beduk sekali. Memang tip toplah! Muzik favourite aku tuh! Kalah muzik indie wooo... He3...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Thursday, June 25, 2009

DeNTiST oN bOaRd!

Kan aku bgtau yg ari Selase aku coti kan..?! Ha... Bkn coti sker2, ek! Tp, aku amik coti coz aku gi bawak mak gi jumpe dentist, ade appointment m'cuci gigi katanye... Aku drive sendirik dat day coz my 'sayang' xbley follow coz dia sdg b'kejaran ke site. So, aku ngan mak jer la yg b'joli sakan! Hiks...


~ Aku tgh cover 'sakit perut' nih! Bese la... 'penyakit' org pompuan... s*ngg*g*t... ;) Xbley tunjuk sgt kat my 'sayang' coz nanti dia xkasik izin kuar plak! Yg aku cover2 nie pon b'tubi2 soklan my 'sayang' tanye. 'Sakit sgt ke? Bley drive ke? Bla3...' Owhhh... Sape xsyg bini weh..! Ho3!!!


~ My 'sayang' tgh b'siap2 nak gi site. 'Eh2! Awak nampak oren lah!' Hiks...

Aku kuar amik mak kul 8 a.m. Sempat la b/fast kat umah mak dolu sblom chow! Kul 8.30 a.m dah sampai klinik p'gigian tersebut.


~ Aku yg tgh khusyuk melayanz kartun kat tv yg available kat klinik tuh! Besh gak sekali-sekala layanz kartun. Kartun tu kartun Chinoz, tp dah dialih suara ke bahase melayuz. Kesah beruk, mermaid ngan resakse jahat! Eh! Of cos la resakse jahat kan... Mane ade resakse baik kan... Tul x? ;P


~ Ape la diorang nih..?! Replace la botol baru. Bley gak aku minum. Wat display jer ke mende alah nih? Isk3...


~ No. giliran mak aku. Ke no. bilik ntah! Tp, nan ado plak bilik yg ade label 'C'! Musykil2...

Appointment mak kul 9 a.m. Tp, kul 11 a.m baru masuk jumpe dentist. Xbagus pengurusan nih! Nak kene komplen nih! Huhuhhh... Sib baik la staff sume ok, mesra alam. So, xjadik la nak komplen kan... Hmmm... gud2!!! Keep up da gud work! Ecewah! ;P

Settle jer urusan b'jumpe dentist, mak ajak aku makan coz mak lapor sesgt katanye. Aku on jer... Tp, aku xmakan sgt pon coz aku still kenyang maaa... Nasik xabis, ayam panggang pon xabis! Waaa...! AYAM panggang tuuu... xabis..! Aku musykil pd diri sendirik nih! ;P

On da way back, we ols menyinggah kat umah Cik Siah, kawan kamceng mak nih.


~ Wah3..! Hebat tul mak menyembang! Ngan tangan2 skali, ha! Ha3...


~ Kalo singgah umah Cik Siah, mmg kene tadah perut. Mane xnye?! Sume jenis makanan Cik Siah angkut kuar, kasik kitorang makan. Cekodok pisang la... ice cream la... nanas la... Owhhh...


~ Nie dia tuan umah a.k.a Cik Siah.

Aku xtrus balik umah mak, aku ajak mak gi umah aku dolu coz aku nak mandi. Ptg tu, lam kul 2 p.m, kitorang kuar balik coz td lupe nak amik ubat darah tggi mak kat spital.

Sekian... Adios! ;)


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google