SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, November 21, 2012

CANTIKNYA PELAMIN

Kesah kenduri lagik... Anak Cik Siah jugak yang naik pelamin. Selang 2 minggu je kot dari majlis bertandang si kakak. Ni turn si adik pulak.

Cik Siah dah sepakat ngan besan dia, nak buat kenduri sekali je. Sharing2 buat sekali harung kat Dewan Bandaran Teluk Intan. Kojo sonang apa kan... sebab takde la berpenat-lelah sangat. Jimat kos jugak.

~ Pukul 11.30 pagi kami dah sampai dewan. Terus santap dulu. Agenda terpenting tuh. Heh3...

~ Pelamin dia cantik sangat kot. Geram je tengok. Rasa nak ajak my 'sayang' bersanding syiok sendirik pulak. Ha3...

~ Mak & geng surau mak, Cik Faizah + anak dia, Athir Faiz. Sodap kan nama anak dia? 


~ Menu: nasik putih / nasik minyak, dalca, sambal udang, ayam goreng berempah, daging masak hitam, buah oren & air sirap soda. Ni pinggan tuan tanah kedaung. Meriah tak? He3...

Lepas makan, aku ngan my 'sayang' mintak diri dulu sebab nak ke klinik. My 'sayang' kena flu, batuk & sakit tekak. Memang pakej terbaekkk... la kan... Mak tinggal kat dewan ngan geng2 suraunya. Kang setel hal klinik, baru kami amik Mak balik.

~ Patient tak ramai kat klinik. So, sekejapan je dah setel. Bila kami patah balik ke dewan, pengantin tengah makan beradab.

~ Eh2! Comel pulak pengantin lelaki gelak macam tu. He3...

~ Tetamu...

~ Turn Mak pulak nak bergambar kenangan dengan pengantin.

~ Hah, amik! Sederet, noks!



~ Tak cukup bergambar dengan pengantin, Mak & the gang bergambar dengan Cik Siah pulak.

~ Baju adalah sengaja sedondon. Khas untuk semua geng surau. 

Aktif jugak geng surau Mak ni tau. Mandikan jenazah, masak2 kat surau, pengajian... macam2 la... Kalau ada sesiapa yang nak buat kenduri arwah ke... doa selamat ke... boleh mintak geng surau ni masak. Tinggal amik juadah yang dah siap je. Diorang tak tetapkan bayaran. Lebih kepada bersedekah. Selalunya, orang yang suruh masak tu akan sedekah sejumlah duit & duit tu akan dimasukkan dalam tabung surau atas persetujuan bersama. 

Begitu la serba sedikit kesah geng surau Mak. Sekurang2-nya, ada jugak aktiviti berfaedah yang Mak boleh buat. Tak la bosan sebab anak2 dah besor panjang & ada family memasing. Aku happy untuk Mak... ;D

~ Cik Siah, bff Mak forever... ;P

~ Mak yang insist suruh amik gambar Mak kat tiang nih. Motip = wallahualam... Yang penting, comel kan? Hiks...

~ Kitorang feeling2 Korea. K-pop kata ko! Ha3...

Dapat bahulu giant & kalender yang ada gambar pengantin as door gift. Terima kasihlah, ye..!

Selamat pengantin baru to Adik & Shaiful Muslim... ;)


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google