SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KEBAKARAN. Show all posts
Showing posts with label KEBAKARAN. Show all posts

Saturday, February 13, 2021

DUGAAN TAHUN BAHARU CINA

Sehari sebelum Chinese New Year...

Sis work from office. Mukim Durian Sebatang, Daerah Hilir Perak dah tak red zone. So, office hour berubah dari 8.30 a.m - 12 p.m ke 8.30 a.m - 4 p.m. Sis cuba setelkan kerja2 yang sedikit menimbun. Terpaksa balik lewat. 

Kanda amik pukul 5.30 p.m. Kanda kata, nak carik kudapan petang, Apam Balik Malindo. Lepas tu, kami dating. Dalam kereta je... Takde pit stop pun. Sambil makan kudapan, sambil sembang2 mengeratkan hubungan. Eceh! ;P

On the way balik, baru nak masuk ke Lorong Bulan (lorong untuk ke housing area kami), dari kejauhan nampak asap hitam berkepul2. Takkanlah ada yang gigih buat pembakaran terbuka?! Macam pelik je... Kanda kata, asap kebakaran. Lokasi pulak macam kat area opis Sis. Terus Sis cemas!

  

~ Rupa2nya, kedai makan Chinese depan opis Sis yang terbakar. 

~ Api marak! Bomba tengah berusaha padamkan kebakaran.

Risau. Takut merebak ke bangunan lain. Sebelah kanan dia, ada kedai bot. Sebelah kiri ada tokong. 

Tak taulah apa kesudahan kes kebakaran ni. Hopefully, takde kemalangan jiwa. 

Malang tak berbau kan... Kepada owner kedai makan tu, harap tabah. Dugaan Tahun Baharu Cina.

Kalau puncanya disebabkan kecuaian, moga semua amik iktibar & jadikan pengajaran di masa hadapan.

Dan kepada Abam Bomba, terima kasih kerana punyai jiwa frontliners, sentiasa mendukung tanggungjawab yang diamanahkan...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, August 20, 2011

RUMAH TERBAKAR PANGGIL BOMBA..!

Pernah dengor tak lagu nih?

Rumah terbakar panggil bomba...
Bomba datang ... bla3...

Sure pernah kan... Kalau tak pernah tu, tak dapek la den nak nolong derrr... Mungkin ko sekolah kat obersi la kot kan... So, takde makna la nak diperdengorkan dengan lagu2 begini. Yang ado, musti lagu cam, 'London bridge is falling down... Falling down... La3...'

Eh2! Merepek meraban dah! He3... 

Begini sebenornya... semalam, kitorang berbuka kat rumah mak. Abang & family pun join sekali. Even dia la yang ajak memeriahkan iftar di rumah mak. Plus, kalau kitorang takde seperti tak meriah gitu kan... Ecewah! Over! 

Oooppsss! Merepek meraban lagik... Ha3...

Sambung balik, ek?! ;P

Masa on the way nak ke rumah mak tu, kitorang nampak ramai betul orang menebeng kat tepi jalan & 1 kawasan perumahan nih. Ingatkan accident! Tapi, tak nampak plak motor/kereta/apa2 kenderaan yang accident! Rupa2nya, ada rumah terbakar la... kat Taman Sri Bahagia. 

Patutlah ramai yang menebeng kat area kawasan perumahan tuh! Rumah teres 2 tingkat. Yang terbakar tu yang bahagian atas. Bilik probably... Asap hitam berkepul2! Tapi, tak nampak kereta bomba pun! Tetiba, dengor siren! Owh... bomba ada kat belakang kitorang. Baru sampai. 

Tak taulah apa kesah sebenor di sebalik kejadian. Tapi, just nak kasik pesanan sket la kan... kepada adik2 yang gigih sangat nak main mercun tuh, sila la rentikan... Biasa la bebudak kan... tak sabor nak main malam2 kat luar rumah, main la dalam rumah, dalam bilik. Kalau main siang2 kat luar rumah kang mak pak/jiran2 marah sebab bising kata ko..! Sudahnya, rumah terbakar!

Ubat nyamuk pun kena jaga2 jugak. Ingat bila siang, cepat2 matikan apinya. Lilin ke... kot2 malam blackout so, pakai la lilin. Lepas tu, tak ingat nak padamkan. Shor circuit pun buleh jadik gak. Anak2 main lighter aci bakar2 kertas ke kan... 

Hmmm... banyak la kiranya faktor2 penyumbang kebakaran nih! So, berwaspadalah! Pesanan nie bukan untuk korang2 jer. Tapi, untuk aku jugak. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Dah terlambat...

Adios!


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Monday, May 17, 2010

KEBABOM..!!!

Happy Monday, you ols..! Jangan blues2 sangat tau! Tak baik untuk kesihatan. He3... Aku, ok jer... Tak la blues sangat... Suam2 kuku jer... ;P

Datang opis pun cam bese. Takde yang luar bese. Sume pun yang bese2 jer except 1 insiden nih! Air cond kat opis malatops kebabom, owhhh... Siap kuar2 api tuh! Bau hangit, toksah citerlah! Memang terbaik..! Sib baik takde kemalangan jiwa! Alhamdulillahhh...

Aku tak sampai lagik mase kejadian berlaku. Patutlah bile aku sampai, diorang sume dok luar. Memula, aku ingatkan Hafiz lupa bawak kunci opis. Tapi, tak mungkin sebab pintu opis ngan pagar sume dah bukak dah. My 'sayang' plak ingatkan, Hafiz nak kemas opis secara besor2-an. Kira macam2 spekulasi la yang bermain di minda kitorang.

Terkocoh2 aku dapatkan diorang & tanye, what happen, actually?! Diorang kata, mase Hafiz on air cond, terus air cond tuh malatops! Kuar api bagai... Sepantas kilat Hafiz padam api tu pakai fire extinguisher. Syabas diucapkan kepada adiwira iaitu Encik Hafiz-man..! He3... Air cond tu adalah air cond kat area Kak Ah ngan Encik Amir. Abis putih melepak meja2 diorang. Cam salji plak! ;P

Hape2 pun, thank God sebab takde kemalangan jiwa. Hopefully, insiden2 camnie takkan berlaku lagik. Aminnn...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google