SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR. Show all posts

Friday, October 11, 2019

DEMIKIANLAH...

#Throwback

Masa untuk check-out. Sudah2lah tu berjimba. Tapi, selpie tak boleh sudah2 sampai ke sudah. Ha3...

~ Kenang2-an di depan bilik memasing...

~ Babai 213, 215 & 217... U'll be missed. Eceh!


~ Depan chalet.

~ Flying 'fox'. Ha3...

~ Yang di kejauhan sinun tu masih tak buleh move on dengan pool. #NiaBeghaseNakStaySiniLagik Ha3...

~ Lepak bawah pokok kelapa ni pun macam best jugak. Especially time angin sepoi2 bahasa...

~ Mungkin #NiaBeghaseDahBulehMoveOn. Ha3...

~ Jadik Nia mampu tersenyum girang...

~ ... dan berselpie senget2 badan. Ha3...

~ Sis pun beghase macam Nia, tak boleh move on. Hu3...

Demikianlah kesah birthday bash Mother merangkap family vacay kami... Lain tahun, jumpa lagi... Babai.


*TAMAT...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, September 30, 2019

AMEKLAH KAU MARKAH ITU..!

#Throwback

Membakar lemak dengan berenang walaupun skill berenang adalah ke laut! Ha3...

Redah je lah. Acah2 terror.  

~ Agak crowded. Mungkin sebab semua pakat lepas gian berenang puas2 sebelum check-out.

~ Mother jadik photographer. 


~ Aku paling suka tengok Rifqi berenang dengan bantuan pelampung. #AcuTerhibor sangat tengok pengepakan kakimu itu..! Ha3...

~ Kalau tak over excited, bukan kitorang lettew..! ;P

Penat berenang. Tapi, tak reti2 nak stop, balik chalet. 

Sambung riadah kat court, sebelah pool. Acah2 main beach volleyball. Termengah2, don't care..! Redah. Hu3...

Konsep beregu campuran. Kadang2 3 vs 2. Kadang2 2 vs 2. Kadang2 2 vs 1 pun hado. Peraturan sukahati. Haaa... lantak situ! Ha3...

Markah dikira bergantung kepada rengekan & bebelan ketidakpuasan hati daripada anak2 sedara. Kalau lebih merengek + membebel, maka amiklah kau markah tu. Ha3...

Natijahnya, balik chalet tercungap2 tak cukup napas. Amekaw! Ha3... Lawak betul ni..! 


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, September 24, 2019

SELONGGOK LEMAK UNTUK DIRATAPI

#Throwback

Kerana tido yang lena, bangun pagi pun rasa fresh. Betullah kata orang2... Sesekali perlu get back to nature. Tak semestinya ke hutan tebal. Cukup asal dapat nampak kehijauan dengan sound effect unggas2, pun dah ok.

~ Senyum pun seindah suria... ;D

Menapak sikit untuk breakfast kat The Rumbia Coffee House. Warm up. 

~ Not so me. Ini sejenis mukadimah breakfast Kanda.

~ This is really me! Lepas tu, meratapi di bucu katil, tengok lemak selonggok. Ha3... Hadoih!

~  Peminat fanatik K-Pop ajak selfie.

~ Peminat K-Pop vs Peminat Wani Hasrita. Ha3...

Rifqi ni adik Kak Ngah. Obviously, umur pun lebih muda la kan... Tapi, taste a bit lebih dewasa dari usia. Dalam kereta, kalau pasang lagu K-Pop, waima Blackpink sekalipun, dia #WatLekWatPeace je. 

Tapi, kalau kau nak tengok dia berubah character sekelip mata, kau try la pasang lagu Wani Hasrita. Nescaya, jiwang terus! Karoks dengan feeling tahap gaban, macam nak putuih urat tengkuk bila tarik high pitch. Ha3... #AcuTerhibor

~ Berebut handphone Acu. Berebut nak selfie. Sampai sorang dah buat muka ketat.

~ Comfy

~ Menebeng dengan Nenek diorang pulak.

~ Luas

~ Gigih bila jumpa cermin.

~ Cap kecik tak muat kepala don't care! Ha3...

~ Rifqi, mata mana mata?! He3...


~ Turn Rania pulak selfie.

~ Buleh tahan jugak dia punya tahap syiok sendirik tuh. Ha3...

~ Dengan Mama dia yang tengah gigih tidokan Raisha pun bollehhh..!

~ Senyuman & #OOTD dah bajet muslimah. 

~ Tapi, kalau kau tengok dia layan K-Pop, habis tarian sexy Jennie (Blackpink) dia tapau! Macam lupa diri! Ha3...

~ Acu Pendi pun terjebak jadik mangsa keadaan. ;P

~ #TeamKPopTegar

Breakfast tak hengat! Lepas tu, rasa mengantuk yakmat. Ikutkan hati, nak layan bantal kat chalet. Tapi, tokleh jadik, weh..! Kena lawan! Kalau tak, pasti meratapi di bucu katil tengok lemak selonggok lagi... Hu3...

Anak2 sedara ajak swimming. Wokeh, onz..! ;D


*Bersambung


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, September 20, 2019

LENA YANG DAMAI

#Throwback

Malam diputuskan untuk aktiviti bebas. Suka hatilah nak pergi mana. Nak merepot kat bilik sambil layan tv ke... Nak keluar ke town beli makanan ke... Atau nak menjamu selera kat The Rumbia Coffee House. Up to u, bebeh! ;P

Aku & Kanda decide untuk makan kat town. Yang lain semua join kecuali Abang, Kak Aneem & Raisha. 

~ Chalet waktu malam...

~ Rasa sayang pulak nak tinggalkan chalet. Eceh!

~ Depan lobby pun sempat selpie sekeping 2. He3...

~ Fountain tu cantik. Ada lampu warna-warni.

Town nampak macam pekan koboi. Tak happening & tak bingit waktu malam. Ada a few restoran yang bukak, mamak / masakan panas Thai. Kami pilih masakan panas Thai. 

Lepas dinner, singgah kedai serbaneka, beli junk food & mineral water. Bekal kat chalet, kot2 terlapor. ;P

~ Sebelum kembali ke chalet, sempat lagik, oiii..! Heh3...

~ Sis berbaju tido don't care..! 

Lena tido. Damai je. Takde hingar-bingar suara manusia berkaroks. Yang kedengaran, cuma bunyik cengkerik & unggas. Zzzzzzzzzz........ 


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, August 29, 2019

LEFTOVER SOLD OUT!

#Throwback

Kami check-in di De Palma Eco-Resort, Kuala Selangor, Selangor. 2 minggu pencarian & survey party venue ni.

Full address seperti berikut:-

De Palma Eco-Resort Kuala Selangor,
Jalan Tanjung Keramat, 
45000 Kuala Selangor, Selangor.

No. Telefon: 03-32897070

Kau diberi 2 pilihan iaitu sama ada nak menginap di Chalet / Villa. Chalet ada 4 jenis:-

Superior
Deluxe
Junior Suites
Dara Suites

~ Kawasan chalet.

Villa pulak ada 3 jenis:-


Villa Superior
Villa Malawati / Desa / Tanjung Suite
Villa Jugra 

Pilihan kami adalah 2 Superior Queen Chalets & 1 Superior Single Chalet. Comel, comfy, ada private bathroom & cukup segala basic facilities dengan pool view & lanskap kehijauan. Maksudnya, bukak tingkap, nampak pool. Bukan pintu, nampak lanskap kehijauan. Aaa gitchew..!

Aktiviti petang hari adalah cubaan menjadik Pandelela Rinong. Membawak sampai ke pukul 6.30 petang.

Pool ada 2 sides. Adult & kids pool. So, kalau yang datang bawak anak2, tak perlu risau pasal depth of the pool. Suruh je anak2 tu berkubang dalam kids pool. In shaa Allah... selamat. Kids pool jugak menyediakan mini slide. Hah, bolehlah anak2 tu bergumbira sambil menggelongsor..!

Lounge chairs pun ada di sekitar pool. So, kalau bawak mokcik2 / nenek2 yang tak nak mandi tapi, nak lepak chill2 tepi pool sambil tengok anak2 sedara / cucu2 mandi, bolehlah diorang lepak2 kat lounge chairs tu. Nak berjemur, buleh... Nak beredup pun buleh sebab ada sebilangan lounge chairs yang tempatnya di bawah pokok2 renek.

~ Sebelum basah-kuyup.

~ #TeamPandelelaRinong

~ View dari bilik Mother. Senang Mother nak jerit kat anak2, menantu & cucu2, suruh naik, sudah2lah tu berkubang, nak Maghrib dah, oiii..! Ha3...

Lepas berkubang, opkos perut lapor kan... Bilik Mother jadik mangsa serbuan sebab situ port makanan. Leftover jamuan birthday laju je sold out! Licin! Ha3...

*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



KEJUTAN YANG BERJAYA

#Throwback

AJK yang cemas kembali bersiaran... ;P

Abang roger2, katanya diorang dah selamat check-in. Backdrop decor pun dah siap. Hanya menanti ketibaan yang dirai. ;D

Abang & family standby kat chalet. Mother tak buleh tau pasal kewujudan diorang sebab awal2 lagik kami bagitau Mother yang Abang & family tak dapat join. Reason: Kak Yong nak study untuk UPSR. Ha3... Kak Yong jadik mangsa keadaan. ;D

Aku & Kanda masih dalam mode berlakon. Aku perlu acah2 pergi lobby untuk check in. Tapi, yang sebenarnya, aku jumpa Abang kat tepi chalet, nak amik kunci chalet Mother.

Kanda pulak perlu acah2 berpusing2 kat parking lot untuk carik parking yang terpaling sesuai. Ha3...

~ Bawak Mother masuk chalet, Abang & family ambush dari belakang &... tadaaaaaa...... inilah hasilnya..! 

~ Alhamdulillah... surprise berjaya.

~ Tanjat Mother kita, u ols..! He3...

~ Rasa happy sangat bila apa yang dirancang jadik kenyataan.

~ 'N.E.N.E.K.L.O.V.E'. Kreativiti anak2 sedara...

~ Yang dirai, our 1 & only Mother...

~ Dikelilingi kaseh & sayang... Ecewah!

~ Bebudak ni dah tak sabar nak gedebush dalam pool. Asik2, 'Acu, jom la... Acu, jom la...'

~ Happy birthday, Mother..! Sweet 17. Ha3...

~ Semoga Mother diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki & dikurniakan kebahagiaan di dunia serta akhirat. Aamiin...

~ Acara penyampaian hadiah dimulakan oleh Kak Yong.

~ Diikuti oleh Kak Ngah.

~ Seterusnya, Rifqi.

~ Tak lupa dari Rania.

~ Daripada Abang.

~ Dan diakhiri dengan Kak Aneem.

Aku & Kanda mohon K.I.V hadiah. Tak sempat nak beli. He3...

~ Selain dari kasih sayang, Mother juga dilimpahi hadiah2.

Semoga Mother happy sampai ke bulan, bintang & mentari... ;D

Lepas tu, ada acara jamuan. Menu seperti berikut:-

Nasik putih
Ayam sirsau cili padi
Ikan pelata masin goreng
Ulam timun
Kek red velvet
Air Revive 
Mineral water

Alhamdulillah... ;)

Baru la ada tenaga nak jadik Pandelela Rinong! He3...

*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google