SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label BEEF BURGER. Show all posts
Showing posts with label BEEF BURGER. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

COTTAGE BEEF BURGER

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Homemade burger. Dapat extra kepuasan! Sebab sukahati nak bubuh filling apa... rupa paras nak macam mana... nak tinggi mana... Tapi, daging burger tu yang frozen je lah. Heh3...

Bahan2:-

2 biji telur ayam
2 keping daging burger
2 set bun burger
1 biji tomato (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
Daun salad
Serbuk lada putih
Sos cili
Marjerin
Mayonis

Cara2 Penyediaan:-

1) Cairkan marjerin. Goreng daging burger hingga masak. Sambil2 goreng tu, taburkan dengan serbuk lada putih pada kedua2 permukaan daging burger. Angkat & toskan.
2) Pecahkan telur ayam. Buat telur mata kerbau. Angkat.
3) Sapukan marjerin pada bun burger. Tekapkan pada kuali hingga kekuningan. Angkat.
4) Lapiskan beberapa hirisan tomato di atas bun burger (bawah). 
5) Letakkan sos cili & daging burger yang telah digoreng tadi.
6) Sapukan mayonis pada bahagian atas kepingan daging burger.
7) Lapiskan dengan daun salad & telur mata kerbau yang telah digoreng tadi.
8) Diakhiri dengan sapuan mayonis & sos cili. 
9) Tutup dengan bun burger (atas). Siap!

~ Cottage Beef Burger

Ini untuk 2 bijik burger. Kalau nak buat berbijik2, pandai2lah tambah bahan2 tuh. Actually, aku buat 6 bijik burger tapi, aku show-off bahan2 & cara2 nak buat 2 bijik je lah. 

2 bijik ni untuk aku & My 'Jebat'. Lagik 4 bijik tu aku 'delivery' kat Abang & family. Bubuh siap2 dalam polistrin, siap tulis nama lagik, noks..! 

ABANG
KAK ANEEM
KAK YONG @ MOK CIK
KAK NGAH @ GEDIMB
MAT QI (RIFQI)

Kellassssssss...... tak ah kak..??? Awwsss..!!! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Monday, July 26, 2010

TIDO BERJEMAAH

Morning, you ols..! Wassup2..! ;) Amacam pagi nie? Masih dalam blueskah? Aku cam bese la... musti mengantuk tahap dewa punye... wa cakap lu..!

Ntah la... Dunno whylah! Hari Isnin jer, mata aku memang cam kene gam jer. Nak kata tak cukup tido... tak jugak kot. Sebab semalam, aku bantai tido tak hengat punye..! Bukan aku jer tau! Mak & my 'sayang' pun mentido gak. Owhhh... lupa nak bagitau, hari Sabtu mak aku tido umah aku. Pagi Ahad lak, aku volunteer buat breakfast. Bapak punye terkejut mak & my 'sayang' bila aku kata aku volunteer nak buat breakfast! Siap mulut terlopong, ternganga ko!!! Tak ke dasat tuh?! ;P

Aku nak try buat my own beef burger, actually. Dah 2 hari dah beli bahan2. Kang kalau tak usahakan buat, mau kematu bahan2 tu sume dalam fridge. Pastu, buang... Membazir, owhhh... Not good... Not good... Pukul 8.40 a.m, breakfast pun siap! Ade beef burger, french fries ngan air teh. Instead of, ade gak la nasik lauk sardin ngan ikan goreng. Langkah berjaga2 nih sebab my 'sayang' tu bukan buleh pecaya! Musti nak carik nasik punye..! Isk3...

All went well... alhamdulillahhh... Diorang kata burger tu tak mendukacitakan. Tak kesah la tu statement nak jaga hati ke hape kan... Yang penting, I made it, bebeh! Ko ado..??! ;P

Lepas breakfast, we ols sambung layanz AFC. My 'sayang' terbongkang kat depan tv, sambung tido. Pastu, aku lak. Last sekali, baru mak aku. Bangun adalah pukul 11 a.m. Terbaik, wok! Ha3... Mak kata, tak penah dia buat seumur hidup mentido pepagi camtu. Tapi, dah tengok aku ngan my 'sayang' baik punye lena, mak pun terpengaruh sama. Hiks...


*Entry nie tak bergambar sebab abang aku pinjam camera. Nak snap pakai camera handphone pun tak buleh sebab bateri abis, tengah charge. Harap mahap, ye! Tsk3...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google