SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label IMI-NANA. Show all posts
Showing posts with label IMI-NANA. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

KUNING DIRAJA

Resepsi Nana-Imi...

Sebelum ke majlis resepsi, sempat jugaklah kitorang berfotogediks, especially si Kak Yonglah. Gigih meredah panas membahang semata2 termakan hasutan Acu dia yang suruh dia berposing. Ha3...

~ Sampai terpejam2 mata Kak Yong, hokay! He3...

~ Manjas! 

~ 'Angry bird' muslimah insap terbang... He3...

~ Ajak Atok join sekali. Nasib baik Atok sporting. ;)

~ Kiut tak Nenek? ;P

~ Dua2 pun comel kan? Hiks...

Kak Yong kata, pose2 kat atas tuh semua untuk Ibu (Kakak aku) tersayang... Holloh3... Rindu la tuh! ;P

~ Pokcik cinonet ni kan... ada je 'mainan luar biasa' yang dia bawak. Nampak tak sikat merah Mak tuh? Haish!

~ Cukup kuorum. Ke... nak 'add-on' lagik? Ha3... Larikksss..!!!

Kitorang sampai dulu ke rumah Nana. Terpaksa jalan dulu sebab bebudak dah nak mengamuk. Hari tu pulak panas membahang ya amat! Kita yang dewasa merangkap remaja purba ni pun rasa berlengas, inikan pulak bebudak kan...

~ Lepas kitorang makan, baru rombongan Imi sampai.

~ Terkejut jugak tengok busana Imi sebab jarang kot kuning diraja yang sekuning2nya macam nih pengantin2 pilih untuk busana kahwin diorang. Tanjat, Boboy tau! Ha3...

~ Tapi, bila diamat-amati, cantik jugak! Takde la klise sangat kan... 

~ Confirm Nana memang peminat warna2 striking. Tak syak lagik!

~ Anak dia tak buat perangai, Abang pulak yang buat perangai. He3...

~ Melepak kejap sambil layan Kak Yong makan lolipop.

Tak dapat nak tunggu sampai majlis persandingan habis. Berlengas! So, balik rumah Mak, mandi & mentido. Sunyi je petang tu sebab semua lena dibuai mimpi. 

Hebak tak aktiviti kitorang? He3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, February 20, 2013

IJAB KABUL IMI & NANA

Anak bujang Cik Ros pulak naik pelamin. Means, Cik Ros ngan Cik Amit sambut 2 menantu dalam setahun. Memula Linda kahwin, kali ni Imi pulak. Congrats! He3...

Dah sampai seru katanya kan... ;)

Mak ajak attend majlis akad nikah. We ols ok je... 

~ Anak2 Abang dah get ready. 

~ Rifqi pun dah handsome2. Hiks...

~ 'Oppa... Gangnam style..! La3...'

~ Aku pun dah siap. Tema, aci belasah je pakai oren. Mengikut instinct katanya... 

~ Last2, ke laut! Sebab tema diorang adalah pink! Owh3...

~ Enterframe sesado..!!! He3...

~ Ayah pengantin pompuan yang nikahkan sendirik anaknya.

~ Ini la pengantin pompuan. Nana namanya... Nama penuh dia sodap gak, Hijjiriatul Husna. 

Musti Imi selalu praktis sebut nama penuh Nana. Sebab kalau silap sikit, mau tergeliat lidah! He3... 

Alhamdulillah... sah dengan sekali lafaz je.

~ Solat sunat, amik berkat.

~ Shocking pink! Jarang orang buat baju nikah tema striking2 nih. Aku syak Nana memang peminat kaler2 striking sebab baju sanding dia lagik dasat! Kaler kuning diraja. Cantik apa..?!!

~ Mak nak enterframe dengan Nana. 

~ Menantu Mak yang sorang ni pun nak enterframe jugak..! ;P

~ Mak join Kak Yong & Rifqi buat 'P.E.A.C.E'. Sempoilah! Tapi, 'P.E.A.C.E' Rifqi yang paling ke laut! Ha3...

~ Penyerahan mas kahwin.

~ Upacara membatalkan air semayang.

~ Dah dapat gelang, kena la salam cium tangan suami kan... Mana tau esok2 boleh dapat gelang kaki pulak! He3...

Jodoh Imi dengan orang dekat je. 1 negeri, 1 daerah tapi, lain2 kampung je... Orang Chenderong Balai tu, haaa..! 

Tak kesah la jauh ke dekat kan... Yang penting, sayang & SETIA HUJUNG NYAWA... ;)

Eh2, nak jugak... 'SETIA HUJUNG NYAWA' kan..! Hiks...

Well... ah kak kan Ratu Sinetron... Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google