SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RAYA 2014. Show all posts
Showing posts with label RAYA 2014. Show all posts

Wednesday, October 1, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #68: SOROK PERUT

~ Selepas makan2 dengan hebaknya @ jamuan raya SKM Perak. Nasib baik berjaya sorokkan perut. Ha3...



:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, September 25, 2014

MACAM ROMEO DENGAN JULIET...

#throwback

Officemate dengan jamuan makan2 memang tak dapat dipisahkan. Macam lagu dengan irama... Macam ombak dengan pantai... Macam Romeo dengan Juliet... Ecewah!!! Ha3...

Sebab tu jugaklah kat opis ada Pegawai Jamuan. Jawatan yang diwujudkan khas untuk Kak Ja. Kira sain sampai pencenlah! Dengan harapan, Kak Ja tarik balik permohonan transfer dia either ke Terengganu / HQ. Hiks...

~ Hati pun beronok2 bila di depan mata terbentang luas makanan2 cenggini. Ho3...

~ Pegawai Jamuan dengan Assistant Pegawai Jamuan. Eh, tetiba pulak Cik Nad jadik Assistant Pegawai Jamuan! He3...

~ Proses melonggarkan button blazer memasing sebab takut sendat. Ha3... Larikksss..!!!

~ Opening speech from Encik Boss.

~ Diikuti dengan personal speech daripada Cik Nad, ...

~ ... Kak Ja, ...

~ ... Encik Selvam, ...

~ ... Hafiz, ...

~ ... Fadzil, ...

~ ... & Encik Amir.

Semua kasik speech kecuali ah kak sebab ah kak sibuk jadik photographer merangkap berselfie tak hengat! Heh3...

~ 3 munge SKM, Hilir Perak. Ececeh..! ;P


~ Macam nak bersilat je... Isk3...

Ini jamuan raya merangkap jamuan untuk mengalu2kan kedatangan Cik Nad. Sebab tu ia di #throwback kan. Plus, tengok je la makanan2 yang terhidang kat atas meja tu. Lemang, nasik impit, kuah kacang bagai... Obvious sangat mencerminkan tema rayanya..! ;P

'Kembung' perut untuk 1 hari. Terima kasih Puan Pegawai Jamuan yang gigih menjayakan makan2 nih. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, September 6, 2014

2 + 3 SYAWAL

#throwback

Baliklah pulak ke rumah mertua... lepas beraya sakan dengan family aku. Diorang plan nak beraya ke rumah Tok Uda kat area2 menghala ke Sabak Bernam nun..! Apa ntah nama tempat dia. Aku selalu konpius antara Sabak Bernam, Sungai Besar & Kuala Selangor. Tak boleh nak detect dengan pantas! Buta jalan ya hamat! Hu3...

Hujan renyai2. Mengantuk pulak mata nih. Isk3...

Kemudian, beraya pulak ke rumah nenek Yana. Kebetulan, parents Yana balik beraya kat situ. So, dah alang2, kami terjah je lah. Katanya... Mak Yana dah siap masak nasik untuk lunch. Owh... memang thorrbahek sangat tuh! Hujan + mendung kan... perut memang semedang je berkeroncong. He3...

Kami sampai lewat sikit. Eh, lewat banyak kot..! Pukul 3 ++ petang baru nampak batang hidung. So, dikategorikan sebagai late lunchlah. Hmmm... takpe... aci jerrr... ;)

Nasik putih + kari ayam + ikan goreng + telur dadar = perrgghhh..!!! Riang-ria betul perut nih. Kalau buat ultrasound, kompom nampak dia sedang menari2 zapin. Ha3...

Sebelum balik, sempat singgah rumah sedara belah Abah. Pangkat Tok jugak kot sebab Abah panggil as 'pakcik'. Dijamu dengan mee goreng & bubur jagung adalah sangat best! Rasa macam nak mintak tapau je mee goreng tuh. Tapi, maluuuuuuuu.........!!! Behave itu penting bila bersama family mertua, ye! ;P

3 destinasi je untuk 2 Syawal. Ok la tuh kan...

Esoknya pun kami beraya lagik. Start belah petang. Destinasi pertama adalah rumah Mak Kerol kat Kampung Gajah. Wajib carik daging dendeng Mak Kerol sebab best. Lepas tu, jumpa pulak dengan cookies yang thorrbahekkk..! Bulat discover dulu. Lepas tu, kami 'berjemaah' meratah cookies tu. Krup krap... krup krap... sesado! He3...

Kemudian, ke rumah Nenek Siai kat Kampung Bahagia. Nenek Siai = nenek sedara belah My MIL. Belum sempat tuan rumah pelawa apa2, My MIL, My 'Jebat' & adik2 ipar dah berusaha dengan gigih kait buah rambutan kat laman rumah Nenek Siai. Aku sekadar 'rakan subahat'. Tukang tala mulut je. Ha3...

Sodap, owh..! Lekang & tak berair. Feeling habis! ;D

Last pit stop adalah rumah Angah Ali. Then, baru balik rumah.

~ 'Abang Pengakap' dengan 'Kakak Renjer Puteri' baru balik beraya. Penat & nak berehat. Hiks...

Hokaylah! 2 + 3 Syawal dah selesai. Sekian dulu...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google