SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, June 22, 2016

DUGAAN ROMADHON...

Tak sangka sangat! Sumpah, tak tipu!

Ye la kan... selama ni, dok dengor orang lain yang kena. Tengok kempen2 yang kerajaan buat kat tv je. Sekadar tengok, amik tau serba sikit. Langsung tak terpikir yang ianya akan jadik kat kita. Hu3...

Kronologinya cenggini...

6 Jun 2016

Oppa demam. Tapi, masih berjaya lunaskan puasa. Alhamdulillah... Ajak ke klinik, tak nak. Telan Paracetamol je. In shaa Allah... kebahlah nanti katanya... 

Sepatutnya, berbuka kat rumah mertua. Tapi, terpaksa cancel sebab Oppa tak larat nak duduk / bangun lama2. Baring je... Aku WhatsApp Jejah, bagitau tak dapat berbuka sama2 sebab kondisi Oppa. Lepas Isya', My MIL, Memem, Huda, Kerol, A-im & Bulat datang ziarah. Terima kasih, you ols..!

7 Jun 2016

Demam Oppa tak kebah2. Aku paksa + pujuk untuk ke klinik. Setuju jugak akhirnya... Doktor kata, viral fever je. Masalahnya, aku pulak yang macam nak kena demam allergic. Lama dah tak kena. Kali ni, naik teruk! 1 kepala + muka naik bengkak, gatal2. Hadoiiyaiiinyapon..!

8 Jun 2016

Kompom aku demam! Tak syak lagi. Oppa pulak bawak aku ke klinik walaupun sebenarnya dia still demam. Aku telan ubat, alhamdulillah... semakin kebah. Demam Oppa on-off. Paling tak best, kami berdua hilang selera makan! Cium bau nasik tengah menggelegak yang Mother masak pun nak muntah. Mother masakkan ayam sirsau faveret kitorang pun, selera tak muncul2. Sampai perut masuk angin. Malam tak boleh tido sebab perut sakit, sebu je... Tsk3...

11 Jun 2016

Badan Oppa naik rashes. Kami syak ia demam campak biasa. Oppa minum air kelapa & makan ubat macam biasa. Selera makan dah ada sikit2 la... Tapi, still tak memberangsangkan. Sangat rare, hokay... tengok Oppa makan nasik 1/2 senduk. 


14 Jun 2016

Aku pulak naik rashes. Perut sakit sebab tak makan. Selera makan masih ke laut dalam! Oppa bawak ke klinik. Doktor just bagi ubat angin & buat surat untuk dirujuk ke hospital sebab doktor syak aku kena demam denggi. O.M.G..!!! Tanjat gigirl, hokay!

Terus ke Jabatan Kecemasan, Hospital Teluk Intan. Doktor tanya macam2 soklan sampai nak muntah aku jawab. Hu3... Doktor amik darah. Aku dapat katil kat Zon Hijau. Doktor bagi drip sebotol air sebab aku dehydrated. Result darah dah dapat. Kompom demam denggi! Tapi, doktor kata dah di tahap tak berapa bahaya. Platlet: 199. Kalau aku berjaya minum 500 ml mineral water sambil kena drip, aku tak perlu admit. Walhal sebenarnya aku nak sangat admit sebab nak kerja senang. Lepak wad, sambil kena drip, kompom tak dehydrate. Ha3... cenggitu la kepala otak aku berpikir. 

Lepas minum 500 ml air & drip habis sebotol, aku dah boleh balik. Syaratnya, kena minum banyak air. Sikit2 pun takpe, asalkan kerap. Aku dah boleh makan walaupun cuma 1/2 senduk nasik. Alhamdulillah... 

15 Jun 2016

Repeat check up darah kat Klinik Kesihatan Teluk Intan (KKTI). Result platlet: 183. Turun sikit. Tapi, doktor kata still ok. Atas paras bahaya. Doktor suruh continue minum air banyak2.

Oppa pun diarahkan check darah. Result platlet Oppa: 211. Alhamdulillah...

16 Jun 2016

Repeat check up darah kat KKTI lagik. 

~ Result platlet: 230. Totally bebas denggi. 

Tapi, Dr. Masdoq Zahari kata, still kena continue minum air banyak2 & makan. 

Ingat betul aku kat nama doktor tu sebab nama dia macam rare sikit tang 'Masdoq' tu. Lepas tu, sebab kami saling membahan. Dia bahankan aku, aku bahankan dia balik. Ha3... Tak payah la cerita dengan lebih lanjut bahan pasal apa?! Tak cukup space kang. ;P

Rashes yang naik kat badan Oppa tu sebenarnya denggi, bukan demam campak. Maksudnya, kami berdua kena demam denggi. Nasib baiklah tak teruk. Fuh!

Latest condition: Kami dah back to normal. Takde demam on-off dah. Rashes dah hilang. Sakit2 badan pun dah takde. Dah boleh minum air tanpa paksaan & tanpa rasa loya. Selera makan dah kembali bermaharajalela. Hoyyeahhh..!!! 

Moral of the story: Jangan pandang remeh kat nyamuk Aedes & demam denggi. Sesiapa pun berisiko. Berhati2 & berwaspadalah. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




Wednesday, June 8, 2016

WORDLESS WEDNESDAY #108: MERAHNYA STRAWBERRY

~ Strawberry Cameron Highlands, ole2 daripada Kakak.

Terima kasih... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WORDLESS WEDNESDAY #108: GERALD BUTTLER

~ 13.3.2016

#Throwback of Gerald Buttler.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, June 7, 2016

2 PINGGAN ITU ADALAH PASTI

Ramadan kembali...

Alhamdulillah... Allah bagi kesempatan & peluang untuk berpuasa lagi... Syukur. ;)

Gigih set alarm, doa berbakul2 sebelum tido mintak terjaga pukul 4.30 pagi sebab nak prepare menu bersahur & ikhtiar paling wajib, WhatsApp Mother suh kejut bangun sahur. He3...

Awal2 Romadhon, selalunya takde masalah. Bersemangat waja sangat..! Senang je nak bangun sahur walaupun mata terkulat2 pandang jam sambil bermonolog...

"Bangun sekarang ke... lagik 5 minit?!"
"Lagik 5 minit ke... lagik 10 minit?!"

Ha3... #Dush3

Kesimpulannya, Mother buat wake up call pukul 4.20 pagi. Mulut kata, 'Ok2, Mother. Orang bangun dah ni.' Tapi, hati kata, 'Eh, belum 4.30 pagi! Kita kena punctual! Boleh tido lagik 10 minit ni...'

Kompom aku menangkan kata hati. Ha3... Hadoih!

Nasib baik terjaga pukul 4.40 pagi. Berdesup ke dapur, noks! Errr... sardin mana sardin? Ikan masin mana? Sirap... bla3... Ha3...

~ Pukul 5.05 pagi dah boleh makan nasik putih + sardin + ikan masin goreng + air sirap suam. 2 pinggan a.k.a 2 kali tambah untuk aku & Oppa adalah pasti. #OkBangga ;P

Annyeonghaseyo, Ya Ramadan..! 

Eh2! Ahlan wa sahlan, Ya Ramadan... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, June 6, 2016

NASI GORENG ABANG JANJI

#Throwback

Jejah dah selamat deliver baby boy. Alhamdulillah... & tahniah, Jejah-Mon..! ;)

Jejah deliver c-section. Doktor tak bagi deliver kat mana2 hospital selain Hospital Melaka sebab tak nak kes placenta previa berulang. Nak tak nak, memang kena bersalin kat Melaka je untuk elak sebarang risiko walaupun baby kali ni takde masalah placenta previa. 

Makanya, My MIL kena jaga Jejah berpantang kat Melakalah. Oppa & aku hantar merangkap melawat anak sedara baru. ;)

~ Pekena mee kari kat Zul Mee Kari, R N R Ulu Bernam. 1 bowl share dengan Oppa sebab kompom aku tak habis punya..!

Perjalanan lancar. Traffic biasa2, sedang2 elok je. Tak jemm. Nice.

Kami terus ke Hospital Melaka. 1st time jejak kaki kat situ. Crowded jugak rupanya. A-im & family dari Johor pun dah sampai.

~ Mak Anjang with baby Muhammad Iman Raziqin bin Isma Amirulalif. Perrgghhh..! Panjang2 betul nama bebudak zaman sekarang. Kena prepare cop dengan stamp pad nih. Senang nak cop muka depan buku latihan sekolah. He3...

Baby Iman tak boleh discharge sebab jaundice. Beberapa hari jugaklah kena stay kat wad sampai jaundice turun. 

Memandangkan ada 1 lagik family yang akan sampai selain kami & family A-im iaitu family Awa, so Oppa ajak aku check-in kat hotel berdekatan. Golden Valley Hotel. Walk in je. Agak2 nampak ok & harga affordable. Sekadar nak tido 1 malam je... Tak perlu nak demand2.

~ Pukul 11 pagi kami check-out.

~ Bilik not bad. Cukup semua kemudahan yang penting2.


      
~ Standard Room, RM 122/nett.

~ Boleh call for reservation, ye..! Eceh! ;P

Rating: 4/5 mintang

Golden Valley Hotel,
No. 17, Jalan Magenta 1,
Taman Bertam Mutiara, Melaka Tengah,
75200 Melaka.


~ Kami shopping belacan kat Pahlawan Walk Market, sejurus selepas check-out. Haaa... nampak tak..? Ayat cendekiawan keluar dah..! He3...

~ Lunch kat Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Ermmm... dappp......

Lepas makan, kembali ke rumah Jejah. Nak amik Abah. Abah tak stay. Abah balik follow kami. 

Pukul 6.30 petang, selamat sampai Sungai Manik. Lepak2 kejap, temankan Abah, tunggu sampai Huda & Kerol sampai. Malam tu, diorang tido sana, temankan Abah.

~ Tengah lepak2 kat gazebo, Abang roger2, WhatsApp gambar di atas. Diorang tengah menjamu selera kat Restoran Wana. Laju je aku jadik jeles! Hu3...

Abang roger2, nak tapau apa2 tak. Sepantas kilat aku order Nasi Goreng Abang Janji! Nama ia pelik! Aku tak pernah try. Abang kata sodap. Sebab tu aku order.

~ Sampai rumah pukul 10 malam. So, Nasi Goreng Abang Janji ni kategori supper la... Simple tapi, sodap!

Terima kasih, Abang sebab memenuhi keperluan perut adindamu ini. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, June 5, 2016

TUKAR SELERA

#Throwback

Hari2 lunch makan nasik. Suatu hari, aku & Oppa ada instinct yang sama. Dua2 teringin makan KFC. Tukar selera.

Ok, takpe. Meh layan anak tekak sementara boleh sebab esok dah tak boleh. Esok puasa. ;)

~ Lama sangat dah 'berpantang' makan KFC & segala jenis fast food. Bila dapat makan, memang nikmat dia to the max! Ho liao sangat..!

Esok, kalau tengok balik entry ni, kompom menangis! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, June 3, 2016

DULU LAIN, SEKARANG DAH LAIN

Dulu...

Kejap. Nak pejam mata, nak down memory lane, nak imagine balik wajah zaman bujang.

1. Dagu runcing2 sikit walaupun tak sangat.
2. Tulang rahang masih jelas kelihatan.
3. Pinggang biasa2. Tak kerengga sangat & tak se-gajah mana. Ha3... Gajah pun bollehhh..!
4. Berat badan maintain 45kg. Kadang2 je cecah 47kg. Kadang2, ok. Kadang2...
5. Hidung mancung, terletak tinggi, cantik je. Ok, fine... ini tipu semata2... Ha3...

Gambar dulu2 ada. Malas nak jaja. Hati & perut jadik 'panas' bila mengtengok. Eh, apa kena-mengena dengan perut?! Kesian perut, jadik mangsa keadaan. Ha3...

Sekarang...

~ Pipi pau...
~ Pipi pau gebu...

~ Pipi pau gebu kuasa 2...

Tak pernah nampak dah dagu yang runcing manja2 tu...
Tak pernah nampak dah tulang rahang. Macam dah ditenggelamkan oleh daging2...
Pinggang sederhana, biasa2 memang nan hado! Hu3...
Berat badan malas nak cakap. Sensitip tahap 4!
Hidung mancung, terletak tinggi, cantik je, maintain, masih wujud. Ok, fine... ini tipu semata2 lagik. Ha3...

Ye, memang betul! Dulu lain, sekarang dah lain. Tapi, jiwanya masih sama. Masih mampu menikmati kehidupan... setiap jatuh bangun... setiap gurau-senda, suka & duka... Masih suka melompat bintang, layan Running Man, drama, blogging, bla3... Masih lagi...

Paling tak boleh blah, masih suka makan. Tak pernah jemu. Ha3...

Bukannya tak stress bila pikirkan pipi... dagu... pinggang... berat badan... Tapi... ahhhhhh...!!! Apa ada hal?! Sebab yang penting, dia masih feeling gorgeous. Ha3... #Larikksssss 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, June 2, 2016

SAMBIL MENYELAM, MINUM AIR

Kawan Oppa kahwin. Lokasi wedding tak jauh sangat pun dari kampung Oppa a.k.a kampung aku jugak. Well... we ols kan sekampung... ;)

So, plannya cenggini... Kita pergi wedding dulu, kemudian balik kampung, rumah mertua. Sambil menyelam, minum air. Packing2... ecewah... macam nak balik seminggu kekdahnya... He3... 

Pukul 12.30 tengah hari, dah terpacak kat lokasi wedding. Elok sangatlah tu. Waktu yang tepat & jitu untuk memanjakan perut. Ha3...

Makan sambil tengok pengantin makan beradab. 

~ Tahniah, Mr. & Mrs. Pengantin..! Semoga bahagia hidup happily ever after hingga jannah. In sha Allah... Amin...

~ Ok, dah. Jom balik kampung.

Lepak sampai malam kat rumah mertua. Kemudian, terus balik rumah sendirik. Tak singgah mana2 sebab nak tengok Running Man. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, June 1, 2016

SUTUN BERENANG DALAM KUAH KARI

Ini kessah terlajakkkkkk...... rajin..! Mood memasak tetiba datang secara mengejut. Speechless sangat..! Rasa amazing sangat..! Rasa awesome sangat..! Ha3... propa sangat..!

Kita masak kari sotong, wakkk... Rare sangat tuan tanah kedaung ni nak masak apa2 spesis kari. Tapi, kari tak bersantan la... 

Reason propa: Ia lebih healthy. 
Reason sebenar: Kalau aku bubuh santan, kompom jadik sotong masak 'seri kaya'. Fail nau2 masak kari bersantan! Stress ah kak dengan diri sendirik! Hu3...

~ Sutun berenang dalam kuah kari jadik pencicah kepada roti paratha. Khas untuk dinner.

~ Leftover kari sutun di reheat, jadikkan lunch bento, makan kat opis.

Hmmm... esok, macam ada perasaan nak buat lunch bento. Nasik goreng mungkin... Telur dadar jugak mungkin... Errr... kita tengoklah esok, macam mana... kot2 yang 'mungkin2' tu berkemungkinan jadik realiti. 

So, sila nantikan... Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google