SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RESTORAN ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG. Show all posts
Showing posts with label RESTORAN ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG. Show all posts

Monday, June 6, 2016

NASI GORENG ABANG JANJI

#Throwback

Jejah dah selamat deliver baby boy. Alhamdulillah... & tahniah, Jejah-Mon..! ;)

Jejah deliver c-section. Doktor tak bagi deliver kat mana2 hospital selain Hospital Melaka sebab tak nak kes placenta previa berulang. Nak tak nak, memang kena bersalin kat Melaka je untuk elak sebarang risiko walaupun baby kali ni takde masalah placenta previa. 

Makanya, My MIL kena jaga Jejah berpantang kat Melakalah. Oppa & aku hantar merangkap melawat anak sedara baru. ;)

~ Pekena mee kari kat Zul Mee Kari, R N R Ulu Bernam. 1 bowl share dengan Oppa sebab kompom aku tak habis punya..!

Perjalanan lancar. Traffic biasa2, sedang2 elok je. Tak jemm. Nice.

Kami terus ke Hospital Melaka. 1st time jejak kaki kat situ. Crowded jugak rupanya. A-im & family dari Johor pun dah sampai.

~ Mak Anjang with baby Muhammad Iman Raziqin bin Isma Amirulalif. Perrgghhh..! Panjang2 betul nama bebudak zaman sekarang. Kena prepare cop dengan stamp pad nih. Senang nak cop muka depan buku latihan sekolah. He3...

Baby Iman tak boleh discharge sebab jaundice. Beberapa hari jugaklah kena stay kat wad sampai jaundice turun. 

Memandangkan ada 1 lagik family yang akan sampai selain kami & family A-im iaitu family Awa, so Oppa ajak aku check-in kat hotel berdekatan. Golden Valley Hotel. Walk in je. Agak2 nampak ok & harga affordable. Sekadar nak tido 1 malam je... Tak perlu nak demand2.

~ Pukul 11 pagi kami check-out.

~ Bilik not bad. Cukup semua kemudahan yang penting2.


      
~ Standard Room, RM 122/nett.

~ Boleh call for reservation, ye..! Eceh! ;P

Rating: 4/5 mintang

Golden Valley Hotel,
No. 17, Jalan Magenta 1,
Taman Bertam Mutiara, Melaka Tengah,
75200 Melaka.


~ Kami shopping belacan kat Pahlawan Walk Market, sejurus selepas check-out. Haaa... nampak tak..? Ayat cendekiawan keluar dah..! He3...

~ Lunch kat Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Ermmm... dappp......

Lepas makan, kembali ke rumah Jejah. Nak amik Abah. Abah tak stay. Abah balik follow kami. 

Pukul 6.30 petang, selamat sampai Sungai Manik. Lepak2 kejap, temankan Abah, tunggu sampai Huda & Kerol sampai. Malam tu, diorang tido sana, temankan Abah.

~ Tengah lepak2 kat gazebo, Abang roger2, WhatsApp gambar di atas. Diorang tengah menjamu selera kat Restoran Wana. Laju je aku jadik jeles! Hu3...

Abang roger2, nak tapau apa2 tak. Sepantas kilat aku order Nasi Goreng Abang Janji! Nama ia pelik! Aku tak pernah try. Abang kata sodap. Sebab tu aku order.

~ Sampai rumah pukul 10 malam. So, Nasi Goreng Abang Janji ni kategori supper la... Simple tapi, sodap!

Terima kasih, Abang sebab memenuhi keperluan perut adindamu ini. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, December 31, 2015

NAK ASAM PEDAS MELAKA JUGAK!

Jejah admitted! She's pregnant & dia bleeding. Ada polyp di luar rahim. Bila baby makin membesar, baby himpit polyp tu. That's why la boleh jadik bleeding. Cenggitulah teorinya...

Oppa & aku bawak My MIL & Abah ke Melaka. Nak tengok Jejah. Rupa2nya, Jejah dah discharge. So, kami buat gathering mengejut kat rumah Jejah je lah. ;)

Dari Teluk Intan ke Batu Caves. Spend 1 malam kat rumah Awa. Esok pagi2, terus berdesup ke Bukit Rambai, Melaka. 

1st time sampai kat rumah Jejah-Mon. Lepak2 kejap... relax2... chill2... makan roti canai... bla3... tengah hari sikit, kami jalan2 carik makan untuk lunch. By hook / by crook, nak makan asam pedas Melaka jugak! Heh3...

~ Setelah mengenyangkan perut di Restoran Asam Pedas Selera Kampung.

Awa & Bulat join sekali. Meeting point kat Restoran Asam Pedas Selera Kampung tu lah. Ok jugak. Boleh beronok2..! He3...

~ Port beronok2 adalah di Pantai Puteri.

~ Ada seketol kapal. ;P

~ Syiok tengok laut, tengok bebudak + mak2 budak + bapak2 budak mandi-manda, tengok kapal2 lalu nun di kejauhan... dengan angin sepoi2 bahasa lagik...

Cuma 1 je yang tak syiok! Tempat redup yang kami bentang tikar tu ada banyak ulat kecik2 lah. Pa-alip-cha-alip-ta pun ada! Sumpah, tak tipu!! Geli-geleman, noks..! Maka, aku pun ajak Oppa menebeng kat pesisir pantai. Sunburn pun, sunburn lah! Gasak! Yang penting, takde mende geli-geleman. Hu3...

Lewat petang kami balik ke rumah Jejah. Malam tu, masak yang simple2 untuk dinner termasuklah asam pedas lagik by Mon. Wee hooo..! Ho liao! He3...

Esok pagi, lepas breakfast, kami chow..! 


p/s: Polyp Jejah dah takde. Doktor berjaya buang sebab kat luar rahim. Ngilu jugak dengor Jejah cerita proses pembuangan polyp tersebut. Hu3... Hopefully, baby & Jejah sihat2 je... In shaa Allah... Aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, December 20, 2012

ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG

Tak larat nak explore dah sebab perut dah berkeroncong. Lapor! Sapedek dulu baru sambung pengexploran.

Dah katanya kat Melaka kan... harus la mengtry asam pedas Melaka yang meletop kebabom tuh! Heh3...

Kitorang makan kat Asam Pedas Selera Kampung. Pernah datang sini sekali, masa hantar Jijah further degree nih. Abang Poi yang belanja. 

~ Amekaw! Penuh meja. Makannya 2 orang je pun. Owh3...

~ Ketam goreng. Perrgghhh..!!! Tak tahan..! Tak tahan..! Ha3...

~ Khusyuk pokcik ni makan. Lapor tahap gaban la tuh!

~ Holloh3..!!! Hiks...

Macam2 jenis asam pedas yang kitorang amik. Asam pedas ikan ada... asam pedas daging tetel pun ada. Terbaekk... lah!

Jalan2 Cari Makan (JJCM) TV3 pun pernah sampai sini tau! Masa zaman Maria Tunku Sabri kot sebab plaque JJCM yang terpampang adalah plaque yang lama. 

Kalau korang termenyinggah kat Melaka, boleh la try asam pedas kat alamat seperti di bawah nih:-

Restoran Asam Pedas Selera Kampung
G2, Jalan P.M.3
Plaza Mahkota Square
75000 Bandar Hilir, Melaka

Hokay! Perut dah boyot, jom kita teruskan perjalanan..! Ha3...


*To be continued...


:: Like3, ek! ::




i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google