SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, July 15, 2013

NASI GORENG CILI PADI BERSALAD

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Resepi untuk menu berbuka.

Bahan2:-

1 mangkuk nasi putih
1 pokok daun sup (dipotong)
1 biji telur ayam
7 helai daun salad
Minyak masak
Garam

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
7 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Pecahkan telur ayam. Bila mengeras sedikit, kacau rata.
3) Masukkan nasi putih. Sebatikan.
4) Perasakan dengan garam.
5) Masukkan daun salad. Kacau rata. Angkat, taburkan dengan daun sup & hidangkan.

~ Nasi Goreng Cili Padi Bersalad

Pastikan daun salad tu dimasukkan di saat2 akhir sebab kalau masukkan awal sangat takut nanti jadik lembik. Tips nih. Sila salin. Heh3...

Eh, buat menu bersahur pun boleh jugak tau! Ikut sukahati memasinglah. 


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google