SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, June 2, 2011

CEKODOK KE... CUCUR KODOK KE... JEMPUT2 KE...?

Hari yang aku puasa ganti tu kan, ermmm... hari Selasa la... seperti yang dirancangkan, aku berbuka kat rumah mak. Pukul 3 p.m dah gigih roger2 mak, bagitau nak berbuka di sana & teruslah merequest menu berbuka mintak mak masak. Ha3...

Aku memang begitu kalau berbuka kat rumah mak. Memanjang jer nak merequest! Aci order2 melalui telefon, balik rumah mak, azan jer, berbukalah ko di situ..! Ngeh3...

~ Hari tu, aku merequest cekodok bawang. Well... cekodok memang menjadik fav ah kak sejak azali. Rasa heaven jer bila dapat makan cekodok especially time berbuka puasa. Tambah2 lak kalau ada cicah sambal telur hancus/sambal tumis ikan bilis. Perrgghhh..! Sudah semustinya ah kak akan tersenyum girang sambil membuat 'peace' seperti dalam gambar kat atas nih! Ahaks3...

Aku panggil cekodok jer. Tak kesah la... cekodok bawang ke... cekodok bilis ke... even cekodok pisang pun aku panggil cekodok jugak. Means, perkataan sebelum perkataan bawang/bilis/pisang tu adalah 'ce-ko-dok'. 

Ada jugak yang panggil cucur kan? Pastu, paling sopan aku rasa kalau orang tu panggil jemput2. Apa bezanya, ek? Hmmm...

GILIRAN AHMAD FEDTRI YAHYA PLAK...

Makin banyak plak yang nak kawen skang nie kan? Skool holiday kata ko..! Bukan setakat orang kebanyakan jer tapi, artis2 pun sama jugak. Ada yang bertunang cam Elly Mazlein & ada jugak yang naik pelamin cam Ahmad Fedtri Yahya.

Apa? Tak kenal ke? Alaaa... yang personaliti TV3 tu, ha..! Selalu ada dalam Malaysia Hari Ini (MHI). Selain jadik host, dia nie jugak pandai buat lagu. Komposer gitu..!

Lagu2 dia lebih kepada etnik kreatif. Noraniza Idris selalu nyanyi lagu2 yang dia buat. Ececeh..! Macam blog biografi lak. Hiks...

~ Baru2 nie, Ahmad Fedtri Yahya dah selamat jadik suami orang. Katanya, wifey dia nie cikgu. Berhijab orangnya... Sweetlah!

Kalau nak tengok banyak lagik gambar nikah & kawen diorang, buleh la terjah beautifulnara nie. Konsep diorang Timur Tengah kot. Sebab baju2 yang diorang pakai ala2 Arab gitu kan... Hmmm... santek jugak!

Apsal la time aku kawen dolu tak berapa nak in sangat konsep Arab2 nih? Kalau tak, confirm ah kak cop! Pakai celak mata cam Yunalis Zarai, pastu tutup2 macam purdah tuh, ha! Lepas tu plak, tetamu2 jemputan pun wajib pakai ala2 Arab. Tak kira la... pakai serban ke... purdah ke... burqini ke... Wah! Burqini kata ko..! Ha3...

Lepas tu lagik, sapa datang tak pakai konsep Arab, tak buleh makan!!! Amacam? Hokay tak? Ha3... Larikksss..!!!

Wednesday, June 1, 2011

DALAM HATI ADA BANYAK TAMANS... WOO HOOO..!!!

My 'sayang' dijadualkan ke KL petang nie... Ececeh..! Siap pakai term dijadualkan plak. Macam nak naik flight jer kekdahnya... He3...

Walau apa pun, mood aku = sedih tahap gaban!

Aku nak ikut tapi, keje adalah menimbun kat opis tuh! Plus, my 'sayang' ke KL 2 hari jer pun... Pegi petang kang, sok balik la... Tapi, aku dah libang-libu macam kucing nak beranak! Tak buleh blah la, weh..! Tido tanpa menatap muka my 'sayang' adalah seperti dengor lagu dangdut tapi, tak bergoyang gerudi sakan! Wah! Melampau betul falsampah ah kak! Ha3...

Tengah aku dok blues2 tuh, tetiba handphone berdering...

"Semalam I call you, You tak answer... You kata you keluar 
pegi dinner... You kata you keluar dengan kawan you! But, when I call Tommy he said it wasn't true... La3..." 

Lagu Zee Avi = ringtone handphone aku. Dah bertahun tak penah tukar lagu lain. Ha3...

My 'sayang': Sayang... abang tak jadik gi KL la. Dah kaw-tim ngan Bulat. So, Bulat yang bawak diorang (my MIL, abah & Qistina) ke KL. Plus, sok abang ada site visit lagik. Bla3...

Aku = speechless! Even tang bla3 tu pun aku macam dengor tak dengor jer... Ahaks3...

~ Dalam hati terus ada taman. Bukan 1 tapi, lapanploh tamans terus!!! Nampak tak ada 's' kat 'tamans' tuh? Plural, hokay..! Plural! Woo hooo..!!!

Sometimes, I wondering... (skipping London, noks..! Ha3...) macam mana la isteri2 yang suami2nya perlu out station berbulan2 lamanya tuh? Kagum aku kat diorang! Sampai rasa nak buat standing ovationlah! ;D

PISANG GORENG TERBAIK PENAH DIJUMPAI

My 'sayang' sker betul makan pisang goreng. Asal lalu jer stall2 yang jual pisang goreng, musti dia nak singgah menapau. Asal nak singgah menapau jer, dia lalu stall2 jual pisang goreng. Ngeh3... Sowy la... Ayat Saiful Apek dah keluar. Ha3...

Ada 1 stall yang menjadik fav my 'sayang' skang. Petang2, kalau rasa2 nak makan pisang goreng, sure my 'sayang' terjah stall makcik tuh.

~ & tiap kali my 'sayang' singgah stall tuh, musti aku tak turun sekali. Sebab adalah malas! Rasa macam lagik terbaik kot kalau kita aci order2 kat my 'sayang', let say begini, 'B, nak popia goreng, ek?! Please3..!' Feeling manja2 merangkap gediks2. Muahaha...


~ Bajet bagus sangat la tuh, amik gambar kat side mirror tuh... Ha3... Poyos!

~ Sementara menunggu my 'sayang', kita camwhore dolulah! Ahaks3...

~ Orang kata, muka aku muka garang. Hmmm... tang mana garangnya tu? Cer tengok tuh, cool jer kan? Kiut-miut plak tuh! Ha3...

Tak kesah la orang nak kata muka garang ke... muka bengis ke... ganas ke kan... Yang penting, dalam hati musti ada taman. Kalau tak banyak pun, at least adakan jugak 1 taman. Ha3... Falsampah betul! ;P

~ Hokay! Dah dapat pisang goreng terbaik yang penah dijumpai. Rangup2 & tak rasa oily sangat. Also tak muak. Moh kita balik. La3... ;P

Sapa sker pisang goreng, cer angkat tangan macam Usop Wilcha nie?! Hmmm... Macam la buleh nampak kan... Ngeh3...

BUDAK YANG NAMANYA PANJANG BERJELA...

Citer pasal nama anak2 nie kan, teringat plak aku masa zaman skool (Sains Selangor. Wah! Nak jugak jaja nama skool yang fames amos tuh! Ko ado..??! Ha3...), dolu. Ada 1 kawan 1 batch aku tu, nama dia giler berjela! Dia bukan class aku tapi, 1 class ngan kawan aku la... Ha3... Musti korang fenin! Buat2 paham jer la, ek? ;P

Dia masuk 2nd intake. Pompuan. So, cikgu suh la dia introduce diri sendirik kan...

Budak yang nama panjang berjela: Nama saya Aidil. Saya berasal dari bla3... & bla3... lagik...

Cikgu cam tak puas hati sebab dia just mention nama dia as Aidil jer kan... Takde mention fullname ngan nama bapak sekali. So, cikgu suh la mention semula sekali ngan fullname + nama bapak.

Budak yang nama panjang berjela: Nama saya AIDIL LEANA NURJU INTAN SELAMAH BINTI MUHAMMAD JOSOFI PAREIRA. Saya berasal dari bla3... & bla3... lagik...

Hah! Amik ko! Terpempan terpaku sume orang termasuk la cikgu tuh! Patut la dia takmo mention fullname, just 'Aidil'. Sebab katanya, dah banyak kali dia mention fullname, & banyak kali tu jugaklah orang terpana mendengornya. Ha3...

Actually, ayah dia convert. Nama asal ayah dia, kalau tak silap aku la kan... Joseph Pareira. Nama ayah dia pun dah panjang, ditambah plak dengan nama dia yang super panjang, makanya kalau nak sebut senapas memang semput, noks..! Fuh!

Cer korang try sebut senapas. Semput tak? Ha3...

SERINA CHEF WAN PREGNANT LAGI...

Pengumuman2..!!!

Dengor sini orang2 kampung sume..!!!

~ Ditweet oleh Serina Redzuawan. So, confirm sah la kan...

Alhamdulillah... Murah rejeki Serina & hubby... Nama anak sulung dia Tristan Tareef. Unik & sodap! I like..! 

Kita tunggu plak 2nd baby dia. Kot2 nama dia lagik dasat dari yang sulung kan... Plus, aku memang sker usha2 nama2 bebudak zaman skang. Ada yang pelik tapi, sodap didengar. Ada yang panjang berjela sampai nak tulis kat dalam sijil kelahiran pun payah. Ada yang simple giler tapi, makna hebat! Macam2 ada la...

Nama anak2 korang apa, ek? Cer citer... Cer citer... ;P

SINGGANG GORENG IKAN KAYU + TERMENUNG DI PERSIMPANGAN DILEMA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Selalunya, KKBA nie keluar time2 tengahari merangkap lunch hour kan? Alaaa... yang sampai air liur korang tak cukup tisu nak lap tuh..! Ha3... Keji, owh..! ;P

Kali nie, kita tukar sket. Publish belah2 pagi plak. Panjang berjela, noks... nama resepi! Ha3...

Let's check it out, bebeh!

Bahan2:-

2 ekor ikan termenung (disiang & dibersihkan)
3 potong ikan kayu (disiang & dibersihkan)
1 tangkai cili merah (dibelah 2)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 ketul kiub ikan bilis Knorr
3 biji bawang putih (diketuk)
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 inci halia (dihiris)
1 pokok daun bawang (dihiris)
1 pokok daun sup
1/4 cawan jus asam jawa
1 biji buah tomato (dibelah 4)
Garam
Air
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng ikan hingga sedikit garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih & serbuk kunyit hingga naik bau.
3) Tuangkan air, kacau & biar mendidih.
4) Masukkan kiub ikan bilis & jus asam jawa. Kacau & biar mendidih.
5) Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, cili merah, buah tomato & daun bawang. Sebatikan.
6) Perasakan dengan garam. Kacau rata.
7) Masukkan daun sup & masak sekejap. Angkat & taburkan lebihan daun sup sebagai hiasan & menambah aroma.

~ Singgang Goreng Ikan Kayu + Termenung Di Persimpangan Dilema. Hah! Amik ko! Dilema terus! Ha3...

Terima kasih tiffinbiru sebab andalah rujukan resepi nie. Ada sket2 la yang aku alter ikut kesesuaian tekak aku.

Aku pakai 2 jenis ikan tu takde motip tersembunyik pun. Saje jer kan... Pastu, kalau takmo goreng ikan2 tu pun buleh. Tapi, kena buh air banyak la... Macam aku kan tak minat ikan masak lembik2 nie. That's why la aku goreng dolu. Pokok pangkalnya, terpulang kepada citarasa memasing lah.

Tak gitu, Cik Senah? ;P

ELLY MAZLEIN'S ENGAGEMENT

Tahniah kepada penyanyi & pelakon, Elly Mazlein sebab dah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya...

Kelazzz, noks... diorang bertunang..! Buat kat Kelab Equestrian Bukit Kiara lagik..! Ko ado..??! Ha3... Pastu, dengor citer konsep & busana ditaja oleh Reka Teemor. Wah! Baru bertunang dah ada yang sponsor nih! Kalau kawen, harus la berderet2 sponsor kan... Rejeki kata ko..! ;P

~ Tunang Elly Mazlein nie duda anak 2. Orang industri seni jugak. Azmi Mohd Hata namanya, seorang pengarah filem & drama.

Tak kesah la duda ke bujang. Asal bahagia gitu..! 

Eh! Santek2 jugak tau pakej wedding kat Reka Teemor nih. Tak caya, cer click sini


*Credit to: beautifulnara

Tuesday, May 31, 2011

STICKY MODE ENTRY (GIVEAWAY): SIAPA NAK OLE2 DARI SABAH DAN LABUAN

 *This is a sticky mode entry sampai menang! He3... Please scroll down for new updates. Thank you. ;)

Aku nak menjoin giveaway lah! Mana la tau kan, buleh dapat hadiah berganda2 lagik..! Ahaks3...

 Sonang sangat nak menjoinnya! Sempoi, seh..! Harap2 ah kak bertuah kali nih! Fuh3!!! ;P

 Meh tengok syarat2 dia, meh! 

Syarat-syarat:-

1. Beralamat di Malaysia

~ Of cos, bebeh! Malaysia = tanah tumpah darahku! Tetiba rasa macam nak nyanyi lagu Negaraku la plak. Sebagai bukti yang I am Malaysian! Hokay, sume! Sila bangun & berdiri tegak! ;P

Negaraku...
Tanah tumpahnya darahku...
Rakyat hidup...
Bersatu & maju...

Rahmat bahagia...
Tuhan kurniakan...
Raja kita... 
Selamat bertakhta...

Rahmat bahagia...
Tuhan kurniakan...
Raja kita...
Selamat bertakhta...

Hokay, done! Clap3!!! ;D

2. Buat satu entry ringkas tentang giveaway ini

~ Giveaway nie dianjurkan oleh zahidahwahid, seorang bloggerlah. Katanya, beliau nak ke Sabah & Labuan tak lama lagik. Sebab tu beliau anjurkan giveaway nie. Beliau bermurah hati nak kasik ole2 dari Sabah. Tengok tajuk giveaway pun dah buleh tau yang beliau nak kasik ole2 dari Sabah kan... Sabah tuuu..!!! Giler, noks... ko tak nak mentry! ;P Syarat2 nak join memang semudah A, B, C & syarat2 tu adalah seperti yang aku war2kan kat sini. Secara ringkasnya, memula ko mustilah Malaysian, pastu buat simple entry pasal giveaway nie, tag 3 org kawan & send permalink. Kan mudah tuh! Tarikh tutup adalah pada 31 Mei 2011.

3. Tag 3 orang kawan


4. Hantarkan permalink di komen entry ini sahaja

~ Wokeh! Lepas publish entry nie aku anta, ek?! Jangan risau, bebeh! ;)

Terima kasih kepada akukeranikedaimotor sebab tag aku. 

Jasamu dikenang,
Harap2 kita buleh menang!

Ececeh..! Pantun 2 kerat la pulok! Ha3...

AYAM GORENG UPIN IPIN BETUL3!!!

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Asal tengahari jer, tepek gambar makanan. Asal tepek gambar makanan jer, tengahari. He3...

Layan jer la, ek? Jangan meleleh2 air liur tu... sudah... Eh! Ke air liur aku yang meleleh2 nih? Puasa kata ko! Uwaawaawaaaa...

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong & dicuci bersih)
1/2 peket tepung goreng ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur ayam
Garam
1 tangkai daun kari
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ayam dengan garam & serbuk kunyit.
2) Pecahkan telur dalam mangkuk. Golekkan ayam dalam telur & perap selama 15-20 minit.
3) Masukkan tepung goreng ayam dalam mangkuk. Golekkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam tepung.
4) Panaskan minyak. Goreng ayam bersalut tepung tadi hingga garing.
5) Masukkan sedikit daun kari ke dalam gorengan ayam untuk ambil bau.
6) Angkat & toskan. Hiaskan dengan lebihan daun kari tadi.

~ Ayam Goreng Upin Ipin Betul3!!! Ngeh3... Buleh diratah begitu saja/makan dengan nasi panas2, buat lauk. Heaven, bebeh!

Semudah A, B, C kan? ;P

AKU = BERPUASA

Tengok tajuk entry pun dah tau kan apa yang ah kak nak story-mory-morning-glorykan?! Ye! Aku berpuasa ganti hari nie. Banyak lagik, noks nak kena ganti! Hu3...

Actually, aku prefer berpuasa time2 coti/weekend sebab buleh la aku melayan blues (lapor) sambil tengok tv ke... blogging ke kan... Mak ngan my 'sayang' lain lak teori mereka. Bagi diorang, kalau puasa time weekdays/working days lagik heaven sebab rasa cepat masa berlalu. Tau2 dah pukul 5 p.m... Tau2 lagik 2 ++ jam nak berbuka... Begitu katanya...

Nak tak nak, aku kena jugak ganti time working days sebab kalau nak tunggu weekend/coti baru puasa, memang tak la... Mana ngan balik kampungnya... kalau dah balik kampung harus la ada makan2 secara berjemaah kan... Pastu, sesi jalan2 & makan2 dating2 lagik... Attend kenduri-kendara la... Huh! Banyak betul agendanya! Sebab tu la kena gak puasa time working days. Adeh3...

~ Bila berpuasa, harus la lentok2 kat bahu my 'sayang' sambil gediks request segala macam jenis makanan untuk berbuka..! Ha3... Itu adalah melampau, hokay..! ;P

Aku maybe berbuka kat rumah mak. Tapi, tak roger2 mak lagik. Petang2 sket kang la...

Nak request mak masak apa, ek? Any ideas, you ols..? 

Ha3... Matik la... Pukul 9 ++ a.m dah pikir menu berbuka kan... Teruknya pompuan nie bila berpuasa! Hadoi la...

Monday, May 30, 2011

MENTRY INNER BARU

Lepas makan di Port Cafe, we ols terjah Gerbang Malam. & aku berjaya merembat inner baru kat Gerbang Malam tu. Macam inner tudung Syria tapi, ada awning kecik. Tak penah pakai pun sebelum nie. Saja jer gediks nak mentry. ;P

& suatu hari, aku ke opis dengan imej seperti di bawah... Ececeh..! Phewittt..! Ha3...

~ Aku pakai inner baru tu dengan shawl cotton kaler hitam. Mentry katanya kan... Hmmm... ok la jugak. Tapi, aku terpakai cam longgar2 sket aci cincai2 jer nih. Maybe kalau pakai lagik kemas2, pin cun2 sket, lagik comfy kot...

Tapi, aku rasa selesa lagik pakai yang inner neck la... lagik cepat & kemas aku rasa. To me la... Orang lain, aku tak tau. Terpulang... Tepuk dada, tanya la citarasa memasing kan...

Eh! Nak share sket. Since pakai Safi Rania Gold nie, terasa la kulit muka nie macam dah ok sket. Paling penting, selepas buat penukaran skincare secara drastik dari Tia Amelia ke Safi Rania Gold, takde plak side effect. Alhamdulillah...

Kalau setakat pimple muncul time2 PMS tu, bese la kan... Cuma seperti bese, apa2 produk pun kita kena pakai consistenly. 

Aku nie malas sket. Eh! Malas banyak! Bila rasa2 dah cun tu, mula la berlagak, bajet takmo pakai dah dengan harapan konon2 muka dah santek giler seperti Tok Ti. Chait! Perasan lebih, hokay..! Ha3... Lepas tu, bila muka rasa lain macam, baru la hegeh2 nak berskincare2 balik. Haish! 

Jangan follow camtu tau! Korang kalau dah melabur duit beli skincare tu, especially yang mahal melampau2 tu, sila la pakai secara konsisten. Rajin2 sket. Kang kalau santek kang, korang jugak yang dapat benefitsnya kan... 

Moral of the story: Kejelitaan adalah hak milik setiap insan... Ecewah! ;P

TERLIUR TAK? ;P

Hari Rabu lepas, aku ajak my 'sayang', mak & nenek 'menternak lemak' kat Port Cafe. He3... Tak aci la kan... asik2 aku sorang jer yang gigih 'menternak lemak'. Plus, kan ke 'menternak lemak' secara berjemaah itu lagik heaven adanya... Ha3...

~ Mak yang serba pink ghalit menengok hiasan berupa shisha gergasi kat 1 sudut display dalam Port Cafe tuh. Terkagum2 mak tengok shisha yang giler besor! Tapi, aku lupa lak nak snap gambar shisha tuh. Haish!

~ Nenek yang serba biru lak ghalit tengok citer Men in Black yang ditayangkan kat situ.

~ Ah kak bese la... posing sesado! He3...

~ & order pun sampai... Ribena laichi jumbo untuk my 'sayang'. Aku plak order ice peach tea. Mak nak air suam jer sebab kena pantang ais. Nanti susah nak bernapas. Untuk nenek aku orderkan ice lemon tea. Nenek kata, 'Air teh ke air masam nih?' Ha3...

~ Makanan plak, my 'sayang' makan Nasi Arab Kambing.

~ Mak mintak Nasi Arab Ayam. Mak kata sodap nasiknya. Lembut2 & berbau harum jer...

~ Nenek makan Nasik Ayam Penyet Spesel (ayam kampung). Aku lak order Nasi Ayam Penyet bese.

So far, sume menu makanan kat Port Cafe nie kitorang dah try kecuali nasi lemak berlauk. Hmmm... nanti2 nak trylah! Plus, masa we ols makan tu, ada 1 couple Cina nie makan nasi lemak. Macam santek, menarik, tertarik, komemangthebomb jerk. ;P

Sodap, selesa & harga pun berpatutan. Makan 4 orang dengan menu yang pelbagai malam tu hanya dicharge RM 39 ++. Servis pun not bad la...

Amacam? Terliur tak? Ngeh3...

TERLAMPAU BETULLAH!!!

Cer layan video clip kat bawah nie jap...

~ Nama Artis: Prema Yin. Kalau tak silap aku, penah menang program pertandingan nyanyian realiti kat NTV7, Who Will Win? Pelakon lelaki tu of cos korang kenal kan... Jejaka hot dalam Asmara & Asmara 2, si Shahs Jaszle. Pengarah video clip nie adalah Gambit Saifullah & Umair Mohamed. 

Komen Gambit Saifullah begini:-
Utk memendekkan cerita,i x kan comment benda yg x berkaitan dgn MV ni. gejala2 sosial kat luar sana ke, rasuah, politik yg melanda ke, penonton2 yg hipokrit ke….i will not comment on that. just purely about shooting this video, thats it.
i will start.
mmg byk yg I kurang puas hati bila shoot this MV, energy level performance, my tight shot, wardrobe, makeup & etc but mmg last min & everybody EVERYBODY really works hard for it & i appreciate. Tapi semua ni adalah production problem dan u all x perlu tau. Mmg kualiti boleh lebih better, tapi Dgn masa as a main factor dari masa shoot till editing & juga masalah lain, we will try better next time. Everybody tried their best & i really appreciate that.
The Storyline.
cerita dia mudah, pasangan suami isteri yg pada mulanya kita establish seperti ada masalah keluarga-nak divorce ke, x brapa nak ckp with each other ke. tapi sebenarnya mereka hanya bermain ego diantara satu sama lain. Jual mahal etc. Itu adalah cara pasangan ini bermain cinta antara mereka, Green screen adalah bayangan mimpi perempuan itu.
This is a short story for u, i malas nak explain panjang2.
Soalan saya,
saya nak tau, apa salahnya video yg ditunjuk kasih sayang suami isteri ni, bukannya ada adegan cium ke, raba2 ke etc…. yg korang nak jadi isu sgt. x de niat saya nak buat kontroversi. Hanya nak paparkan mainnan ego kasih sayang mereka. Tak brapa nak jadi tu productions problem, korang x perlu nak masuk campur.
Isunya sebab ade Shahz Jaszle? Gambit Saifullah direct? pasal tu? x de pon cium2, raba2…. knapa crita anu dlm botol ade pasangan Gay main dlm scene ok plak? nampak anu dlm botol ok plak? cerita isteri&…. ade adegan sekian ok plak? mereka hanya memaparkan lakonan cerita. Sama juga saya, bukannya ade kissing ke, raba ke….
please explain.
*Credit to: beautifulnara


Tapi bagi aku, memang terlampau betullah!!! Korang rase camne?


ASAM PEDAS IKAN TERMENUNG PAWANA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Entry main masak2 lagik... buat kesekian kalinya... He3... Kira aci la, ek? ;P

Bahan2:-

5 ekor ikan termenung (disiang & dibersihkan)
5 helai daun limau purut
10 batang kacang bendi
1/2 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
1 batang serai (diketuk)
Air
Serbuk perasa
Garam
Gula
Minyak masak

Bahan2 kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & serai hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
3) Masukkan air secukupnya. Masak hingga mendidih.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula.
5) Masukkan daun limau purut.
6) Masukkan ikan termenung & jus asam jawa. Kecilkan api.
7) Masukkan kacang bendi. Masak hingga ikan masak & kacang bendi sedikit empuk. Angkat & hidangkan.

~ Asam Pedas Ikan Termenung Pawana. Ecewah..! 'Pawana' lagik tuh..! Ko ado..??! Hiks...

Amacam? Rasa bergerak2 tak perut korang bila tengok gambar kat atas tuh waktu nak dekat2 lunch hour nie kan? Cer imagine ada plak nasik putih panas2 kat sebelah beserta ikan masin. Perrgghhh..! Ha3... *Entry bersifat kejam!*

TAHNIAH SALMA-ERRA!

Tengok Final Mentor 5 tak malam tadi? Ah kak tengok. Tapi, tengok tak focus sangat sebab gigih melayan Lip2 yang kejap2 suh baca2 kan citer dongeng... kejap2 suh tulis2kan A, B, C... kejap2 ajak menyanyi2... Plus, bukannya selalu pun jumpa Lip2. Layankan jer la...

Lip2 sorang jer ada kat umah mak malam tadi. Mama, papa dia & Odah dah balik umah. Petang semalam, we ols (termasuk mak, Mak Yang, abang & family) ke spital. Kononnya nak menziarah Nenek Busu (adik ipar arwah atuk aku) yang katanya masuk wad sebab komplikasi kencing manis. Tapi, nurse kata dia dah balik.

Dah alang2 keluar tu, we ols pun berjalan2lah kat Teluk Intan. Bila time balik, Lip2 takmo balik ikut mama & papa dia. Dia nak follow kitorang balik umah mak. Mak aku bese la kan... memang tak tahan tengok cucu dia menangis2 sendu. So, angkut la Lip2 jugak...

Begitulah kesahnya... ;)

~ Eh! Congratslah kat Salma ngan mentornya, Erra Fazira sebab menang besor malam tadi. Suara Salma memang marvellouslah! Kalau kena gayanya, aku rasa Salma buleh pegi jauh macam Tok Ti. Jangan sexy-mexy sangat dah la...

Shiha ngan Iqa pun ok jugak malam tadi. Tapi, dah bukan rejeki diorang kan... Rejeki memihak kepada Salma. Pasrah jer lah... 

Mentor 5 dah tau dah sapa juara?! AF 9 tak abis2 lagik. Errr... sapa keluar last week, ek? Aku tak tengok la... Cer citer... Cer citer... ;P


*Credit to: beautifulnara

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google