SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label AIDILFITRI. Show all posts
Showing posts with label AIDILFITRI. Show all posts

Friday, June 5, 2020

AIDILFITRI NORMA BAHARU

Sis dan Abang tinggal dalam 1 daerah dengan Mother. Tapi, jangan anggap kami amik mudah semuanya bila rentas daerah dibenarkan untuk 1 Syawal. 

Sampai berkali2 discuss dalam group adik-beradik...
Berkali2 ubah pendirian...
Sekejap kompom balik...
Sekejap lagik kang cancel pulak...
Lepas tu, ubah pendirian lagik...
Balik tapi, tak bermalam...
Ubah lagik jadik balik dan bermalam tapi, sekejap je...
Ha3...

Abang Sis sampai tahap video call Mother, mohon tak sentap andai diorang tak balik kampung. Sis paham. Abang Sis ada golongan berisiko dalam family dia. Ada kanak2 yang tak berdosa. Plus, kami jugak pikirkan kesejahteraan Mother sebab Mother pun golongan berisiko. 

~ Akhirnya, kami di sini pada 1 Syawal... Setelah timbang-tara yang sewajarnya. Setelah semua akur & setuju untuk kekal patuh pada Standard of Procedure (SOP). ;)

Aidilfitri norma baharu...
Di kampung halaman, rumah Mother...
Hari ini dalam sejarah...

Alhamdulillah... Follow SOP.

1. Komuniti dalam rumah: 10 orang (Tidak melebihi 20 orang) - Checked √
2. Keluasan rumah: Sangat2 sesuai untuk pelaksanaan penjarakan sosial - Checked √
3. Kebersihan berada pada tahap optimum: Of course. Ini didikan Mother sejak azali. Mother pesan, tak pandai masak, takpe. Asalkan pandai jaga kebersihan dan kemas rumah. Sebab memasak buleh belajar kat handphone (read: Youtube / yang sewaktu dengannya). Tapi, jaga kebersihan wajib ada dalam jiwa dari kecik. - Checked √

~ Makmum solat sunat Aidilfitri.

Khutbah & imam by Abang. 

Abang Sis ni, muka legend tapi, jiwa tisu. Dia syahdu time baca khutbah. Ye la kan... betul2 norma baharu raya kita tahun ni. Tak buleh bebas solat jemaah di masjid. Tak boleh bersalam2-an. Tak digalakkan ziarah kubur. Secara automatik rindu Arwah Abah. Tsk3... Dan macam2 lagik kekangan demi kemaslahatan bersama. Sebab tu la syahdu... Hu3...

~ Dapat duit raya, syahdu pun pelan2 di cover dengan yak2 yeayyy..! Ha3... Owh, by the way, ini bersalam2-an dengan ahli keluarga sendirik, ye. Lepas tu, laju2 santitize / cuci tangan dengan sabun untuk pastikan kebersihan yang optimum. Peace. ;D

Takde ziarah raya. Takde jalan2 konvoi kereta. Even Kakak pun tak balik kampung. Sebab dia jauh nun rentas negeri di Kajang, Selangor. Kita video call je. 

Makan juadah raya.
#WefieRaya norma baharu.
Tido petang secara #SocialDistancing, ikut family memasing. Alhamdulillah... bilik kat rumah Mother sentiasa cukup untuk kami.

Aktiviti Aidilfitri norma baharu. Ada kemanisan yang Allah nak bagi... Renung2kan... Mesti jumpa. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, May 31, 2020

AIDILFITRI 2020

8 Syawal...

Pejam celik, pejam celik je. Cepat masa berlalu.

#MovementControlOrder pun dah tak terbilang fasa ke berapa. Aci redah je. Ikutlah saranan & arahan kerajaan demi kemaslahatan bersama.

~ Ucapan Sis dan Kanda untuk you ols & seluruh umat Islam.

#KitaJagaKita
#SocialDistancing

Jangan dilupa 2 hashtags penting ni. Beraya biar berpada-pada. In shaa Allah... ada hikmah di sebalik kesabaran kita. ;)

Selamat Hari Raya... ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Thursday, July 18, 2019

SEDAP & RARE

#Throwbak

Rumah ke-3. Rumah family Amalina. Berharap untuk makan laksa yang best, air tangan Mak Amalina. Tapi, takde rezeki sebab menu spesel adalah nasik lemak.

Takpe. Nasik lemak pun ok. Sedap & rare. Sis layannn......

~ Tak wefie tak sah. 

~ Menunggu hujan teduh.

~ Nasik lemak dah selamat masuk perut.

Hujan sekejap kat sini. Renyai2. Dah reda sikit, kami bermohon diri. Sambung rumah yang ke-4.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, July 15, 2019

TIMER YANG BAGUS

#Throwback

Next, rumah Mother.

Dah roger2 supaya Mother tak kelam-kabut. 

~ Family mertua yang havoc2... havoc2... yeahhh..! Ha3... Terima kasih sebab sudi datang beraya.

Menu spesel: Ayam Sirsau & Daging Masak Kicap.

Makan sambil berborak, memang ngam-ho! Mujur ada Timer. Beliau main peranan dengan jayanya. Bagus! Boleh dikekalkan untuk tahun2 mendatang. He3...

~ Besan

Bersalam2-an, mintak ampon bagai... dan chow ke rumah ke-3. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, July 1, 2019

#RUMAHCIKAM & #RUMAHAJISTRAFIK

Rumah pertama yang diterjah untuk beraya adalah rumah Cik Am. Tahun ni, rumah Cik Am ada 'pembaharuan'. Ada banner yang comel. Sesuai sangat untuk kaki selfie macam Sis.

~ #RumahCikAm & #RumahAjisTrafik. Rare! He3...

~ Autograph tetamu, atas arahan anak tuan rumah.

~ #TeamBawangMuslimah. Apo..?! Ha3...

~ Cover perut. Muncit nau dah ni, oiii..!

~ Adik Bawang. Ha3...

Menu spesel: Laksa & Mee Rebus. Sis layan mee rebus. Kemudian, gigih pulak mengkudap2kan popiah simpul kasih. Krup krap... Krup krap... 

Awa ditugaskan untuk jadik Timer. Dilarang ziarah raya / membawang lama2. Sebab ada banyak lagik rumah yang dah disenaraikan.

~ Hokay, next..! Lets jom..!

Terima kasih, Cik Am & family sebab sudi terima kunjungan kami... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, June 28, 2019

OOPPSSS! BIRU CHE TA..???

Tahun ni, turn beraya di rumah mertua. Eceh! Macam la jauh nau2 kan... ;P

Tapi, jauh / dekat bukan ukuran. Yang penting, sistem giliran tu masih relevan. Semoga ianya jugak masih relevan untuk tahun2 seterusnya. Senang. Tak payah osom. Tak payah gaduh2 manja.

Tahun ni, ada tema. Biru Che Ta katanya... Tapi, Sis lupa, dowh..! Betul2 lupa! So, masa shopping baju raya, Sis sauk kaler ijo. Errr... ada jugak la elemen2 biru. Tapi, bukan biru Che Ta. Navy blue terus. Ha3...

~ Menanti Kanda pulang solat raya. Heh3...

~ Haaa... Kanda dah pulang.

~ Terus 'hangkut' untuk wefie raya. He3...

~ Kat gazebo, wajib.

~ Belummm...... Belum habis lagi..! Ha3...

~ Haaa... kan dah cakap, belum habis lagik. ;D

~ Bulat The Runner tengah gigih set up camera untuk wefie raya 1 family. Kakak ipar dia gigih mengacau. Ha3...
~ Konsep wefie berpasangan. Dimulakan dengan Kanda-Dinda hot. Ha3...

~ Family #AwaxRoy

~ Family #MememxYana

~ Family #HudaxKerol

~ Family #AimxCik Ani

~ Family #JejahxMon

~ Family #BulatxAmalina

~ Setelah meredah onak & duri, menghadap dugaan & rintangan... finally... here we're... Fuh!

Makanya, #WefieRaya di rumah mertua selesai... 

Mahaplah sebab lambat update. Errr... Syawal lagik kan? He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, July 13, 2017

GENG MENGUNYAH POPIA SIMPULAN KASIH

Cik Am & Acik Ajis menyambut kedatangan kami dengan senyuman... Eceh!

~ Port selfie. Thorrbahekkk..!!

Ramai yang jeles! Sebelum balik, diorang nak jugak selfie kat situ. Ah kak bangga jadik trend setter. Ha3...

Juadah pertama yang aku target adalah laksa. Ye la... Asik dengan rendang & makanan2 berempah-ratus je kan... Muak sikit. Bila nampak laksa, terus bersemangat! 

Lepas tu, cuit nasik impit, lemang & rendang ayam kampung (cicah kuah / sambal jerrr...) sikit. Beredar... dari port santapan ke port chill2. Join Jejah, geng mengunyah popia simpulan kasih. Sedap la pulak kan... Macam tak boleh stop. Isk3...

~ Ni beraya ke... bersenang-lenang? Isk3... ;P

~ Malaysia's next top model. Awwsss..!!!

~ Prince of selfie. Satu2nya aktiviti (setakat ini) yang mampu buat Imaan stand still, relax & chill tanpa tantrum asik nak berkepit dengan mama dia je. He3...

~ Adindas Datin sekalian... Ecewah!

Kami bermohon diri pukul 5.00 petang. Terima kasih Cik Am, Acik Ajis, Kak Long & Radhi yang sudi layan kami. ;)

Rumah ke-2 adalah rumah Angah Ali. Kemudian, pulang...

Aku dah tak lalu nak makan rendang ayam. Dinner malam tu, ah kak masak. Haaa... nampak tak kehebatan seorang menantu di situ..?! Ha3...

Masak telur dadar, you ols..! Ko mampu..??! Ha3...

Nasik putih
Leftover sambal tumis ikan bilis untuk lontong yang Kak Ti masak
Telur dadar
Leftover daging dendeng yang My MIL masak
Air suam
Air berkarbonat

Heaven betul dinner tersebut... ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



KEGEMBIRAAN & KEMENANGAN

Tak nak cakap banyak. Mari bercerita cerita raya.

Baru nak update. Sila terima... Ha3...

Tahun ni, turn rumah mertua dulu. Hari Jumaat, aku dah start cuti. Tak sanggup nak berlama2 kat opis sambil sayup2 dengar berkumandangnya lagu raya. Rasa macam jasad kau je kat situ. Tapi, minda & jiwa  dah terbang balik ke kampung halaman... Seksa, you ols..! Awwsss..!!!

~ Lakonan semula kengkonon sedih tak dapat beraya on 1 Syawal dengan Mother sebab kengkonon kampung 'jauh' la sangat..! Background music: Air Mata Syawal by Tok T. Ha3... Poyo!

Lepas tu, gigih pulak send kat WhatsApp group family. Diorang pun melayan... Abang pun send gambar jugak. Gambar merempit kengkonon nak balik kampung sambil bawak paru berlado yang Mother 'order' kemudian stop bawah jambatan rest sekejap sebab kengkononnya kampung tu jauh sangat la kan... Boleh tahan jugak ting tong family aku ni. Ha3...

~ Jalan jemm yang bersifat sementara kat Kampung Bahagia ni pun gigih nak viralkan. Ha3...

Dipendekkan cerita, pagi raya aku akan 'siapkan' Oppa. Bukanlah maksudnya aku pakaikan baju macam aku pakaikan baju Nania. Tapi, menjurus ke arah preparation. Suakan baju Melayu yang dah siap iron, samping & songkok yang dah siap pasang hiasan (alaaa... yang kita sarungkan kat sekeliling songkok tu, haaa..! Tak tau la nama saintifik ia apa?!). Lepas tu, buat saringan tahap kesegakan. Maksudnya, kau usha2 la kot2 muka dia ada tercomot ke... rambut lupa nak pomade ke... cenggitu... ;P

Dah 'lulus', boleh makan. Juadah spesel di rumah mertua adalah seperti berikut:-

Nasik Arab
Nasik impit
Kuah kacang
Lontong
Lemang
Rendang ayam
Daging dendeng
Air teh O
Air berkarbonat

Sejurus selepas makan, ada saringan tahap kesegakan lagik. Kot2 ada cili melekat kat celah gigi ke... Owh... nom3..!!! Ha3...

~ Tengah bersiap. Pimple raya tu memang mengundang... sangat..! Huh!

Perancangan:-

1. Kaum Adam solat sunat Aidilfitri.
2. Kaum Hawa prepare juadah buffet & apa2 yang patut untuk #TeamBaraan Abah. 
3. Kaum Hawa get dressed & make up.
4. Kaum Adam balik & #TeamBaraan sampai.
5. #WeFieRaya sejurus selepas #TeamBaraan berlalu pergi.

Kejadian sebenar:-

1. Kaum Adam join #TeamBaraan dengan perjanjian by 11.00 pagi akan balik, berada di rumah & bersedia untuk #WeFieRaya. Masalahnya, pukul 2.00 petang baru nampak muka mereka sebab 'sangkut' dengan #TeamBaraan. Sejenis dilema la kekdahnya...
2. Kaum Hawa 'berangin' sebab dah berlengas & make up dah cayor. Anak2 sedara pulak ada yang tertido, tantrum & cranky.

~ I 'grab' him! Sejurus selepas Oppa pulang dari #TeamBaraan. Heh3...

~ #WeFieRaya hanya bermula pada pukul 2.30 petang. Takpe...husnuzon. Asalkan hado..! ;P

~ Manusia & khilaf berpisah tiada... Ampun & maaf jua dipinta... Selamat Hari Raya..! ;D

~ 1 kegembiraan & kemenangan. ;)

~ ... dengan caption: Adik iparku seorang #PattahAmen... #Krikkk3 Ha3...

~ Finally, terhasil jugaklah #WeFieRaya. Fuh!

~ Mintak ampun, mintak mahap, Abah & Mak. Maklum la... kadang2 menantu yang sorang ni ter-POYO banyak! Ha3...

~ Mintak ampun ke bersilat ni? Ha3...

~ My King in dusty pink. #MuahCiked Hiks...

~ Sedangkan lidah lagik tergigit... Eceh! ;P

~ Si bujang bongsu yang tak lama lagik nak settle down. Semoga dipermudahkan... Aminnn...

~ Yellow angpau yang mengundang... sangat..! Ah kak sejenis mata duitan, you ols..! Ha3...

~ King & Queen di-photobomber kan oleh Abang Poi.
~ Jurus ting tong raya.

Meriah #WeFieRaya, walaupun lewat. Takpelah. Tak disengajakan pun...

Kemudian, semua 'check-out'! #ZiarahRaya ke rumah Cik Am. Hoyyeahhh..!!!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y :: 



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google