SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label TETAMU. Show all posts
Showing posts with label TETAMU. Show all posts

Monday, March 21, 2011

TERIMA KASIH WAHAI TETAMU...

Hari Sabtu, umah mak aku menjadik meriah dengan kehadiran tetamu yang datang untuk memeriahkan 1 majlis. Majlis bese2 jer... Takde la besor2-an ke... grand2 ke kan...


~ Rombongan terawal yang sampai. Cik Ros & Cik Wah. Dua2 pun sepupu mak aku.


~ Memandangkan konsep majlis adalah 1st come 1st serve & self-service, makanya diorang menjamu selera dolulah.


~ Tak lama lepas tu, rombongan ke-2 plak sampai. Most of them adalah geng bas sekolah mak & nenek aku.


~ My MIL tergolong dalam kategori rombongan terakhir sampai. My MIL kata, Qistina tido. Pukul 4 p.m baru bangun. Tu yang lambat sket sampai tuh.


~ Happy jer mak aku... Bila mak aku happy, aku pun happy jugak. ;)


~ Tetiba, terselit lak muka diorang berdua nih. Hmmm... layankan jer la... He3...

Terima kasih wahai tetamu... ;)

Kalau korang terror kan, cer teka... majlis apa la yang berlangsung kat umah mak aku nih? Kalau korang teka betul, korang memang terror tahap gaban la kiranya kan... Hiks...


*Bersambungan...

Tuesday, February 8, 2011

TERIMA TETAMU...

Minggu lepas, Andak & family balik kampung. Lama jugak la... Dari hari Isnin sampai Khamis. Kalau tak, nak stay kat kampung sampai Sabtu. Tapi, nenek aku plak nak ke Melaka, Mak Yang ajak jalan2 carik pasal + tengok cucu-cicit kat sana. Tu yang Andak balik awal tuh.

Andak balik kali ni buat road tour. Memula, dia jalan2 carik pasal ke umah Pak Lang yang jarak sekangkang kera tuh. Pastu, ke umah Uteh kat Batu Gajah. Bermalam kat sana lagik! Balik dari Batu Gajah, Andak & family terjah umah aku ngan abang aku lak. Siap request nak makan sate lagik..! Ye la... orang baru lepas pantang, of cos mengidam nak makan macam2 kan... Hiks...


~ Hari Rabu, lepas balik keje, we ols terus berdesup carik sate Wak Teni kat Bumbung Biru. Sementara menunggu sate dibakar, sempat jugak we ols mengorder gado2. Haish! Pantang jumpa kedai makan!


~ Happy jer Andak sebab dapat makan sate. Ni kalau aku kenakan bayaran ni, mau mak cik kayo nih! Ha3... Larikksss..!!!


~ Mak aku lagik dasat! Bercucuk2 sekali seludup! Ha3...


~ Mak Lang pun ado. Tengah honeymoon ngan Pak Lang masa tu sebab anak2 dia balik kampung, jumpa atuk diorang.


~ Budak kecik yang bila dia senyum terus nampak lawak! He3... Nama panjang: Muhammad Naim Syafik. Nama pendek: Naim. Anak Andak yang ke-3.


~ Nenek pun makan banyak jugak. Siap melatah2 lagik! Tu yang tak buleh blah tuh! Ha3...


~ Anak sulung Andak, Muhammad Nazim Shameer a.k.a Nazim.


~ Yang ni, tak perlu diperkenalkan lagik sebab memang dah fames amos dah kat blogungukechintaanku nih! 'Errr... Mai secawen..!' (iklan kopi Radix) He3...

Kesimpulannya, aku & my 'sayang' berpuas hati sebab dapat jamu tetamu2. Walaupun hidangan tak seberapa tapi, tetap meriah! Terima kasih sume sebab sudi menjenguk teratak kami..! ;)

Lepas makan, rest2 jap, then terus chow ke umah abang aku lak. & makan lagik..! Ada cekodok bilis + sos cili ngan jambu batu + serbuk asam. Santak perut, weh..! Tapi, rasa menyesal lak tak makan banyak cekodok malam tuh. Paling2 pun tapau la kan... Sampai skang terkenang2... Hu3... Ah kak kan peminat setia cekodok bilis...

Ada sesapa tak yang sudi courierkan cekodok bilis yang best malatops2 kat ah kak? Errr... kalau buleh, courier ngan sos pencicah sekali, ek? Wah! Demand, ko! Ahaks3...

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google