SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label AEON IPOH KLEBANG. Show all posts
Showing posts with label AEON IPOH KLEBANG. Show all posts

Thursday, March 9, 2017

DARI SIMPLE KE MEMORABLE

Abang roger2 kat WhatsApp. Ajak berpoya2 & berlibur. Destinasi: Ipoh.

Aku baru bangun tido. Terkulat2 baca mesej. Nampak je perkataan 'jalan2' & yang seumpamanya, mata segar-bugar, noks..! Tiada lagik terkulat2 mahupun mamai. Sesegar embun pagi terus! Ha3... Dasar sangat..!

Tapi, aku tak boleh decide sebab Oppa kerja. Tunggu Oppa reply WhatsApp je la... Reply jawapan selamat je kat Abang. Suruh diorang gerak je dulu. Tak payah tunggu kami. Tak perlu konvoi. Ada rejeki, kita jumpa kat mana2. Cenggitu...

Oppa reply, boleh katanya... Tapi, lambat sikit. Tunggu dia setelkan kerja.

Yahoooooo......!!!!!! Melompat mintang ah kak! He3...

Meeting point dengan rombongan Abang: Gopeng kot... Kat restoran apa ntah nama dia?! Lupa. Lunch terus. Cuaca adalah hujan renyai2. Hujan pulak adalah lapor. Nampak sodap je semuanya. Isk3...

Lepas tu, baru konvoi. Menuju ke AEON Mall Ipoh Klebang.

~ Jumpa Traditional Archery Camp. Selfie seketoi.

~ Eh, tak! Berketoi2 sebenarnya. Ha3...

Sedang berjalan2 je ni. Tup2... terpandang Traditional Archery Camp. Macam best. Macam menarik. Oppa singgah. Tanya itu, ini... cenggitu, cenggini... costing, bla3...

~ Terus terjebak!

~ Bidikan tu tak accurate pun takpe. Yang penting, perut tu menonjol. Ha3...

~ Acah2 Katniss Everdeen. Ecewah! Hiks...

~ Adik ipar Katniss Everdeen. ;P

~ Anak Katniss Everdeen maintain Ottomen Mebius. Ha3...

~ Jalan ke depan sikit, jumpa port cantik, selfie. Cenggitu je konsep pada hari tersebut.

Lepas tu, lapor. Laju je berjalan, carik food court. 

~ Ottomen Mebius kalah dengan chocolate pretzel Auntie Anne's. Ha3...

Menu pilihan: Sizzling mee, Auntie Anne's pretzel, tomyam, fish 'N' chips, bla3...

~ Yang ni lagik sadis. Hilang imej bakal pemanah negara serta-merta! Choiii..!

~ Selepas kenyang, konsep selfie masih diteruskan. Bersemangat sebab perut dah bulat. Ha3...

~ Kegigihan selepas kenyang. Orang lalu-lalang terjenguk2, terintai2, terskodeng2... don't care..! Ha3...

~ Even lepas tu, ramai pulak yang terjebak berselfie macam kami. Trend setter lah kiranya! Bangga. ;P

~ Menggumbirakan Mother.

~ Papa, anak2 & mak sedara... sama2 over! Ha3...

~ #Chiaaa3 Ahaks...


~ Nania duduk dalam troli je kot..! Tapi, terus happening selfie. Kompom tak syak lagik... sawan camera + sawan jalan2. ;D



Jangan jadikan mende yang simple tu kekal simple. Simbahlah dengan warna. Pilih yang cantik2, yang striking, yang menaikkan mood happy. Nescaya, yang simple boleh jadik memorable. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, May 30, 2016

KUASA KEBENARANNNNNN......

#Throwback

Kessah birthday Kak Ngah merangkap jugak kessah Boboiboy The Movie. Sebab masa tu, kanak2 di Malaysia memang sedang demam Boboiboy. Kuasaaaaaa...... kilat! Eh, tetiba..! Ha3...

Abang ajak celebrate kat AEON Ipoh Klebang. Ok... boleh... Sebab takde hal apa2.

~ Happy birthday, Kak Ngah..! Semoga jadik anak yang solehah, berjaya di dunia & akhirat. In shaa Allah... Aminnn...

~ Syiok! Ada port bahekkk... punya..! Super comfy. 

Terima kasih, Abang untuk lunch treat. Jasamu ku kenang... Kalau hari2 kasik lunch treat, bertambah2lah 'ku kenang' nya. Ha3...

Kami masih lagik meraikan birthday girl. Maksudnya, 1 hari tersebut adalah untuk Kak Ngah. Layanan V.V.I.P kata ko! Nasib baik tak demand melampau2. He3...

Agenda seterusnya adalah tengok wayang citer Boboiboy The Movie. Kami ke TGV, AEON Station 18 sebab AEON Ipoh Klebang takde panggung wayang. Ramai giler, noks... manusia kat TGV! Mungkin semuanya pun bawak anak2 tengok Boboiboy The Movie. Nasib baik kami sempat dapat tiket. Twin seat. Nice & selesa sebab selonggok kat belah atas, tepi tu, family aku je. 

~ Bukti kejadian.
Boboiboy ni ada macam2 kuasa rupanya. Kuasa tanah, kilat, cakera emas, bla3... kuasa kebenarannnnnn......!!! Ha3...

Layan jugak la... ;D

~ Kerja2 mengedit dilakukan oleh papa diorang a.k.a Abang aku. Macam comel je... He3...

Birthday girl gumbira... kami semua pun gumbira. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, April 24, 2016

SEJENIS PENGALAMAN MANIS...

#Throwback

1 permulaan yang baik untuk tahun 2016...

Nama aku tersenarai as penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015. Terkejut beruk jugaklah ah kak! Bermula dengan ucapan tahniah dari Group Suka2 Silverwave (group KIK). Dekat 5 minit jugaklah aku termenung menatap mesej2 tu. Blurr!

Lepas tu, dapat pulak ucapan tahniah dari Group PT SKM Terlampau. Hokay... abaikan nama group yang melampau2 tu. Ha3... CC pun ada send ucapan tahniah via WhatsApp personally. Ah kak termenung buat ke sekian kalinya... Blurr lagik...

Beberapa minit kemudian... hokay... mahapkan ayat karangan sekolah zaman PMR ah kak ni... ha3... ok, sambung balik cerita... aku terima e-mel dari HQ. Dah kompom, dah sahih! Tapi, aku still blurr. Mana la tau kot2 ada 'Rozlizawati' lain kan... ntah salah send e-mel ke apa ke kan... Neves ah kak! Hu3...

Sebab aku tak expect apa2. Aci buat je tugas hakiki. Kadang2 stress! Kadang2 muncul jugak perasaan malas. Kena lawan sikit2 la... Kalau tak lawan, kerja tertangguh. Eh, dah macam bagi tips pulak! Mementang la APC kan... Mementang sangat..! Ha3...

7 orang penerima APC dari Perak. 4 kaum Adam & 3 kaum Hawa. Kami check-in di Peninsula Residence All Suite Hotel sehari sebelum hari APC sebab ada raptai.

~ Sejurus selepas habis raptai. Fuh, lemau, dowh..!

~ Lapor... Apa yang ada, semua dicedok untuk hi-tea. Heh3... Lepas tu, neves! Takut blazer tak muat. Ha3...
Keesokan harinya... merangkap hari APC...

~ Nasib baik blazer muat. Fuh!!! Ha3...

~ Siti. Pernah masuk KIK 1 group dengan dia.

~ Dewan Perdana SKM. Koir sedang perform.

~ Serious nau2! Hu3...

~ Disampaikan oleh YB Dato' Seri Hamzah Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK).

~ Cik Ratna & Hafsham, antara penerima APC dari SKM, Perak.

~ Luncheon

~ Photoshoot

~ #CaringMinistry ;)

~ Smileeeeeee......!!! ;D

~ Diselitkan dalam Berita Harian. Nasib kurang baik untuk yang belah tepi sebab kena crop. Tsk3...

~ Acara photoshoot sukahati.

~ Antara port yang sebelum ni dipandang sepi tapi, tetibe je jadik hot! ;P

Sejujurnya, aku seronok, happy, proud... Congrats untuk semua penerima APC 2015. 

Terima kasih kepada Encik Boss & Big Boss yang menilai...
Terima kasih, SKM di atas penganjuran...
Terima kasih, Encik Pala untuk pengangkutan...
Terima kasih, Cik Ratna & Siti untuk penginapan...

Tak sabar nak jumpa Oppa... rindu..! Ececeh..! Hiks...

Oppa bawak jalan2 & makan2. Tanda penghargaan & celebration. 

~ Meninjau2 Kidzoona di AEON Ipoh Klebang. Syiok bebudak zaman sekarang. Ada port bermain yang kondusif. Tugas mak bapak sediakan ongkos.

~ Mak join sekali. Lepak2, chill2, makan2...

~ Makan pretzel untuk alas perut. 

Kami nak makan2 kat Seoul Garden. Tapi, AEON Ipoh Klebang takde Seoul Garden. So, lepak2 sambil layan pretzel je lah dulu. Kemudian, barulah ke AEON Kinta City. Situ ada Seoul Garden.

~ Relax, Mak... Chill... He3...


~ Seoul Garden

~ Sambil meng-grill, terbayangkan Running Man. Automatic sangat..! Ha3...

~ Owh... nom3..!!!

~ Mak layan tomyam Korea.


~ Owh... my 'Gary Oppa'... Ha3... Tak boleh blah!



Terima kasih, Oppa & Mak sebab sudi meraikan...
Terima kasih untuk semua warm wishes...

APC... 1 pengalaman yang manis... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google