SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label VILLA STAY. Show all posts
Showing posts with label VILLA STAY. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

SEPERTI ARTIS KATA KO..!

Aku belum mandi. Ha3... Ayat penyata tu tau! Tapi, jangan heboh2 kat orang lain, ek? Maluuuuu..... ah kak, noks! Ha3...

Di pagi Ahad yang indah nih, memang terbaek kalau dapat sambung tido puas2 sampai tengahari. Tapi, memandangkan entry cuti2 Pahang aku tak habis2 lagik makanya, aku korbankan la waktu tido tuh. Kalau tangguh2 kang, lagik lambat habis. Kalau lambat habis kang, lagik lebam bijik mata korang disajikan dengan entry cuti2 Pahang yang tak tau bila nak habis nih. Hadoiiyaiii..!!!

Tapi, aku rasa lagik sikit je kot sebab ni pun dah sampai hari last. Kami bajet nak check-out pagi sebab nak terjah Berjaya Megamall (BM). Tujuan utama adalah nak beli langsir raya mak. Dah google siap2 & tanya tuan rumah, katanya kat BM ada Nagoya, boleh la shopping langsir.

Memang la kat Ipoh pun ada Nagoya. Tapi, saja je... nak berlagak2 sikit... kang kalau orang tanya beli langsir kat mana... boleh la dengan megah hati sambil kembang-kempiskan hidung kata beli kat BERJAYA MEGAMALL, KUANTAN, PAHANG. Amekaw! Siap caps lock lagik kot..! Ha3...

Keji betul nawaitu sebegitu! ;P

~ Sebelum bershopping kena breakfast dulu. Kalau tak, nanti aku meroyan lapor!

Breakfast ditaja sepenuhnya oleh kakak & Abang Mie. Ada nasik lemak & roti canai. Aku belasah dua2. Hebat tak? Hebat tak? He3...

Lepas tu meratap sebab perut membuncit. Adeh3...

~ Bermain2 dengan Baby Odah yang asik nak sentap nih. Isk3...

~ Comel betul! He3...

~ Nak jugak..! Ha3...

~ A_bern yang dah chubby... Pipi dah macam ada 2 bijik bola ping pong je. He3...

~ Pengantin tak berapa nak baru... Ha3...

~ Kalau ada ibu, Kak Yong memang menebeng je dengan ibu dia. Nak pergi mana2 pun naik kereta ibu jugak.

~ Tan Sri dengan Puan Sri tengah bersantai lepas kekenyangan. ;P

~ Terkenang2 zaman bersanding dulu2 kot. Poyos betul beliau. Ha3...

~ Errr... kiut la jugak... ;P

~ Duta pelancongan kot..! Hiks...

~ Ternyata... ah kak lagik comel kan? La3...

~ Cubaan A_bern nak naik atas belakang aku tapi, tak berjaya..! Apa ko ingat ko ringankah? Isk3...

~ Suka gambar nih sebab aku cantek kot... Ha3... Matik la buat statement macam ni..! 

~ Gedabaknya badan 'mak incik' tuh! Hadoiiyaiiinyapun!!! 

~ Spoillah meja tuh! Cisss! Tapi, nasib baik ah kak maintain jelita. Ha3...

~ Pose konon2 comel... Padahal, hazab kerusi2 tu tau! 

~ Ada yang nak kena tido kat luar nih!!! Haish! ;P

~ Kan Baby Odah sentap lagik!

~ Kiut sangat... Ececehhh..!!!

~ Amik gambar kat pintu sebagai bukti nak meninggalkan villa stay dah. Sob3...

Terasa seperti artis hot pulak bila bergambar di pagi2 hari macam nih. Macam2 posing pulak tuh! Nasib baik takde kolam renang! Ha3... Larikkssss....!!!

Check-out & jom ke Berjaya Megamall...!!! 

By the way, terima kasih Puan Azie sebab bagi kami menginap kat villa stay. Layanan pun ok. Nak carik ikan segar, tanya dia... Nak carik langsir pun tanya dia jugak... Very helpfull. Terima kasih sekali lagi... Jasamu dikenang... ;)


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



Saturday, June 30, 2012

IKAN TOMBOK PUN TOMBOKLAH...

Malam ke-2 di Pahang, kan kami plan nak berbbq. Ikan dengan segala macam seafood kami dah borong kat Beserah. Tinggal nak beli bahan2 perapan dengan bahan2 untuk buat air asam je.

So, kami menyinggah kat Pasaraya Tunas Manja. Besor jugak Tunas Manja nih! Kalau nak tawaf 1 Tunas Manja tuh, memang semput jugak kot. Memandangkan kami kesuntukan masa makanya, kami shoppinglah secara laju2. Sap2 soi je dah siap! ;P

Kat villa stay terus bersilat pulak kat dapur. Memasing dengan tugasan memasing. Apa yang penting... kerjasama... La3... Ececehhh..! Tetiba Wonderpets keluar. Hiks...

~ Ikan yang bakal kami korbankan malam tu. Nama ikan ni adalah ikan tombok. Bukan aku kata... tapi, pakcik nelayan  yang kata... Heh!

~ Ikan merah dengan ikan termenung pun ada. Tak ketinggalan...

~ Bukti bahawa kami bekerjasama. ;D

~ Betapa ganasnya pesen aku memotong bawang, tomato & cili padi untuk dibuat air asam. Kaki siap ternaik2 kot..! Ha3...

~ Abang Mie jadik assistant mak untuk siang ikan. Wajah seorang penyiang ikan yang berwibawa... Bagus!

~ Sotong yang dah siap diperap.

~ Ikan termenung pun...

Kaum Adam ditugaskan khas untuk prepare tempat nak bakar2. Sebab kami tau diorang memang expert bab2 tuh. Kalau nak harap kat kaum Hawa, maybe subuh esok pun belum tentu boleh berbbq. Ha3...

~ Kami bubuh semua mende2 yang nak dibbq ke dalam aluminium foil. Nak carik daun pisang time malam2 macam tu ditambah pulak dengan tempat orang, memang tak la kot. Aluminium foil pun kira acilah! 

~ Berkerut2 muka menahan kepanasan. Kesian... Meh nak lap peluh, meh! Ececehhh..! Ahaks3...

~ Cucuk2 sikit aluminium foil tu dengan garfu dengan harapan cepatla sikit ia masak. Tak menahan dah nak mencium bau je. Hu3...

~ Mak turun padang sambil berposing. Kiut kan? ;P

~ Sila jangan percaya dengan apa yang anda semua tengok nih sebab kami tak tolong apa2 pun... Just tolong purak2 main senduk ngan pengepit tu je... Ha3...

~ Vandalism!!! Please don't try this at home, bebeh! Pssttt2!!! Jangan bagitau kat ketua kampung, ek? Kang tak pasal2 kami kena buang daerah pulak. ;P

~ Mak buat spotcheck. 'Bodyguard' mak yang 2 orang tuh pantang nampak camera... terus sawan! Ha3...

~ Ah kak yang over..! He3...

~ Kak Yong ngan Odah belasah main buaian di malam2 hari. Gasak koranglah!

~ Pertandingan siapa lagik berat? Heh3...

Berlengas jugaklah duduk kat luar tuh menunggu bbq masak. Cabaran katanya kan... Nak makan best2, kena la redah cabaran! Tak gitu, you ols..? ;P

~ Masak je semua, kami terus bawak masuk & hidang laju2. Kecur dah air liur nih! Hadoiiyaiiinyapun!!! 

Kami berbbq betul2 kat depan villa stay tuh. Kebetulan ada taman (playground) kat situ. Pus, kami dah mintak izin ngan tuan rumah untuk buat bbq. Tuan rumah jugaklah yang suggestkan untuk kami berbbq kat taman tuh. Tapi, time nak makan kami angkut la bawak masuk ke dalam rumah. 

Lepas makan, semua pengsan! Nak bersembang pun aci tunggu esok. Ha3...

1 pengalaman yang best, berbaloi & mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tak percaya... cer try buat jugak. Nescaya tak menyesal! ;D


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::


Tuesday, June 12, 2012

VILLA STAY

Memula, roger2 kakak kata nak tunggu kat R&R Genting Sempah. Tapi, tak jadik sebab macam jauh je lagik diorang kan... Yang kami pulak dah tak tau nak buat apa kat Genting Sempah nun. So, roger2 balik, kata nak tunggu kat Lentang.

Macam pelik je bunyi nama tempat tuh. Tak pernah dengor kot. Ingatkan R&R atau just hentian. Tapi, rupa2nya ada Jabatan Hutan je pun. Dah la macam masuk ke dalam. Dengan hutan lagik... Karak, hokay..! Karak! Weirdlah!

So, cancel!

Roger2 kakak lagik, kata tukar plan, tunggu kat R&R Temerloh pulak.

~ Melepaskan penat... Eh! Muka kami kiut kan? Ahaks3...

~ Rifqi sangat aktif! Asik nak merangkak di jalanan je. Letih nak menangkap. Fuh!

Sempat jugak aku ngan my 'sayang' makan nasik lemak kat sini. Memula takmo makan sebab konon2 kenyang. Tapi, bila nampak nasik lemak, rasa macam best pulak. Terus try sorang sebungkus. Heh!

Dasar pemakan kan? He3...

Lepas regang2kan badan lelebih kurang, kami teruskan perjalanan. Kat Pahang nanti, kami semua dok kat villa stay. Lokasi villa stay adalah di Lorong Permatang Badak Perdana. Pukul 7 malam baru kami sampai. Alhamdulillah la... sebab tak sesat-barat.

~ Villa Stay yang bakal kami huni selama 3 hari 2 malam. Rumah teres 2 tingkat, 4 bilik tidur & 3 bilik air. 

~ Masuk2 je, bebudak 2 orang ni tak habis2 nak bercamwhore. Sawan camera tahap kritikal nih! Haish!

~ Rifqi pulak asik nak mengexplore je. Habis semua mende nak dipanjatnya! Adeh3...

Cabaran hokay nak membooking homestay nih! Yang Villa Stay ni pun aku dapat last minute. Almaklum la... bulan Mei kan aku busy ngan kursus bagai... Dah nak pergi vacay, baru hegeh2 nak mencarik homestay. Nasib baik ada. Fuh!

Villa Stay ni 180 hengget/malam. Deposit 40 hengget. Deposit tu kita akan dapat balik masa check-out. Kami duduk 2 malam. So, kena bayar 360 hengget + 40 hengget deposit samadengan 400 henggetlah. 

Not bad la... Hall dia memang luas sebab perabot sangat minimize. Just ada kerusi kusyen, coffee table, tv + cabinet, cabinet hiasan & kerusi. Kalau datang ramai2, selain dari bilik, hall ni pun boleh menampung jugak. Bentang je toto yang disediakan & tido la kamu di situ.

TV siap dengan Astro. Mesin basuh dengan dapur + kelengkapan dapur pun ada. 1 bilik air cond + kipas, 1 bilik air cond & 2 bilik lagi kipas sahaja. 3 bilik katil queen size & 1 bilik lagik 2 katil single. 

Ok kot... Just air cond bilik kakak aku je yang haub sikit. Lepas komplen, diorang datang repair esok paginya. Sejuk baliklah. Tak perasan pulak bilik mak ngan A_bern kipasnya slow giler! Dah la sekarang ni memang musim panas kan... Kesian mak ngan A_bern tido 1 malam dalam kepanasan. Malam ke-2 aku suruh mak tido bilik abang sebab bilik tu paling luas. Baru la nyaman mak kata... 

Kalau korang nak try dok sini, korang boleh calling2 nombor telefon yang tertera kat bawah nih. Alamat pun aku kasik jugak.

Villa Stay Batu 6
No. 24, Lorong Permatang Badak Perdana 206
Batu 6, Jalan Gambang
Kuantan, Pahang

Contact Person: Puan Azie (013-9206626)

 Kalau nak detail lebih2 lagik, click ibilik ngan kuantan2u nih. Selamat becuti..! ;P

*Bersambung lagik...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google