Kami check-in di Kinta Riverfront Suites 1. Pilihan ke-3.
Pilihan pertama: H2H - Marine Home @ Majestic Ipoh.
Pilihan ke-2: Octagon Dragon Guesthouse
Terpaksa ke pilihan ke-3 sebab katanya... kau wajib pakai swimming attire yang diwartakan kat pilihan pertama & ke-2. Yang acah2, buleh blah... kompom kena kick out dengan Pak Guard. Choiii..!!!
Ada jugak yang advise, redah jerrr... Tapi, kami tak konpiden. Maka kerana itulah terpaksa redha amik pilihan ke-3. Hu3...
|
~ Lepas check-in & solat, terus jadik 'Pandelela Rinong'. Tak menahan... Ha3... |
|
~ #HantuAir ;D |
Wajah nampak gumbira dengan fasiliti tersebut. Hakikatnya, ada sedikit ketidakpuasan hati. Tipah tertipu... gitu..!
Kinta Riverfront Suites 1 ni adalah private unit. Maksudnya, takde kena-mengena dengan management Kinta Riverfront Hotel & Suites. Fakta ni, kami tak kesah sebab sedia maklum. Jelas. Takde unsur Tipah tertipu.
Fasiliti atau specifically pool yang diiklankan di Booking.com adalah pool Kinta Riverfront Hotel & Suites. Aku & Oppa konpiden yakin sebab kami pernah stay & swimming di pool tersebut. Pool yang cantik, moden & bersih. Inilah jugak faktor utama kami book pilihan ke-3.
Penuh semangat nak turun pool tapi, rasa macam lain. Jalannya lain, level pun lain. Sangat lain dari lokasi pool Kinta Riverfront Hotel & Suites yang aku pernah jejak dulu. Hati dah mula rasa tak best. Tapi, chill... Teruskan explore.
Finally, memang hampa, dukacita & bla3... yang sewaktu dengannya.
1. Takde kids pool.
2. Tiles sekitar pool macam dah kena kokak.
3. Daun2 kering bersepah kat tepi pool. Macam takde maintainance.
4. Bilik sauna yang diiklankan macam hampeh kondisinya.
5. Ada bau yang kurang menyenangkan di lorong sebelah pool, bahagian bawah. Pool ni level 2, kalau tak silap aku. Bau tu akan naik bila angin bertiup sepoi2 bahasa.
Kompom bukan pool Kinta Riverfront Hotel & Suites. Check it out
entry ah kak ni untuk perbandingan.
Kompom bukan pool seperti yang diiklan / ditawarkan dalam Booking.com.
Kompom Tipah Tertipu!!
Lepas swimming, 'Tipah' tersebut meng-WhatsApp owner a.k.a manager Kinta Riverfront Suites 1, menyuarakan ketidakpuasan hati.
'Tipah' puji dulu suites nya. Moden, bersih & sama seperti yang diwar2kan dalam Booking.com.
'Tipah' cuma nak bebel pasal pool je. 'Tipah' tak serang, tidak jugak bermulut lancang. 'Tipah' cakap elok2, mohon explanation je. Memula, dia insist menegakkan benang yang basah-lencun. Bila 'Tipah' firm sikit, send gambar pool yang dia advertise, bagitau yang 'Tipah' pernah stay & berkubang di Kinta Riverfront Hotel & Suites suatu ketika dahulu, baru dia slow down & say 'SORRY'.
Macam tu la... kalau dah salah, jangan diletak lilin kat benang tu semata2 nak ia tegak berdiri dongak ke langit. Admit & mintak mahap je... Lepas tu, amik iktibar, jangan tipu lagik. Habis cerita. 'Tipah' menang, dia pun sama menang.
'Tipah' bagi masa untuk dia remove gambar pool yang bukan pool sebenar tu dari Booking.com. Kalau dia enggan, 'Tipah' memang berhajat nak buat review jujur. Niat 'Tipah' 1 je, tak nak orang lain sama tertipu macam 'Tipah'. Mujur dia dah remove. Takde langsung gambar pool, either yang bukan sebenar or yang sebenar. Ok, bagus.
Amat mudah nak jadik jujur. Tapi, tak susah jugak nak jadik penipu.
*Bersambung...
:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::