SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, July 31, 2016

MASAK VS BELI

~ Bubur by Mother.

Mother buat spesel untuk cucunda, A_bern. Sebab A_bern ada kat kampung. Teman gelak & teman gaduh Mother. He3...

~ Ikan termenung goreng + air asam & masak lemak taugeh + carrot. 

Ehem2! Aku yang masak. #Chiaaaaa3 ;P

~ Kari daging & kuih-muih. Semuanya dibeli.

Masak lebih puas hati, mungkin. Suka hati nak masak banyak mana... suka hati jugak nak bubuh apa je. Boleh kawal penggunaan garam, gula, serbuk perasa & yang sewaktu dengannya.

Masak perlukan masa penyediaan bahan, masa memasak & masa menghidang. Effort & tahap kerajinan sama penting.

Beli pulak, lebih kepada ikut citarasa peniaga. Kalau dapat peniaga spesis kedekut, dapat la portion kecik, harga ya ampon... cekik darah! Tapi, kalau dapat yang generous, bertuahlah. Susah nak kawal penggunaan segala jenis bahan perasa. 

Tak perlu banyak masa & tenaga. Hulur je duit & order.

Masak vs beli. Tepuk dada, tanya selera.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



#SYUKURSELALU

Profesion aku biasa2 je...

Ramai lagik yang kerjayanya gah & hebat2 kat luar sana. Gaji tinggi! Ribu2... puluhan ribu... mahupun ratusan ribu. Takpe... itu rezeki dia. Bersyukurlah.

Aku pilih untuk jadik aku. Cara aku, keputusan aku, jalan hidup aku. Dengan gaji sederhana, aku jugak masih mampu ukir senyuman paling sweet... yang paling #SongJiHyo... eceh... ha3... sama macam mereka. Takpe... ini rezeki aku. #SyukurSelalu

Opis aku pun biasa2 je...

Banyak lagik yang opisnya yang tinggi melangit & seluas alam kekdahnya... Syarikat besar mahupun gergasi! Takpe... itu rezeki dia. Bersyukurlah.

Aku pilih untuk jadik penjawat awam. Masih mampu senyum, masih mampu survive. Hidup sebumbung dengan Oppa, dekat dengan Mother & parents in law... nikmat Allah yang mana lagik nak aku dustakan?Alhamdulillah... ini rezeki aku. #SyukurSelalu

Ada jugak seketol 2 yang mempertikaikan.

"Kau lahir di Teluk Intan. Kau membesar di Teluk Intan. Kau belajar jauh2 sampai ke KL & Perlis tapi, finally kerja kat Teluk Intan. Kahwin dengan jejaka terhebat Teluk Intan. #Chiaaa3 Apa kau nak end up pun kat Teluk Intan ke?"

Sejenis pertikaian + andaian + perspektif yang mungkin nampak chill tapi, sebenarnya tertebak jugak hati & perasaan ni. Bukanlah maksudnya malu / menyesal. Tapi, seolah2 macam bersalah sangat / jadik 1 jenayah pulak membina hidup di Teluk Intan. Hmmm... choiii..!!!

Cepat2 aku brainwash diri sendirik. Apalah sangat pertikaian 'si seketol 2' kalau nak dibandingkan dengan kebahagiaan yang aku dapat. Alhamdulillah sekali lagik... Ini rezeki aku. #SyukurSelalu Chill... ;)

~ Tempat carik rezeki. Annyeong..! ;)

Moral of the story: Aku sejenis seorang yang biasa2 je... Asal bahagia. #SyukurSelalu ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, July 29, 2016

MAKANAN ADALAH MOTIVASI

Opis perlukan pembersihan & suasana yang lebih indah. Kami takde cleaner, tukang kebun mahupun tea lady. Maklumlah... opis wilayah. Orang gomen musti boleh bayangkan... Hu3...

Kamilah 'cleaner' merangkap 'tukang kebun' merangkap jugak 'tea lady' especially bila EKSA tengah on. Memasing buat kerja ikut duty roster. Baguih! Ah kak kasik 5 HA! Eh, silap! 5 mintang... He3...

~ Sapu, Cik Nad! Jangan tak sapu! He3...

~ Good job, Encik Selvam..!

~ Baju je belang rimau... Tapi, jiwa ah kak ni is pink, hokay..! Ahaks...

~ 'Hang Mop' berkuasa penuh! Ha3...

~ Agenda akhir. Yang paling ditunggu2 & dinanti2.

~ Makanan adalah motivasi untuk buat EKSA. 

Takde makanan, sel2 otak tak berapa nak berhubung. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, July 27, 2016

WORDLESS WEDNESDAY #109: KEJADIAN ITU...

~ #Throwback juadah berbuka di rumah mertua. Aku & Oppa tengok gambar je la...

Kes Oppa demam teruk! Kejadian yang tak dapat dielakkan... Tsk3...

Kita hanya merancang. Allah jua yang menentukan segala2nya...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Saturday, July 23, 2016

WHATEVER PLATTER

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Takde yang specific. Konsep menggodek2 fridge, tengok stok apa yang available demi menunaikan hasrat perut yang lapor. ;P

Bahan2 (untuk 2 orang):-

4 keping roti potong wholemeal Gardenia
2 keping daging burger 
1 tin kecil kacang panggang
1 mangkuk broccoli 
2 keping processed cheese
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
Serbuk lada putih
Butter
Mayonis
Sos cili
Serbuk lada hitam

Cara2 Penyediaan:-

1. Sapu butter & mayonis pada roti potong wholemeal. Ketepikan.
2. Cairkan butter. Grill daging burger hingga masak sambil taburkan dengan serbuk lada putih. Angkat & ketepikan.
3. Letak daging burger atas roti tadi, bubuh hirisan bawang besar & tuangkan sos cili secukup rasa. Tutup dengan sekeping lagik roti. Siap untuk main course.
4. Cairkan butter. Grill broccoli & balik2kan. Taburkan sedikit serbuk lada hitam semasa menggrill. Koyak2kan processed cheese & letakkan atas broccoli. Angkat & ketepikan.
5. Panaskan kacang panggang. Angkat & hidangkan kesemuanya bersama dalam 1 pinggan.

~ Whatever Platter

Aku paling addicted pada grilled broccoli cheese tuh. Ratah cenggitu je pun best! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, July 22, 2016

IMPIAN & BAHAGIA

Setiap kita punya impian. Dari pelbagai sudut, dari segenap aspek. 

Habis SPM nak further study amik course apa..?!
Lepas grad nak kerja apa..?!
Bila dah ada kerjaya, hidup dah sedikit stabil, nak settle down umur berapa..?!
Ciri2 lelaki idaman nak yang macam mana..?! Ahaks... Tang sini wajib ada 'ahaks' sebab tetibe je kelenjar adrenalin merembeskan hormonnya. Ha3...

Nak yang putih... yang hitam manis... sawo matang... kuning langsat...
Nak yang sado... yang kurus... #GemokIsAwesome... sedang2 elok...
Nak yang tinggi... yang rendah... setara... tinggi / rendah sikit je daripada kita...
Nak yang kerja gomen... yang private... korporat... MLM...
atau...
Nak yang romantik... yang tegas... cool... ke laut dalam...

Ini semua sejenis impian yang lengkap dengan perincian. Jangan perlekeh. Sebab perasaan & fasa2 yang kita lalui lebih kurang sama je. Manusia kan... Cuma dugaan & takdir kita je yang berbeza.

Aku pun pernah ada impian cenggitu. Further study - Kerja - Kahwin - Cahaya mata - Cucu-cicit - Tua bersama / grow old together, kata omputih. Latest update, aku baru sampai fasa kahwin. Fasa yang berbaki selepas tu, masih diharap, didoa & dinanti. Aku percaya pada-Nya. Aku percaya rezeki, ajal, maut, jodoh... semua atas kuasa-Nya... 1 hari nanti... In shaa Allah...

Oppa bahagia... aku jugak bahagia... 

Masih mampu sharing everythings...
Masih tegar habiskan masa bersama...
Masih rindu2-an bila tak jumpa...
Masih boleh bergurau-senda & bergaduh manja...

Syukur selalu... Semoga bahagia ini milik kami selamanya... ;)

~ 'Lunch box' daripada Oppa yang sangat2 ternyata membahagiakan perut isterinya. Walaupun 'kerja seni karikatur' tu secoet tapi, tetap rasa istimewa.

Sekian... #Chiaaa3 Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



B.N.O

Short getaway ni sebanarnya tak dirancang. Omputih kata, spontaneous. 

Bermula dengan dating di waktu petang, pusing2 Teluk Intan... lepas tu, rasa tak puas lagik berpusing2. Oppa kasik 2 pilihan. Nak ke Lumut / ke arah Sungai Besar. 

Kalau ikutkan perasaan hati ah kak, dua2 pun ah kak nak redah. Tapi, mana mungkin... Tak sejalan. Plus, masa pun tak mengizinkan. So, mintak Oppa decide ja lah. Senang cerita.

Kesimpulannya, Oppa bawak ke arah Sungai Besar, Selangor. Tak kesahlah... Sungai Besar ke... Lumut ke... Yang penting, berpusing2. He3...

Oppa terpandang signboard Pantai B.N.O. Kami tak pernah jejak lagik. Tak terimagine macam mana rupa paras ia. Baca kat blog blogger lain pernahlah. Oppa ajak try usha. Aku ok jerrr... Yang penting, berpusing2. Eh2! Ha3...

~ Pantai B.N.O a.k.a Pantai Bagan Nakhoda Omar

~ Ikan belacak menebeng atas batu. Sekali pandang, ok jerrr... 2 kali pandang, ah kak geli, noks..! Hu3...

Culture shock jugak la tengok ikan belacak tu. Bukan kat 1 port je dia menebeng. Banyak port! Perrgghhh..!!! 

~ Suka nau2 lettew..! ;D


~ Sunset



Sempatlah makan kepak ayam sambil layan sunset. Sweetttttt...... sangat..! Hiks...


:: .A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, July 21, 2016

PICNIC DI BONET KERETA

Siapa kata picnic nak kena jauh2? Nak wajib ada pantai dengan deruan ombak... Nak kena ada taman rekreasi ada pokok2 so that, boleh bentang tikar kat bawah ia... Nak hadap sakit2 pinggang sebab lama sangat duduk dalam kereta untuk sampai ke destinasi...

Well... itu semua bonus jerrr... Kalau takde / tak hadap pun takpe. Still boleh picnic. Cuma kena kreatif sikit. Macam aku & Kak Yong. Eh2, tetibe je nak up diri sendirik & anak sedara..! Ha3...

Dimulakan dengan membukak bonet #CikPuteh. Kemas2 sikit, adjust2 tang 'rak kasut bergerak' tuh. Heh3...

Kemudian, godek2 peti sejuk Mother. Sebab apa peti sejuk Mother... bukan peti sejuk aku?! Sebab kejadian ni berlaku kat rumah Mother. Harap maklum.

Tips: Pastikan kerja menggodek2 tu membuahkan hasil berbentuk makanan. Sebab kalau tak berhasil ia boleh mengakibatkan amukan tahap 4. Ha3... Plus, tak jadiklah namanya picnic kalau takde makanan kan...

Dalam kes ni, hasil yang kami jumpa adalah aiskrim sumi. Hokay, thorrbahekkk..!!! Melompat bintang aku ngan Kak Yong. La3...

Lepas tu, on lagu2 kegemaran kat tab / apa2 gadget yang ada. Tab pass kat Kak Yong sebab Kak Yong nak main game. Aku teruskan dengan menyumbangkan suara yang lunak merdu sangat nih. Bukan setakat Kak Yong tapi, Tok Ram pun mampu stress dengor nyanyian aku. Ha3... Gasak kaulah!

~ Picnic di bonet kereta.

Semoga jadik sumber inspirasi... Ahaks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, July 15, 2016

MENCARI KAMBING

Kesah sebelum raya & Romadhon jugak...

Kesah beronok2 di hari raya belum tiba lagi. 'Roh & jiwa' nak susun atur, nak mengarang bagai... belum muncul. Ha3...

Hokay, back to the point! Ecewah, skipping London plak ah kak kan..! Heh3...

Memem & Yana buat kenduri akikah untuk anakanda ke-2 diorang, Muhammad 'Adry Refhan a.k.a Refhan. Kami free. Makanya, kami pergi. Bawak My MIL & Abah sekali.

~ Whatever it is, selfie itu penting. Sebab kalau tak selfie, umpama sayur kurang garam, kurang enak, kurang sedap gitu..! Ececeh..! Ahaks...

Sejurus selepas itu, misi mencarik kambing akikah pun bermula... ;D

Perjalanan dari Teluk Intan, Perak ke Banting, Selangor agak jauh jugak kot... Dari perut kenyang dah mula rasa lapor. Lagik beberapa kilometer nak sampai ke rumah parents Yana, aku dah gigih bayangkan nasik dengan lauk-pauk kenduri. Ha3... Sedeh!

Sampai2 je, tuan rumah pelawa makan. Pergghhh..!!! Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, noks..! Indahnya duniaaaaaa...... He3...

~ Projek membuli Refhan. Heh3...

~ Tetap gigih tido walaupun digodek2 sebegitu rupa. Syabbash, Refhan!

Selesai di Banting, kami ke Bangi pulak. Rumah Cuk Dam & Mak Su. Aku & Oppa ok jerrr... bab berjalan2 carik pasal ni. ;P

Mak Su jamu pisang goreng & keropok lekor. Terima kasih, Cuk Dam & Mak Su sebab sudi terima tetamu seperti kami, yang tak payah susah2 nak diajak makan, laju je buat macam rumah sendirik. Ha3...

Sekian, wassalam...

Eh, macam buat karangan surat tak rasmi pulak..! Hiks...


:: .A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, July 14, 2016

WARDER PENJARA

Kerja... Kerja... Kerja...

Haish, tak baik merungut! Redhakan je. Banyak penganggur kat luar sana yang still teraba2, tercarik2, tergoogle2 kan kerjaya. Kita yang dah Allah bagi rezeki kerja ni kena la bersyukur banyak2. 

Hokay, insap! Moh kerja! Ha3...

Kesah #Throwback ni. Kesah sebelum Romadhon. Ada program usahasama antara SKM dengan Maktab Koperasi Malaysia (MKM). Kursus Wajib untuk koperator, 3 hari berturut2. Tugas aku & Eika macam biasalah... bab2 pendaftaran peserta.

~ Sesambil tumpang dengor presentation slot, sesambil selfie. Heh3...

Balik opis, relax2 kejap, warming up sebelum buat kerja hakiki, tengok balik gambar selfie tadi. 

Hoiii2... tanjat gigirl! Macam warder penjara kekdahnya..! Serius nau2! Ha3... Hadoih!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google