SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label CIK PUTEH. Show all posts
Showing posts with label CIK PUTEH. Show all posts

Thursday, July 21, 2016

PICNIC DI BONET KERETA

Siapa kata picnic nak kena jauh2? Nak wajib ada pantai dengan deruan ombak... Nak kena ada taman rekreasi ada pokok2 so that, boleh bentang tikar kat bawah ia... Nak hadap sakit2 pinggang sebab lama sangat duduk dalam kereta untuk sampai ke destinasi...

Well... itu semua bonus jerrr... Kalau takde / tak hadap pun takpe. Still boleh picnic. Cuma kena kreatif sikit. Macam aku & Kak Yong. Eh2, tetibe je nak up diri sendirik & anak sedara..! Ha3...

Dimulakan dengan membukak bonet #CikPuteh. Kemas2 sikit, adjust2 tang 'rak kasut bergerak' tuh. Heh3...

Kemudian, godek2 peti sejuk Mother. Sebab apa peti sejuk Mother... bukan peti sejuk aku?! Sebab kejadian ni berlaku kat rumah Mother. Harap maklum.

Tips: Pastikan kerja menggodek2 tu membuahkan hasil berbentuk makanan. Sebab kalau tak berhasil ia boleh mengakibatkan amukan tahap 4. Ha3... Plus, tak jadiklah namanya picnic kalau takde makanan kan...

Dalam kes ni, hasil yang kami jumpa adalah aiskrim sumi. Hokay, thorrbahekkk..!!! Melompat bintang aku ngan Kak Yong. La3...

Lepas tu, on lagu2 kegemaran kat tab / apa2 gadget yang ada. Tab pass kat Kak Yong sebab Kak Yong nak main game. Aku teruskan dengan menyumbangkan suara yang lunak merdu sangat nih. Bukan setakat Kak Yong tapi, Tok Ram pun mampu stress dengor nyanyian aku. Ha3... Gasak kaulah!

~ Picnic di bonet kereta.

Semoga jadik sumber inspirasi... Ahaks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, January 30, 2016

#CIKPUTEH 'INJURED'

Antara kenangan pahit tahun 2015...

Masa tu weekend. Aku bersiap & Oppa pun bersiap2. Berebut cermin... nak tengok siapa lagik jelita / kacak / bergaya. Berebut sikat... style nya haruslah K-Pop. Kau ada..??! Ha3...

Hokay, fine! Tang berebut2 tu sweet. Belum 'pahit' lagik. Tungguuuuuu.......

Oppa keluar bekerja, mencarik nafaqoh. Bawak WirAsLeez. Aku nak amik Mak, bawak ke pasar. Bawak #CikPuteh. Kami 'drift' membawak ke Kampung Bahagia. Lepas tu, separate. Jalan jemm! Sebab ada kerja-kerja maintainance jambatan. Bosan! So, aku karoks dalam kereta, menyumbangkan suara yang dah sedia maklum sumbang mambang. Ha3...

Macam2 lagu yang aku karoks kan. Dari dangdut membawak ke rock... membawak ke balada... membawak pulak ke bla3... Semua pun... layannnnnn......

Hamboih..! Ceria nau2 nampak gayanya tu kan... Takpe2. Sweet lagik ni. Pahit tak sampai jugak lagik. Tungguuuuuu......... 

Aku masuk laman rumah Mak, aku u-turn dengan konpiden yakinnya. Tanpa rasa was2 kata ko! Tup2... skirting depan, belah kanan dah 'cium' batang pokok nangka yang dah di chain saw! Sumpah, neves! 

~ Ini memang betul2 pahit!!! Robek hatiku... Tsk3...

Call Oppa, buat aduan sambil nangis2. Mintak simpati. Oppa pun datang meninjau keadaan. Oppa kata, nanti dia try setelkan. Don't worry, katanya... Lepas tu, ada la... kena tarbiah manja2 sikit. Ah kak redha mendengarnya sebab ah kak tau ah kak bersalah dalam konteks ini. Sob3...

Esok harinya, aku ke Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) kat HQ (KL). Hilang 1/2 semangat. Sampai dalam perjalanan tu pun Oppa call, kata don't worry... toksah pikir pasal #CikPuteh sebab dia akan setelkan sebaik mungkin. Oppa janji, once dah setel, Oppa akan update kat aku.

Jiwa kacau, noks..! Hu3...

~ Tengah lepak2 kat bilik hotel, Oppa send gambar ni. Tanjat gigirl..! He3...

#CikPuteh in progress lah! Yahooo......!!!

~ Finally... alhamdulillah...

Rasa nak melompat2 di atas katil hotel kekdahnya..! Oppa... daebak! Kamsahamnida, Oppa... He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google