*Prequel entry ini.
Kelam-kabut sangat masa ni! Ingat lagi... masa tu sedang bersenang-lenang kat rumah mertua. Panas membahang cuaca! Jadik, aku pun mandi. Dah kata panas, kompom la mandi. Takkan nak berguling2 di sawah padi pulak! Tu mengarut nama dia! Heh!
Mandi adalah sangat seperti puteri bersiram. Macam buat spa sendirik kat dalam bilik air mertua tuh. Siap berdondang-sayang! Tapi, tak kuat la... Volume manjas2 je. Tatasusila sebagai menantu contoh perlu dijaga, hokay! Ha3... Over!
Siap mandi... siap pakai baju cantek2... pakai cologne wangi2... My 'Jebat' terkocoh2 datang kat aku. Ingatkan sebab terhidu haruman cologne bini dia. Rupa2nya nak bagitau yang Mak call, kata Pak Tam masuk hospital. Terperasan sekejap ah kak di situ..! Chait!
Bergegas packing barang yang tak seberapa tu, salam2 mertua then, berdesup ke rumah Mak. Nenek dengan Mak dah siap, tunggu kat laman. Dalam kereta, aku korek cerita daripada Mak. Ye la kan... takde angin, takde ribut... tetiba kata Pak Tam sakit... masuk hopsital... siap kena tahan kat wad. Paling tak sedap hati bila Mak cakap, Mak Tam call bagitau Pak Tam nazak! Nazak, hokay..! Bukan perkataan main2! Of course sangat terperanjat! Dalam perjalanan, berdoa dalam hati, semoga semuanya baik2 saja. Aminnn...
~ Beginilah Pak Tam waktu kami sampai kat Hospital Changkat Melintang. Alhamdulillah... nampak ok. |
Kessahnya... Pak Tam dah lama demam. Makan minggu jugak. Mak Tam & Atin (anak sulung) dah paksa ke hospital tapi, Pak Tam takmo. Kengkonon demam biasa. Dok telan Panadol tapi, demam tak kebah2. Sampai 1 tahap, Pak Tam tak boleh bernapas! Walhal, takde sejarah asma!
Masa tu lah baru ke hospital. Doktor pam paru2, keluarkan air sebab paru2 Pak Tam dipenuhi air. & sebab tu jugaklah Pak Tam sesak napas. Kalau biar lama, memang effect kat jantung. Lagik merbahaya!
Masa kat wad, doktor kasik jadual kencing. Maksudnya, setiap kali kencing kena catat & tick. Apa fungsi mutlaknya, aku pun kurang pasti. Adalah tu... Biarkan je la doktor buat kerja dia. Patient, sila ikut! Jangan nak degil sangatlah!
Diselidik... dikaji... disoal-siasat... rupa2nya Pak Tam selalu mandi malam. Sebab tu dapat paru2 berair. Sekarang, Pak Tam dah ok. Dah sihat. Tapi, still kena follow-up buat check-up la kot. Biasa la tu kan...
Kepada Pak Tam, sila jangan mandi malam dah. Mandi siang je. & kalau dapat quit smoking pelan2 pun, macam cantek jugak tuh. Chaiyok! ;)
:: Like3, ek! ::
No comments:
Post a Comment