SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, May 29, 2014

#THROWBACKSEPULUH: MASA TU BERNILAI KE CINTA KO, SEBAB KO DAH MATI?

Yang ke-10...

Mak Awa dah nasihatkan, tak baik tipu mamat kolam ikan, kata tak pandai berenang. Tapi, bunga manja kata, tu je cara dia nak 'tambat' mamat kolam ikan jadik boyfriend dia. Sebenarnya, dia pun rasa pelik jugak dengan hati dia. Sebab dalam banyak2 lelaki hatta lelaki2 kat United Kingdom tempat dia further study dulu tu pun tak berjaya buat dia melting. Tapi, dengan yang sorang ni, lain... sangat lain!

Tengah syiok2 bunga manja bergossip dengan Fisya, mamat kolam ikan datang sound! Suspen, ah kak tau..! Menyorok di celah ketiak bantal SpongeBob ah kak time ni tau..! Ha3...

"... Ko reti berenang ke tak reti berenang?"
"Eh, boleh tak ko tanya elok sikit! Bos aku ni tengah sakit, tak payah la nak marah2 sangat..!"
"Ko diam bapuk sebelum aku tumbuk muka ko!"

Dengan Fisya2 sekali kena sound! Sangat gangster! Owh... neves!

"Ok.Mas memang reti berenang."
"Habis tu semalam tu apa? Ko tipu akulah. Ko cakap ko tak pandai berenang. Apa hal ko ni?"
"Memang pun! Memang sebab... Mas nak uji Abang... Abang selamatkan Mas tak kalau Mas lemas? So, what..?! Bukannya benda salah sangat pun! Setakat lemas je kot..!"

PANGGGGGGGGGG.......!!!!!!! (Sound effect bunga manja kena lempang dengan mamat kolam ikan.)

~ Credit to: Facebook Bukan-Kerana-Aku-Tak-Cinta

"... jangan sesekali ko sia2kan nyawa ko la... Ko pertaruhkan nyawa ko untuk cinta ko! Ko sedar tak apa yang ko buat? Ko tau tak apa yang aku rasa, Mas? Hah, ko tau tak? Aku takut ko tau tak. Kalau ko mati, aku nak menjawab apa? Masa tu bernilai ke cinta ko, sebab ko dah mati? Puas hati ko sekarang, hah? Puas? Ko dapat ugut aku kahwin dengan ko.Mas, orang yang tak reti menghargai nyawa tak layak dapat cinta la... Aku tak nak ada isteri macam ni! Tolong la, Mas jangan buat benda bodoh macam ni! Eh,Mas! Ko tengok ni... ko tengok muka aku ni, daripada... atas ni sampai bawah. Ko cuba tengok, lelaki ni ke yang ko nak jadi suami ko? Lelaki ni... layak ke muka ni jadi suami ko?"

~ Credit to: frequency

Bukan bunga manja je yang tergamam menangis tersedu-sedan. Tapi, aku pun ikut sama terpaku terpana. Nangis boleh control lagik. Means, bergenang2 je... Eceh!

~ Credit to: ping

Mamat kolam ikan memang sangat2 marah!!! Marah tahap gunung berapi sebab bunga manja bermain2 dengan nyawa! 1 kepantangan untuk dia! Tapi, nun jauh kat 1 sudut hati, dia menyesal sebab naik tangan kat bunga manja. Dia takde niat nak berkasar macam tu. Menyesalnya dia, hanya Allah yang tau...

Terngiang2 bait2 tazkirah Ustaz Hafiz kat telinga dia... 

"... walaupun isteri itu adalah sah milik suami, suami masih lagi dilarang untuk mengasari isterinya. Inikan pulak perempuan yang takde kaitan dengan kita. Berdosa namanya tu..."

Sungguh... sangat dia menyesal...


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google