Tuesday, May 31, 2011

STICKY MODE ENTRY (GIVEAWAY): SIAPA NAK OLE2 DARI SABAH DAN LABUAN

 *This is a sticky mode entry sampai menang! He3... Please scroll down for new updates. Thank you. ;)

Aku nak menjoin giveaway lah! Mana la tau kan, buleh dapat hadiah berganda2 lagik..! Ahaks3...

 Sonang sangat nak menjoinnya! Sempoi, seh..! Harap2 ah kak bertuah kali nih! Fuh3!!! ;P

 Meh tengok syarat2 dia, meh! 

Syarat-syarat:-

1. Beralamat di Malaysia

~ Of cos, bebeh! Malaysia = tanah tumpah darahku! Tetiba rasa macam nak nyanyi lagu Negaraku la plak. Sebagai bukti yang I am Malaysian! Hokay, sume! Sila bangun & berdiri tegak! ;P

Negaraku...
Tanah tumpahnya darahku...
Rakyat hidup...
Bersatu & maju...

Rahmat bahagia...
Tuhan kurniakan...
Raja kita... 
Selamat bertakhta...

Rahmat bahagia...
Tuhan kurniakan...
Raja kita...
Selamat bertakhta...

Hokay, done! Clap3!!! ;D

2. Buat satu entry ringkas tentang giveaway ini

~ Giveaway nie dianjurkan oleh zahidahwahid, seorang bloggerlah. Katanya, beliau nak ke Sabah & Labuan tak lama lagik. Sebab tu beliau anjurkan giveaway nie. Beliau bermurah hati nak kasik ole2 dari Sabah. Tengok tajuk giveaway pun dah buleh tau yang beliau nak kasik ole2 dari Sabah kan... Sabah tuuu..!!! Giler, noks... ko tak nak mentry! ;P Syarat2 nak join memang semudah A, B, C & syarat2 tu adalah seperti yang aku war2kan kat sini. Secara ringkasnya, memula ko mustilah Malaysian, pastu buat simple entry pasal giveaway nie, tag 3 org kawan & send permalink. Kan mudah tuh! Tarikh tutup adalah pada 31 Mei 2011.

3. Tag 3 orang kawan


4. Hantarkan permalink di komen entry ini sahaja

~ Wokeh! Lepas publish entry nie aku anta, ek?! Jangan risau, bebeh! ;)

Terima kasih kepada akukeranikedaimotor sebab tag aku. 

Jasamu dikenang,
Harap2 kita buleh menang!

Ececeh..! Pantun 2 kerat la pulok! Ha3...

AYAM GORENG UPIN IPIN BETUL3!!!

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Asal tengahari jer, tepek gambar makanan. Asal tepek gambar makanan jer, tengahari. He3...

Layan jer la, ek? Jangan meleleh2 air liur tu... sudah... Eh! Ke air liur aku yang meleleh2 nih? Puasa kata ko! Uwaawaawaaaa...

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong & dicuci bersih)
1/2 peket tepung goreng ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur ayam
Garam
1 tangkai daun kari
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ayam dengan garam & serbuk kunyit.
2) Pecahkan telur dalam mangkuk. Golekkan ayam dalam telur & perap selama 15-20 minit.
3) Masukkan tepung goreng ayam dalam mangkuk. Golekkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam tepung.
4) Panaskan minyak. Goreng ayam bersalut tepung tadi hingga garing.
5) Masukkan sedikit daun kari ke dalam gorengan ayam untuk ambil bau.
6) Angkat & toskan. Hiaskan dengan lebihan daun kari tadi.

~ Ayam Goreng Upin Ipin Betul3!!! Ngeh3... Buleh diratah begitu saja/makan dengan nasi panas2, buat lauk. Heaven, bebeh!

Semudah A, B, C kan? ;P

AKU = BERPUASA

Tengok tajuk entry pun dah tau kan apa yang ah kak nak story-mory-morning-glorykan?! Ye! Aku berpuasa ganti hari nie. Banyak lagik, noks nak kena ganti! Hu3...

Actually, aku prefer berpuasa time2 coti/weekend sebab buleh la aku melayan blues (lapor) sambil tengok tv ke... blogging ke kan... Mak ngan my 'sayang' lain lak teori mereka. Bagi diorang, kalau puasa time weekdays/working days lagik heaven sebab rasa cepat masa berlalu. Tau2 dah pukul 5 p.m... Tau2 lagik 2 ++ jam nak berbuka... Begitu katanya...

Nak tak nak, aku kena jugak ganti time working days sebab kalau nak tunggu weekend/coti baru puasa, memang tak la... Mana ngan balik kampungnya... kalau dah balik kampung harus la ada makan2 secara berjemaah kan... Pastu, sesi jalan2 & makan2 dating2 lagik... Attend kenduri-kendara la... Huh! Banyak betul agendanya! Sebab tu la kena gak puasa time working days. Adeh3...

~ Bila berpuasa, harus la lentok2 kat bahu my 'sayang' sambil gediks request segala macam jenis makanan untuk berbuka..! Ha3... Itu adalah melampau, hokay..! ;P

Aku maybe berbuka kat rumah mak. Tapi, tak roger2 mak lagik. Petang2 sket kang la...

Nak request mak masak apa, ek? Any ideas, you ols..? 

Ha3... Matik la... Pukul 9 ++ a.m dah pikir menu berbuka kan... Teruknya pompuan nie bila berpuasa! Hadoi la...

Monday, May 30, 2011

MENTRY INNER BARU

Lepas makan di Port Cafe, we ols terjah Gerbang Malam. & aku berjaya merembat inner baru kat Gerbang Malam tu. Macam inner tudung Syria tapi, ada awning kecik. Tak penah pakai pun sebelum nie. Saja jer gediks nak mentry. ;P

& suatu hari, aku ke opis dengan imej seperti di bawah... Ececeh..! Phewittt..! Ha3...

~ Aku pakai inner baru tu dengan shawl cotton kaler hitam. Mentry katanya kan... Hmmm... ok la jugak. Tapi, aku terpakai cam longgar2 sket aci cincai2 jer nih. Maybe kalau pakai lagik kemas2, pin cun2 sket, lagik comfy kot...

Tapi, aku rasa selesa lagik pakai yang inner neck la... lagik cepat & kemas aku rasa. To me la... Orang lain, aku tak tau. Terpulang... Tepuk dada, tanya la citarasa memasing kan...

Eh! Nak share sket. Since pakai Safi Rania Gold nie, terasa la kulit muka nie macam dah ok sket. Paling penting, selepas buat penukaran skincare secara drastik dari Tia Amelia ke Safi Rania Gold, takde plak side effect. Alhamdulillah...

Kalau setakat pimple muncul time2 PMS tu, bese la kan... Cuma seperti bese, apa2 produk pun kita kena pakai consistenly. 

Aku nie malas sket. Eh! Malas banyak! Bila rasa2 dah cun tu, mula la berlagak, bajet takmo pakai dah dengan harapan konon2 muka dah santek giler seperti Tok Ti. Chait! Perasan lebih, hokay..! Ha3... Lepas tu, bila muka rasa lain macam, baru la hegeh2 nak berskincare2 balik. Haish! 

Jangan follow camtu tau! Korang kalau dah melabur duit beli skincare tu, especially yang mahal melampau2 tu, sila la pakai secara konsisten. Rajin2 sket. Kang kalau santek kang, korang jugak yang dapat benefitsnya kan... 

Moral of the story: Kejelitaan adalah hak milik setiap insan... Ecewah! ;P

TERLIUR TAK? ;P

Hari Rabu lepas, aku ajak my 'sayang', mak & nenek 'menternak lemak' kat Port Cafe. He3... Tak aci la kan... asik2 aku sorang jer yang gigih 'menternak lemak'. Plus, kan ke 'menternak lemak' secara berjemaah itu lagik heaven adanya... Ha3...

~ Mak yang serba pink ghalit menengok hiasan berupa shisha gergasi kat 1 sudut display dalam Port Cafe tuh. Terkagum2 mak tengok shisha yang giler besor! Tapi, aku lupa lak nak snap gambar shisha tuh. Haish!

~ Nenek yang serba biru lak ghalit tengok citer Men in Black yang ditayangkan kat situ.

~ Ah kak bese la... posing sesado! He3...

~ & order pun sampai... Ribena laichi jumbo untuk my 'sayang'. Aku plak order ice peach tea. Mak nak air suam jer sebab kena pantang ais. Nanti susah nak bernapas. Untuk nenek aku orderkan ice lemon tea. Nenek kata, 'Air teh ke air masam nih?' Ha3...

~ Makanan plak, my 'sayang' makan Nasi Arab Kambing.

~ Mak mintak Nasi Arab Ayam. Mak kata sodap nasiknya. Lembut2 & berbau harum jer...

~ Nenek makan Nasik Ayam Penyet Spesel (ayam kampung). Aku lak order Nasi Ayam Penyet bese.

So far, sume menu makanan kat Port Cafe nie kitorang dah try kecuali nasi lemak berlauk. Hmmm... nanti2 nak trylah! Plus, masa we ols makan tu, ada 1 couple Cina nie makan nasi lemak. Macam santek, menarik, tertarik, komemangthebomb jerk. ;P

Sodap, selesa & harga pun berpatutan. Makan 4 orang dengan menu yang pelbagai malam tu hanya dicharge RM 39 ++. Servis pun not bad la...

Amacam? Terliur tak? Ngeh3...

TERLAMPAU BETULLAH!!!

Cer layan video clip kat bawah nie jap...

~ Nama Artis: Prema Yin. Kalau tak silap aku, penah menang program pertandingan nyanyian realiti kat NTV7, Who Will Win? Pelakon lelaki tu of cos korang kenal kan... Jejaka hot dalam Asmara & Asmara 2, si Shahs Jaszle. Pengarah video clip nie adalah Gambit Saifullah & Umair Mohamed. 

Komen Gambit Saifullah begini:-
Utk memendekkan cerita,i x kan comment benda yg x berkaitan dgn MV ni. gejala2 sosial kat luar sana ke, rasuah, politik yg melanda ke, penonton2 yg hipokrit ke….i will not comment on that. just purely about shooting this video, thats it.
i will start.
mmg byk yg I kurang puas hati bila shoot this MV, energy level performance, my tight shot, wardrobe, makeup & etc but mmg last min & everybody EVERYBODY really works hard for it & i appreciate. Tapi semua ni adalah production problem dan u all x perlu tau. Mmg kualiti boleh lebih better, tapi Dgn masa as a main factor dari masa shoot till editing & juga masalah lain, we will try better next time. Everybody tried their best & i really appreciate that.
The Storyline.
cerita dia mudah, pasangan suami isteri yg pada mulanya kita establish seperti ada masalah keluarga-nak divorce ke, x brapa nak ckp with each other ke. tapi sebenarnya mereka hanya bermain ego diantara satu sama lain. Jual mahal etc. Itu adalah cara pasangan ini bermain cinta antara mereka, Green screen adalah bayangan mimpi perempuan itu.
This is a short story for u, i malas nak explain panjang2.
Soalan saya,
saya nak tau, apa salahnya video yg ditunjuk kasih sayang suami isteri ni, bukannya ada adegan cium ke, raba2 ke etc…. yg korang nak jadi isu sgt. x de niat saya nak buat kontroversi. Hanya nak paparkan mainnan ego kasih sayang mereka. Tak brapa nak jadi tu productions problem, korang x perlu nak masuk campur.
Isunya sebab ade Shahz Jaszle? Gambit Saifullah direct? pasal tu? x de pon cium2, raba2…. knapa crita anu dlm botol ade pasangan Gay main dlm scene ok plak? nampak anu dlm botol ok plak? cerita isteri&…. ade adegan sekian ok plak? mereka hanya memaparkan lakonan cerita. Sama juga saya, bukannya ade kissing ke, raba ke….
please explain.
*Credit to: beautifulnara


Tapi bagi aku, memang terlampau betullah!!! Korang rase camne?


ASAM PEDAS IKAN TERMENUNG PAWANA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Entry main masak2 lagik... buat kesekian kalinya... He3... Kira aci la, ek? ;P

Bahan2:-

5 ekor ikan termenung (disiang & dibersihkan)
5 helai daun limau purut
10 batang kacang bendi
1/2 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
1 batang serai (diketuk)
Air
Serbuk perasa
Garam
Gula
Minyak masak

Bahan2 kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & serai hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
3) Masukkan air secukupnya. Masak hingga mendidih.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula.
5) Masukkan daun limau purut.
6) Masukkan ikan termenung & jus asam jawa. Kecilkan api.
7) Masukkan kacang bendi. Masak hingga ikan masak & kacang bendi sedikit empuk. Angkat & hidangkan.

~ Asam Pedas Ikan Termenung Pawana. Ecewah..! 'Pawana' lagik tuh..! Ko ado..??! Hiks...

Amacam? Rasa bergerak2 tak perut korang bila tengok gambar kat atas tuh waktu nak dekat2 lunch hour nie kan? Cer imagine ada plak nasik putih panas2 kat sebelah beserta ikan masin. Perrgghhh..! Ha3... *Entry bersifat kejam!*

TAHNIAH SALMA-ERRA!

Tengok Final Mentor 5 tak malam tadi? Ah kak tengok. Tapi, tengok tak focus sangat sebab gigih melayan Lip2 yang kejap2 suh baca2 kan citer dongeng... kejap2 suh tulis2kan A, B, C... kejap2 ajak menyanyi2... Plus, bukannya selalu pun jumpa Lip2. Layankan jer la...

Lip2 sorang jer ada kat umah mak malam tadi. Mama, papa dia & Odah dah balik umah. Petang semalam, we ols (termasuk mak, Mak Yang, abang & family) ke spital. Kononnya nak menziarah Nenek Busu (adik ipar arwah atuk aku) yang katanya masuk wad sebab komplikasi kencing manis. Tapi, nurse kata dia dah balik.

Dah alang2 keluar tu, we ols pun berjalan2lah kat Teluk Intan. Bila time balik, Lip2 takmo balik ikut mama & papa dia. Dia nak follow kitorang balik umah mak. Mak aku bese la kan... memang tak tahan tengok cucu dia menangis2 sendu. So, angkut la Lip2 jugak...

Begitulah kesahnya... ;)

~ Eh! Congratslah kat Salma ngan mentornya, Erra Fazira sebab menang besor malam tadi. Suara Salma memang marvellouslah! Kalau kena gayanya, aku rasa Salma buleh pegi jauh macam Tok Ti. Jangan sexy-mexy sangat dah la...

Shiha ngan Iqa pun ok jugak malam tadi. Tapi, dah bukan rejeki diorang kan... Rejeki memihak kepada Salma. Pasrah jer lah... 

Mentor 5 dah tau dah sapa juara?! AF 9 tak abis2 lagik. Errr... sapa keluar last week, ek? Aku tak tengok la... Cer citer... Cer citer... ;P


*Credit to: beautifulnara

Friday, May 27, 2011

AYAM MASAM MANIS LUAR BIASA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Kali nie, kita masak ayam plak, ek?! Pun simple-mimple jugak. Tak perlu nak perah2 otak/hantuk kepala kat dinding semata2 nak study cara2 penyediaannya. Melampau la tu kan... Ha3...

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong & dibersihkan)
2 inci halia (dihiris memanjang)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 batang terung panjang (dikupas kulit secara selang-seli, dibelah 2 & dipotong setiap 1 inci)
1 sudu tomato puree
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 tangkai cili hijau (dibelah 2)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air
Garam
Serbuk perasa
Gula

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ayam dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, halia & bawang putih hingga naik bau.
3) Masukkan sos cili, sos tomato & tomato puree. Tambah sedikit air. Kacau rata.
4) Masukkan terung panjang. Masak hingga terung layu.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula. Kacau lagi.
6) Masukkan cili hijau. Sebatikan.
7) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi . Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Ayam Masam Manis Luar Biasa. Takde la luar biasa sangat pun... Saja jer... amik berkat lagu Shahir. Ngeh3... Yang nie semenggah sket rupa paras dia kan? Takde la macam Nasi Goreng Kampung Hantu Kak Limah! Huduh piang! Ha3...

Resepi diinspirasikan dari blog tiffinbiru. Tapi, ada la yang aku alter2 sket sebab nak sesuaikan ngan stock yang ada dalam fridge aku tuh. 

Macam sepatutnya kena buh nanas ngan buah tomato. Tapi, aku replacekan dengan terung panjang ngan tomato puree. Pastu, sepatutnya lagik kena buh capsicum ngan brocolli. Aku takde stock. So, aku tak buh la... Inovasi kata ko..! ;P

SEHITAM CHENTA STILETTO

~ Sungguh la santek, menarik, tertarik, komemangthebomb stiletto hitam nih! Aku cop! Aku cop dolu, ek! Ha3... Macam la dengan mengcop tu buleh menukarkan gambar ke stiletto sebenor. Adeh3...

Hmmm... patutkah aku mengorek duit gaji semata2 untuk stiletto begini? Tapi, flat shoes pun aku nak beli jugak. Atau aku perlu puasakan mata aku dari menengok gambar2 seumpama nie? 

Owhhh... dilema ah kak, noks..! Tak sker tau! Awwsss!!!

Eh, kejap! Tak payah kot nak dilema2 bagai... Kalau kenyit2 mata kat my 'sayang' sambil menggediks2 pun buleh jugak kot... Muahaha... Larikksss..!!! ;P



NASI GORENG KAMPUNG HANTU KAK LIMAH

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Intro = malas. Mukadimah = takde. Ha3... Buleh gitu buat entry macam gini..! Ngeh3...

Bahan2:-

3 mangkuk nasi putih
1/4 biji kobis (dihiris)
1 genggam ikan tamban (dicuci & ditoskan)
Minyak masak
Serbuk perasa
Garam

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
Secubit garam

Cara2 Penyediaan

1) Panaskan minyak. Goreng ikan tamban hingga sedikit garing. Angkat & ketepikan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
3) Masukkan kobis. Sebatikan.
4) Masukkan nasi putih. Kacau rata.
5) Masukkan ikan tamban yang telah digoreng tadi. Kacau lagi.
6) Perasakan dengan serbuk perasa & garam. Angkat & hidangkan. Kalau ada stock daun sup, boleh la dihiris2 & ditabur2kan di atas nasi untuk aroma yang marvellous! ;)

~ Nasi Goreng Kampung Hantu Kak Limah. Ha3... Tak agak2 punya nama resepi! Harap2 Mamat Khalid tak saman aku. ;P

Rupa dia memang huduh. Bertepatan la dengan nama dia kan... Ha3... Tapi, rasa dia superb, wok! Woo hooo..! Matikla puji masakan sendirik..! Adeh3...

Thursday, May 26, 2011

MY 'SAYANG' KUCHIWA...

2 kali my 'sayang' kuchiwa nak tengok Pirates of The Caribbean-On Stranger Tides. Sebabnya adalah ticket sold out! Tak dapek la den nak nolong kan...

Kali ke-2 usha tiket adalah pada Sabtu (malam) lepas. Tayangan pukul 9.30 p.m sold out! Tinggal yang tengah malam jer, pukul 12 a.m. Aku tak kesah..! Sebab agak2 ngantuk kang, aku tido la... Ha3... Plus, soknya tu kan Ahad. Tak keje kan... My 'sayang' plak kesah sebab Ahad dia keje. Ngantuk plak kang! So, cancel!

Takmo book2 ticket sebab takut tak terpegi. Kot2 ada aral melintang ke... membujur ke kan... Kalau buleh, nak aci walk-in jer. Tapi, dah takde rejeki, nak buat camne kan... Pasrah... Ecewah! ;P

Untuk mengubati kekuchiwaan, my 'sayang' ajak la ke pasar malam... Takde hala tuju pun, actually. Plus, perut pun masih berada dalam kedaan 'baik' (kenyang) sebab petang tu dah makan nasik. Kira main aci redah kalau terberkenan beli jer la gitu..!

~ Punya la banyak makanan yang ada kat pasar malam tu, kuih cakoi gak yang my 'sayang' berkenan. Isk3... Seketul = 40 sen. Beli 5 baru 2 hengget. 5 tu pun dah kira banyak jugak la untuk 2 orang. Plus, aku cuit sket2 jer. Tambah2 ada cicah kaya manis2 nih. Aku memang tak la... Kalau cicah kari daging ke... ayam ke... laju la jugak aku ngap3! Ngeh3... 3 jer sold out, my 'sayang' abiskan. Lagik 2 ke tong sampah selepas 2 hari. Membazir betul! Isk3...

~ Aku beli bihun + kueteow goreng. Buleh la buat supper sambil layan Konsert AF9. He3... Yang nie sold out! Sharing2 dengan my 'sayang'. Rasa macam romantic2 plak! Ha3... Over!

Ntah rajin ntah tidak lagik, my 'sayang' nak mengusha ticket. Terpulanglah pada beliau... Ah kak menurut kata jer... Ececeh..! Hiks...

NIAT YANG TERSEMBUNYI ITU...

Semenjak 2 menjak nie, mata aku selalu berdenyut2 la... Nak kata sakit kepala, tak jugak. Sebab dia attack kat mata, bukan kat kepala. Nak kata migrain pun mungkin tidak jugak sebab aku takde sejarah migrain. Plus, sakit dia bukan berterusan sampai rasa macam nak hantuk kepala kat dinding ke apa kan...

Hmmm... mende nie selalu jadik especially bila aku asik mengadap komputer/lappy/yang sewaktu dengannya. Dia macam, nyut3... aku bawak pejam mata + urut2 tengkuk, then hokay.

Aku rasa sebab dah lama benor tak test power spec kot... Well... aku kan specky. Last aku check power kat optometrist adalah pada tahun 2008. Hah! Amik ko! 3 tahun, noks! Errr... bukan 6 bulan sekali ke? Eh! Tak pun setahun sekali ke? Eh! Ntah la...

~ Atau mungkin jugak spec merah lama yang aku pakai skang mintak carikkan pengganti macam dalam gambar kat atas nie kot! Ha3... Motip..??! ;P
Santek kan spec ungu tuh? Kalau la aku ada magic buleh aci tukar2 gambar spec tu jadik real, kan syiok! La3... ;P

Eh! Korang nak tak lantik aku jadik duta spec? Alaaa... cincai kira... Tak payah susah2 nak sign kontrak ke... buat payment ke... Kasik aku spec free yang fancy2 setiap bulan pun dah kira ok dah...

Amacam? Buleh, noks..??? Ahaks3...


*Hidden agenda: Entry nie ditujukan khas untuk my 'sayang'... Harap2 beliau paham 'apakah niat yang tersembunyi tuh?' Ha3...


*Credit to: polyvore

FRAME & SARUNG BANTAL YANG SANTEK, MENARIK, KOMEMANGTHEBOMB!!!

*Kira macam sambungan entry nie...

Bila aku bukak parcel tuh... perrgghhh..! Bukan 1 hadiah tapi, 2 noks..! Giler ko tak happy melampau! Rasa macam nak panjat gunung & menjerit, 'Woo hooo..! Lihatlah donia...' (sambil buat tangan melambai2 ala ratu donia. Ha3...) Over tau! ;P

~ Hadiah tu berupa 1 frame yang cun nih! Siap ada munge2 yang colourful & scoop lagik, ko..! Ko ado..??! Ha3... Giler berlagak! ;P

~ Hadiah ke-2 berupa sehelai sarung bantal kecik bentuk love yang memang terserlah keenglish-annya. Santek2...

~ I do love both... Frame tu bakal menghiasi dinding umah daku. Sarung bantal kecik bentuk love tu plak bakal menghiasi WirAsLeez. Owh... yeah..!!!
Aku sekadar menjadik follower, tak sangka plak buleh dapat hadiah berganda begini. I like..! ;D

Terima kasih no need to reveal! I lap you lah! Mmuahhsszzz!!! ;P

BAWAL CERMIN MASAK KICAP SEINDAH BIASA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Masak lagik, noks..! Ahaks3... Layan jer la, ek?! ;P

Bahan2:-

4 ekor ikan bawal cermin (disiang & dibersihkan)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai cili hijau (dibelah 2)
1 pokok daun sup (dihiris)
2 atau 3 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/3 cawan jus asam jawa
Garam
Minyak masak
Serbuk perasa

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
1 inci halia
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan bawal cermin dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak & goreng ikan hingga sedikit garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
3) Masukkan kicap masin, serbuk perasa & serbuk lada hitam. Kacau rata.
4) Masukkan jus asam jawa & cili hijau. Kacau lagi.
5) Masukkan bawang besar. Masak hingga bawang sedikit layu.
6) Masukkan ikan bawal cermin yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat & hiaskan dengan daun sup.

~ Dah siap dah pun, Bawal Cermin Masak Kicap Seindah Biasa. Sap2 soi jer, noks..! ;P

HAJAT ASHRAF JADI ALEESHA TERTANGGUH

~ MOHD. ASHRAF meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini semalam menjadi tumpuan gara-gara kemunculan seorang lelaki berpakaian wanita yang hadir untuk mendengar keputusan berhubung permohonannya mendapatkan kebenaran menukar nama kepada nama wanita.

Bagaimanapun, hajat Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, itu tertangguh apabila Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 18 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dan meneliti petisyen yang dikemukakan pemohon melalui peguamnya, Horley Isaacs.

Ashraf yang berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonannya untuk mendapat kebenaran menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz.

Mohd. Yazid dalam penghakimannya berkata, walaupun pemohon telah melakukan pembedahan jantina, mahkamah tetap berdepan kesukaran untuk membuat keputusan.

*Sumber: kosmo


Berpakaian seperti perempuan if memang sah2 lelaki = DOSA
Tukar jantina via pembedahan (transgender) = DOSA
Berhajat nak tukar nama plak = ISK3...

Aku harap mahkamah tak memihak pada dia!!! Nauzubillah...

MERAH...

Apa yang merah? Cer teka... Cer teka... ;P

Main teka-teki teka-tekuk la plak kan... Ngeh3...

~ My 'sayang' dengan baju t-shirt MERAH...

~ Aku pun pakai outfit MERAH. Walaupun nampak 1/2 muka jer tapi, tudung ah kak tu dah cukup membuktikan yang ianya adalah MERAH.

~ Kitorang beli bakul besar punya..! Bakul untuk buh baju2 yang dah basuh & kering, yang kalau tak sempat lipat buleh jer main aci campak buh dalam bakul tuh. He3... Kaler MERAH jugak.

~ Kesimpulannya, memang nampak MERAH lah hari tuh! ;)
Alkisahnya... ada la 1 hari tu, my 'sayang' ajak shopping barang2 dapur + stock2 makanan kering kat TF. Kitorang kan spesis yang kalau keluar/nak gi mana2, kalau buleh memang nak pakai kaler sedondon gitu..! Kalau tak sedondon, rasa macam tak best gitu kan... Ececeh..! Hiks...

So, hari tu we ols pakai MERAH! Bab bakul besar kaler MERAH tu memang unplanned, hokay..! Kebetulan! Sebab kaler yang ada just kuning ngan merah. Takmo kaler kuning sebab tak minat sangat kaler tuh. So, amik merah. 

Begitulah kesahnya... ;P

Santek jugak kaler merah nih! Kalau matchingkan dengan kaler hitam, lagik cun! Naik seri dia hokay..! Tak caya, cer try beli kain ela yang tanah dia merah tapi, ada munge2 kaler hitam. Perrgghhh..!!! Santek, menarik, komemangthebomb wooo... 


p/s: Apa2 pun, PURPLE tetap berada di kedudukan tertinggi dalam senarai kaler fav aku. ;P

Wednesday, May 25, 2011

BIHUN GORENG CINTA SEMPURNA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Tak buleh blah kan nama resepi bihun goreng ah kak? Lagu Yuna kata ko..! Ahaks3...

Bahan2:-

1 bungkus bihun (dicelur & ditoskan)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur ayam
1/2 biji kobis (dihiris)
1 atau 2 sudu besar kicap masin
2 keping daging burger
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1 pokok daun sup (dihiris)
1 pokok daun bawang (dihiris)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 genggam udang kertas (dibuang ekor & kepala serta dicuci bersih)
Gula
Serbuk perasa

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng daging burger hingga sedikit garing. Angkat, toskan & potong menjadi kepingan kecil.
2) Pecahkan telur ayam dalam mangkuk bersama serbuk lada hitam. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar & telur yang dibancuh tadi. Buat telur dadar. Angkat & gunting memanjang.
3) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
4) Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
5) Masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram. Kacau rata.
6) Masukkan kicap masin, gula & serbuk perasa. Kacau rata.
7) Masukkan udang kertas & daging burger. Masak seketika.
8) Masukkan kobis. Kacau lagi.
9) Masukkan bihun. Sebatikan.
10) Angkat & hidangkan. Hiaskan dengan cili merah, telur dadar gunting, daun sup & daun bawang.

~ Bihun Goreng Cinta Sempurna 1... siap!!! ;P
Selamat menjamu mata..!!! ;P

PROMOTER YANG CAM KAMBING BARU BERANAK & REVIEW: FAST & FURIOUS 5

Kan aku ada cakap nak review citer Fast & Furious 5 yang aku ngan my 'sayang' tengok masa coti Hari Wesak tu kan... Ketinggalan ke? Ahhh..!!! Gasaklah! Nak review jugak! Ha3...

Sebelum tengok wayang, we ols shopping dolu sebab waktu tayangan adalah pukul 9.30 p.m. Kitorang keluar pukul 8.30 p.m. So, ada lagik kureng 1 jam sebelum waktu tayangan. Sempatlah shopping! Plus, my 'sayang' nak beli jeans katanya...

~ Dimulakan dengan wajah2 penyeri blog..! Amacam..? Vogue da vass tak ah kak? Ahaks3...

~ Kalau kat sini, The Store la shopping mall paling gah kata ko..! Ada discount untuk membercard lak tuh! Sehingga 70 %, hokay..! My 'sayang' pun mempergunakan kelebihan membercard wifeynya..! Amboi3..!!! Siap kenyit2 mata lagik nak ngorat 'si membercard' nih! Sila pecaya! Ha3...

~ Menuju ke fitting room... Rembat 2 jeans Texan yang harganya woo hooo... murah2 after less..! 1 jeans tu ada discount 50 %, another 1 ada discount 20 %. Terbang la dalam 200 ++ hengget... Bila tengok 'duit terbang', rasa cam nak jual balik jeans2 tu kat bundle. Aci tak? Ha3... Melampau betul bini dia nih! ;P
Kitorang tak puas hati la dengan promoter kat situ. Hampeh! Mentang2 la my 'sayang' pakai sandle huduh kaler coklat, baju t-shirt Shwarzenbach lama ngan seluar khakis paling nostalgia, terus dia pandang kitorang sebelah mata! Seolah2 kami nie tak mampu la nak memiliki jeans2 Texan tersebut. Cer kalau my 'sayang' pakai kot Lord's Tailor + spiky hair, aku lak dengan handbag LV + kasut Christian Luboutin... confirm dilayan seperti maharaja! Owh... tak sker bias!!! Mencik!!!

My 'sayang': Tolong carikkan saiz 36 kaler sekian2...
Promoter: Takde maaa... (belum carik dah kata takde + muka memang cam kambing baru lepas beranak! Huh!!!)

My 'sayang' tak puas hati! Dia carik + gali2 + korek2 sendirik! Hah! Amik ko! Kan dah berterabur sana-sini-sinun! Padan muka!!!

Promoter: You sebenornya mau kaler apa maaa..? Itu saja tinggal. Lain takde wooo...

Woit! Bukan tadi my 'sayang' dah cakap ke nak kaler sekian2..?! Nampak sangat ko ngelat! & fortunately, my 'sayang' jumpa hokay kaler lain instead of yang dia kata, 'Itu saja tinggal...' tadi tuh. Mengong kan promoter tuh?

& tak syiok la kalau aku tak sound sedas 2 kan...

Aku: Kami datang nak beli, bukan tengok2 main2. Kami beli, kami keluarkan duit, memang la nak tengok2 sume kasik puas hati!

Hah! Amik ko! Diam terus 1000 bahasa! Ah kak sebenornya dah malas dah nak melaser sebegitu rupa. Tapi, ko telah mendorong ah kak untuk melaser!!! So, terimalah...

~ Enough pasal promoter mengong cam kambing baru beranak tuh! Jom la tengok wayang. Kasik release tensen...

Review:-

Best, noks! Aku yang tak berapa in ngan citer2 aksi2 ganas nie pun tersyiok tahap gabanz! Citer dia laju. Takde sangat nak eksploitasi wanita berbanding ngan siri2 lepas. Buleh dikategorikan 'clean' jugak la... Pastu, kelakor, hokay..! Ganas + kelakor... Cer korang bayangkan... kan 1 adunan yang marvellous tuh?!! ;D

So, aku kasik 5/5 mintang2!!!

Tuesday, May 24, 2011

BREAKFAST PUN BULEH, MINUM PETANG PUN BULEH JUGAK

~ Ini menu breakfast kami beberapa hari lepas. 1 set cekodok sayur bersama 1 mangkuk asam pedas telur rebus, add-on 2 mug teh panas. Wah! Seperti fastfood la plak kan... Hiks...

Actually, menu kat atas tu buleh jugak dihidangkan time minum petang. Makan panas2. Perrgghhh..! Heaven giler menikmati sambil layan Nora Elena! Ha3...

Eh! Tapi, aku tak layan Nora Elena sebab pertama macam tak berapa best jer. Sebab ke-2 adalah kerana adanya Zul Arifin (betul ke nama dia cam gini? Alaaa... boyfren Abby Abadi tuh. Errr... belasah la, ek!). Tak minatlah tengok dia berlakon. Macam something wrong somewhere jer...

Errr... korang tengok ke?

LAGU2 CIK QISTINA

Dah lama tak jaja wajah ayu Cik Qistina kan? Ecewah! Ayu kerrr..??? Ha3... Hokay la... Hokay la... Kira ayu la tuh... Macam Pak Anjang dia kan... Pak Anjang..??? Ayu...??? Muahaha....

Last aku jumpa Qistina adalah pada last week kot. Masa tu, mertua buat kenduri arwah. Sebagai menantu yang dikasihi lagik super rajin, aku pun pulanglah ke kampung kan... demi untuk membantu apa2 yang patut...

Ececeh..! Takde maknanya!!! Propa jer lebih! Kenduri hari Ahad, hari Ahad jugak muka aku baru nampak! Rumah dah la sekangkang jebon jer jaraknya! Menantu terlampau betullah! Ha3...

Sampai sume orang curious dok tanya di manakah aku & apsal batang hidung aku tak nampak2 lagik?! Woo hooo..!!! Tetiba feeling2 artis fames amos yang disanjung tinggi lak sebab sume orang kepohchi dok tanya perihal ah kak kan... Ha3... (Perasan!)

~ Hokay la... Hokay la... Enough la pasal kenduri tuh! Lupakan... Hiks... Meh cuci mata dengan gambar Qistina yang the latest. Berambut tocang 1 & berbaju Doraemon... Itulah Cik Qistina... ;P

~ Alooloolooo... Hiks...

Masa balik kampung time kenduri arwah tu, sempat la aku bercengkerama bernyanyi2 riang dengan Qistina. Aku ajar dia lagu baru. Alaaa... lagu yang Lip2 ngan Odah selalu nyanyi tuh. Lagu, 'Pukul 6 pagi...' 

Lagu dia macam gini:-
Pukul 6 pagi...
Mesti kita bangun...
Terus gosok gigi...
Mandi & solat Subuh...
Cium tangan ibu...
Cium tangan ayah...
Ambil buku pergi sekolah...
Jalan tepi2...
Jalan lekas2...
Sampai awal pagi...
Cucikan kelas...
Rajin baca buku...
Rajin mengira...
Ikut cakap guru...
Insyaallah... BERJAYA!!!

Lip2 ngan Odah memang expert kalau bab lagu2 nih! Siap ngan tarian + gaya2 sekali, hokay! So sweet...

Qistina plak main follow2 part ujung2 jer... Tapi, aku rasa dia prefer lagu terdahulu yang aku ajar dialah. Lagunya berbunyik begini:-

Satu2...
Qistina sayang Allah...
Dua2...
Sayang Rasulullah...
Tiga2...
Sayang ibu ayah...
1, 2, 3...
Sayang semuanya...

Lagu tu pun lagu Lip2 ngan Odah jugak. Means, aku banyak ciplak lagu2 Lip2 & Odah, pastu ajarkan Qistina. Kira aci la tu kan... ;P

AYAM MASAK PEDAS GEMURUH

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Morning, you ols..! Dah breakfast? Ah kak dah... Ah kak kan memang spesis wajib breakfast sebelum memulakan tugas seharian... Kalau tak nanti kang parkinson tahap 4 sebab kelaporan! Ngeh3...

Breakfast ngan my 'sayang' tadi kat City Mewah. My 'sayang' makan roti canai, aku lak makan roti telur. Terbaik wok rasa kari dia! Roti pun garing2 lembut. Sodaplah! Buleh terjah selalu pasnie. He3...

Semenjak 2 menjak nie kan ah kak agak rajin memasak kan... Ececeh..! ;P Baru2 nie, aku masak Ayam Masak Pedas Gemuruh. Nama resepi asal adalah Ayam Masak Pedas jer. Tang 'Gemuruh' tu ah kak saje jer gediks menokok-tambah. Gemuruh = tajuk lagu Faizal Tahir = melambangkan semangat ah kak masa nak memasak Ayam Masak Pedas nie la kengkononnya... Ecewah! ;P Sekali dengan darah gemuruh la...  Ha3...

~ Rupa paras Ayam Masak Pedas Gemuruh yang aku buat, siap ngan finishing tabur2 daun sup lagik, ko..! Ahaks3...
Meh nak show-off bahan2 ngan cara2 penyediaan Ayam Masak Pedas Gemuruh nih. ;)

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong & dibersihkan)
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai cili hijau (dibelah 2)
1 pokok daun sup (dihiris)
1/3 cawan jus asam jawa
Serbuk kunyit
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air

Bahan2 Kisar:-

1 inci halia
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Ayam dilumur dengan serbuk kunyit & garam.
2) Panaskan minyak. Goreng ayam hingga kekuningan. Angkat & toskan.
3) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
4) Masukkan cili kisar. Masak hingga terbit minyak.
5) Masukkan jus asam jawa, serbuk perasa, garam & gula. Tambah air jika perlu. Kacau rata.
6) Masukkan bawang besar & cili hijau. Masak hingga bawang & cili hijau sedikit layu. 
7) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata. 
8) Angkat & hidangkan dalam pinggan. Taburkan daun sup & siap!

Resepi digeledah dari blog tiffinbiru. Tapi, resepi tu pakai ikan. Aku convert jadik ayam. ;D

Selamat mencuba, ye! Kalau nak cuba la... ;P

Monday, May 23, 2011

'ARWAH' LAGIK... TSK3...

Buat kesekian kalinya, cekak aku menjadik 'arwah'... Rasa macam nak menangis2 sendu jer. Tsk3... Pastu, rasa cam nak sekeh diri sendirik sebab ganas sangat! Hu3...

~ Sampai terkepak 2 ko! Dasat betul tahap keganasan ah kak. Adeh3...
Ini cekak yang ke berapa belas ratus ntah?! Aku pun dah lupa. Tapi, kira lama jugaklah dia sempat berbakti menjadik aksesori rambut aku nih. Tengok la tuh... sampai dah pudar2 kaler purple dia. He3...

Dalam banyak2 aksesori rambut, aku memang memerlukan cekak the mostlah. Sebab rambut aku sker jatuh2 especially kat bahagian depan. Pastu, kena kat muka... memang merimaskan! Jadik cekak = penyelamat. 

Tambah2 lak skang rambut aku dah pendek. Baru potong. Tetiba rasa runsing mempunyai rambut separas bahu lebih2 sket. Dengan paksarelanya aku potong. Eh, bukan aku potong! Tapi, ah kak kedai gunting rambut yang tolong potongkan/guntingkan. Kalau aku potong sendirik, confirm bertambah runsing! ;P

Cekak yang 'arwah' nie dah ada pengganti. Sekejapan jer menggediks kat my 'sayang', dah dapat yang baru. Ecewah! Over, noks! Ha3... 

Dapat 2 terus! My 'sayang' kata, senang... kalau patah lagik, dah siap2 ada pengganti. Amboi3..! Perli nampak..! ;P

Nanti aku jaja cekak baru aku tu kat sini, ek? Kasik korang jeles. Ha3... Jeles kerrr..??? ;P

ENDING BHOOTHNATH

Lieyda tanya aku kat comment box, apa ending citer Bhoothnath yang aku tengok masa hari Sabtu tuh?! Owh... bagi menjawab persoklan Lieyda tuh, meh ah kak nak jadik penglipur lara jap. Hiks...

Aku story-mory-morning-glory dari awal la, ek? Sebab tak plak Lieyda bagitau dari mana yang dia dah tengok & belum tengok?!

Sinopsis merangkap jalan citer Bhoothnath:-

~ Ada 1 family yang anggota keluarganya adalah Shah Rukh Khan (daddy), Juhi Chawla (mama) & Banku (anak lelaki) telah membeli 1 umah agam besor. Takde sape yang berani dok kat umah tu sebab dikatakan berhantu. Sume penghuninya asik kena kaco ngan hantu Bhoothnath.

 Sampai la family Shah Rukh Khan (SRK) nie dok situ. SRK nie navy & kena out station. So, tinggal la Juhi ngan Banku jer kat umah tuh. 1 malam, Banku terjaga sebab nampak 1 lambang kat dinding yang bergerak2. Banku follow mende alah tu sampai la ke peti sejuk. Banku bukak peti sejuk then, nampak eskrem. Bebudak kan... kalau nampak eskrem, harus la gediks nak makan! Banku amik 1 mangkuk eskrem & makan.

Tetiba, Banku nampak ada 1 lelaki kat 1 sudut ruang tamu tengah berdiri tengok dia. Banku terkejut lalu, mangkuk eskrem tu terjatuh! Kelentang..!!! (Sound effect mangkuk aluminium jatuh. Ha3...) Banku menjerit panggil mama dia. Juhi bergegas turun & tanya kat Banku apsal menjerit?! Banku citer la yang dia tengah makan eskrem, tetiba nampak lelaki. Juhi anggap Banku mengigau sebab tak nampak pun mangkuk eskrem tuh & suh Banku tido.

Tapi, Banku tak puas hati! Dia turun balik carik mangkuk tu then, jumpa. Bukan jumpa mangkuk jer tapi, ngan lelaki tadi pun jumpa jugak. Lelaki tu = hantu = Bhoothnath, actually. Tapi, Banku langsung tak takut ngan Bhoothnath sebab dia rasa tu bukan hantu tapi, malaikat. Start dari situ Banku & Bhoothnath berkawan baik.

Sampai la 1 hari tu, ada orang nak beli umah tuh. Dan2 tu, angin bertiup kencang! Macam nak ribut jer kekdahnya... Orang2 yang nak beli tu tak jadik beli! Terus lari sebab takut. Banku bagitau Juhi yang tu sume keje Bhoothnath. Juhi tak pecaya sampaila Bhoothnath zahirkan jasad dia & citerkan kesah dia yang sedih tu...

Dolu, Bhoothnath tinggal kat situ together2 dengan wife & anak dia, Vijay Nath. 1 hari Vijay Nath nak ke Amerika sebab keje. Tapi, dia terus bermastautin kat sana & macam dah takmo balik jenguk parents dia dah. Busy memanjang..! Nak calling2 pun jauh sekali! Sampai la mak dia matik dalam keadaan mewindui si Vijay Nath. 

Bhoothnath tak buleh mahapkan Vijay Nath. Tambah2 plak, Vijay Nath nak jual umah yang Bhoothnath dok tuh. Bhoothnath berkeras takmo jual! Dengan pengaruh isteri, Vijay Nath tinggalkan Bhoothnath. Bhoothnath merayu untuk kasik cucu dia (anak Vijay Nath) tinggal ngan dia. Tapi, Vijay Nath takmo kasik. Bhoothnath cuba kejor diorang sampai jatuh terjelepuk, kepala kena bucu tangga. Bhoothnath matik dalam keadaan tak rela. That's why roh dia still berkeliaran & tak mencapai nirwana (kepercayaan Hindu). 

~ Juhi citerkan kesah sedih tu kat SRK. SRK amik inisiatif untuk buat semayang roh. Pada hari yang sama, Vijay Nath datang ke umah tu atas jemputan SRK yang nak buat semayang roh untuk Bhoothnath. & akhirnya, Bhoothnath mencapai nirwana...

Begitula kesahnya... Panjang betul! Berlengas jari-jemari ah kak nak mengabiskan citer nie tau! ;P 

Harap2, Lieyda berpuas hati dengan sinopsis nie... ;) Eh, korang tengok tak citer nie Sabtu lepas? Kat TV2, start pukul 12.30 p.m.


*Credit to: torrentbutler & glamsham