*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Masak lagik, noks..! Ahaks3... Layan jer la, ek?! ;P
Bahan2:-
4 ekor ikan bawal cermin (disiang & dibersihkan)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai cili hijau (dibelah 2)
1 pokok daun sup (dihiris)
2 atau 3 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/3 cawan jus asam jawa
Garam
Minyak masak
Serbuk perasa
Bahan2 Tumbuk:-
1 biji bawang besar
1 inci halia
3 biji bawang putih
Cara2 Penyediaan:-
1) Lumur ikan bawal cermin dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak & goreng ikan hingga sedikit garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
3) Masukkan kicap masin, serbuk perasa & serbuk lada hitam. Kacau rata.
4) Masukkan jus asam jawa & cili hijau. Kacau lagi.
5) Masukkan bawang besar. Masak hingga bawang sedikit layu.
6) Masukkan ikan bawal cermin yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat & hiaskan dengan daun sup.
~ Dah siap dah pun, Bawal Cermin Masak Kicap Seindah Biasa. Sap2 soi jer, noks..! ;P |
ERMM... CAMBEST JE.. LAPARLAH PLAK..
ReplyDeleteok nok, ko bg aku idea nak masak apa hujung minngu ni...ko best!!
ReplyDeletetq!!
fairus,
ReplyDeletemakan dgn nasik panas2, mmg best, wok..! ;P
wahida,
ReplyDeleteha3.. bagus la tuh, noks..! u're welcome!
huwaaaaaaaaaaaaaaaa jelesss3....
ReplyDeletebilaaa laaa faiz nak masak plak ni?? tiap2 ptg hubby msg bgtau dh kenyang takyah masak? huks3
si tuan putri kiUt,
ReplyDeletealaa.. masak jer.. bila hubby tgk, musti dia lapor balik. he3..