SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, May 23, 2011

KE RED TOMATO...

Entry makan2 & makanan lagik... ;D

Kan aku dah kata, aku dah start menjaja kesah2 makanan... So jadik... silalah menjamu mata ye, you ols..! Ahaks3...

Kali nie makan2 kat Red Tomato. My 'sayang' yang ajak dinner kat sinun, lapor katanya...

~ Rupa paras Red Tomato nie bese2 jer... Bukanlah seperti menikmati makanan di hotel bermintang2. Just restoran bese. Lokasi: City Mewah. Dolu, dia pakai nama Mawar Seafood. Tukar jadik Red Tomato. Management pun tukar jugak aku rasa. Mawar Seafood dah bukak bisnes jual karpet lak kot. He3...

~ Ah kak bajet nak buat bibir sexy ala Kilafairy yang hot gorgeous tuh. Tapi, macam haub jer... Ha3...

~ Ini olang setiap masa... lapor2... & lapor jerk! Tak paham ah kak, hokay! Haish!

~ Aku order kueteow goreng. Sodap! My 'sayang' order nasik goreng ikan masin. Pun sodap jugak! ;)

~ Makanan sampingan... Kata lapor kan... harus la ada makanan sampingan! Ececeh..! Mazhab mana lak yang ajar tuh? Ha3... Makanan sampingan = steamboat tp, pesen yang siap cucuk tuh. 1st time jugak nih aku jumpa yang pesen camnie. Pastu, ada jugak kentang spring. Sumpah muak! Rasa pelik! Best lagik fries pasar malam tuh!
Masa zaman Mawar Seafood, banyak kali la jugak kitorang menjamu selera kat situ. Tapi, Red Tomato nie baru 1st time terjah. Not bad jugak la... Instead goreng2, western food pun ado! Tapi, aku tak penah try lagik. Nanti2 baru nak try.

~ Entry ini diakhiri dengan lambang chenta kami... Ecewah! ;P

TREND FLIP FLOP

PENGARUH pemakaian selipar ringkas atau flip flop sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.

Sejak beberapa tahun lalu, trend itu kembali menjadi pilihan generasi masa kini. Ia bangga dipakai sebagai aksesori bergaya selepas ia melalui beberapa fasa perubahan reka bentuk, warna dan fesyen.

Mendapat jolokan popular selipar Jepun suatu masa dahulu, flip flop kini diakui sebagai pilihan fesyen sepanjang zaman yang tidak luput ditelan arus kemodenan.

Tidak lagi dilihat sebagai aksesori yang tidak seiring perkembangan fesyen semasa, flip flop sebaliknya semakin popular dalam kalangan golongan muda terutamanya remaja masa kini untuk melengkapi aktiviti santai mereka.

Justeru, EarthFour Sdn. Bhd. yang membangunkan jenama Fipper pada tahun 2008 menghasilkan rekaan-rekaan flip flop yang trendy dan terkini untuk dipakai generasi penggemar yang mahu tampil bergaya dengan mudah dan ringkas.

Pengurus Besarnya, Dylan Cheong berkata, jenama Fipper dibangunkan selepas satu kumpulan kecil yang terdiri daripada empat anak muda melihat perkembangan fesyen sandal flip flop di negara luar yang begitu pesat membangun.

“Kini, Fipper mempunyai tiga orang pereka khas kreatif yang merupakan anak tempatan. Mereka menghasilkan rekaan yang menepati cita rasa semua golongan tidak kira usia,” katanya ketika ditemui di butik Fipper di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan Minggu lalu.

Menurut Dylan, Fipper merupakan 100 peratus jenama tempatan tetapi melalui proses pembuatan di Thailand.

Walaupun rupanya tidak seperti kasut atau sandal berjenama, ia tetap dilihat menarik di kaki pemakainya. Bukan sahaja cantik dan berkualiti, Fipper turut dijual dalam variasi pilihan warna yang sesuai dipadankan dengan pakaian santai.

“Fipper dihasilkan menggunakan getah asli sepenuhnya dan bahan mentah yang paling sesuai boleh didapati di Thailand. Disebabkan itu, logo jenama ini menggunakan imej gajah yang terkenal di negara berkenaan,” katanya.

Dylan memberitahu, fesyen flip flop masih baru di Malaysia tetapi sudah berkembang dengan cepat di luar negara yang menyediakan pelbagai rekaan berkualiti tinggi dan dijual pada harga tinggi.

“Fipper merupakan jenama peneraju di Malaysia dan kami mahu menghasilkan rekaan-rekaan terkini seiring permintaan dan perkembangan fesyen flip flop di sini.

“Kelebihan Fipper bukan sahaja pada harganya yang rendah berbanding kualitinya yang tinggi, malah ia antikulat dan bahan aslinya memastikan pengguna tidak tergelincir ketika pemakainya melangkah di permukaan licin,” katanya.

Dalam pada itu, Dylan memberitahu, setiap rekaan Fipper tampil di antara 30 hingga 40 pilihan warna berbeza yang menepati cita rasa fesyen yang pelbagai.

Warna-warna terang seperti oren, hijau, merah, kuning, biru, firus dan ungu menjadi ‘buruan’ ramai, apatah lagi keluaran yang menggabungkan dua atau lebih warna.

“Setiap pasang Fipper mempunyai padanan warna yang sepadan atau kontra atau berjalur, terpulang kepada cita rasa pelanggan. Ada yang mahu tampil klasik dengan gabungan warna asas, atau tampil funky dengan gabungan warna-warna terang dan kontra.

“Ia bukan sahaja sesuai untuk kedua-dua aktiviti dalaman dan luaran, generasi masa kini memakai flip flop di mana-mana sahaja, sama ada ketika membeli-belah, keluar bersantai bersama teman atau ke pantai untuk menikmati masa percutian berkualiti,” katanya.

Jelas Dylan, sejak diperkenalkan, Fipper mempunyai komuniti Facebooknya sendiri yang bukan sahaja membeli Fipper untuk kegunaan harian tetapi dijadikan koleksi peribadi yang lain daripada yang lain.

“Ada penggemar flip flop kini menjadi pengumpul jenama Fipper dengan memastikan mereka mempunyai koleksi warna-warna menarik yang menjadi kegemaran mereka.

“Selain itu, dengan koleksi tersebut, ia boleh dipakai dengan warna pakaian yang sepadan setiap kali keluar rumah. Pengguna tidak akan rasa terbeban untuk menyimpan koleksi Fipper kerana ia murah tetapi cantik dan selesa,” katanya.

~ Cun kan? Especially yang kaler PURPLE tuh! Tergoda I, noks..! Awwsss2!!! ;P

Sementara itu, Dylan memberitahu Fipper menawarkan empat pilihan flip flop iaitu Classic, Strong, Strip dan Comfort yang dijual pada harga berbeza.

“Kedai Fipper kini boleh didapati empat lokasi di Lembah Kelang iaitu di Plaza Sungei Wang, Ampang Point, Berjaya Times Square dan di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan, manakala dua lokasi di Pulau Pinang ialah di pusat beli-belah First Avenue dan Lapangan Terbang Bayan Lepas.

“Selain itu, kami juga bakal membuka kedai baru di Mydin Subang Jaya, Selangor pada bulan Jun ini diikuti dua buah kedai lagi di Leisure Mall dan Sunway Pyramid akhir tahun ini,” katanya.

Tambah Dylan, Fipper juga boleh didapati di pasar raya Carrefour dan bakal dipasarkan di kedai kesihatan dan kecantikan Guardian dalam masa terdekat.

“Kami mempunyai sasaran untuk mengembangkan jenama ini sebagai salah satu pilihan fesyen untuk semua golongan. Berdasarkan sambutan menggalakkan kini, kami bakal tampil dengan rekaan-rekaan fesyen flip flop terkini dan belum pernah dipasarkan di negara ini.

“Selain itu, Fipper juga bakal mengeluarkan koleksi Fipper Junior untuk kanak-kanak dan Fipper Metalic yang berkilat untuk mereka yang berani,” katanya.

Katanya lagi, bagi menarik golongan berkeluarga atau pasangan kekasih untuk memiliki koleksi Fipper di rak kasut mereka, Fipper menawarkan pakej keluarga. Mengikut pakej itu, pelanggan yang datang bersama keluarga atau pasangan dapat membeli Fipper dengan harga diskaun.

“Ia sesuatu yang menggembirakan kami sekiranya dapat melihat pasangan atau keluarga tampil sedondon memakai sepasang flip flop Fipper dengan penuh bergaya,” katanya.

*Sumber: kosmo


Aku pun terminat gak ngan trend flip flop nih. Sebab kaki tak sakit & kaler santek2. Apa kata gaji bulan nie kita sama2 membeli Fipper?! Hah! Amacam you ols??? Tak aci la duit gaji aku jer yang kopak sorang2. Sebab tu aku ajak korang2 jugak! ;P

BIHUN PAMA 2... SIAP!!! ;P

Pada suatu malam, my 'sayang' merequest nak makan bihun Pama. Bihun Pama nie salah 1 spesis bihun instant jugak la... Sebelum nie, kitorang beli stok maggi jer. Tapi, lepas terpengaruh dengan Lip2 yang sker makan bihun Pama bersama Odah makanya, we ols pun membelilah jugak... Buat stock. He3...

~ Beginilah lebih kureng rupa packaging bihun Pama tuh.

& sebagai seorang isteri yang rajin lagik mithali (ecewah! Ahaks3...) makanya, aku pun masakkan untuk my 'sayang'... Eh! Bukan untuk my 'sayang' jer tapi, untuk aku jugak. Tak buleh tahan kang tengok my 'sayang' mentekedarah sorang2. Hu3...

~ So, 1 mangkuk untuk aku...

~ 1 mangkuk lagik untuk my 'sayang'.
Rencah tambahan just buh bawang, cili padi, kobis ngan telur hancus. Marvellous, noks! ;P

Saje tukar2 selera kan... Kalau rasa2 macam malas/boring nak makan nasik, buleh la masak bihun Pama nih. Sap2 soi jer dah siap maaa... Sonang! 

Korang penah makan tak?

7 MANGSA DIKEBUMI 1 LIANG LAHAD

Hulu Langat - Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14 di sini semalam apabila tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa selamat disemadikan dalam satu liang lahad.

Tujuh jenazah daripada 16 mangsa yang terkorban itu ialah Dzahir Haziq Mohd. Muin, 18, Mohd. Azret Azahari, 8, Wan Ahmad Hashim Hazim, 11, Mohd. Mustakim Mamat, 12, Mohd. Zaim Azahari, 14, Mohd. Imal Fahad, 9, dan Mohd. Hazim Sapri, 10.

Turut disemadikan dalam liang lahad sama ialah sebelah kaki milik Zulkhairi Aminuddin, 13, mangsa yang terselamat dalam tragedi itu. Upacara pengebumian itu selesai pada pukul 3.20 petang.

Terdahulu, kesemua jenazah itu disembahyangkan selepas solat Zuhur di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14. Lebih 500 hadirin terdiri daripada ahli keluarga, waris, dan penduduk setempat mulai memenuhi masjid tersebut sejak pukul 10 pagi bagi menunaikan solat jenazah untuk mangsa-mangsa malang itu.

Zaiton Abdullah, 30-an, ibu saudara salah seorang mangsa, Dzahir Haziq ketika ditemui tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilannya tidak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir.

Zaiton berkata, dia yang menetap di Terengganu terus bergegas ke ibu kota setelah menerima panggilan pada malam kejadian mengenai tragedi menimpa Dzahir Haziq.

"Saya terkilan kerana tidak dapat menatap wajah Dzahir Haziq buat kali terakhir kerana baru sampai ke sini," kata Zaiton yang memberitahu dia menganggap arwah seperti anak kandungnya.

Roslan Osman, 69, yang bertugas secara sukarela di rumah anak yatim itu berkata, rumah tersebut mempunyai 42 orang penghuni yang terdiri daripada empat golongan iaitu anak yatim, yatim piatu, anak-anak fasuki dan anak-anak hidayah.

~ Al-fatihah...
*Sumber: kosmo

Dah banyak rasanya musibah tanah runtuh yang terjadik kat Malaysia nih. Amiklah iktibar atas apa yang berlaku. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Pasak bumi jangan ditarah sesker hati. Yang tak berdosa menjadik mangsa. Renung2kanlah...

Sunday, May 22, 2011

MINI ROTI JOHN

Kat area taman perumahan nie ada 1 makcik jual mini roti john. Sodap, noks..! RM 1.50 yang kita 'laburkan' untuk seketul mini roti john memang berbaloi2.

Makcik tu ada jugak jual laksa ngan ABC. Laksa dia aku penah try. Ermmm... macam tak menepati piawaian tekak aku la... ABC dia plak, aku tak penah try. Tapi, roti john dia memang terbaik dari ladang! I like..!!! ;P


~ Inilah rupa roti john tuh. Errr... aku rasa aku dah penah jaja kesah & rupa paras roti john nie kat sini. Tak kesah la... Disebabkan rasa dia sodap, jaja banyak kali pun takpe kan... ;P

Buat juadah minum petang pun santek, menarik, tertarik, ko memang the bomb gak. Agak2 tak berapa rajin nak buat kuih-muih untuk minum petang tu, ha... buleh la terjah stall makcik mini roti john nih. Tapau, pastu bancuh teh panas. 

Makan sambil tengok Diari AF9. Perrgghhh..! Terbaik, dowh..! ;D

Saturday, May 21, 2011

JOM TENGOK JACK SPARROW..!

Hujan wooo... kat sini... Baru jer lagik. Start hujan pukul 6.30 p.m tadi. Sebelum tu dah mendung2 dah cuaca. Lebat gak nih! Alhamdulillah...

Pukul 8 p.m kang nak keluar dating ngan my 'sayang'. My 'sayang' ajak tengok wayang, citer fav dia. Apa lagik kalau bukan Pirates of The Caribbean-On Stranger Tides. Aku takde la die hard fan sangat kat siri2 Pirates of The Caribbean nih. Tengok pun setakat yang keluar kat Astro jer. Tengok sipi2 kata ko..!

Tapi, dah my 'sayang' ajak tengok kan... ah kak on jer! Agak2 santek, menarik, tertarik, komemangthebomb kang, ah kak layan la... Agak2 banyak mende2 disgusting yang keluar kang, ah kak tutup mata, layan popcorn lagik terbaik..! ;P

~ Semalam, dah usha ticket, actually. Tapi, yang pukul 9 p.m sold out. Tinggal pukul 7 p.m ngan 12 a.m. So, cancel! Hari nie pun tak buleh menaruh harapan sangat sebab takut sold out lagik. Main walk-in jer.
Eh! Aku dah tengok Fast & Furious 5. Best, noks! Nanti ah kak review, ek?! ;)


*Credit to: filmofilia

BILA AMITABH BACHAN JADIK HANTU...

Baru lepas memasak. Wah! Bunyik seperti rajin sangat la plak kan... Ha3...

Menu untuk lauk hari nie berasaskan ayam. Masak apa? Owh... tak buleh la bagitau skang. Kasik suspen... Kasik suspen... Ahaks3...

~ Mengemas pun sudah, memasak pun sudah. Baru la heaven nak layan citer hindustan! Ecewah! ;P Citer hantu wooo... Bhoothnath tajuk dia.

~ Starring: Shah Rukh Khan, Juhi Chawla, Amitabh Bachan ngan sorang budak kecik ntah tak tau nama dia apa?!
Aku tengok iklan dia tengahari tadi. Macam seram. So, gigih la nak tengok. Elok2 siap masak, citer Bhoothnath nie pun start. Rasa ngeri2 jugak nak tengok sebab kot2 la seram melampau kan... 

Tapi, tak pun... Citer hantu lawak. Amitabh Bachan lak tuh yang jadik hantu! Cer bayangkan... Cer bayangkan... Ha3... 

Kesah family Shah Rukh Khan yang mana wifeynya adalah Juhi Chawla & ada sorang anak lelaki nama dia Banku (dalam citer tu). Diorang pindah ke 1 umah agam besor tapi, berhantu. Nama hantu tu Nath. Bhooth = hantu dalam bahasa hindustan. Rumah besor tu dolu Bhoothnath yang punya. 

Ramai dah yang tak jadik dok situ sebab kena kaco ngan hantu tuh. Banku nie buleh nampak Bhoothnath. Bukan Bhoothnath yang menakutkan Banku tapi, Banku yang membuli Bhoothnath. Sampai Bhoothnath jatuh sayang kat Banku.

Tak tau la endingnya camne?! Tengah follow la nih! Heh3...


*Credit to: bindassbuzz & bbc

SEIRING & SEJALAN...

Inilah yang dimaksudkan dengan semangat kerjasama yang tinggi & tahap kesaboran yang maksimum. Berjalan beriringan secara memangjang sambung2 tangan menggunakan apa2 yang ada untuk masuk dalam dewan & buat task seterusnya.

Fuh!

~ Lepas cukup duit syiling 2 hengget yang dikutip dari dasar kolam & berposing, we ols cepat2 jumpa kakak fasci, show-off sume bahan2 bukti yang kami dapat.

~ Kakak fasci sedang menimbangtara...

~ Kami plak cool jer... Ecewah! ;P

~ Once kakak fasci berpuas hati, dia pun bagilah kitorang task seterusnya. Kitorang kena angkut sume bahan2 bukti masuk dalam dewan tapi, secara bersambung2 tangan seiring sejalan. Hah! Amik ko! Tetiba... ting!!! Muncul idea nak gunakan pinggan polistrin yang we ols dapat masa task makan breakfast tuh. Setiap orang pegang pinggan secara bersambung2. Buleh imagine tak? Buleh imagine tak? ;P
~ Lebih kureng begini la... Tapi, nie group Kuasa Kuda 2. Diorang pakai naked hands jerk. Kitorang kan poyos... Nak jugak tunjukkan kekreatifan kan... Ha3...
~ Megat dah abis bangga la tuh! ;P
Maka berdikit2lah kami masuk ke dalam dewan... Siap kira2 step... '1, 2, 3...' lagik, ko! Dasat betul! Ha3...

Sampai dalam dewan, kami dapat task lagik. Lah! Ingatkan dah abis kan... Takpe2... G 7 Hadj kan won't give up! Chaiyok2! ;D


*To be continued...

CEMPAKA SCHOOLS

Ada la 1 hari tu, aku, Awa, Udda & Jijah tolong Faiz buat homeworkS. Giler banyak homeworkS dia! Sebab tu ada 'S' kat homeworkS tuh. Plural katanya kan... ;P

Memula, Faiz buat English. Independent Writing al-kesahnya... Wah! Giler cramp otak nak membantu Faiz! Soklan kemain berhantu, hokay..! Ada ke patut disuhnya buat 1 essay yang mana kita kena wujudkan 1 character superhero, 1 pembantu superhero, musuh, halangan2, talian nyawa & 1 mission. Alaaa... macam main game tuh!

Contoh: Ada seorang Cicakman (superhero) yang dibantu oleh kawan baiknya, sekor kambing (pembantu superhero) masuk 1 wonderland untuk selamatkan seorang puteri raja (mission) yang dikidnap oleh Putera Aftus (musuh) di mana banyak cerun2 & tanah jerlus (halangan2) yang perlu dilalui. Let say, tetiba kaki Cicakman termasuk dalam tanah jerlus, datang plak sekor dinosour (talian nyawa) yang hulur leher untuk selamatkan Cicakman.

Fuh! Merapu-meraban abis ah kak, noks..! Ha3... Tapi, lebih kureng begitulah kekdahnya... Kena main ngan imaginasi yang terlampau. Apsal la pelik sangat syllabus bebudak skang nih? Ngeri ah kak tau! Hu3...

~ Cempaka Schools tu bukan nama subjek tapi, nama skool Faiz. Nie buku Matematik dia. Matematik ok la... Setakat darab2 bahagi2 jer. Plus, aku buat sama2 ngan Faiz. Means, dia buat kat buku dia, aku buat kat kertas A4. Pastu, compare jawapan. Nak check betul salahnya. So far, Faiz laju jugak buat Matematik.

~ Amik ko! Dictionary bebudak skang takde der aci bukak dictionary besor godang tuh, carik la ikut alphabatical order. Diorang skang aci pakai i-Phone 4 jerk! Sentap ah kak! Adeh3...

~ Dipendekkan citer, hari tu ada makan busat bersama family mertua. Ada ketam masak lemak cili padi... lagik apa ntah?! Tak ingat dah aku. Yang nampak separuh badan beserta kaki yang bulat2 montel2 tu adalah Cik Tina. Dia memang pantang orang prepare2 juadah, laju jer nak bersila. Pastu, mulut riuh-rendah dok panggil orang sume suh makan. Ha3...
Eh! Homework Faiz yang English tu aku just menyumbangkan idea & pendapat serta kepahaman aku jerk. Dari segi susunan ayat, ada la jugak yang aku derma sket2. Tapi, tak tau la Faiz finalizekan ke tak?! Terpulang kat dia. Plus, story line, character & lain2 aku serah kat Faiz. Awa, Udda & Jijah pun memerah otak jugak.

Fuh! Tolong buat homework Faiz seperti membuat senaman otak gitu..! Adeh3...

Friday, May 20, 2011

JAMBU MADU & MATA KUCING

Kat rumah mertua ah kak kan, ada pokok jambu madu ngan pokok mata kucing wooo... (sambil kembang-kempiskan hidung yang memang dah sedia kembang nih. Hu3...) Wah! Tetiba nak feeling2 berlagak kan... ;P Macam la kat rumah mertua korang takde pokok2 tersebut. Heh3...

Rutin bese kalau balik umah mertua, musti nak check pokok jambu madu ngan mata kucing tuh. Bukan sebab baik hati nak tolong buh baja ke apa ke kan... Tapi, sebab nak usha2 ada ke tak berbuah?! Menantu hantu betullah! Ha3...

~ Jom balik kampung! Best wooo... kampung kitorang... Takde kena tol... takde jemm yang maha dasat... minyak keta pun save, noks! Setenang air di kali jer pulang ke kampung. Jeles tak? Jeles tak? Ahaks3...

~ Let's jom, bebeh! ;)

~ Ini la pokok jambu madu tuh. Kalau time berbuah, memang lebat wooo... Besor godang lak tuh buah dia! Manis2...

~ Terbongkok2 my MIL memetik buah mata kucing. Sanggup tu panjat pokok mata kucing tu semata2 nak kasik menantu dia yang comel nie makan. Terasa seperti menantu kesayangan la plak! Ha3... Over ko, noks! Rasa nak lempang diri sendirik jer sebab buat statement camtu. ;P
Ada 1 lagik pokok jambu. Spesis yang kecik2 comel tapi, merah ya hamat tuh, ha..! Tak manis & tak masam pun. Tapi, ah kak sker! Sebab senang nak geget. ;P

My MIL nie memang rajin bercucuk tanam. Macam2 yang my MIL tanam. Instead of jambu madu ngan mata kucing nie, ada jugak pelam, kedondong, buah naga, rambutan, betik, nangka & bla3... Seperti mini dusun la kiranya kan... 

Menantu dia rajin jugak... rajin MAKAN! Ngeh3...

Antara jambu madu ngan mata kucing, yang mana yang korang sker lebih?

DOUBLE TROUBLE

Pagi nie ah kak mendrift secara tak hengat, noks..! Wah! Macam giler pro plak kan... Kalau suh mendrift buat bentuk donut tu mau jadik bentuk lain ah kak buat. Ha3...

Sambil drift, sambil layan lagu Fantasia Bulan Madu (Amy Search). Bersilih-ganti lagu rock berkumandang. Lepas Fantasia Bulan Madu lagu duet Amy Search ngan Awie Wings lak. Aku siap karoks dalam keta lagik..! Ehem2!!! Dah serak2 basah dah suara nih. ;P

Rangka promosi la tu... Search ngan Wings kan nak bergabung lagik... buat Konsert Lagenda Double Trouble, 27 Mei 2011. Venue kat Stadium Hang Jebat, Melaka.

Apa lagik orang2 Melaka... kasik gegar itu stadiumlah! Owh... yeah..! ;P

Thursday, May 19, 2011

SEKADAR BERKONGSI KEGEMBIRAAN...

~ Syukur... ;)

Alhamdulillah... Rejeki...

KFC BUAT KESEKIAN KALINYA...

Petang Isnin, aku ke spital, ada apointment lagik. Waktu appointment adalah pukul 2 p.m. Tapi, kitorang sengaja gi lewat sket sebab dah masak sangat dengan sistem spital nih. Dah banyak kali we ols datang on time tapi, tetap menunggu lama jugak untuk jumpa doktor..! Normally, pukul 4 p.m baru dapat masuk bilik doktor.

So, kali nie kitorang trylah gi lewat sket. Pukul 2.30 p.m dari umah, sampai spital pukul 2.40 p.m. Takde la lewat sangat kan... Bajet2 kali nie pukul 3.30 p.m dah buleh jumpa doktor. Sekali... hampeh jerk! Pukul 4.40 p.m baru jumpa doktor! Cis betul!

'B, len kali kita gi dari umah pukul 4.30 p.m lah. 4.40 p.m sampai spital, 4.45 p.m dah buleh jumpa doktor. Huh!'

Tensen ah kak tau! Makin unstable la hormon ah kak kalau macam nie gayanya! Hadoi la...

Untuk meredakan tekanan (kononnya la kan...), aku request kata nak makan KFC. Wah! Apa kena-mengena tekanan ngan KFC ntah?! Belasah jer la labu! Ha3...

~ Owh... yeah..! Met you again Atuk Kolonel! Sejak bila dia jadik atuk ko, ha..?! Ha3...

~ Wajah yang aku asik windu2-an selalu... Owh... jiwang karats mak, noks..! Ho3!!!

~ Bajet muka Anuar Zain ke apakah ini? Muahaha... Larikksss..!!!

~ Kami order Zinger combo, add-on large fries. Rasa malas lak nak mentekedarah ayam goreng kentucky. Zinger nie pun ah kak tak berapa nak abis tau! Musti korang terkesima kan? Hmmm... ntah la... Aku pun tak tau apsal?! Hormon diet menguasai sistem pemakanan aku kot... ;P

~ Tudung baru... Santek tak? Free tau! Kakak aku belikan. Adik kesayangan katanya kan... Ahaks3...

~ Dari kejauhan, kami nampak muka2 yang macam kami kenal & terus hati pun berkata2, 'Eh! Macam penah ku lihat muka2 tuh. Tapi, di mana ya?' He3... Awa, Udda, my MIL & Qistina lah!

~ Sila kagum tengok Cik Qistina makan peha ayam KFC tuh. Sebab buleh abis sampai 2 ketul wooo... Aku pun terkagum2, hokay..! Cayalah Qistina! Hiks...

~ Pukul 6.30 p.m, kami mintak diri sebab my 'sayang' nak ke Bank Islam. Kalau dah ke bank tu of cos la nak withdraw kan... Takkan nak beli tayar beskal plak kan... ;P

Spital janji nak call back semalam. Aku menunggu bagai bulan jatuh ke riba. Tahukah anda bahawa penantian itu 1 penyeksaan? So, kalau tau silalah call cepat2, bagitau apa2 yang patut. Hu3...

Petang nie, kalau spital tak call2 jugak, makanya aku la yang kena call balik. Cis!

TERIMA KASIH NO NEED TO REVEAL

~ Parcel tu dah sampai. Ah kak dapat hadiah, noks..! Jangan jeles! Ahaks3...
Terima kasih no need to reveal. Mmuahhsssz..!!! Ececeh..! Dan2 tu nak flying kiss! Hiks...

*Entry mukadimah dolu. Entry penuh kena tunggu beberapa bentar, hokay! ;P

ARTIS LELAKI KANTOI!!!

Mulakan pagi anda dengan citer hot lagik kontroversi!!! Owh... yeah..! ;P

Gossip, noks..! Sapa yang tak sker kan... Hiks... Over lak ah kak, cam Mat Kay-poh, hokay! He3...

Malam tadi kuar kat Buletin Utama, seorang artis lelaki berusia 29 tahun, berasal dari Terengganu, berstatus bujang, pernah menang pertandingan rock & balada, pernah jadik artis rakaman sebuah syarikat rakaman kat KL, dah jadik artis selama 4 tahun telah kantoi sebab kena cekup ngan polis, kes pecah umah.

~ Sapa, ek? Cer teka... Cer teka...

Sama2 la kita tengok Melodi minggu nie. Kita TERJAH..!!! ;P

Moral of the story: Kalau rasa2 diri tu fofular, toksah la buat keje2 pecah umah ke... pecah keta ke... yang sewaktu dengannyalah! Yang tak fofular pun toksah gediks nak buat jugak, hokay! Better pecahkan ruyung, barulah dapat sagunya! Tak gitu, Cik Senah? Hiks...


*Credit to: qimie

Wednesday, May 18, 2011

APA..??? 171 JUTA HENGGET KATA KO..!!!

DALAM dua tahun kebelakangan ini, kerjaya hos American Idol, Ryan Seacrest memang cukup 'panas'. Seiring dengan kepanasan itu, Seacrest dilaporkan telah menerima kenaikan gaji sebanyak tiga kali ganda daripada penerbit program realiti TV itu, Fox Television.

Jika dihitung, gaji hos yang cukup berkaliber mengendali program tersebut sejak musim pertama hingga sepuluh sekarang ini dikatakan mencecah AS$55 juta setahun (RM171 juta)!

Menurut Splash News, pada tahun 2009, hos tersebut menerima gaji kira-kira RM15 juta sahaja setahun. 

Namun selepas namanya semakin berpengaruh, ia dinaikkan mencecah RM47 juta setahun dan terkini, dalam tempoh dua tahun sahaja, Seacest memperoleh gaji sebanyak RM171 juta setahun!

Pendapatan Seacrest itu sebenarnya turut disumbangkan daripada kerjayanya sebagai deejay radio KISS-FM dan penerbit program realiti TV, Keep Up With The Kardashians, selain memperoleh gaji sebagai penerbit eksekutif program masakan yang dihoskan oleh Jamie Oliver, Food Revotion. 

*Sumber: kosmo

171 juta hengget!!! Giler banyak tu, noks..! Banding ngan gaji ah kak yang seciput nih, woo hooo... bagai langit dengan bumi ko! Tsk3... 

Sentap!

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google