SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SYAWAL 2012. Show all posts
Showing posts with label SYAWAL 2012. Show all posts

Saturday, September 1, 2012

1 SYAWAL 2012... EPISOD: AWAK NAMPAK ORENLAH!

Baru nak mula update 1 Syawal punya cerita. He3...

Tahun ni turn abang pilih kaler tema untuk baju raya. OREN! So, pagi raya tu memang nampak orenlah kami semua.

Kiut je! Ha3... Matikla buat statement memuji diri & family sendirik! ;P

~ Tak boleh blah aku tengok Kak Yong! Sampai terkangkang2 nak berposing punya pasal. Ha3...

~ Kak Yong berposing lagik... Ikut genetik siapa la tu kan? He3...

~ My 'sayang' pulak buat perangai..! Teringat zaman2 bersanding dulu kot. Ahaks3...

~ Comelkan mak ah kak? Well... ke mana tumpahnya kecomelan tu kalau bukan ke ah kak kan? Ahaks3...

~ Drama raya. Kitorang hero ngan heroin. ;P

~ Dah takde drama dah. Dah behave. He3...

~ Eh, drama baliklah! Scene paling over kot... Ha3...

~ A_bern tak sedar Pak Su dia bikin onar. Hiks...

~ Turn abang & family pulak. Aku geram tengok Rifqi! Rasa nak geget2! Grrrrrr......!!!

~ Nampak oren kan? ;)

Kakak & family takde dalam gambar nih. Sebab diorang balik raya pertama. Means, lepas semayang raya baru gerak dari Kajang. Petang baru sampai. 

Tapi, takpe sebab lepas2 tu kitorang bergambar jugak. Well... kitorang kan jenis bercamwhore tak kira di mana... Kadang2 kat depan cermin dalam toilet R&R pun aci gak. ;P

Kritikal kan tahap sawan kitorang? He3...


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, August 29, 2012

AMBANG SYAWAL...

Baru nak kepohchi pasal cerita raya. He3... Almaklum la... busy mengattend jemputan open house..! ;P

Ramadan terakhir... hari paling sibuk! Awal2 aku dah amik cuti. Means, aku start bercuti dari hari Jumaat lagik. Pepagi dah bawak mak ke pasar. Sekali dengan my 'sayang' sebab kebetulan dia tak membusy hari tu. Pasal ayam tak perlu risau dah sebab bab tu abang aku bereskan.

Ramai betul manusia kat pasar! Penangan raya kata ko! Kaya la apek2 & nyonya2 yang meniaga kat pasar tuh.

Tujuan utama adalah nak beli buluh lemang, santan & pulut. Buluh lemang dapat 15 batang. Sebatang diorang jual RM 1.50. So, kos buluh lemang = RM 22.50. Santan pulak aku tak ingat mak aku beli berapa kilo. Beli santannya terus! Tak payah susah2 nak perah. Pulut beli 5 kilo. Mak aci agak2 je untuk 15 batang lemang. Lepas tu, Mak Yang tambah lagik 2 kilo.

Berlebih kot. Terus Andak buat ketupat palas. Tak membazir... He3...

~ Cara2 memasukkan daun pisang ke dalam buluh lemang. Khusyuk betul mak. He3...

~ Proses seterusnya, Andak masukkan pulut + santan ke dalam buluh lemang. Masukkan sikit2 lepas tu, hentak2kan buluh lemang ke lantai supaya ia padat. Wah! Macam dah expert nih! Boleh la jadik tauke lemang! Heh3...

Nampak je macam senang. Aci sumbat je masuk dalam buluh. Tapi, remeh jugak tau! Puasa pulak tu kan... Kesaboran tak berapa semenggah kot..! Hu3...

~ Bila masuk bab bakar-membakar, lagikla... ya ampon! Kena jaga api la... kejap2 kang kena pusing2kan lemang tuh... Makan jam wooo... nak masak!

~ Sampai ke waktu berbuka puasa pun lemang still berasap lagik. Cer imagine betapa lama nya tuh.

Otak2 tu ah kak yang bakar tau! Order kat Ros 50 keping. Popia otak2 pun aku order 50 ketul jugak. Saje je buat kudap2... ;)

Malam tu, semua dah berkumpul balik kampung. Makcik2 & pakcik2 aku pun semuanya dah ada kat kampung. Riuh-rendah dengan gelak-ketawa, usik-mengusik... Best betul!

Syioknya ambang Syawal... Rasa macam, hari2 pun nak hari raya! Alaaa... macam lagu Ana Raffali tuh!

"Hari... hari... hari... raya!"

He3...

Setinggi mana kita berpijak, sejauh mana kita melangkah, keluarga tetap segala2nya kan? ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, August 1, 2012

OVER NAK RAYA!!!

Aku dah giat berperang lagu raya kat opis. Eh! Takde berperang ngan sesiapa pun... sebab aku sorang je yang over pasang lagu raya secara marathon! Heh3...

Memula lagu sedeh2 dulu. Air Mata Syawal la... Dari Jauh Ku Pohon Maaf la... Kepulangan yang Dinanti la... Kesimpulannya, memang lagu2 tangkap leleh sambil teringat kampung halaman kekdahnya... ;P

Belah2 petang, baru lagu2 raya bergenre rancak berkumandang. Sebab konon2 nak kasik semangat sikit la kan... Ye la... dah petang, harus la memasing dah lesu! Nak angkat sebatang pen pun kemain payah kot! Hiks...

Menjelang Hari Raya... Balik Kampung... Selamat Hari Raya... bla3... Dah macam DJ pulak aku. Tinggal lagik nak handle segmen ucapan raya je. Ewahhh..! Ha3...

Lepas tu, kena sound manjas2...

"Dah beli tiket balik kampung ke?"

"Dah raya ke?"

"Puasa tak habis lagik kot..."

Ha3... Ada aku kesah..??! ;P

Dalam banyak2 lagu raya kan, lagu manakah yang menjadik faveret korang? Cer share... ;)

Aku..? Hmmm... semua aku suka..! Raya, noks! Ah kak kan tamak. Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google